Anda di halaman 1dari 3

Apa itu Disleksia? 1. Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. 2.

Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh -Mempunyai keupayaan intelek yang normal -Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi 3. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi 4. Mereka mungkin mengalami kesukaran -Membaca -Menulis -Memahami -Mengeja -Mengira 5. Dianggarkan 4 ?8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia 6. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan. Apakah ciri-ciri Disleksia? 1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin : -Lambat bertutur -Mengalami kesukaran sebutan atau rima -Sukar menulis nama sendiri -Payah mengenal bentuk atau warna -Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya 2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin : -Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira -Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas -Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : *15 dengan 51 *? was?menjadi ? saw?*? dengan ? ?-Kurang b? d? koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut -Keliru dengan konsep masa seperti ? semalam? ?hari ini?, ? , esok?-Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan -Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan? - Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein) - Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi - Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan. Masalah yang mungkin dialaminya - Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab - Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri - Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan *Gangguan emosi (seperti kemurungan) *Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku) *Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah) Membantu anak-anak bermasalah Disleksia Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah : 1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak 2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan 3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui : *Terapi pertuturan *Latihan pendengaran dengan bantuan komputer *Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran) *Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir) *Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) *Merasa pergerakan bibir *Menulis huruf atau perkataan 4. Langkah-langkah pemulihan : *Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur *Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan) *Gunakan video atau kaset untuk belajar 5. Program pemulihan khusus : Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia Kumpulan sokongan Persatuan Dyslexia Malaysia No 6, Persiaran Kuantan Setapak 53200 Kuala Lumpur Telefon / Fax : 03-40255109 Email : dyslexiaft@time.net.my Prospect Rainbow Center 1D Jalan Pantai Molek, Penang. Tel: 04 - 8900870 Sumber: Masalah Pembelajaran Disleksia ------------------------------------------------------ Autism 1. Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak

laki-laki. Gejala ?gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi. 2. Penyebab utama autism ialah : *Komunikasi *Tindak balas sosial *Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti 3. Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil ?Pervasive Developmental Disorders.?dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanakkanak autism. Tanda dan gejala Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama : 1. Komunikasi - Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur - Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan. - Kurang cerdas semasa bermain - Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain 2. Tindak balas sosial - Hilang tumpuan dan kurang mimik muka - Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain - Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain Suka bermain sendirian 3. Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala - Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan - Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran - Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja. Komplikasi Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing. a) Peringkat awal kanak-kanak ?Hiperaktif, panas baran b) Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri c) Peringkat remaja dan dewasa ?kemurungan dan epilepsi Rawatan a) Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk : - Membaiki kemahiran sosial - Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka - Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal - Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya. b) Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti: - Kelakuan ganas Hiperaktif - Kebimbangan yang mungkin timbul Rehabilitasi Beberapa pencegahan termasuk : 1. Terapi pertuturan dan bahasa - Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak 2. Cara pulih kerja ( occupational therapy ) - Untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian. - berbagai rangsangan pancaindera / deria 3. Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention ) - Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas 4. Pendidikan khas - kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM ) 5. Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration ) Kanakkanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Kumpulan sokongan The National Autism Society of Malaysia No. 4, Jalan Chan Chin Mooi, Off Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel No.: 603-40223799 Fax No.: 603-4025 4495 General enquiries: nasom@streamyx.com Fund-raising/ Volunteerism: aliciahon@nasom.com.my Professional enquiries: rica@nasom.com.my

Website : http://nasom.my.diip.net/ Lion's Resource Centre for Autistic Children 409, Babington Ave 10450 Penang MALAYSIA Tel: 604-636996 Perak Autistic Resource Centre 2, Persiaran Cempaka Sari9,Tmn Cempaka 31400 Ipoh MALAYSIA Tel : 605583570 Sumber: Kesihatan Mental: Autism p/s: saya budak engine (^^)V. Kalau salah, minta maaf ya.

Anda mungkin juga menyukai