Anda di halaman 1dari 2

KATA ALU-ALUAN GURU BESAR BULETIN

SEKOLAH EDISI PERTAMA "MY ISTIMEWA"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara
Sejahtera". Syukur ke hadrat Ilahi kerana
limpah kurnia dan keizinan-Nya saya dapat
menzahirkan sepatah dua kata di dalam
ruangan ini. Sekalung penghargaan dan
tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi
Buletin Sekolah atas inisiatif penerbitan
Buletin Sekolah "My Istimewa" bagi Edisi
Pertama pada tahun 2020 buat julung kalinya.
Buletin Sekolah adalah satu medium khas bagi
memuatkan informasi-informasi yang menarik
dan bermanfaat. Buletin ini merupakan
manifestasi bahawa pihak sekolah sentiasa
komited dalam memberi segala maklumat
terkini dan memaparkan aktiviti yang
dijalankan oleh sekolah sepanjang bulan
Januari hingga Jun. Akhir kata, saya berharap
agar buletin ini dapat memberikan manfaat
oleh warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat
setempat sebagai medium perkenalan kepada
warga SK Pendidikan Khas Melaka. Semoga
"My Istimewa" dapat melangkah bersama-
sama merealisasikan aspirasi Transformasi
Negara melalui pelaksanaan PPPM 2013-2025.

ENCIK MOHD ZAKI BIN BAHAROM

GURU BESAR

SK PENDIDIKAN KHAS MELAKA

Anda mungkin juga menyukai