Anda di halaman 1dari 9

Tahap kemahiran murid dalam penggunaan Aplikasi Plickers

Berdasarkan analisis yang dijalankan terhadap tahap kemahiran murid dalam pneggunaan
Aplikasi Plickers, didapati terdapat hanya dua kumpulan tahap bagi keseluruhan item iaitu
sederhana tinggi dan juga tinggi. Bagi item sederhana tinggi ialah item Saya mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam penggunaan Aplikasi Plickers dan item Saya
sering menggunakan forum perbincangan yang terdapat di dalam Aplikasi Plickers dengan guru
dan rakan. Nilai min bagi setiap item tersebut ialah sebanyak 3.56 dan 3.86. Bagi item yang
berikutnya, nilai min bagi item Saya boleh menggunakan Aplikasi Plickers dengan baik ialah
sebanyak 4.15 dan item ini merupakan tahap tinggi.

Item Saya dapat meningkatkan kemahiran saya menggunakan komputer apabila saya
menggunakan Aplikasi Plickers juga mempunyai nilai min tahap tinggi iaitu pada min 4.40. Item
Aplikasi Plickers membantu saya dalam bahsa Melayu dan juga item Pembelajaran melalui
Aplikasi Plickers menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik juga mempunyai nilai min
pada tahap tinggi iaitu mempunyai nilai sebanyak 4.24 dan 4.60. Min keseluruhan bagi tahap
kemahiran murid dalam Aplikasi Plickers ialah sebanyak 4.13 pada tahap tinggi. Hal in demikian
kerana aplikasi yang terdapat pada Aplikasi Plickers mudah difahami oleh murid dan arahan
yang diberikan sangat mudah dan dapat ditafsir dengan baik.

Melalui soal selidik bagi tahap ini, pelajar dapat berinteraksi dengan komputer tanpa rasa
takut akan keadaan persekitarannya kerana persekitarannya hanyalah melibatkan komputer dan
individu pelajar itu sahaja. Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996)
menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dan maklumat sesama proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dapat meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Ini menjadikan
individu pelajar tersebut selesa dengan keadaan sekeliling. Sesetengah pelajar tidak menonjol di
dalam kelas kerana berasakan mereka tidak memahami sesuatu topik dengan mendalam, namun
dengan adanya kaedah ini, mereka akan berasa senang untuk berkomunikasi menerusi alam
maya tanpa rasa segan.

Seterusnya penggunaan Aplikasi Plickers dalam bahsa Melayu dapat menjadikan


pengajaran dan pembelajaran menarik dipersetujui oleh kebanyakan murid. Ini kerana corak
pengajaran yang membosankan iaitu guru lebih ke arah pengajaran konvensional, bercorak
sehala merupakan penyumbang besar akan kelemahan pelajar (Jeniri 2007).

Dengan wujudnya kaedah baharu yang diaplikasikan oleh guru, akan timbulnya
percambahan ilmu kerana murid akan aktif dalam memberikan respons kerana mereka lebih
memahami intipati yang diajar oleh guru dan kebanyakkan proses pengajaran yang berlangsung
adalah berpusatkan kepada murid. Murid juga menggunakan blog sebagai medium untuk
mencari maklumat-maklumat yang diperlukan dan berkongsi maklumat yang diperolehi dengan
pengguna blog yang lain. Tugas guru hanya sebagai pemudahcara sahaja berbanding dengan
kaedah konvensional yang hanya melibatkan dua situasi iaitu, guru mambaca manakala murid
akan menyalin apa yang diperkatakan oleh guru. Situasi ini akan menyebabkan murid tidak
diberi peluang untuk memperkatakan tentang isu yang sedang dibincangkan.

Tahap kemahiran murid dalam penggunaan Aplikasi Plickers


Item Min Tahap
1. Saya boleh menggunakan Aplikasi Plickers 4.15 Tinggi
dengan baik
2. Saya mempunyai pengetahuan dan kemahiran 3.56 Sederhana tinggi
yang cukup dalam penggunaan Aplikasi
Plickers
3. Saya dapat meningkatkan kemahiran saya 4.40 Tinggi
menggunakan komputer apabila saya
menggunakan Aplikasi Plickers
4. Saya sering menggunakan forum perbincangan 3.84 Sederhana tinggi
yang terdapat di dalam aplikasi Plickers
dengan guru dan rakan
5. Aplikasi Plickers dapat membantu saya dalam 4.24 Tinggi
bahasa Melayu
6. Pembelajaran melalui Aplikasi Plickers 4.60 Tinggi
menjadikan pengajaran dan pembelajaran
menarik.
Min keseluruhan 4.13 Tinggi

Tahap pengetahuan murid menggunakan Aplikasi Plickers


Jadual tersebut merupakan jadual min bagi mengetahui tahap pengetahuan murid
menggunakan Aplikasi Plickers. Terdapat dua tahap yang berbeza setelah keputusan analisis
dilakukan iaitu pada tahap sederhana tinggi dan tinggi sahaja. Pada tahap sederhana tinggi, item
yang terlibat ialah Saya tahu tentang penggunaan Aplikasi Plickers di sekolah, Saya berasa
seronok menggunakan Aplikasi Plickers semasa mempelajari bahasa Melayu dan juga Penjelasan
guru tentang penggunaan Aplikasi Plickers sangat terperinci. Skor min yang diperolehi bagi
setiap item tersebut ialah sebanyak 3.10, 3.93 dan juga 3.87.
Seterusnya bagi item Penggunaan Aplikasi Plickers dapat membantu saya memahami
bahasa Melayu dalam pembelajaran, Saya dapat mempersembahan hasil penulisan saya dalam
bentuk yang lebih menarik dan juga item Saya dapat mengemukakan pendapat dengan lebih
terperinci, ketiga-tiga item ini merupakan item yang mendapat skor min pada tahap tinggi iaitu
pada nilai 4.10, 4.22 dan juga 4.20. bagi jumlah min keseluruhan ialah 3.90 iaitu pada tahap
sederhana tinggi.
Bower (1998) menegaskan bahawa pengajaran berteraskan teknologi adalah lebih
interaktif dan perlu terus dipertingkatkan. Oleh itu, penggunaan teknologi dan bidang pendidikan
menyediakan pelbagai kaedah dengan memberikan ruang penerokaan ilmu secara aktif serta
menjadikan murid lebih berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan suasana
pembelajaran yang lebih efektif dan efisyen.

Tahap pengetahuan murid menggunakan Aplikasi Plickers


Item Min Tahap
1. Saya tahu tentang penggunaan Aplikasi 3.10 Sederhana tinggi
Plickers di sekolah
2. Saya berasa seronok menggunakan Aplikasi 3.93 Sederhana tinggi
Plickers semasa mempelajari bahasa Melayu
3. Penggunaan Aplikasi Plickers dapat membantu 4.10 Tinggi
saya memahami bahasa Melayu dalam
pembelajaran
4. Saya dapat mempersembahan hasil penulisan 4.22 Tinggi
saya dalam bentuk yang lebih menarik
5. Penjelasan guru tentang penggunaan Aplikasi 3.87 Sederhana tinggi
Plickers sangat terperinci
6. Saya dapat mengemukakan pendapat dengan 4.20 Tinggi
lebih terperinci
Min keseluruhan 3.90 Sederhana tinggi

Tahap kesediaan murid menggunakan Aplikasi Plickers


Dapatan kajian bagi tahap kesediaan murid menggunakan Aplikasi Plickers pula, terdapat
2 tahap yang terlibat iaitu tahap tinggi dan keserhana tinggi. Pada tahap sederhana tinggi terarah
pada item Saya sentiasa mengambil bahagian semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung
pada nilai 3.98 dan juga item Saya sentiasa diberi peluang untuk bertanya soalan yang tidak
difahami oleh saya pada nilai 3.88. Untuk tahap tinggi pula terdapat dua item yang terlibat iaitu
item Saya boleh belajar tanpa kehadiran guru di dalam kelas kerana tugasan dijalankan melalui
penggunaan Aplikasi Plickers yang mempunyai nilai 4.36 dan juga pada nilai 4.07 pula, Guru
sering memberikan kata-kata perangsang setelah saya menyiapkan tugasan yang diberikan. Min
keseluruhan bagi tahap kesediaan murid menggunakan Aplikasi Plickers ialah 4.07 iaitu pada
tahap yang tinggi.

Menurut keratan akhbar Berita Harian bertarikh 3 Mei 2005, pengguna blog boleh
berinteraksi antara satu sama lain serta dapat memberikan komen dan ulasan yang membina
terhadap catatan yang dibuat. Berdasarkan pernyataan tersebut, peranan guru dalam memberikan
motivasi kepada pelajar amat digalakkan. Hal ini demikian kerana galakan sedemikian dapat
menjadikan pelajar bersemangat untuk mengikuti pembelajaran berasaskan aplikasi Plickers.

Menurut Norazah (2006) pengajaran dan pembelajaran berasaskan web bertujuan


memberikan kemudahan kepada para pendidik untuk menguruskan bahan pengajaran,
menghasilkan persekitran pembelajaran yang efektif serta melibatkan penyertaan aktif dalam
kalangan pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun tanpa kehadiran guru
pada waktu tersebut. Ini memudahkan dan memberikankeuntungan kepada kedua-dua belah
pihak kerana penggunaan blog dapat membantu murid berhubung secara atas talian dengan guru
atau rakan.

Tahap kesediaan murid menggunakan Aplikasi Plickers


Item Min Tahap
1. Saya boleh belajar tanpa kehadiran guru di 4.36 Tinggi
dalam kelas kerana tugasan dijalankan melalui
penggunaan Aplikasi Plickers
2. Saya sentiasa mengambil bahagian semasa 3.98 Sederhana tinggi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung
3. Guru sering memberikan kata-kata perangsang 4.07 Tinggi
setelah saya menyiapkan tugasan yang
diberikan.
4. Saya sentiasa diberi peluang untuk bertanya 3.88 Sederhana tinggi
soalan yang tidak difahami oleh saya

Min keseluruhan 4.07 Tinggi


IMPLIKASI KAJIAN

Kecanggihan teknologi semakin hari semakin maju kontemporari ini. Oleh itu
penggunaan kaedah ICT iaitu penggunaan Aplikasi Plickers dan pengajaran dan pembelajaran
dapat menarik minat para murid untuk mempelajari subjek bahasa Melayu. Hal ini demikian
kerana, sistem pengajaran yang menggunakan Aplikasi Plickers mempunyai pelbagai aplikasi
yang menarik seperti animasi bergerak, visual grafik, tulisan dan warna menjadikan proses
pengajaran lebih menarik.

Hasil kajian ini juga mendapati bahawa Aplikasi Plickers merupakan satu aplikasi yang
mesra pengguna kerana cara pengendaliannya yang amat mudah difahami oleh mereka
disamping keseluruhan yang dipaparkan di dalam Aplikasi Plickers adalah bersesuaian dan
menarik untuk proses pengajaran bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Pernyataan ini disokong
oleh Saunders (2003) yang menyatakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan web ini mesra pengguna dan mampu menarik minat pelajar kerana web ini memenuhi
keperluan sumber pembelajaran.

Penggunaan blog semasa proses pengajaran dan pembelajaranjuga memepengaruhi hasil


pembelajaran. Hal ini demikian kerana guru akan menjadi lebih kreatif dan bersedia sebelum
memulakan proses penyebaran ilmu kepada pelajar. Melalui kaedah ini, guru akan cuba sedaya
upaya untuk mencari maklumat yang tepat dan baharu supaya dapat disampaikan kepada pelajar
dengan berkesan. Situasi ini boleh dikatakan bahawa blog dijadikan sebagai salah satu alat bantu
mengajar. Kepelbagaian yang terdapat pada ruangan blog menjana pembelajaran yang lebih
menarik.

Penggunaan blog juga dapat meningkatkan kemahiran guru dan juga kepada pelajar.
Melalui penggunaan blog pelajar akan dapat memahami intipati yang terdapat di dalam ruangan
blog dengan lebih mendalam. Hal ini demikiankerana blog mempunyai pelbagai fungsi dan
kegunaannya yang tersendiri semasa tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kemahiran dalam mengendalikan blog memberikan nilai tambah kepada guru dalam
menyebarkan ilmu kepada pelajar dengan lebih berkesan dan dengan cara yang mudah difahami.
Pembelajaran sedemikian akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bagus bagi kedua-dua
belah pihak.
KESIMPULAN

Pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan Aplikasi Plickers telah lama di


aplikasikan oleh seorang pendidik terutamanya apabila pendidik ingin berkongsi maklumat dan
ilmu tentang sesuatu perkara. Ianya bukanlah satu fenomena yang baru dibina pada alaf ini.
Secara keseluruhannya, penggunaan blog memainkan peranan penting dalam institusi pendidikan
kerana blog mendatangkan banyak faedahnya kepada pelajar semasa proses penyebaran ilmu
berlangsung.
Pengajaran seumpama ini telah memberikan nafas baharu kepada sistem pendidikan di
sekolah yang bersifat konvensional kerana perubahan ini membawa suasana yang baharu dan
lebih banyak memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Hal ini disebabkan oleh, penggunaan teknologi dan maklumat pada masa kini lebih
bersesuaian seiring dengan peredaran masa dan kaedah ini lebih berpusatkan kepada pelajar
berbanding guru. Ini menjadikan murid lebih kreatif dan dapat berfikir di luar kotak serta dapat
menarik murid untuk meminati mata pelajaran bahasa Melayu. Para guru juga hendaklah sentiasa
mempunyai kaedah yang baharu dalam menyampaikan ilmu kerana pada zaman globalisasi kini,
penggunaan ICT lebih mudah menarik minat murid dalam mendalami sesuatu bidang.

RUJUKAN

Ee Ah Meng. 1990. Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Pembangunan Pendidikan 2001-2010:
PerancanganBersepadu Kecemerlangan Pendidikan.
Law. N., Y. Lee & A. Chow. 2002. Practise Characteristics that lead to 21st Century Learning
Outcome. Journal of Computer Assisted Learning. 18: 415-426 Blackwell Science Ltd.
Mohd Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Mohd Majid Konting. 1998. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Noraini Attan. 2001. Tahap Kesediaan guru dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan
komputer bagi pengajaran dan pembelajaran Sains. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Omardin Ashaari. 1990. Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan
bahasa dan Pustaka
Robiah, S., & Nor Sakinah, M. 2007. ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam
Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan, 32, 139-152
Tuckman, B. W. 1990. Conducting Educational Research. Ed. 5th. Belmort, CA:
Wadsworth/Thamson Learning
Zamri Mahamod. 2012. Inovasi P&P dalam Pendidikan bahasa Melayu. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Anda mungkin juga menyukai