Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMI KARNIVAL KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS

DAERAH KLANG 2017.

Kata-Kata Aluan

Yang Berbahagia,

Unit PPD Klang, Barisan Guru-guru Pendidikan Khas, Ibu bapa dan Murid-murid
yang saya hormati.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih


dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit PPD Klang dan
Persatuan Pendidikan Khas Klang yang menganjurkan satu Karnival Kemahiran
Pendidikan Khas Daerah Klang bagi tahun 2017.

Ucapan

Hadirin Yang dihormati sekalian,

Pendidikan Khas merupakan program yang tidak asing yang kita dengari dalam
bidang pendidikan pada masa kini. Sebagai sebahagian daripada masyarakat,
kita perlulah memainkan peranan lebih berkesan dan memberi perhatian khusus
dalam membantu pelajar pendidikan khas agar mereka tidak tercicir dalam arus
pembangunan negara. Ramai daripada kita sering terlepas pandang atau
mungkin tidak menyedari bahawa satu peratus penduduk negara adalah kanak-
kanak berkeperluan khas dan memerlukan perhatian khusus terutamanya dalam
aspek pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, pelajar-pelajar pendidikan khas
ini tidak boleh disisihkan malah memerlukan layanan pendidikan yang sempurna
demi masa depan yang terjamin.

Hadirin sekalian,

Ibu bapa juga perlu memberi kepercayaan kepada anak-anak ini untuk
mendapatkan pendidikan bagi membolehkan mereka berdikari pada masa akan
datang. Pelajar-pelajar pendidikan khas ini sebenarnya mempunyai pelbagai
kecerdasan dan kemahiran yang boleh dicungkil, dipupuk dan dikembangkan ke
arah kecemerlangan individu yang optimum. Pelajar pendidikan khas merupakan
aset yang dapat menyumbang dalam kemajuan masyarakat dan tidak sepatutnya
dilihat sebagai liabiliti sahaja. Antara ‘role-moel’ yang dapat dilihat ialah seperti
atlet paralimpik negara kita yang menyinar seperti Muhammad Ziyad Zolkefli,
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly. Mereka ini merupakan
permata yang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Justeru itu, dengan Karnival Kemahiran yang dijalankan ini secara tidak langsung
dapat memperbaiki pembelajaran, kemahiran sosial dan berkomunikasi di
kalangan kanak kanak. Mereka dapat belajar cara kehidupan berdikari dan juga
memenuhi impian mereka. Mereka diberi peluang untuk merasa bekerja secara
produktif, serta membentuk perhubungan yang bermakna serta menikmati hidup
dengan bermakna. Dengan sokongan daripada semua golongan masyarakat dan
intervensi serta sokongan yang sedia ada, pelajar-pelajar pendidikan khas ini
dapat menikmati hidup yang lebih sempurna disamping persekitaran yang
interaktif seiring dengan pembangunan minda kanak kanak normal yang lain.

Penutup

Dengan ini saya berharap para peserta karnival kemahiran ini terutama pelajar-
pelajar pendidikan khas Daerah Klang ini dapat meningkatkan ilmu tentang
kemahiran yang diceburi untuk membolehkan mereka menimba pengalaman dan
pengetahuan untuk meneruskan kehidupan yang lebih bermakna agar lebih
berdikari dalam menjalani aktiviti harian yang mendatang. Dengan lafaz
Bismillahirahmanirahim saya dengan sukacitanya merasmikan Karnival
Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Klang Bagi Tahun 2017.

Anda mungkin juga menyukai