Anda di halaman 1dari 1

AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia


Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana sekali lagi Majlis Pengetua
Sekolah Malaysia dapat menganjurkan persidangan professional tahunannya.
Persidang kali ke 54 ini diadakan pada
di Negeri
Sembilan Darul Khusus. Saya cukup berbangga dan berbesar hati dan berbangga
kerana Negeri Sembilan terpilih menjadi tuan rumah pada tahun ini. Saya
mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan selamat datang ke Negeri
Sembilan kepada semua ahli persidangan iaitu Pengetua-pengetua dan
perwakilan negeri-negeri di Malaysia ke persidangan ilmu ini.
Sebagai tuan rumah, saya mewakili Majlis Pengetua Sekolah Malaysia
cawangan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada Majlis Pengetua
Sekolah Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada majlis pengetua negeri
ini merealisasikan persidangan pada kali ini. Kami akan berusaha sedaya upaya
untuk untuk menguruskan persidangan ini dengan sebaik-baiknya
Dalam usaha untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia, segala usaha memartabatkan sistem pendidikan negara ke peringkat
yang lebih tinggi perlu diselaraskan dengan terancang dan teliti oleh pemimpin
di sesebuah sekolah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah
menggariskan bahawa guru dan pemimpin sekolah merupakan penggerak utama
paling penting di peringkat sekolah bagi menghasilkan keberhasilan murid.
Ini selaras dengan tema Persidangan pada tahun ini iaitu Kepimpinan
Sekolah Tonggak Keberhasilan Pendidikan di Malaysia dalam melahirkan
generasi yang kompeten, bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran
dunia hari ini.
Bagi pihak MPSM negeri Sembilan, saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan semua pihak
atas segala bantuan dan sokongan sehingga persidangan ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai