Anda di halaman 1dari 1

Kata Alu-aluan Pengetua SMK Tunku Besar Burhanuddin

Bersyukur ke hadrat Rabbul Izzati kerana dengan limpah kurniaNya Majalah Teraju 2012 telah berjaya dihasilkan dan dicetak dengan jayanya. Ucapan sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada sidang redaksi majalah teraju 2012 di atas sumbangan, usaha gigih dan penat lelah dalam menerbitkan majalah teraju 2012 . Sidang redaksi juga berperanan sebagai wadah dan tinta kepada pelajar kerana mereka banyak menyumbang buah fikiran, mengasah minda serta menjana imaginasi dan kreativiti pelajar. Selaras dengan slogan SMKTBB Namamu Di Atas, sekolah menjadi pusat perkembangan ilmu yang menjana pembangunan dan dinamik seseorang individu dalam pelbagai dimensi terutama dari sudut ilmu pengetahuan dan sahsiah diri. Saya berharap semua pelajar dapat belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai sasaran Zero Failure dan dapat mengurangkan peratus kegagalan dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Para pendidik dan pelajar juga wajarlah memperkukuhkan semangat dan mempertingkatkan iltizam demi memartabatkan pendidikan di Malaysia.

Akhirulkalam, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menerbitkan majalah teraju ini. Semoga SMK Tunku Besar Burhanuddin akan menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan dipandang tinggi oleh orang luar serta mendapat pendidikan yang sempurna dan akan menyumbang kepada pembentukan masyarakat dan negara sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai