Anda di halaman 1dari 2

Guru mampu untuk mendapat maklum balas yang tepat tentang kefahaman murid secara

keseluruhan dari segi kelemahan dan kekuatan dalam topik yang dalam sesuatu tajuk atau topik
pembelajaran. Ia juga dapat memberikan maklum balas yang jelas berbentuk grafik secara
langsung kepada guru dan murid. Amalan biasa dalam kebanyakan bilik darjah ialah guru-guru
meminta murid-murid mengangkat tangan mereka jika mereka hendak memberi respons kepada
sesuatu topik atau tuliskan jawapan mereka pada sehelai kertas. Walaupun ini merupakan satu
strategi yang agak berkesan, ia tidak memberi pemantauan yang jelas pada respons setiap murid
dari segi pemahaman secara total dan sumatif. Malah, setiap murid dapat memantau kekuatan
dan kelemahan masing-masing dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan guru
dalam bilik darjah.

Murid-murid sekolah dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dalam semua aspek iaitu
perlu menguasai tatabahasa dan juga harus mahir dalam kefahaman serta penulisan Bahasa
Melayu. Jika tidak mereka mungkin menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian.
Perkataan Nahu atau Tatabahasa begitu sinonim dengan pembelajaran Bahasa Melayu yang
menjadi subjek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pengetahuan tentang tatabahasa
merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid dalam mempelajari Bahasa
Melayu. Dalam hal lain menyatakan tatabahasa haruslah dikuasai oleh murid supaya dapat
memahirkan mereka dari segi membina ayat untuk tujuan penulisan dan juga sebagai penutur
Bahasa Melayu yang baik. Kelemahan menguasai tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan
menandakan kurangnya keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan
khususnya Bahasa Melayu.
Aplikasi Plickers ini boleh didapati dalam pelantar mudah alih seperti iOS dan Android.
Plickers ialah aplikasi yang hanya menggunakan sebuah peranti digital sahaja dalam setiap kelas.
Respon dari setiap murid akan direkodkan melalui barkod sahaja. Murid diberi satu set barkod
QR pada kad indeks besar. Setiap kad kod boleh bertukar dalam empat orientasi. Setiap orientasi
memberikan jawapan yang berbeza. Apabila guru sudah bersedia untuk mengumpul data, guru
akan menggunakan aplikasi mudah alih Plickers untuk mengimbas kad untuk melihat graf bar
jawapan menggunakan telefon pintar. Guru boleh membuat dan menyimpan seberapa banyak
soalan dan jawapan yang telah dijawab. Data yang dikumpul boleh dilihat dalam pelayar web
atau aplikasi mudah alih. Aplikasi ini juga boleh digunakan secara offline atau online. Guru
akan menyemak barkod tersebut dan dapat mengenalpasti jawapan yang telah dijawab oleh
murid. Ia sangat mudah digunakan dan mampu menjimatkan masa guru. Masa yang diambil
untuk menyemak soalan yang telah dijawab oleh murid dapat dikurangkan dan guru dapat
mengesan pola kesalahan yang dilakukan oleh murid. Melalui kaedah ini, guru dapat
memperbaiki kelemahan murid dengan segera dan seterusnya membantu prestasi murid dalam
pelajaran.............................

Anda mungkin juga menyukai