Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN YDP PIBG SKBSD1

YB HAJI KAMAL NOOR SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN


PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK BANDAR SRI DAMANSARA 1

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Yang Berusaha,
En Khairuddin bin Abdul Aziz
Guru Besar SK Bandar Sri Damansara 1

Yang Berusaha,
Pn. Siti Maziah binti Mazlan
PK Kokurikulum SK Bandar Sri Damansara 1

Yang Berusaha,
En Asmizi bin Mohd Talkhah
PK Pentadbiran SK Bandar Sri Damansara 1

Yang Berusaha,
En Fadzli bin Mohd Salleh
PK HEM SK Bandar Sri Damansara 1

Para guru, fasilitator, tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak yang dikasihi
sekalian.

1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan


limpah kurnianya kita dapat melaksanakan program perkhemahan
untuk para murid SK Bandar Sri Damansara 1.
2. Antara objektif perkhemahan ini adalah:
• melahirkan murid yang mempunyai jati diri kental dalam menghadapi
cabaran dunia globalisasi
• membentuk modal insan kelas pertama yang bakal menjadi pemimpin
masa depan
• menyemai semangat patriotisme dalam diri dan memupuk ukhuwah
di kalangan murid.

3. Perkhemahan kali ini melibatkan 100 orang murid yang terdiri daripada
murid tahun 6 dan tahun 5 yang mewakili unit beruniform masing-
masing. Unit-unit beruniform pula melibatkan Pasukan Pandu Puteri,
Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja dan Persatuan
Pengakap. Semoga pengalaman berkampung di sini dapat menambah
jati diri peserta masing-masing sebagai pelapis pemimpin pada masa
depan.

4. Saya percaya, aktiviti yang melibatkan gabungan antara kekuatan


mental dan fizikal, dapat membentuk minda yang sihat dan positif di
kalangan peserta.

5. Melalui aktiviti yang disusun, ia sudah tentu menjadi platform terbaik


untuk menimba, mempraktikkan ilmu yang dipelajari serta
memperkembangkan bakat dan kebolehan untuk lahir sebagai
generasi yang cemerlang pada masa depan.

6. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, pengisian masa


depan negara adalah amat penting. Ini hanya dapat dilakukan melalui
generasi pelapis yang sedia ada. Oleh itu, kita perlu melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
7. Saya percaya, peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu secara
teori dan praktikal untuk membolehkan kita sekalian menjadi warga
yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

8. Oleh itu, saya mahu anak-anak sekalian supaya bijak


menggunakan peluang dan kesempatan yang ada untuk menimba
pengetahuan dan kemahiran sebagai bekalan menghadapi hari
mendatang. Jadikan pengalaman yang diperoleh di sini, sebagai
inspirasi untuk kejayaan diri untuk menaikkan imej negara di
persada antarabangsa.

9. Akhirnya, saya berdoa ke hadrat ilahi supaya segala usaha dan amal
baik kita diberkati dan dirahmati oleh allah s.w.t. Dengan lafaz
bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan majlis
penutup perkhemahan SK Bandar Sri Damansara 1

Sekian, wabillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum

Warahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai