Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN MAJLIS

PENUTUPAN RASMI
PERTANDINGAN
BICARA BERIRAMA
PERINGKAT NEGERI
PAHANG 2015

TEKS UCAPAN TUAN RUMAH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Yang Berusaha Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan
Negeri Pahang, Tuan Haji Mohd Raauf bin Haji Jali, AAP. AMP
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Bera, Encik Baharum Bin Haji Samat AAP
Pegawai-pegawai Pendidikan Negeri Pahang
Pengetua-pengetua
Guru Besar - guru besar
Guru-guru Pengiring
Yang saya alu-alukan semua peserta Pertandingan Bicara Berirama Sekolah
Menengah Peringkat Negeri Pahang
Seterusnya, jawatankuasa Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Menengah
serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya
dapat kita berkumpul pada hari ini bagi menyempurnakan Majlis Penutupan
Rasmi Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Pahang 2015.
Saya sebagai tuan rumah, ingin merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Raauf
Bin Haji Jali AAP. AMP, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan

Pendidikan Negeri Pahang kerana sudi hadir pada hari ini untuk merasmikan
Majlis Penutupan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Pahang 2015.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada barisan tetamu yang sudi
meluangkan masa, hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini.
Sesungguhnya, kehadiran tuan-tuan dan puan-puan semua amat besar ertinya
buat kami.
Majlis ini adalah kemuncak kepada Pertandingan Bicara Berirama Peringkat
Negeri Pahang yang telah dimulakan pada 7 Ogos 2015. Saya amat bersyukur
kerana semua peserta pertandingan bicara berirama dapat melalui pertandingan
ini dengan tekad dan kesungguhan yang jitu semangatnya. Semoga dengan
pertandingan yang diadakan dapat memberi sedikit kefahaman kepada pelajar,
di samping dapat mencungkil bakat terpendam dalam diri pelajar serta
memandu pelajar untuk memotivasikan diri dengan cekap serta berdaya saing
dan kompetatif.
Inilah hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melihat para
pelajar berkeupayaan bagi mengharungi pelbagai cabaran dan aktiviti demi
melangsungkan kehidupan sebenar apabila tamat persekolahan kelak.
Pertandingan ini bukan sahaja dijalankan di negeri Pahang, sebaliknya turut
dijalankan di negeri-negeri lain seluruh Malaysia. Tujuannya adalah untuk
mencungkil bakat terpendam yang ada dalam diri setiap pelajar serta memupuk
semangat berdaya saing dalam kalangan pelajar. Pelajar-pelajar seharusnya

berasa seronok dan menjadikan pertandingan ini sebagai platform untuk


mempertingkatkan keupayaan mental dan fizikal bagi meneruskan kehidupan
yang lebih mencabar di luar sana.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bicara berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan
bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu
paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperkenalkan
kepada penonton. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh
seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor. Aktiviti ini melibatkan
pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej
pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan
pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar,
lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta pelbagai lagi.
Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo. Bicara berirama adalah
pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit Bahasa Melayu, Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diharapkan
dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan meningkatkan
penguasaan bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam
kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah khasnya.
Untuk makluman, pertandingan bicara berirama ini berkonsepkan pendidikan
luar darjah dan mengenal pasti kemampuan pelajar dari bakat semula jadi,

berdikari, di samping memupuk nilai-nilai murni menerusi pelbagai aktiviti.


Antara objektif program ialah, menyemarakkan program Bahasa Melayu
melalui satu program bersepadu dan menyeluruh, mempelbagaikan
pertandingan bertujuan untuk memperluas skop penyertaan murid,
melaksanakan pertandingan negeri untuk meningkatkan kualiti peserta setiap
kali pertandingan dilaksanakan dan memilih calon untuk mewakili negeri
Pahang ke peringkat kebangsaan.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Selaku tuan rumah bagi Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Pahang
pada tahun ini, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam
penyediaan kemudahan atau keperluan kepada semua pihak. Insya Allah diharap
kekurangan ini segera diambil penekanan yang serius dan tidak akan berulang
lagi pada masa akan datang. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.
Hadirin sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Raauf Bin Haji Jali, Ketua
Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang kerana
sudi hadir ke majlis ini dan juga tetamu jemputan yang sentiasa menyokong

setiap program yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Sekali lagi, suka saya mengingatkan kepada semua pelajar supaya sentiasa
berani menonjolkan bakat semula jadi yang ada dalam diri untuk berdaya saing
bagi mengharungi kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang.
Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi taala
wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai