Anda di halaman 1dari 15

MEMBANTU MURID TAHUN 4 FOKUS DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PERMAINAN REKODER BAGI NOT B, A, G, C’ DAN D’


DENGAN TEKNIK BERMAIN REKODER MELALUI PENDEKATAN RECORDER
POWER.

TO HELP YEAR 4 STUDENTS FOCUS IN THE TEACHING AND LEARNING OF


RECORDER FOR NOTES B, A, G, C' AND D' , AND RECORDER PLAYING
TECHNIQUE THROUGH RECORDER POWER

NURUL HIDAYAH BT ADNAN


orange9015@yahoo.com

SUSAN TIANG
susanpeter@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

ABSTRAK

Menurut Tyson dalam Crouch (2000), penggabungjalinan kemahiran mendengar


dan imitasi dapat membantu murid mempelajari rekoder dengan lebih mudah dan
kreatif. Murid diberi galakan untuk mencipta, membuat perkaitan dan menunjukkan
penyertaan yang positif dalam permainan rekoder. Kajian tindakan ini dijalankan
untuk mengenal pasti sejauh manakah pendekatan Recorder Power dapat
membantu murid tahun 4 lebih fokus dalam pengajaran dan permainan rekoder
bagi not B, A, G, C’ dan D’. Kumpulan sasaran terdiri daripada 15 orang dari tahun
empat. Kajian ini telah dijalankan selama sebulan dengan memberi fokus kepada
pengaplikasian pendekatan Recorder Power dengan menggunakan empat aktiviti
daripada sembilan aktiviti yang terdapat di dalam pendekatan ini. Pendekatan ini
dipilih berdasarkan kesesuaian dan minat responden terhadap aktiviti penerokaan
dan penggabungjalinan beberapa kemahiran. Instrumen kajian yang digunakan
adalah senarai semak, ujian pra dan pos dan temu bual. Kesimpulannya,
pendekatan Recorder Power ini berjaya membantu murid fokus dalam pengajaran
dan pembelajaran permainan rekoder dan seterusnya dapat menguasai kemahiran
bermain rekoder bagi not B, A, G, C’ dan D’.

Kata kunci: Penggabungjalinan, imitasi, fokus, teknik penglidahan, pernafasan,


postur, penjarian. Recorder Power.
ABSTRACT

Tyson as cited in Crouch (2000), the founder of Recorder Power, stated that the
integration of listening skills and imitation was effective in developing the learning of
recorder in an easier and more creative way. According to him, this integration
encouraged learners to try out new things such as inventing, making connection or
participating actively in playing the recorder. This research aimed to find out the
extent to which Recorder Power approach was effective in promoting learners’
focus the B, A, G, C’ and D’ notes during recorder lessons. The respondents were
comprised of 15 Year 4 pupils. The research was conducted over a period of 4
weeks, focussing on the application of 4 pedagogical sequences (out of 9
pedagogical sequences) outlined in Recorder Power approach. This approach was
selected for its developmental appropriateness. In addition, the respondents were
interested in discovery-based activities and integration of different skills. This study
employed a mixed-method research design which entailed checklist, pre- and post-
test and interview. In short, the Recorder Power approach was effective in engaging
learners in the teaching and learning process of recorder.

Konteks

Matlamat Pendidikan Muzik Sekolah Rendah (2002), iaitu bertujuan


melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas
tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik,
berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati
estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni. Selain memberi pengalaman
muzikal, pembelajaran rekoder juga dapat mengukuhkan kefahaman bahasa muzik
melalui pengalaman praktikal. Murid dapat mengetahui dan memahami teknik
bermain alat muzik serta dapat memperkembangkan kemahiran bermain alat muzik
dengan teknik yang betul. Selain itu , memainkan rekoder bagi mengiringi nyanyian
atau muzik instrumental merupakan aspek pengalaman muzikal yang terkandung
di dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan
Muzik.

Recorder Power merupakan pendekatan yang telah diperkenalkan oleh


John Tyson pada tahun 2002 dengan berkolaborasi bersama American Recorder
Society (ARS) bagi menghasilkan video pengajaran bagi pendekatan Recorder
Power. Menurut beliau lagi, video pendekatan Recorder Power adalah sesuai
kepada guru di sekolah bagi membantu guru menjadikan kelas rekoder lebih
menarik dan membantu murid mempelajari rekoder dengan lebih mudah.
Pendekatan Recorder Power juga merupakan salah satu alternatif baru kepada
guru dalam pengajaran permainan rekoder.

Fokus Kajian

Fokus kajian ialah membantu murid tahun 4 fokus dalam pengajaran dan
pembelajaran permainan rekoder bagi not B, A, G, C’ dan D’ dengan teknik
bermain rekoder melalui pendekatan Recorder Power. Berdasarkan pengalaman
dan pemerhatian pengkaji selama menjalani praktikum fasa satu dua dan tiga di
tiga buah sekolah di sekitar negeri Pulau Pinang, pengkaji mendapati murid
mempunyai masalah tidak dapat memainkan lagu yang mengandungi not B, A, G,
C’ dan D’ pada rekoder dengan baik dalam kalangan murid tahun 4. Selain itu,
murid juga tidak dapat menunjukkan teknik bermain rekoder dengan betul semasa
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Masalah utama yang
menyebabkan murid tidak dapat menguasai permainan rekoder di dalam kelas
adalah disebabkan oleh faktor murid tidak fokus semasa pengajaran dan
pembelajaran permainan rekoder dijalankan semasa di dalam kelas.

Masalah ini telah dikenal pasti melalui tinjauan awal yang dijalankan oleh
pengkaji melalui pemerhatian dan temu bual berstruktur . Hasil pemerhatian awal,
pengkaji mendapati responden tidak memberikan tumpuan dalam pengajaran dan
pembelajaran permainan rekoder. Hal ini telah mempengaruhi penguasaan murid
dalam teknik permainan rekoder iaitu teknik penjarian, pernafasan, penglidahan
dan postur serta tidak dapat memainkan lagu yang mengandungi not B, A, G, C’
dan D’ dengan lancar . Temu bual yang dijalankan secara berstruktur ke atas lapan
orang murid tahun 4 Dedikasi. Lapan orang responden tersebut merupakan dua
orang wakil yang telah dipilih oleh ahli bagi setiap kumpulan. Hasil temu bual
mendapati murid merasakan permainan rekoder sangat susah dan membosankan.

Masalah permainan rekoder kerap kali berlaku dalam kalangan murid di


semua sekolah. Kajian lepas yang dijalankan oleh Jannatun Naim Baharin (2012)
menunjukkan murid tahun 5 menggerakkan jari mereka pada not-not yang tidak
tepat. Pengkaji mengaitkan faktor pendekatan dan kaedah guru yang
mempengaruhi masalah tersebut. Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Pendidikan Muzik (2000), masalah penguasaan permainan
rekoder perlu diatasi kerana melalui permainan rekoder murid dapat
memperkembangkan kemahiran bermain alat muzik dengan teknik yang betul di
samping dapat mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman
praktikal.

Menurut Wells (2009), fokus adalah aspek yang penting sepanjang


pengajaran dijalankan bagi mencapai objektif pengajaran di dalam kelas. Murid
tidak dapat memberi fokus pada setiap masa dan memerlukan disiplin yang tinggi
supaya faktor luar tidak mengganggu konsentrasi murid di dalam kelas. Dengan itu
aktiviti yang diperkenalkan adalah penting untuk murid fokus dan guru pula dapat
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam penguasaan permainan
rekoder.

Atas kesedaran inilah, pengkaji telah memilih untuk menggunakan


pendekatan Recorder Power oleh John Tyson. Menurut Tyson (2013), pendekatan
Rekoder Power diperkenalkan adalah untuk melatih murid menggunakan
kemahiran mendengar. Melalui kemahiran mendengar, murid secara tidak langsung
dapat mengimitasi dan mengeksperimen bunyi yang didengar. Menurut Tyson
(2009), selain menggalakkan kemahiran mendengar dan imitasi, murid juga
didedahkan dengan improvisasi dan penerokaan. Hal ini secara tidak langsung
dapat membekalkan murid pengalaman sebenar sebagai pemain muzik.
Pendekatan ini adalah sangat mudah dan berkesan berbanding dengan hanya
mengajar notasi pada murid.
Pendekatan Recorder Power merupakan pendekatan yang sesuai
digunakan dalam pengajaran rekoder kerana pendekatan ini dapat membantu
mencapai matlamat Pendidikan Muzik Sekolah Rendah (2002), iaitu bertujuan
melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas
tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik,
berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati
estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni. Terdapat sembilan aktiviti yang
terdapat di dalam pendekatan Recorder Power iaitu :

1.Meneroka bunyi
2.Nama dan dialog
atau dikenali juga 3.Penceritaan atau
atau names and
sebagai discovering story telling
dialogue
sounds

4. Lagu Hot Cross


5.Lagu Marry Had A
Buns dan Lagu 6. Lagu Cuckoo
Little Lamb
Furioso

7.Mendengar dan
bertindak atau call
8. Swing Low Sweet 9.Semua lagu atau
and response dalam
Chariot All Together
skel Pentatonik atau
Pentatonic Scale

Menurut Tyson (2013), sembilan aktiviti yang dicadangkan adalah fleksibel.


Guru boleh membuat pemilihan dan keputusan dalam memilih dan merancang
aktiviti tanpa mengikut urutan. Guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti yang
diberikan mengikut kesesuaian dengan tahap dan minat murid. Oleh itu, pengkaji
telah memilih empat daripada sembilan aktiviti yang terdapat di dalam pendekatan
Recorder Power iaitu aktiviti meneroka buny, aktiviti nama dan dialog, aktiviti
penceritaan dan akhir sekali aktiviti mendengar dan bertindak.
Pendekatan ini adalah sangat mudah dan berkesan berbanding dengan
hanya mengajar notasi kepada murid. Selain itu kemahiran mendengar adalah
penting kerana murid akan belajar mendengar, belajar memberi fokus dan juga
kemahiran berfikir. Melalui pendekatan ini, murid akan fokus dalam permainan
rekoder kerana guru memberi peluang kepada murid belajar melalui imaginasi dan
pembelajaran yang menyeronokkan sekaligus dapat membantu murid bermain
rekoder dengan teknik yang betul, kemahiran membaca not dan kemahiran bermain
lagu pada rekoder dengan lancar.

Pendekatan Recorder Power oleh John Tyson juga telah diperkenalkan


secara meluas dan telah terbukti berkesan untuk membantu murid belajar bermain
rekoder dengan lebih mudah dan menarik. Guru-guru dapat melihat murid sangat
seronok dengan permainan rekoder dan mendapati murid sudah boleh bermain
rekoder dengan mudah setelah mengikuti bengkel Recorder Power yang
dikendalikan sendiri oleh John Tyson (Crouch, 2000). Pendekatan ini telah
dijalankan secara meluas di California, Itali dan Kanada dan telah menunjukkan
kesan yang positif. Murid telah melibatkan diri secara menyeluruh, meneroka dan
mempunyai semangat mencuba dalam permainan rekoder. Secara tidak langsung,
murid sudah mula membiasakan diri dengan rekoder dan menjadikan alat muzik
rekoder sebagai amalan dalam kehidupan seharian mereka.

Objektif kajian

Objektif khusus kajian ialah


1. Murid dapat memberikan fokus dalam pengajaran dan pembelajaran
permainan rekoder selama 30 minit melalui pendekatan Recorder Power.

2. Murid dapat memberikan fokus dalam memainkan rekoder dengan teknik


yang betul dari segi postur, penglidahan, pernafasan dan penjarian melalui
pendekatan Recorder Power.

3. Murid dapat memberikan fokus dalam memainkan rekoder lagu Little Robin
Red Breast yang mengandungi not B, A, G, C’ dan D’ melalui pendekatan
Recorder Power.

Kumpulan Sasaran

Sampel kajian adalah seramai 15 orang murid tahun 4 Dedikasi yang


terdiri daripada 4 orang murid perempuan dan 11 orang murid lelaki. Kumpulan
sasaran pengkaji adalah seramai 5 orang murid berbangsa Kemboja dan 10 orang
murid berbangsa Melayu. Kajian dijalankan di sebuah sekolah di Seberang Perai
Selatan, Pulau Pinang. Hasil daripada pemerhatian secara keseluruhan yang telah
dilakukan mendapati murid mengalami masalah dalam permainan rekoder dan
kerap kali tidak memberi tumpuan semasa pengajaran rekoder dijalankan. Hal ini
telah menyebabkan 15 orang responden dari tahun 4 Dedikasi lemah dalam
membaca notasi dan juga dalam teknik bermain rekoder. Selain itu, tahun 4
Dedikasi merupakan kelas yang keempat dari lima kelas. Menurut guru-guru di
sekolah ini, responden di dalam kelas ini tidak berminat belajar dan lebih suka
bermain di dalam kelas.

Pelan Tindakan
Pengkaji telah memilih Model Tindakan Elliott (1985) yang diadaptasi dari
Norzazaliza Othman (2010). Kajian tindakan ini berfokus kepada fokus murid dalam
pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder bagi not B, A, G, C’ dan D’
dengan teknik bermain rekoder iaitu teknik penjarian, penglidahan, pernafasan dan
postur, kemahiran membaca not pada baluk dan kemahiran bermain lagu pada
rekoder dengan lancar melalui pendekatan Recorder Power (Rajah 1).
Rajah 1 : Model Elliott (1985) yang telah diadaptasi dari Norzazaliza Othman
(2010)

Pelaksanaan Pelan Tindakan

Pengkaji telah menjalankan dua kitaran untuk membantu murid fokus dalam
pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder bagi not B, A, G, C’ dan D’
dengan teknik bermain rekoder melalui pendekatan Recorder Power.

Kitaran Pertama

Pada kitaran pertama, pengkaji menjalankan kajian dengan mengenal pasti


masalah yang berlaku semasa menjalani praktikum di sekolah. Pengkaji mendapati
masalah tidak fokus dalam kalangan murid telah mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran permainan rekoder di dalam kelas. Pengkaji kemudian menjalankan
pemerhatian untuk melihat fakta dan menganalisis masalah yang berlaku. Pengkaji
melihat masalah tidak fokus telah mempengaruhi murid dalam teknik bermain
rekoder iaitu teknik penjarian, penglidahan, pernafasan dan postur, kemahiran
membaca notasi dan kemahiran bermain lagu dengan lancar. Pada peringkat
perancangan dan pelaksanaan, pengkaji telah merancang dan melaksanakan
aktiviti yang terdapat di dalam pendekatan Recorder Power :

1. Aktiviti Meneroka Bunyi


2. Aktiviti Nama dan Dialog
3. Aktiviti Mendengar dan Bertindak
i. Aktiviti Meneroka Bunyi

1.Aktiviti dijalankan selama 30 minit dan dijalankan secara individu dan


berkumpulan.
2.Responden meneka bunyi yang dmainkan pada rekoder iaitu bunyi siren dan
laungan surat khabar lama.
3.Responden diperkenalkan dengan model rekoder bagi menunjukkan penjarian
bagi not B, A, G, C’ dan D’ kepada responden.Responden diminta menunjukkan
penjarian pada rekoder bagi kelima-lima not dengan betul.
4.Responden dibahagikan kepada empat kumpulan.Setiap kumpulan diminta
meneroka dan menghasilkan satu bunyi hasil perbincangan dalam kumpulan.
dalam memberikan idea dengan menyenaraikan pelbagai jenis bunyi yang boleh
dihasilkan menggunakan alat muzik rekoder.
6.Responden perlu mengimitasi bunyi-bunyi yang dipilih mengikut corak irama
yang diberikan oleh pengkaji dengan iringan kibod. Semasa intervensi dijalankan,
responden diingatkan supaya bermain rekoder dengan postur yang betul.
Kumpulan 2 : memainkan bunyi burung
Kumpulan 3 : memainkan bunyi surat khabar lama
Kumpulan 4 : memainkan bunyi ular
Siren
Kumpulan 1

Burung
Kumpulan 2

Laungan surat
khabar lama
Kumpulan 3

Ular
Kumpulan 4

ii. Aktiviti Nama dan dialog

1.Dijalankan selama 30 minit.


2.Pengkaji memainkan nama seorang responden pada rekoder dan
menyanyikan nama responden tersebut.
3.Memperkenalkan model rekoder bagi menunjukkan penjarian bagi not B, A,
G, C’ dan D’ pada responden.
4.Responden diminta mengenal pasti nama seorang rakan mereka.
Responden perlu mengeksplorasi bunyi rekoder dengan menggunakan lima
not iaitu not B, A, G, C’ dan D’. Responden diminta memanggil nama rakan
mereka dengan menggunakan rekoder mengikut corak irama dan not yang
dipilih mengikut kreativiti masing-masing.
6.Rakan yang telah dipanggil diminta membalas panggilan rakan mereka
dengan menyebut ‘ya saya’ dengan menggunakan mana-mana not dari lima
not yang telah dipelajari menggunakan rekoder.
ak mal ri zal
Not B Not G Not C’ Not D’

iii. Aktiviti Mendengar dan Bertindak (Call and response)

1.Intervensi mengambil masa selama 30.


2.Responden diperkenalkan dengan lagu Rain Rain dan menyanyikan lagu Rain
Rain.
3.Responden dibahagikan kepada
empat kumpulan.
4.Secara berkumpulan, responden diminta memainkan keratan lagu Rain Rain
secara soal dan jawab bagi melengkapkan lagu Rain Rain.
5.Langkah di atas diulang sehingga semua kumpulan memainkan keempat-
empat keratan lagu Rain Rain secara soal dan jawab.

Keratan 1
Kumpulan 1 Rain Rain go a way

Keratan 2
Kumpulan 2
Come a gain some oth er day

Keratan 3
Kumpulan 3 Rain rain go a way

Keratan 4
Kumpulan 4
Lit tle john ny wants to play

Seterusnya, pengkaji membuat pemantauan melalui pemerhatian terhadap tingkah


laku dan kemajuan murid semasa aktiviti dijalankan. Akhir sekali pengkaji membuat
refleksi hasil daripada pemantauan yang telah dijalankan semasa aktiviti dijalankan.
Pada peringkat ini, pengkaji melihat kekuatan dan kelemahan hasil aktiviti yang
dijalankan serta cadangan penambahbaikan untuk menambah baik aktiviti yang
telah dijalankan.

Kitaran Kedua

Pengkaji seterusnya beralih ke kitaran kedua untuk aktiviti pemulihan kepada


responden yang belum dapat menguasai kemahiran bermain rekoder dan aktiviti
pengayaan kepada responden yang sudah dapat menguasai kemahiran bermain
rekoder. Pada kitaran kedua, pengkaji menganalisis hasil pemantauan lalu bagi
membuat penambahbaikan semula tindakan yang dibuat pada kitaran pertama.
Kemudian, pengkaji melaksanakan tindakan dengan menjalankan satu aktiviti iaitu
bercerita.

i. Aktiviti Bercerita

Aktiviti bercerita telah dijalankan sebanyak dua kali memandangkan pada


kali pertama dijalankan, hanya seramai 7 orang responden yang hadir manakala 8
orang responden lagi menghadiri sesi kaunseling bersama kaunselor.
Memandangkan hanya separuh responden yang hadir maka pengkaji telah
bercadang untuk menjalankan aktiviti ini pada kali kedua.

1.Masa dirancang adalah selama 30 minit.


2. Murid mendengar tayangan slaid cerita Pengembaraan Si Comel.
3.Responden membaca petikan di dalam slaid dan mengenal pasti bunyi yang
boleh dibunyikan oleh mereka dengan menggunakan rekoder.
4. Seorang responden membaca cerita Pengembaraan Si Comel manakala
responden yang lain memainkan rekoder dengan memainkan bunyi seperti
laungan surat khabar lama, siren, ular dan wisel yang telah dipelajari semasa
intervensi pertama pada kitaran pertama semasa cerita disampaikan.
5. Di akhir penceritaan, responden perlu memainkan lagu Rain Rain yang telah
dipelajari pada intervensi ketiga pada kitaran pertama.

Pengkaji menjalankan pemantauan bagi aktiviti yang telah dijalankan


melalui pemerhatian. Refleksi dijalakan setelah mendapat hasil pemantauan yang
dijalankan.

Cara Pengumpulan Data


Pengkaji menggunakan tiga jenis kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian,
ujian pra dan pos serta temu bual.

i. Pemerhatian

Pengkaji menggunakan instrumen senarai semak membuat pemerhatian


terhadap perubahan tingkah laku murid dari aspek tumpuan murid terhadap
pengajaran guru, teknik bermain rekoder iaitu teknik penglidahan, pernafasan,
penjarian dan postur, kemahiran membaca notasi serta kemahiran responden
bermain rekoder bagi lagu Little Robin Red Breast. Pemerhatian dilakukan secara
berstruktur dengan menggunakan borang senarai semak. Pemerhatian dijalankan
dengan merekod tingkah laku yang ditunjukkan dalam setiap intervensi. Pengkaji
telah menggunakan jenis pemerhatian pemerhati sebagai peserta iaitu pengkaji
tidak mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti tetapi statusnya sebagai
pengkaji diketahui peserta. Pemerhatian dijalankan secara berperingkat iaitu
sebelum menggunakan pendekatan dan semasa pendekatan digunakan. Bagi
menyokong kesahan instrumen pemerhatian, pengkaji telah menggunakan bahan
sokongan yang lain iaitu rakaman video.
ii. Ujian

Terdapat dua ujian yang digunakan semasa menjalankan kajian ini iaitu
ujian pra dan ujian pos. Kedua-dua ujian dijalankan untuk mengetahui tahap
penguasaan responden dalam permainan rekoder. Ujian dijalankan untuk
menjawab persoalan kajian dua dan persoalan kajian tiga iaitu dari aspek teknik
bermain rekoder iaitu teknik penglidahan, pernafasan, penjarian dan postur,
kemahiran membaca not B, A, G, C’ dan D’ pada skor lagu dan kemahiran
memainkan rekoder bagi lagu Little Robin Red Breast dengan lancar.

iii. Temu bual

Temu bual dijalankan untuk mengenal pasti perasaan dan pandangan responden
terhadap permainan rekoder sebelum dan selepas menjalani aktiviti intervensi.
Temu bual juga dijalankan bagi melihat keberkesanan intervensi yang dijalankan ke
atas responden dari aspek aktiviti yang dijalankan dan penguasaan responden
terhadap permainan rekoder. Selain itu, temu bual dijalankan juga untuk
menyokong pemerhatian dan juga ujian pos yang telah dibuat untuk menjawab
persoalan kajian pertama dan persoalan kajian ketiga iaitu mengenai fokus
responden dalam permainan rekoder sebelum dan selepas pendekatan Recorder
Power serta kemahiran responden dalam memainkan lagu pada rekoder dengan
lancar sebelum dan selepas pendekatan Recorder Power dijalankan. Seramai 8
orang responden dipilih secara rawak untuk ditemu bual iaitu melibatkan 6 orang
lelaki dan 2 orang perempuan secara individu. Responden dipilih berdasarkan
kumpulan semasa ujian pos dijalankan iaitu dengan meminta rakan memilih dua
orang wakil dari setiap kumpulan untuk ditemu bual.
Dapatan dan Perbincangan

i. Pemerhatian

Apek Kitaran Pertama (%) Kitaran Kedua (%) Peningkatan (%)

Fokus 93 93 0

Penjarian 80 100 20

Penglidahan 67 87 20

Pernafasan 87 100 13

Postur 80 100 20

Mengenal pasti 93 100 7


not
Membaca dan 93 100 7
menunjukkan
penjarian
Kelancaran 40 87 47

Rajah 2 : Peratusan Keputusan Pemerhatian Kitaran Pertama dan Kitaran Kedua

Kesimpulannya, apabila tahap fokus responden meningkat, penguasaan


responden terhadap permainan rekoder turut meningkat.

ii. Ujian Pra dan Ujian Pos

Rajah 3 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos


Apek Ujian Pra (%) Ujian Pos (%) Peningkatan (%)

Teknik 93 93 0

Not 80 100 20

Lagu 67 87 20

iii. Temu bual

Sebelum Pendekatan

6 orang suka : menarik


Minat
2 orang tidak suka : susah dan tidak menarik

Persepsi terhadap 8 orang pernah mempelajari permainan


permainan rekoder rekoder : susah dan tidak faham

Persepsi murid
terhadap pengajaran 8 orang tidak faham dengan pengajaran
yang disampaikan
guru

Persepsi murid
terhadap pengajaran 8 orang : aktiviti tidak menarik
guru

8 orang telah mempelajari lagu Mary Had A


Pengajaran rekoder Little Lamb pada rekoder tetapi tidak dapat
membaca not pada skor lagu yang diberikan.

Selepas Pendekatan

8 orang : suka dengan alat muzik rekoder kerana


Minat mereka merasakan senang dan boleh memainkan
lagu

Persepsi terhadap 8 orang : rekoder tidak susah dan sudah


permainan rekoder faham

Persepsi murid 8 orang : Suka dengan aktiviti


terhadap pengajaran 5 orang : Aktiviti meneroka bunyi
guru 3 orang : Aktiviti bercerita
8 orang dapat memainkan lagu pada
Pengajaran rekoder rekoder tanpa menulis not pada bawah
baluk

Refleksi dan Implikasi

Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kerana pengkaji
telah membuktikan kajian bahawa pendekatan Recorder Power dapat membantu
pelajar fokus dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder dan
seterusnya dapat menguasai kemahiran bermain rekoder. Rumusan refleksi kajian
ini telah dianalisis mengikut analisis SWOT iaitu kekuatan (Strength), kelemahan
(Weakness), peluang atau cadangan mengatasi (Opportunity) dan kekangan atau
halangan (Threat).

Analisis Huraian
SWOT

Kekuatan 1.Objektif kajian tercapai apabila menunjukkan 15 responden telah


(Strength) memberi fokus semasa pendekatan dijalankan, 13 orang responden
dapat menguasai keempat-empat teknik bermain rekoder iaitu
teknik penjarian, teknik pernafasan, postur dan teknik penglidahan
dengan betul dan dapat memainkan lagu Little Robin Red Breast
dengan lancar.
2.Penglibatan murid secara menyeluruh. Apa yang pengkaji dapat
perhatikan ialah murid begitu teruja dengan aktiviti meneroka bunyi
hingga menarik minat mereka untuk mencipta pelbagai bunyi pada
rekoder. Mereka juga teruja dengan aktiviti tersebut menyebabkan
mereka sering kali membunyikan pelbagai jenis bunyi pada rekoder
pada awal pengajaran rekoder.
Kelemahan Pengkaji telah menjalankan sebanyak dua kali aktiviti bercerita pada
kitaran kedua. Ini telah menyebabkan seorang responden tidak
(Weakness)
memberi fokus selepas 15 minit pengajaran dan pembelajaran
permainan rekoder semasa intervensi dijalankan pada kali kedua.
Ini menunjukkan pengkaji seharusnya mengubah suai aktiviti
bercerita semasa intervensi kali kedua dijalankan supaya
responden yang telah menjalani intervensi pada kali pertama tidak
berasa bosan apabila menjalani intervensi yang sama pada kali
kedua. Aktiviti dijalankan semula pada kali kedua kerana semasa
aktiviti ini dijalankan pada kali pertama, hanya 7 orang responden
yang hadir manakala 8 orang responden lagi menghadiri sesi
kaunseling bersama kaunselor.

Peluang Pengkaji mencadangkan supaya sekiranya intervensi atau aktiviti


atau ingin dijalankan secara berulang kali, perlulah aktiviti ditukar sedikit
Cadangan supaya dapat menarik perhatian murid yang menjalani intervensi
Mengatasi atau aktiviti ini pada kali kedua.
(Opportunity)
Halangan Halangan yang seterusnya ialah kajian dijalankan pada bulan puasa
dan telah mengehadkan aktiviti permainan rekoder. Persepsi murid,
(Threat) ibu bapa dan guru di sekolah mengenai permainan rekoder adalah
tidak digalakkan semasa bulan puasa kerana takut perbuatan
memasukkan rekoder ke bibir boleh menyebabkan makruh. Ini telah
menghalang pengkaji untuk menjalankan aktiviti permainan rekoder
dengan lebih meluas.

Jadual 2 : Analisis SWOT

Cadangan Seterusnya

Sekiranya kajian ini ingin diteruskan, pengkaji mencadangkan agar menggunakan


kesemua sembilan aktiviti yang terdapat di dalam pendekatan Recorder Power
supaya dapat menarik minat murid dan seterusnya dapat menguasai kemahiran
bermain rekoder dengan lebih baik. Kedua, pengkaji mencadangkan supaya
menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih menarik semasa menjalankan
pendekatan Recorder Power. Salah satu cadangan yang boleh dijalankan adalah
pengajaran permainan rekoder berbentuk persembahan seperti penceritaan secara
muzikal dengan menggabungjalin kemahiran berbahasa dan kemahiran muzik.
Murid diberikan peluang merasai pengalaman sebagai pemuzik sebenar iaitu
dengan meminta murid memainkan pelbagai jenis bunyi seperti bunyi burung dan
laungan surat khabar lama serta pelbagai jenis lagu pada rekoder semasa
penceritaan dijalankan.

Ketiga, pengkaji mencadangkan pemilihan lagu diberi perhatian semasa


menjalankan pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder. Pemilihan lagu
semasa dapat menarik minat murid bermain rekoder dengan lebih baik. Ini kerana
murid lebih dipengaruhi dengan media semasa dan mudah mengingat sesuatu
perkara melalui lagu semasa yang didengarnya serta dapat menarik minat murid
terhadap permainan rekoder. Sebagai contoh pemilihan lagu dalam filem Beatles
dapat meningkatkan motivasi murid sekolahnya untuk mempelajari permainan
rekoder.Seterusnya, pengkaji mencadangkan supaya memperkenalkan aktiviti yang
terdapat di dalam pendekatan Recorder Power tanpa menerangkan teknik bermain
rekoder secara verbal.

Pengkaji mencadangkan penggunaan teknologi digunakan dalam


pengajaran permainan rekoder supaya murid lebih fokus dalam pengajaran dan
pembelajaran permainan rekoder. Menurut Rudolph et.al (2005), melalui
penggunaan teknologi dalam kelas muzik, murid akan melibatkan diri secara aktif
dalam pembelajaran, lebih berkeyakinan, belajar secara efektif dan lebih
bermotivasi untuk mempelajari sesuatu pelajaran di dalam kelas. Ini menunjukkan
bahawa penggunaan teknologi dapat menarik minat murid dan murid akan lebih
fokus di dalam kelas. Sebagai contoh penggunaan perisian Power Point dalam
aktiviti pendekatan Recorder Power.

Selain itu, pengkaji mencadangkan penggunaan Renaissance Rap dalam


aktiviti nama dan dialog. Menurut Tyson dalam Crouch (2000), aktiviti Renaissance
Rap bukan sahaja dapat melatih murid dalam kosnep irama malah dapat melatih
murid dalam teknik penjarian dan penglidahan. Disamping menyeronokkan, aktiviti
ini juga dapat melatih murid dalam kemahiran mendengar dan mengimitasi bunyi
yang didengar. Kemahiran mendengar dapat melatih murid bermain lagu pada
rekoder dengan lebih lancar. Seterusnya ialah pengkaji mencadangkan aktiviti
secara berkumpulan. Menurut Tyson dalam Crouch (2000) adalah menggalakkan
aktiviti secara berkumpulan iaitu antara dua hingga tiga orang dalam setiap
kumpulan atau sekumpulan besar seperti big band. Menurut beliau, aktiviti
berkumpulan adalah penting kerana dapat memupuk semangat kerja dalam
pasukan dan dapat membantu murid yang lain mendegar dan mengimitasi bunyi
yang dimainkan pada rekoder oleh rakan mereka. Selain itu, aktiviti berkumpulan
dapat membantu murid dalam kemahiran memainkan lagu pada rekoder dengan
lancar kerana murid secara individu murid akan cuba memainkan lagu pada
rekoder secara bersama-sama untuk menjadikan lagu yang dimainkan lancar.

Akhir sekali, adalah diharapkan pendekatan Recorder Power dapat


diperkenalkan dengan lebih meluas bukan sahaja kepada murid-murid tahun empat
malah kepada murid-murid tahun lima dan enam dalam pembelajaran rekoder.
Tyson dalam Crouch (2000) turut mencadangkan supaya pendekatan ini dijalankan
kepada murid yang baru hendak mempelajari rekoder kerana menurut beliau
pendekatan ini dapat menarik minat murid untuk mempelajari permainan rekoder.
Pendekatan Recorder Power adalah bersesuaian pada peringkat awal dalam
mempelajari permainan rekoder kerana kesemua aktiviti yang dicadangkan adalah
membantu murid dalam teknik bermain rekoder dan bacaan not supaya dapat
membantu murid-murid bermain rekoder dengan lancar. Oleh itu pendekatan
Recorder Power boleh diperkenalkan kepada murid tahun 3 kerana menurut
sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Muzik (2012), murid tahun 3
perlu diberi pendedahan awal mengenai teknik bermain rekoder iaitu teknik
penjarian, penglidahan, pernafasan, postur dan teknik memegang rekoder dengan
betul.

Anda mungkin juga menyukai