Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN

TUAN MOHD JAMIL BIN MOHAMMED


PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
SEMPENA PERASMIAN PENUTUPAN

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN NASYID PENDIDIKAN


KHAS PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2018

TEMPAT:
MYDIN , BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

TARIKH:
4 SEPTEMBER 2018

HARI:
SELASA

SALUTASI
Bismillahirrahmanirrahim.

(baca salutasi dari rostrum/podium)

Assalamua’laikum warahmatullahiwabarakatuh
dan Salam Sejahtera.

PENDAHULUAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat


Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran
semua wakil-wakil dan peserta Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid
Pendidikan Khas peringkat negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018 ini.
Pihak JPN Pulau Pinang ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada tetamu jemputan khas kita iaitu Y.Bhg Dr.Afif bin Bahardin, Ahli
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang DUN Seberang Jaya yang sudi
menghadiri dan merasmikan penutupan Majlis Tilawah Al-Quran dan
Nasyid Pendidikan Khas peringkat negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018
ini. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MYDIN
diatas kesudian dalam menyediakan kemudahan tempat dan
sumbangan bakti sebagai penaja dalam program ini.

Pada kesempatan ini, saya juga amat mengalu-alukan kehadiran


semua tetamu kehormat, pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan
Negeri,Pejabat Pendidikan Daerah, semua guru, waris dan para peserta
ke Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid Pendidikan Khas peringkat
negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018 ini. Semoga segala usaha untuk
mencungkil bakat dan memupuk potensi Murid Berkeperluan Khas
dalam bidang keagamaan ini akan tercapai. Di samping itu, saya
percaya program seumpama ini boleh dijadikan landasan kepada
2
semua pihak yang terlibat untuk bersama-sama mengorak langkah
dan bekerjasama bagi memastikan potensi murid kita dalam tilawah Al-
Quran, nyanyian nasyid dan semua pertandingan keagamaan dapat
diketengahkan. Program seperti ini semestinya merupakan platform
terbaik dalam menyediakan murid MBK ini kearah potensi yang lebih
besar dalam bidang ini.

ISI UCAPAN

Sidang hadirin yang berbahagia

Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid Pendidikan Khas peringkat negeri


Pulau Pinang merupakan acara tahunan yang dijalankan bagi mencari
bakat terbaik murid MBK dalam bidang ini bagi mewakili negeri kita ke
pertandingan di peringkat kebangsaan. Pada tahun ini, pertandingan di
peringkat kebangsaan akan dijalankan di negeri Kelantan pada bulan
Oktober nanti.

Objektif program ini juga antaranya adalah memberi peluang kepada


MBK untuk menonjolkan kelebihan yang ada pada mereka,
melahirkan MBK yang inovatif, kreatif, inspiratif dan berdaya saing
serta meningkatkan keyakinan murid berkeperluan khas ini untuk
membuat persembahan dihadapan khalayak ramai.

Pendidikan Khas di Negara ini semakin mendapat perhatian pelbagai


pihak dan pelbagai usaha dilakukan secara bersepadu unutk

3
meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti. Selaras dengan
Artikel 28, Akta Orang Kurang Upaya 2008 memperakukan bahawa
murid berkeperluan khas perlu diberi sokongan untuk membantu mereka
mencapai penglibatan penuh dan kesamarataan dalam pendidikan.

Saudara dan saudari sekelian,

Murid MBK sebenarnya mempunyai pelbagai kecerdasan yang boleh


dicungkil, dipupuk dan dikembangkan ke arah kecemerlangan individu
yang optimum. Mereka merupakan aset yang dapat menyumbang
dalam kemajuan masyarakat dan tidak sepatutnya dilihat sebagai liabiliti
sahaja.

Murid Pendidikan Khas begitu berketerampilan dan berkeyakinan pada


masa kini apabila mereka bukan sahaja mampu mencipta keyaaan
seperti murid arus perdana . Mereka juga mampu melibatkan diri dalam
pelbagai bidang, malah menjadi role model kepada murid-murid lain
melalui pencapaian mereka dalam kegiatan luar seperti bidang
kesenian dan sukan.Setiap tahun, semakin ramai pelajar istimewa dan
kurang upaya menunjukkan prestasi luar biasa dalam bidang akademik
di samping tidak kurang juga yang menonjol dalam aktiviti kokurikulum.

Pada tahun 2017, di Kelantan seorang murid MBK, telah memperoleh


10 Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang telah
diumumkan . Pelajar Kelainan Upaya (OKU) kategori Palsi Serebrum
dari Maahad Ar-Rahman Kenali Kubang Kerian, Ahmad Faiz Ibrahim,18,
terpaksa menulis menggunakan dua jari sambil ditampung oleh

4
dagunya. Beliau menggunakan kerusi roda dan berada sekelas dengan
pelajar normal lain.

Ini membuktikan bahawa murid MBK mampu berjaya setanding murid


normal lain. Justeru, berilah sokongan dan komitmen yang tinggi kepada
golongan pelajar ini. Janganlah masa depan mereka dikaburkan
lantaran sifat mereka yang sedemikian itu.

Saudara dan saudari sekalian,

Untuk mencipta nama dan mencipta kejayaan perlu kepada usaha yang
gigih dan berterusan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri sentiasa
mendukung hasrat KPM dan memastikan hasrat tersebut tercapai dan
berjaya. Bagi menjayakan objektif program ini, semua pihak yang terlibat
perlu memainkan peranan masing-masing.

Dalam konteks sekolah , semua murid amat bertuah sekali kerana pihak
sekolah, PPD dan JPN sentiasa memberi galakan dan dorongan yang
berterusan serta memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid
untuk menonjolkan bakat dan kelebihan mereka.

Saudara saudari yang saya hormati sekalian,

Saya amat bangga dengan pencapaian murid MBK dalam pelbagai


bidang. Kejayaan mereka adalah kejayaan kita semua dalam usaha
memberikan kesamarataan hak dan peluang kepada mereka.

5
Mereka mampu untuk lebih berjaya di masa akan datang sekiranya kita
semua bersama-sama berganding bahu untuk memastikan murid MBK
diberi peluang untuk berjaya.    

PENUTUP

Besarlah harapan saya semoga program ini dapat meningkatkan potensi


yang ada dalam diri MBK untuk menonjolakan bakat dalam bidang
Tilawah Al-Quran dan Nasyid.

Bagi mengakhiri ucapan alu-aluan ini, sekali lagi saya ingin mengambil
kesempatan pada petang yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg Dr Afif bin Bahardin,
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang DUN Seberang Jaya, pihak
MYDIN sebagai penaja utama serta para tetamu yang telah sudi
menerima undangan kami sempena Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid
Pendidikan Khas peringkat negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018

Wabillahitaufik walhidayah
wassalamua’alaikum warahmatullahiwabarakatuh

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai