Anda di halaman 1dari 19

Amalan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT ) Dalam Kalangan Guru Pendidikan

Islam Di Sekitar Kuala Muda Yan, Kedah

Hafizuddin Abu Hassan


Ridzuan Ahmad Ph.D

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

pidien.pendosa14@gmail.com
drridzuan3190@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan terhadap amalan kemahiran berfikir aras tinggi
dalam guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah di daerah Kuala Muda Yan Kedah. Kajian
ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kefahaman, amalan dan
pelaksanaan guru-guru Pendidikan Islam mengenai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT),
serta persepsi mengenai kepentingan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Data-data dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik. Sebanyak
30 buah sekolah dan 60 orang guru Pendidikan Islam telah terlibat sebagai responden
kajian. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan SPSS Versi 22.0 yang
melibatkan skor min, sisihan piawai, peratusan dan frekuensi. Dapatan kajian menunjukkan
tahap pengetahuan dan kefahaman guru Pendidikan Islam pada aras tinggi dengan skor
min = 3.95, manakala tahap amalan dan pelaksanaan mencatatkan nilai min = 3.81 dan
persepsi guru mengenai kepentingan amalan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pengajaran dan pembelajaran mencatatkan nilai min = 3.98 juga pada tahap yang tinggi.
Antara lain, dapatan kajian menunjukkan nilai min yang diperolehi oleh sekolah luar lebih
tinggi berbanding dengan sekolah di bandar. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak
sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan
Negeri dan Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk merangka pelbagai rancangan dan aktiviti latihan pembangunan staf bagi
memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru Pendidikan Islam bagi memenuhi
keperluan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21).

Kata kunci: Kemahiran Berfikir aras Tinggi (KBAT), pengetahuan dan kefahaman, amalan
dan pelaksanaan, persepsi guru, kepentingan KBAT
1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan salah satu bidang penting yang menyumbang kepada


pembangunan negara. Pelajar di semua institusi pengajian sama ada di peringkat sekolah
rendah, menengah atau di institusi pengajian tinggi awam dan swasta adalah golongan
sasaran yang menjadi tunggak kepada pembangunan negara. Dalam usaha menuju sebuah
negara maju menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia perlu memiliki ilmu dan kemahiran
untuk bersaing dengan negara maju yang lain. Sistem pendidikan yang ada kini,
bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyat. Ekoran
daripada itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
untuk memperbaiki dan meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia. Mutakhir ini, KPM
telah memberi penekanan terhadap Kemahiran berfikir aras tinggi (Kemahiran berfikir aras
tinggi ) yang ditekankan dalam kurikulum kerana ia merupakan satu kemahiran abad ke 21
yang sangat diperlukan untuk membangunkan modal insan.
Transformasi kurikulum pendidikan dalam PPPM 2013-2025 memberi penekanan
kepada konsep Kemahiran berfikir aras tinggi atau High Order Thinking Skills (HOTS) yang
berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritis dan kreatif. Melalui PPPM
2013-2025, setiap pelajar disasarkan untuk mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, pengetahuan, etika dan kerohanian serta identiti
nasional. Bagaimanapun segala kemahiran ini tidak terhasil dengan mudah kerana ia perlu
dipupuk secara sistematik. Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan kita melakukan
sesuatu terhadap maklumat, fakta dan idea yang diterima dengan memberi makna,
menghubungkait maklumat, mengkategori dan memanipulasinya untuk membolehkan
seseorang menemui makna dan kefahaman baru.
Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan kemahiran berfikir seperti sintesis,
analisis, memberi sebab, kefahaman, aplikasi dan penilaian. Manakala menurut Rhoades et
al. (2009) kemahiran berfikir aras tinggi ialah kemahiran yang berkaitan dengan
penyelesaian masalah dan proses pemikiran kritikal. Saavedra dan Opfer (2012) pula
menambah, antara cabaran dalam abad ke-21 adalah untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai kemahiran pemikiran aras tinggi yang diperolehi melalui pembelajaran yang
bermaknayang berlaku dalam komunikasi yang kompleks. Umum mengetahui, pada zaman
serba canggih ini, proses globalisasi merangkumi pelbagai aspek seperti perubahan dalam
teknologi, perubahan pasaran ekonomi, perubahan persekitaran dan perubahan dalam
politik. Hal ini, meningkatkan keperluan negara untuk membangunkan kemahiran dan
pengetahuan pelajar supaya dapat mengharungi cabaran dalam abad ke-21 ini. Justeru itu,
guru dilihat sebagai insan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan aspirasi ini kerana
guru merupakan insan terhampir dengan pelajar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.
1.2 Penyataan Masalah
Kemahiran berfikir aras tinggi bukanlah satu perkara baru dalam sistem pendidikan
di Malaysia. Sungguhpun program untuk melaksanakan kemahiran berfikir dalam
pengajaran merentasi semua kurikulum matapelajaran telah dilancarkan semenjak tahun
1994 lagi, namun pelaksanaannya dalam PdP di sekolah masih kurang berkesan (Shah,
1997). Pencapaian ujian PISA 2009 dan 2012, menunjukkan kemahiran berfikir rakyat
Malaysia masih rendah. Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga terendah di dunia
dalam kelompok 74 buah negara yang mengambil bahagian (Laporan OECD, 2012).
Menurut Darus (2012), faktor yang menyumbang kepada pencapaian Malaysia yang sangat
lemah dalam PISA 2009 dan 2012 ialah soalan-soalan dalam ujian PISA berbentuk teks
yang panjang dan memerlukan murid membuat interpretasi, refleksi dan penilaian
berdasarkan kehidupan sebenar berbanding soalan peperiksaan awam di Malaysia yang
ringkas dan lebih tertumpu kepada rajah dan jadual sahaja. Hal ini jelas menunjukkan
kegagalan Malaysia mendapat tempat terbaik dalam keputusan PISA adalah disebabkan
kegagalan mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi walaupun kemahiran berfikir ini
telah diterapkan seawal tahun 1994 dalam kurikulum KBSM dan KBSR.
Akibat terlalu ingin menambah kuantiti pelajar yang mendapat A dalam subjek yang
diajar, guru dilihat tidak berminat untuk mengamalkan teknik penyoalan aras tinggi. Mereka
juga tiada kemahiran membina soalan terbuka aras tinggi kerana cenderung menyogok
fakta kepada pelajar mereka. Kajian Sukiman et al. (2012) mendapati teknik penyoalan
merupakan strategi yang sering digunakan oleh guru dalam PdP tetapi guru cenderung
menggunakan soalan aras rendah. Penggunaan soalan pada aras rendah menyebabkan
pemikiran pelajar tidak dapat dijana ke arah yang lebih kritis (King, 1994). Hal ini disokong
oleh Kassim dan Zakaria (2014) yang mendapati, guru sebenarnya kurang mengamalkan
soalan terbuka aras tinggi kerana mereka kurang berkebolehan menggunakan teknik
penyoalan yang berkesan.
Selain itu, pengetahuan guru tentang kemahiran berfikir dalam proses P&P dalam
kalangan guru dikatakan masih berada di tahap yang rendah. Hal ini dibuktikan dengan
laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Century Schools
(USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi
dalam kalangan guru dan pelajar di Malaysia masih rendah. Ghazali (1997) dalam kajiannya
tentang soalan-soalan yang digunakan oleh guru dan tugasan yang digunakan untuk
membantu membina pemahaman membaca menyatakan bahawa masih terdapat guru-guru
yang tidak menguasai kemahiran berfikir dengan baik walaupun perkara tersebut telah lama
dilaksanakan dalam sistem pendidikan Malaysia.
Abd Rahim (1999) menyatakan amalan pengajaran dalam bilik darjah kurang
menekankan strategi kemahiran berfikir seperti kaedah penyoalan, perbincangan dan inkuiri
penemuan. Untuk meningkatkan kemahiran berfikir di dalam bilik darjah, guru perlu
mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid lebih berminat untuk belajar.
Pengajaran yang masih bercorak pengajaran tradisional, iaitu berpusatkan guru menjadi
salah satu kekangan dalam merealisasikan kemahiran berfikir pelajar. Hal tersebut
menyebabkan objektif sebenar proses pengajaran bukan sahaja tidak tercapai, malahan ia
turut menyebabkan isu pelajar pasif di dalam bilik darjah semasa proses P&P terus berlaku.
Zamri dan Razah (2011) dalam kajian yang dijalankan oleh mereka menyatakan bahawa
kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan menjadi kenyataan
sekiranya pengajaran guru masih menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengambil
kira aspek kemahiran berfikir pelajar sedangkan kemahiran berfikir itu adalah merupakan
aspek penting dalam menguasai sesuatu kemahiran yang dilihat banyak mempengaruhi
pencapaian pelajar.
PdP yang masih menjurus kepada peperiksaan menjadi salah satu isu dalam
penyataan masalah kajian pengkaji. Ia telah melemahkan usaha untuk melahirkan pelajar
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang termaktub dalam
kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Situasi yang berlaku menyebabkan
para guru kurang menekankan aspek kemahiran berfikir murid- pelajar kerana lebih
menumpukan kepada usaha untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan penguasaan teknik
menjawab soalan peperiksaan semata-mata. Persoalannya, adakah perkara-perkara yang
dinyatakan tersebut juga berlaku dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam Daerah Kuala
Muda Yan.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan meninjau tahap pengetahuan dan kefahaman, amalan dan pelaksanaan
serta persepsi guru-guru Pendidikan Islam mengenai kepentingan kemahiran berfikir aras
tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian ini 3 objektif kajian ditetapkan
iaitu;
i. Menilai tahap pengetahuan dan kefahaman guru-guru Pendidikan Islam sekolah-
sekolah daerah Kuala Muda Yan mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
ii. Mengenalpasti amalan dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah daerah Kuala Muda Yan.
iii. Mengenal pasti persepsi guru terhadap kepentingan amalan kemahiran berfikir
aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Persoalan Kajian

Antara soalan kajian yang dikemukakan :-

i. Apakah tahap pengetahuan dan kefahaman guru-guru Pendidikan Islam daerah


Kuala Muda Yan mengenai amalan kemahiran berfikir aras tinggi ?
ii. Apakah amalan dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan
guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah sekitar Kuala Muda Yan?
iii. Apakah persepsi guru terhadap kepentingan amalan kemahiran berfikir aras
tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran ?

1.5 Skop/Batasan kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada tiga aspek utama yang dikaji iaitu tahap
pengetahuan dan kefahaman, amalan dan pelaksanaan serta persepsi mengenai
kepentingan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru Pendidikan Islam Daerah
Kuala Muda Yan. Lokasi sekolah melibatkan beberapa buah sekolah di bandar dan luar
bandar. Hasil kajian ini hanya terhad kepada sampel dan populasi yang dipilih dan ianya
tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi lain. Tempoh pelaksanaan kajian ini
berlangsung selama 3 bulan.

1.5 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan institusi
yang terlibat dalam bidang pendidikan terutama dalam meningkatkan mutu PdP seperti
pelajar, guru dan PPD, JPN dan KPM. Dalam konteks guru, hasil kajian ini akan memberi
implikasi penting kepada guru kerana ia dapat melihat sejauh mana tahap pengetahuan
guru dan tahap keperluan latihan untuk membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi
dalam PdP. Bagi melaksanakan tugas ini dengan berkesan guru seharusnya mempunyai
pengetahuan yang tinggi dalam kemahiran berfikir aras tinggi dan berjaya mengadaptasikan
dalam aktiviti pengajaran dana pembelajaran di bilik darjah. Dapatan kajian dapat memberi
maklum balas kepada pihak sekolah/pentadbir untuk memberi bimbingan dan sokongan
kepada guru-guru dalam meningkatkan tahap pengetahuan mereka. Selain daripada itu,
sekolah/pentadbir boleh mengenalpasti kaedah terbaik dan langkah-langkah yang perlu
diambil bagi meningkatkan pengetahuan berunsurkan kemahiran berfikir aras tinggi ,
pedagogi, pembinaan item dan pentaksiran yang dapat digunakan oleh guru-guru semasa
proses PdP. PPD, JPN dan KPM dapat mengambil tindakan dalam merancang program-
program latihan perkembangan profesionalisme dengan sebaik mungkin agar hasilnya dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Bentuk-bentuk latihan yang bersesuaian
boleh diberikan kepada guru untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran dalam
memilih kaedah-kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir dalam
kalangan pelajar dan bersesuaian dengan topik yang diajar, membina item kemahiran
berfikir aras tinggi dan melaksanakan pentaksiran.

2.0 SOROTAN LITERATUR

Terdapat beberapa buah kajian yang telah dilaksanan berkaitan kemahiran berfikir
aras tinggi sama ada di dalam dan luar negara. Antaranya, kajian yang dilakukan oleh Nazri,
Ramlee, Nik Azimah dan Rosnaidar (2017) yang bertajuk ‘Pembangunan Modul Kemahiran
berfikir aras tinggi di dalam Mata Pelajaran Sains Sekolah Rendah: Analisis Keperluan
Guru’’ yang melibatkan 6 orang guru sekolah rendah dari 6 buah sekolah di Kuala Lipis,
Pahang. Kajian bertujuan melihat tahap keperluan guru untuk melaksanakan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam subjek Sains dan masalah yang dihadapi oleh guru. Dapatan
yang diperolehi menunjukkan seramai 4 orang guru telah menghadiri kursus memahami
secara umum mengenai konsep kemahiran berfikir aras tinggi secara umum dan cara
membina item soalan. Selain itu, kajian Hasnah dan Jamaluddin (2017) bagi mengenal pasti
tahap kompetensi guru-guru Bahasa Melayu melaksanakan penerapan pemikiran aras tinggi
dalam pembelajaran Bahasa Melayu turut melibatkan 118 guru Bahasa Melayu dari 13
buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan. Dapatan kajian menunjukkan tahap
pemahaman dan pengetahuan guru terhadap kemahiran berfikir aras tinggi berada pada
tahap sederhana dan kemahiran guru dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi
berada pada tahap tinggi. Perkara ini dikesan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.

Kajian oleh Syaubari dan Yunus (2017) mengenai penggunaan bahan bantu
mengajar (bbm) menerusi pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Negeri Perak mendapati terdapat 12 jenis
BBM yang digunakan oleh GPI untuk mengintegrasikan Kemahiran berfikir aras tinggi di
dalam PdP. Namun begitu, hanya tiga BBM yang digunakan oleh hampir semua GPI iaitu
lembaran kerja, buku teks, komputer dan LCD. Dapatan juga menunjukkan sememangnya
wujud nilai-nilai penerapan elemen Kemahiran berfikir aras tinggi di dalam penggunaan
BBM walaupun tidak secara sepenuhnya. Namun, kekerapan penggunaan BBM ini juga
menggambarkan bahawa GPI masih terikat dengan paradigma mementingkan prestasi dan
pencapaian akademik para pelajar
Kajian luar negara seperti Leach dan Good (2011) yang bertajuk ”Critical thinking
skills as related to university students’ gender and academic discipline”. Kajian yang
dijalankan di amerika ini bertujuan untuk menentukan hubungan lima (5) dimensi pemikiran
kritis iaitu analisis, deduksi, penilaian, induksi, dan inferen terhadap jantina dan bidang
akademik pelajar universiti. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan instrumen
California Critical Thinking Skills Test (CCTST). Dapatan kajian yang diperolehi bahawa
pemikiran kritis menghasilkan cabaran yang unik dalam pendidikan di Amerika melalui
hubungan antara isi kandungan subjek dan pemikiran kritis. Tsui (2002) dalam kajian
bertajuk ”Fostering critical thinking through effective pedagogy: Evidence from four
institutional case studies”. menyatakan bahawa kemahiran pengajaran secara kritis sangat
mencabar, namun ianya sangat mengalakkan pelajar untuk mengenal pasti kepentingan
menyelesaikan masalah dan seterusnya menyelesaikan sesuatu masalah mengikut situasi
sebenar yang dihadapi.

Kajian Mansoor dan Mohammad Reza (2011) yang bertajuk ”Critical thinking in
education: Globally developed and locally applied”. Bagi mendapat maklum balas mengenai
kepentingan dan aplikasi pemikiran kritis dalam sistem pendidikan di Iran, mengatakan
bahawa pengajaran pemikiran kritis oleh guru di dalam bilik darjah adalah penting untuk
menggalakkan pelajar berfikir. Moon (2008), menyatakan tujuan pedagogi pemikiran kritis
adalah untuk i) membolehkan pelajar membuat anjakan daripada pengetahuan konsepsi
mutlak kepada pengetahuan kontekstual, ii) membolehkan pelajar membuat anjakan dari
tindak balas deskriptif kepada isu-isu kritikal, iii) memahami konteks yang memerlukan
pemikiran kritis dan memberi tindakbalas yang sewajarnya, iv) menunjukkan fleksibeliti
dalam pemikiran, v) menggunakan kreativiti dalam pemikiran kritis dalam bentuk yang
sewajarnya, dan vi) membincangkan isu-isu secara objektif dan subjektif dengan
menggunakan proses pemikiran yang berkesan.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam bab ini, akan menjelaskan berkaitan metodologi kajian yang merangkumi
rekabentuk kajian, proses pengumpulan data, instrument kajian dan cara analisis data.

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif menggunakan kaedah exploratory. Kaedah


exploratory bertujuan mengenal pasti kejadian sesuatu perkara (Gay & Peter, 2003) dan
bermatlamat untuk menjelaskan sesuatu fenomena (Mohd. Najib, 2000). Menurut Creswell
(2008), reka bentuk kajian tinjauan adalah merupakan prosedur dalam kajian kuantitatif di
mana pengkaji menjalankan tinjauan ke atas sampel atau seluruh populasi orang untuk
menggambarkan sikap, pendapat, tingkah laku, atau ciri-ciri dalam populasi tersebut. Dalam
kajian ini, pengkaji akan meninjau aspek pengetahuan dan kefahaman, amalan dan
pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi serta persepsi guru Pendidikan Islam mengenai
kepentingan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang
dijalankan memberi tumpuan kepada pengumpulan data secara kuantitatif. Oleh itu, soal
selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan maklumat mengenai amalan dan
persepsi responden.

3.2 Kerangka Konsep Kajian


Kajian ini dilaksanakan berlandaskan kerangka konsep seperti berikut;

Pembolehubah Pembolehubah Tak


Bersandar Bersandar
 Jantina
 Umur a. Pengetahuan dan Amalan
 Taraf pendidikan kefahaman tentang KBAT KBAT dalam
kalngan
 Lokasi sekolah b. Amalan dan pelaksanaan
KBAT Guru
 Pengalaman
c. Persepsi mengenai Pendidikan
mengajar
kepentingan KBAT Islam
 Kekerapan
menghadiri
kursus

Rajah 1
Kerangka Konseptual Kajian Amalan KBAT Dalam Kalangan GPI

3.3 Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan 60 orang guru -guru Pendidikan Islam sekolah- sekolah rendah di
daerah Kuala Muda Yan yang berjumlah sekitar 250 orang. Data diperoleh melalui
semakan data di Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Kedah. Menurut Krejcie &
Morgan ( 1970) penentuan sampel daripada jumlah populasi ditetapkan 10 % hingga 30
%. Pemilihan sampel menggunakan kaedah rawak mudah iaitu setiap sampel mempunyai
peluang untuk terpilih sebagai sampel.
3.4 Instrumen Kajian

Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada kajian


Hasmaliza dan Zamri (2016) dan Sukiman, Shah dan Uzi (2012). Soal selidik diubah suai
mengikut keperluan dan objektif kajian ini. Instrumen soal selidik mempunyai dua bahagian
iaitu:
Bahagian A: Maklumat Latar Belakang Responden ( 6 item ) seperti jantina, umur,
kelulusan akademik, bidang pengkhususan, pengalaman mengajar, dan kekerapan
menghadiri kursus yang berkaitan dengan kemahiran berfikir aras tinggi .
Bahagian B: Merangkumi 3 konstruk utama iaitu pengetahuan dan pemahaman
tentang kemahiran berfikir aras tinggi, amalan dan pelaksanaan KBAT dalam
pengajaran dan pembelajaran dan persepsi mengenai kepentingan KBAT dalam
pengajaran dan pembelajaran ( 30 item). Instrumen menggunakan 5 skala Likert
iaitu ; 1- Sangat tidak setuju (STS), 2- Tidak setuju (TS), 3- Tidak Pasti (TP), 4 -
Setuju (S) dan 5 - Sangat setuju (SS).

3.5 Pengumpulan dan Analisis Data


Setelah mengenal pasti sekolah-sekolah terbabit, penyelidik memohon kebenaran
daripada pihak pentadbir sekolah untuk mengedarkan dan mengumpul soal selidik yang
disediakan. Responden diberi masa 30 minit untuk melengkapkan soal selidik tersebut.
Setelah semua soal selidik terkumpul, penyelidik melabelkan pada halaman pertama setiap
soal selidik berkenaan. Perlabelan ini sangat penting bagi mengelak kekeliruan semasa
proses mengisi data. Data-data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package Of Social Science) Data-data yang
dikumpul dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan
sisihan piawai dan sebagainya

4.0 ANALISIS & DAPATAN KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan dua jenis analisis yang akan dijalankan iaitu analisis
profil dan deskriptif. Analisis profil akan menjelaskan mengenai jumlah dan peratus
perihal yang bersangkutan latar belakang responden. Manakala analisis deskriptif
pula akan menerangkan peratus, min dan sisihan piawai mengenai perihal yang
berkaitan dengan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan responden
berpandukan persoloan-persoalan dinyatakan.
4.1 Analisis Profil
Kajian ini melibatkan 60 orang responden yang terdiri 17 lelaki ( 28.3 % ) dan
43 perempuan (71.7%). Kajian ini turut melibatkan 32 buah sekolah di bandar iaitu
sebanyak 53.3 % dan 28 buah sekolah luar bandar iaitu 46.7% yang dipilih secara
rawak mudah iaitu dengan menerima kesemua soal selidik yang dikembalikan oleh
para responden. Analisis data menunjukkan sejumlah 50.0 % (30 responden) terdiri
daripada guru-guru yang berusia di antara 31 – 40 tahun dan 41.7 % (25 responden)
dan 8.3 % (5 responden) mencapai usia 51 tahun ke atas. Sebilangan besar
responden iaitu 90 % (54 responden) terdiri dalam kalangan guru-guru siswazah dan
10% ( 6 responden ) bukan siswazah. Kesemua responden mempunyai pengalaman
mengajar yang agak lama iaitu melebihi 5 tahun. Sebanyak 78.3 % ( 47 responden)
yang telah berkhidmat 11 tahun dan ke atas dan 21.7 % (13 responden) yang
berkhidamt 6 -10 tahun. Analisis data juga menunjukkan terdapat 13.3 % (8
responden ) yang belum pernah mengikuti kursus mengenai kemahiran berfikir aras
tinggi dan selebihnya 87.7 % ( 52 responden) pernah mengikuti kursus berkenaan
sekurang-kurangnya sekali sepanjang berkhidmat sebagaimana yang dipaparkan
dalam jadual 1;

Jadual 1
Profil dan Latar belakang responden

Latar Belakang Responden Jumlah Peratus


Lelaki 17 28.3
Jantina
Perempuan 43 71.7
21-30 tahun - -
31-40 tahun 30 50.0
Umur
41- 50 tahun 25 41.7
51 tahun ke atas 5 8.3
Siswazah 54 90.0
Kelulusan Akademik
Bukan Siswazah 6 10.0
1 - 5 tahun - -
6 - 10 tahun 13 21.7
Pengalaman Mengajar
11- 15 tahun 30 50.0
16 tahun ke atas 17 28.3
Tidak pernah 8 13.3
Kekerapan Berkursus 1-3 kali 43 71.7
Mengenai KBAT 4-6 kali 7 11.7
7 kali ke atas 2 3.3
4.2 Analisis Deskriptif
Analisis data berikutnya dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan
kajian yang telah dikemukakan iaitu ;

i. Apakah tahap pengetahuan dan kefahaman guru-guru Pendidikan Islam


daerah Kuala Muda Yan mengenai amalan kemahiran berfikir aras tinggi ?
ii. Apakah amalan dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah sekitar Kuala Muda Yan?
iii. Apakah persepsi guru terhadap kepentingan amalan kemahiran berfikir aras
tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran ?

Untuk mengukur tahap pengetahuan dan kefahaman, amalan dan persepsi


responden mengenai kepentingan amalan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pengajaran dan pembelajaran dan membuat interpretasi mengenainya, penyelidik
telah mengkategorikan skor min yang diperolehi kepada tiga tahap iaitu skor min 0.0
- 1.67 di tahap rendah dan kurang memuaskan, skor min 1.68 - 3.34 di tahap
sederhana memuaskan dan skor min 3.35 - 5.00 di tahap tinggi dan memuaskan
berasaskan skala 5 seperti berikut:

Skor Min Interpretasi

0 - 1.67 di tahap kurang memuaskan rendah

1.68 -3.34 di tahap sederhana memuaskan sederhana

3.35 - 5.00 di tahap memuaskan tinggi

i. Apakah tahap pengetahuan guru-guru Pendidikan Islam daerah Kuala Muda


Yan mengenai amalan kemahiran berfikir aras tinggi ?

Analisis data mengenai tahap pengetahuan dan amalan responden berkaitan


kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan jantina mendapati nilai min yang diperolehi
daripada responden lelaki dan perempuan agak seimbang iaitu 3.92 dan 3.96. Analisis data
berdasarkan kelayakan akademik responden pula mendapati nilai min yang diperolehi
daripada responden siswazah dan bukan siswazah adalah sama iaitu 3.95. Manakala nilai
yang diperolehi berdasarkan pengalaman mengajar mendapati yang berkhidmat antara 6
hingga 10 tahun memperolehi nilai min yang lebih tinggi iaitu 4.00 berbanding dengan
responden yang dianggap lama iaitu berkhidmat antara 11 hingga 15 memperolehi nilai min
3.91 dan responden yang berkhidmat antara 16 tahun dan ke atas memperolehi nilai min
3.96. Sekalipun terdapat perbezaan nilai min yang diperolehi dalam ketiga-tiga kategori
responden, namun nilai min yang diperolehi masih berada pada tahap tinggi dan
memuaskan iaitu melebihi 3.35 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2
Pengetahuan dan Kefahaman Mengenai Kemahiran berfikir aras tinggi Dalam
Kalangan Responden Mengikut Pelbagai Kategori

Sisihan Min
Aspek KBAT Kategori N Peratus Min
Piawai Keseluruhan
Lelaki 17 28.3% 3.92 0.38
Jantina 3.95
Perempuan 43 71.7% 3.96 0.29

Siswazah 54 90.0 % 3.95 0.32


Kelayakan
Pengetahuan 3.95
Akademik
dan Bukan Siswazah 6 10.0 % 3.95 0.29
Kefahaman
mengenai 1-5 tahun -
KBAT
6 - 10 tahun 13 21.7% 4.00 0.46
Pengalaman
Berkhidmat 3.95
11- 15 tahun 30 50.0% 3.91 0.28

16 tahun ke atas 17 28.3% 3.96 0.25

ii. Apakah amalan dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah sekitar Kuala Muda Yan?

Dalam aspek amalan dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pengajaran dan pembelajaran analisis data menunjukkan nilai min yang diperolehi oleh
responden perempuan lebih tinggi iaitu 3.84 berbanding 3.74. Berdasarkan kelayakan
akademik responden, nilai min yang diperolehi daripada responden siswazah iaitu 3.82
berbanding nilai min 3.78 yang diperolehi oleh responden bukan siswazah. Analisis data
menunjukkan responden yang berkhidmat antara 6 hingga 10 memperolehi nilai min 3.90,
dan responden yang berkhidmat antara 11 hingga 15 memperolehi nilai min 3.76 dan
responden yang berkhidmat antara 16 tahun dan ke atas memperolehi nilai min 3.84.
Walaupun terdapat perbezaan nilai min yang diperolehi dalam ketiga-tiga kategori
responden, namun nilai min yang diperolehi masih berada pada tahap tinggi dan
memuaskan iaitu melebihi 3.35 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3
Amalan dan Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan
Responden Mengikut Pelbagai Kategori

Sisihan Min
Aspek KBAT Kategori N Peratus Min
Piawai Keseluruhan
Lelaki 17 28.3% 3.74 0.44
Jantina 3.81
Perempuan 43 71.7% 3.84 0.320

Siswazah 54 90.0 % 3.82 0.36


Kelayakan
Akademik 3.81
Amalan dan Bukan Siswazah 6 10.0 % 3.78 0.32
Pelaksanaan
KBAT 1-5 tahun - - - -

6 - 10 tahun 13 21.7% 3.90 0.32


Pengalaman
Berkhidmat 3.81
11- 15 tahun 30 50.0%
3.76 0.38

16 tahun ke atas 17 29.3%


3.84 0.35

iii. Apakah persepsi guru terhadap kepentingan amalan kemahiran berfikir aras
tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran ?

Analisis data mengenai persepsi responden tentang kepentingan kemahiran berfikir


aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran mendapati responden perempuan
mempunyai persepsi yang lebih positif dengan nilai min yang diperoleh 4.00 berbanding
3.94 nilai min yang diperolehi oleh responden. Dalam kategori kelayakan akademik,
responden siswazah mempunyai persepsi yang lebih positif dengan nilai min yang diperoleh
4.00 berbanding 3.82 min skor yang diperolehi oleh bukan siswazah. Persepsi responden
yang baru berkhidmat didapati mempunyai persepsi yang lebih positif iaitu 4.04 berbanding
responden yang telah berkhidmat 11-15 tahun dan 16 tahun ke atas nilai min yang
diperolehi iaitu 3.99 dan 3.96. Walaupun terdapat perbezaan nilai min yang diperolehi oleh
ketiga-tiga kumpulan responden, namun persepsi responden tentang kepentingan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran masih berada pada tahap
tinggi dan memuaskan iaitu nilai min melebihi 3.35 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.
Jadual 4
Persepsi Responden Mengenai Kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam
PdP

Sisihan Min
Aspek KBAT Kategori N Peratus Min
Piawai Keseluruhan
Lelaki 17 28.3% 3.94 0.55
Jantina
71.7% 3.98
Perempuan 43 4.00 0.36

Siswazah 54 90.0 % 4.00 0.39


Kelayakan
Persepsi 3.98
Akademik
Mengenai Bukan Siswazah 6 10.0 % 3.82 0.57
Kepentingan
KBAT Dalam 1-5 tahun - - - -
PdP
6 - 10 tahun 13 21.7% 4.04 0.36
Pengalaman
Berkhidmat 3.98
11- 15 tahun 30 50.0% 3.96 0.45

16 tahun ke atas 17 28.3% 3.99 0.41

4.3 Lain-lain dapatan

Analisis data mengenai tahap pengetahuan dan amalan mengenai kemahiran berfikir
aras tinggi berdasarkan lokasi sekolah mendapati nilai min yang diperolehi oleh responden
sekolah luar bandar lebih tinggi iaitu 3.99 berbanding guru-guru sekolah di bandar nilai min
yang diperolehi iaitu 3.91. Dalam aspek amalan dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras
tinggi pula min skor yang diperolehi oleh responden sekolah luar bandar lebih tinggi iaitu
3.86 berbanding nilai min yang diperolehi oleh guru-guru sekolah di bandar iaitu 3.77
Persepsi responden daripada sekolah luar bandar didapati lebih positif dengan nilai min
yang diperoleh 4.01 berbanding 3.96 nilai min yang diperolehi oleh responden sekolah di
bandar. Walaupun terdapat perbezaan nilai min yang diperoleh, namun persepsi mengenai
kepentingan amalan KBAT dalam PdP masih berada pada tahap tinggi dan memuaskan
iaitu nilai min melebihi 3.35 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5

Jadual 5
Nilai min pengetahuan dan amalan kemahiran berfikir aras tinggi responden
mengikut lokasi sekolah

Sisihan
Lokasi Sekolah Aspek KBAT N Peratus Min
Piawai
Bandar Pengetahuan dan Kefahaman 31 51.7 % 3.91 0.28
mengenai Kemahiran berfikir aras
tinggi

Amalan dan Pelaksanaan


Kemahiran berfikir aras tinggi 3.77 0.38

Persepsi Mengenai Kepentingan


3.96 0.46
Kemahiran berfikir aras tinggi

Pengetahuan dan Kefahaman 3.99 0.35

Amalan dan Pelaksanaan


Luar bandar Kemahiran berfikir aras tinggi 3.86 0.33
29 48.3 %

Persepsi Mengenai Kepentingan


4.01 0.37
Kemahiran berfikir aras tinggi

5.0 PERBINCANGAN & IMPLIKASI

Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap pengetahuan dan kefahaman guru-guru
Pendidikan Islam mengenai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), meninjau amalan dan
pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta persepsi guru-guru Pendidikan
Islam mengenai kepentingan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), dalam pengajaran dan
pembelajaran.

5.1 Tahap pengetahuan dan kefahaman KBAT dan persepsi mengenai kepentingan
amalan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan kefahaman dalam guru-guru Pendidikan
Islam mengenai kemahiran berfikir aras tinggi( KBAT) berada pada tahap yang tinggi iaitu
nilai min keseluruhan 3.95. Dapatan ini turut disokong oleh dapatan kajian yang telah
dijalankan oleh Rosnani dan Rosnainani ( 2003 ) dan Puspha Rani (2006 ) yang mendapati
tahap kesediaan guru berada pada tahap yang tinggi terhadap penerapan KBAT. Yang pasti
tingkah laku dan sesuatu tindakan akan menjadi positif sekiranya tanggapan dan persepsi
mengenai perkara berkenaan positif. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru Pendidikan
Islam mengenai kepentingan amalan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT) berada pada
tahap yang tinggi dan nilai min keseluruhan yang diperolehi iaitu 3.98. Persepsi positif
tersebut menjadi pemangkin kepada tahap pengetahuan, amalan dan pelaksanaan KBAT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jaafar dan Tamuri (2013) peranan guru
adalah sebagai pemangkin dalam transformasi sistem pendidikan sesebuah negara bagi
melahirkan generasi yang berintelek tinggi, berdaya saing dan kompeten dalam semua
aspek. Dalam usaha untuk mengembangkan pemikiran murid, guru hendaklah sentiasa
menyediakan ruang yang mencukupi bagi mengembangkan daya intelek muridnya.
Pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi lebih seronok, mencabar dan
memberangsangkan apabila berlaku interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan
murid. Oleh itu, guru haruslah memastikan KBAT dikuasai oleh murid agar dapat
meningkatkan keupayaan belajar mereka kerana melalui KBAT, murid dapat mengawal,
menentukan arah dan mengukur kemajuan pelajaran mereka. Pelbagai kaedah pengajaran
boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai tahap pemikiran murid yang tinggi. Guru perlu
menyediakan situasi pembelajaran yang lebih kondusif dan mencabar agar sesi PdP tidak
membosankan.

5.2 Perbandingan tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berdasarkan lokasi
sekolah.

Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan dan kefahaman, amalan dan pelaksanaan serta
persepsi mengenai kepentingan KBAT dalam kalangan guru-guru di luar bandar lebih tinggi
berbanding dengan guru-guru sekolah di bandar. Begitu dalam aspek usia, hasil dapatan
menunjukkan guru baharu mempunyai tahap pengetahuan, amalan dan persepsi yang lebih
tinggi berbanding guru-guru yang agak lama berkhidmat. Penyelidik menjangkakan keadaan
tersebut berlaku kemungkinan dipengaruhi oleh faktor kehadiran berkursus. Melalui analisis
crosstab hasil kajian menunjukkan 26 orang ( 89.7 %) guru Pendidikan Islam sekolah luar
bandar telah mendapat pendedahan mengenai KBAT. Fonemena guru baharu memperolehi
nilai min yang lebih tinggi berbanding guru lama, penyelidik menjangkakan maklumat dan
pengetahuan tentang KBAT telah diperolehi semasa mereka menjalani kursus perguruan
semasa di IPG lagi. Memandangkan KBAT sebahagian daripada elemen yang telah
diserapkan dalam kurikulum IPG.

5.3 Kursus dan Latihan Pembangunan Staf Perbandingan tahap kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) berdasarkan lokasi sekolah.

Pengetahuan guru dari pada aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran akan
menyumbang kepada perubahan pendekatan guru di bilik darjah, perkembangan
professional perguruan dan pencapaian dalam aspek KBAT khususnya (Surif et al., 2016).
Oleh itu, aspek latihan pembangunan staf merupakan salah satu aspek yang sangat penting
dalam membantu menjayakan dasar baharu yang diperkenalkan oleh KPM. Pencapaian nilai
min yang tinggi dipercayai turut dipengaruhi oleh maklumat yang diperolehi melalui kursus-
kursus yang diadakan. Dapatan kajian menunjukkan seramai 52 orang atau 86.7 % daripada
kalangan guru yang telah mendapat pendedahan kursus mengenai KBAT. Dapatan yang
diperolehi amat menyokong peri penting aspek latihan dan pembangunan staf diberi
penekanan dan perhatian. Goetsch (2002), menyatakan kepentingan latihan ialah dapat
melatih pekerja supaya mempunyai kemahiran kerja yang mantap, peningkatan
pengetahuan kerja yang luas, kompetitif, sentiasa tip top dengan sebarang perubahan dan
memastikan pekerja mengikut peredaran masa. Maka jelaslah, jika guru diberi latihan yang
bersesuaian maka tahap pengetahuan berkaitan KBAT akan meningkat. Selain daripada
menumpukan pengajaran berunsurkan KBAT dalam bilik darjah, guru juga boleh membina
item-item soalan berunsurkan KBAT seterusnya melaksanakan pentaksiran yang berkesan
terhadap murid mereka. menurut Mukherjee (2012), latihan yang ditekankan dalam
organisasi akan mempengaruhi tingkah laku seseorang ke arah matlamat yang telah
ditetapkan. Maka di sini jelaslah, latihan yang berterusan akan mampu menyumbang
kepada peningkatan kualiti kerja guru dan produktiviti serta meningkatkan imej organisasi
pendidikan.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, hasil kajian memperlihatkan tahap kesediaan guru Pendidikan


Islam menerapkan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi dan
bersifat positif. Ini dapat dilihat daripada tahap kesediaan guru Pendidikan Islam yang baik
dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam. Diharapkan maklumat daripada kajian ini dapat
memberikan gambaran awal mengenai tahap kesediaan pengetahuan, dan kemahiran guru
khususnya guru Pendidikan Islam di sekolah rendah terhadap penerapan kemahiran berfikir
(KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di daerah Kuala
Muda Yan.
RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid. 1999. Kemahiran berfikir merentasi kurikulum. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abu Bakar Nordin. (2013). Kurikulum ke arah penghasilan kemahiran berfikir kritis, kreatif
dan inovatif. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 1 (1), 10-18

Creswell, J. W. (2009). Educational research: Planning, conducting, and evaluating


quanitative and qualitative research. Upper Saddle River, NJ: Pearson.

Darus, Z. (2012). Status of Student Achievement in TIMSS and PISA: A reflection. Ministry
of Education (Status Pencapaian Pelajar dalam TIMSS dan PISA: Satu refleksi.
Kementerian Pelajaran Malaysia).

Goetsch, D.L. (2002). Effective Supervision: A Guidebook For Supervisors, Team Leaders
and Work Coaches. New Jersey: Prentice Hall International Inc.

Jaafar N & Tamuri A.H. (2013). Hubungan antara efikasi kendiri dengan kualiti guru
Pendidikan Islam sekolah menengah kebangsaan Malaysia. Journal of Islamic and
Arabic Education. 5(1), 2013 41-60.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003) “Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan


Pembelajaran”. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003.

Maimunah Osman. 2004. Kemahiran berfikir. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN). Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Putrajaya: KPM.

Mohd Norsham Haji Abdul Ghani. “Tahap pengetahuan dan sikap guru-guru Pendidikan
Islam terhadap amalan penerapan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di
negara Brunei Darussalam”. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan.UKM (2014).

Mukherjee, S. (2012). Does coaching transform coaches? A case study of internal


coaching. International Journal of Evidence Based Coaching and Mentoring, 10(2),
76-87
Norliyen Ahmad. “Faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan kaedah kbkk dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru Pendidikan Islam dan bukan
Pendidikan Islam”. Kertas Projek Sarjana. Fakulti Pendidikan.UKM (2006).

Normah. “Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah”.Wacana Pendidikan Islam
Peringkat Kebangsaan Siri ke-10.(2014).

Othman Napiah & Munada Mohamad Rodi. 2009. Persepsi pelajar sekolah agama terhadap
mata pelajaran Pendidikan Islam: Kajian di Sekolah Menengah Al-Amin Gombak,
Selangor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

PISA (2012). Assessment Framework Key Competencies in reading, mathematics and


science. OECD.Puchong Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Pushpa Rani A/P M.Muthuvelu. “Persepsi guru Sains terhadap pelaksanaan pengajaran
KBKK di sekolah menengah”. Projek Penyelidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia (2006).

Rajendran, N.S. “Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi: kesediaan guru mengendalikan
proses pengajaran dan pembelajaran”. Kertas kerja yang telah dibentangkan dalam
Seminar/Pameran Projek KBKK : Poster “Warisan-PendidikanWarisan” anjuran
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.(2001).1-2 Ogos
2001.

Rosnanaini Sulaiman. “Pelaksanaan Strategi Pengajaran Kemahiran Berfikir Dalam Mata


pelajaran Sejarah Di Peringkat Sekolah Menengah” : Satu Kajian Kes. Tesis Doktor
Falsafah.UKM (2003).

Sukiman Saad, Noor Shah Saad & Mohd Uzi Dollah. “Pengajaran kemahiran berfikir aras
tinggi: Persepsi dan amalan guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah”. “Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia”,2(1),18-36(2012).

Syaubari., & Yunus. (2017). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Menerusi
Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Kalangan Guru
Pendidikan Islam Sekolah Rendah Negeri Perak. Journal of Islamic Educational
Research, 2(1), 1-14.

Zainal Abidin. “Kesediaan Guru Dalam Pengajaran Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif Dalam Mata pelajaran Matematik”. Kertas Projek Sarjana. Fakulti Pendidikan
UKM. (2006).

Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. (2002). Penyebatian kemahiran berfikir dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu. Proceeding of The International Conference on
Teaching and Learning. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai