Anda di halaman 1dari 2

SULIT

LAPORAN PENILAIAN RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)


SK KUALA KUBU BHARU

Nama murid : Nur Anis Saffiyah binti Shahrudin


Nama Guru

Tarikh : 3 September 2015

: Cik Nurulaini binti Kusmaniirat

1. Pencapaian (Peningkatan dalam perkembangan, kemajuan dan pemerhatian).


Sepanjang RPI dilakukan murid ada menunjukkan perubahan dari aspek perkembangan motor halus.
Murid dapat menaip braille dalam satu tempoh masa yang lama dan sudah boleh menyuap makanan
sendiri dengan baik. Murid juga mempunyai semangat yang kuat serta daya juang yang tinggi untuk
meningkatkan kelemahan dirinya. Murid sentiasa bersedia melakukan aktiviti yang telah dirancang.
Walaubagaimanapun, disebabkan guru sudah tidak mengajar murid, maka aktiviti terapi kurang
dijalankan. Namun, guru meminta bantuan guru-guru yang mengajar untuk membantu menjalankan
terapi ke atas murid.

2. Pendekatan yang berkesan.


Aktiviti terapi yang dijalankan ke atas murid sangat berkesan. Murid sudah menunjukkan banyak
perubahan terutamanya dalam aspek motor halus di mana sudah dapat menggunakan keupayaan otot
tangan sedaya yang mungkin. Di samping itu juga, teknik terapi sambil menyanyi dapat menarik
minat murid untuk menjalankan aktiviti. Murid lagi bersungguh-sungguh untuk berterapi.
3. Aspek yang perlu dipertingkatkan.
Emosi murid kadang kala terganggu, dimana murid kadang kala mendiamkan diri apabila ditanyakan
soalan. Hal ini sedikit sebanyak menggangu sesi terapi di mana, guru mahukan tindak balas dari
murid untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan minat murid terhadap terapi yang dijalankan.
Guru terpaksa memberhentikan sesi terapi apabila murid tidak menjawab soalan yang diberi apabila
diajukan soalan yang sama berulang-ulang. Guru menukar teknik pengajaran dengan
memperdengarkan lagu kesukaan murid. Murid kembali ceria selepas mendengar lagu kesukaannya.

4. Rumusan/Cadangan.
Guru akan meneruskan sesi terapi sehingga murid dapat menggunakan otot tangan semaksimum
mungkin. Guru akan memberi modul yang telah dibuat kepada semua guru yang mengajar murid,
supaya guru-guru dapat menjalankan sesi terapi. Seelok-eloknya sesi terapi ini dijalankan 10 minit
setiap hari. Teknik terapi sambil menyanyi perlu diguna pakai bagi menarik minat murid di samping
membentuk emosi yang positif dalam diri murid.

Tandatangan penilai akhir


..
(NURULAINI BINTI KUSMANIIRAT)

Tandatangan ibu bapa / penjaga

(SHAHRUDIN BIN SUDIN )

Anda mungkin juga menyukai