Anda di halaman 1dari 9

AUTISME

Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan. Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi. Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya.

Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-kemahiran kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan.

Membimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu. Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mempelajari misalnya dengan mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari. Kanak-kanak ini memerlukan rutin. Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka. Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik darjah.

Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru.

Guru juga boleh menggunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar murid cara yang sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik.

Guru perlu menggunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa. Contohnya lagi lima minit kita akan tutup televisyen atau dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanakkanak autisme mendengarnya.

Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.

Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik negatif.

DISLEKSIA

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Mereka mempunyai keupayaan intelek yang normal, telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi

Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami ,mengeja dan mengira.

Drake (1989) menyatakan bahawa masalah pembelajaran spesifik atau disleksia dirujuk kepada beberapa ciri, antaranya: kesukaran belajar berbahasa,

ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami disleksia perkembangan ialah kanakkanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya kerapkali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Guru perlu menyediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat. Semasa menulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti hands-on.

Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas. Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut. Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. Beri tugasan yang ringkas. Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai.

Tempatkan kanak-kanak di hadapan kelas. Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas. Tulisan guru mestilah terang dan jelas. Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka. Berikan kelonggaran kepada mereka. Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan. Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak. Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanakkanak bermasalah itu membaca secara fonetik. Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia. Sediakan bahan pengajaran yang baik. Berikan latihan kemahiran urutan pandangan. Penggunaan animasi yang sesuai untuk pelajar disleksia kerana animasi mempunyai keupayaan untuk menarik perhatian kepada dimensi kritikal pelajar cacat secara berkesan dan boleh memberikan respon yang benar keatas sesuatu visual dengan cepat. penggunaan elemen multimedia memberikan kebebasan kepada pelajar untuk berinteraksi dan pada masa yang sama menarik perhatian pelajar untuk mengerjakan sesuatu tugasan.

ATTENTION DEFICT / HYPERACTIVITY DISORDER ADD/ADHD

Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD.

David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut. Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut. Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan ialah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar.

Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD.

MASALAH TINGKAH LAKU

Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa. Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku kurang sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak bahagia dan kegagalan di sekolah. Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran dan kebimbangan. Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di dalam bilik darjah termasuk peneguran positif. Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa menghantar kerja rumah lewat dan tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh diberi galakan atau pujian atas tindakannya. Time-out pula mengasingkan murid daripada rakannya untuk satu masa tertentu. Diharapkan masa persendirian memberi peluang kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya. Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan tingah laku yang tidak diingini. Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara yang murid tidak minat. Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan sesuatu persekitaran di sekolah yang boleh membantu penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah. Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicir daripada sisitem persekolahan. Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosi serta kemahiran mengurus diri.

LEMBAB (SLOW LEARNER)

Perkembangan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara

ataupun tidak balas menggenga masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan. Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas.

Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007).

Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka. Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.

SIMDROM DOWN
Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat.

Kanak-kanak

Sindrom

Down

memerlukan

penjagaan

yang

lebih

rapi.

Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah penafasan dan sukar untuk makan. Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaran. Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran.

Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom Down. Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut. Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya. Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap. Ini adalah kanakkanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci. Contohnya: Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu. Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik.

Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat. Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka. Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai. Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka. Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.

PINTAR CERDAS

Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.

Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program iaitu pengasingan, pemecutan (acceleration) dan pengayaan. Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.

Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara. Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya. Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

Anda mungkin juga menyukai