Anda di halaman 1dari 12

1.

PERATURAN AM

1.1 Setiap murid dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang


terkandung di dalam buku peraturan ini dan juga mematuhi mana-
mana peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke
semasa.

1.2 Setiap murid dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang


dikeluarkan oleh Kementerian Muridan, Jabatan Muridan dan
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUNKU mana-mana pihak berwajib yang ada hubungan dengan sekolah.
JALAN SS1/11, 47300 PETALING JAYA
1.3 Semua murid dikehendaki mepunyai dan mengamalkan nilai-nilai
murni, akhlak yang baik, bersopan santun dan berbudi bahasa
sepanjang masa.

1.4 Setiap murid dikehendaki pada setiap masa dan tempat


mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

BUKU 1.5 Setiap murid TIDAK BOLEH berkelakuan dengan cara yang
dapat ditakrifkan atau dianggap sebagai:
PERATURAN SEKOLAH  Mencemarkan nama baik sekolah.
 Mencemarkan nama baik mana-mana individu.
 Melakukan perbuatan merosakkan harta benda sekolah atau harta
perseorangan.
 Menganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah.
 Menimbulkan pergaduhan, persengketaan dalam kalangan murid-
murid
 Melakukan perbuatan menghina mana-mana pihak.
 Melakukan perbuatan membuli dan mengugut mana-mana
NAMA : _________________________________ individu.
 Berkelakuan tidak senonoh atau melakukan perbuatan tidak
sepatut dilakukan oleh seorang murid.
KELAS : _________________________________  Semua murid dikehendaki menyertai semua kegiatan yang
diarahkan oleh pihak sekolah sama ada akademik atau
kokurikulum.
 Setiap murid dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej
sekolah dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam
bidang akademik, kokurikulum, pergaulan dan tatatertib.
 Murid dilarang melakukan sesuatu yang membahayakan diri.
 Semua murid mesti berada di tempat-tempat yang telah
ditetapkan mengikut masa yang ditetapkan.
2. PERATURAN SEKOLAH: WAKTU HADIR KE SEKOLAH PERINGATAN: Murid yang gagal hadir ke sekolah pada hari yang
diumumkan sebagai hari persekolahan tanpa kenyataan rasmi, murid
2.1 Murid sesi pagi hendaklah hadir ke sekolah 10 minit lebih awal (pukul 7.20 tersebut dianggap sebagai Ponteng Sekolah.
pagi) sebelum masa belajar.
2.9 Pihak sekolah berhak/ mengikut budi bicara mempertimbangkan/
2.2 Murid sesi petang hendaklah hadir ke sekolah 20 minit lebih awal (pukul mempertikaikan segala dokumen-dokumen yang digunakan oleh ibu bapa/
12.50 tengah hari) sebelum masa belajar. penjaga/ murid sebagai kenyataan tidak hadir sekolah dengan bersebab,
sekiranya ia terdapat keraguan/ kekeliruan terhadap isi kandungan yang
2.3 Pada loceng yang pertama dibunyikan (pukul 7.15 pagi) murid sesi pagi tercatat di dalam dokumen/ kenyataan tersebut
hendaklah berkumpul di tempat perhimpunan/ mana-mana tempat yang di
arahkan oleh Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Guru Disiplin/ guru-guru
3. PERATURAN SEKOLAH: WAKTU BALIK SEKOLAH.
bertugas mingguan.
3.1 Apabila loceng akhir berbunyi, murid hendaklah menutup suis/ menyimpan
2.4 Murid sesi petang dikehendaki berkumpul dalam aturan kelas di dewan
semua peralatan yang digunakan. Keluar berbaris di luar kelas/ mana-
tempat oleh Penyelia Petang/ Pembantu Penyelia Petang/ Guru
Disiplin/guru-guru bertugas mingguan 20 minit lebih awal sebelum masa mana bilik khas yang digunakan dengan arahan guru dengan tertib.
belajar bermula. Kemudian berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu utama sekolah dengan
tenang, bersopan dan mengikut giliran.
2.5 Murid hendaklah berkumpul dalam barisan dan tertib ketika di tempat
3.2 Aturan keluar:
perhimpunan/ bergerak ke bilik-bilik khas seperti Makmal Sains/ Bengkel
RBT/ mana-mana tempat yang diarahkan oleh guru kelas/ guru mata  Keluar mengikut pintu yang telah ditetapkan
muridan. Murid dilarang membuat bising/ kekacauan yang boleh  Murid yang menaiki basikal hendaklah menuntun basikal mereka
mengganggu ketenteraman sekolah. sehingga keluar ke pintu utama sekolah.
 Dahulukan murid yang berjalan kaki keluar melalui pintu pagar
2.6 Pada bulan Ramadhan (bulan puasa), waktu hadir ke sekolah dan balik utama.
dari sekolah serta jadual waktu masa belajar akan disesuaikan mengikut  Murid yang menunggu ibu bapa/ penjaga yang mengambil lewat
keperluan. hendaklah menunggu di pondok di dalam kawasan sekolah.

2.7 Murid hendaklah hadir ke sekolah dan mengikut jadual masa belajar pada 3.3 Pegawai keselamatan hendaklah berada di pintu masuk murid
hari-hari yang diumumkan sebagai hari bekerja (Isnin hingga Jumaat)  sesi pagi mulai jam 7.10 pagi hingga 7.40 pagi dan 1.00 petang
kecuali hari-hari yang diumumkan sebagai hari cuti seperti cuti umum hingga 1.30 petang.
negeri/ persekutuan/ cuti persekolahan/ cuti-cuti yang diarahkan oleh guru  sesi petang mulai 12.30 tengah hari hingga 1.00 petang dan 6.40
besar/ pekeliling-pekeliling dari semasa ke semasa. petang hingga 7.00 petang.

2.8 Murid hendaklah sentiasa menepati semua masa belajar yang telah
4. PERATURAN SEKOLAH: ETIKA BERPAKAIAN RASMI DAN
ditetapkan di dalam Jadual Waktu Belajar dan sentiasa mengikuti/
KELENGKAPAN SEKOLAH
mematuhi segala program-program/ aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
sekolah. Murid yang gagal hadir pada hari persekolahan biasa/ aktiviti
4.1 Pakaian Murid Lelaki (RUJUK LAMPIRAN)
kokurikulum hendaklah mengemukakan kenyataan samada Sijil Cuti Sakit
(jika sakit)/ surat pengesahan ibu bapa/ penjaga yang sah/ kenyataan
(a) Seluar:
yang munasabah/ releven. Selain itu, kenyataan ketidakhadiran ke
 Seluar panjang berwarna biru tua.
sekolah bolehlah dipertimbangkan melalui panggilan telefon yang dibuat
oleh ibu bapa/ penjaga murid yang sah.  Dilarang memakai seluar ketat/ terlalu labuh/ besar/ buku lali (Bell
Bottom) dan ketat di bahagian peha/celah peha. Ukuran yang
dianggap sesuai adalah paras buku lali. Murid dilarang memakai  Baju kurung putih yang berkekek dan berpesak paras lutut, kain
seluar berbentuk ‘Jeans’/ ‘Ala Jeans’/. sarung susun tepi warna biru muda tidak melebihi buku lali.
 Tudung/ mini telekung putih tanpa sulaman/ corak/berenda/
berambu-rambu.Murid diwajibkan memakai anak tudung berwarna
(b) Baju:
putih/ hitam.
 Baju berwarna putih berkolar lipat, berkocek satu (di sebelah kiri
 Murid memakai baju kurung digalakkan memakai anak baju dan
bahagian dada) dan berlengan pendek/panjang. Jika murid
kain dalam. Lengan baju tidak boleh dilipat.
memakai baju berlengan panjang dilarang menggulung atau
melipat bahagian lengan baju.  Murid DILARANG menulis/menconteng baju sekolah.
 Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar di bahagian
(b) Kasut :
pinggang.
 Kasut kanvas berwarna putih / hitam bertapak getah.
 Dilarang memakai baju yang terlalu ketat/ sendat/ kecil/ besar/
labuh  Tidak mempunyai apa-apa corak pada kasut tersebut. Lambang/
simbol jenama tidak terlalu besar dan berwarna selain berwarna
putih atau hitam.
(c ) Kasut:  Dilarang memakai selipar/but/ pump shoes/ lain-lain.
 Kasut kanvas berwarna putih / hitam bertapak getah.
 Tidak mempunyai apa-apa corak pada kasut tersebut. Lambang/
(c ) Stoking:
simbol jenama tidak terlalu besar dan berwarna selain berwarna
putih atau hitam.  Stoking berwarna putih atau hitam tidak bercorak dan mesti
melepasi buku lali.
 Dilarang memakai selipar/but/ pump shoes/ lain-lain.
4.3 Pakaian Pengawas
(d) Stoking:  Hanya murid yang dilantik sebagai pengawas sahaja yang
 Stoking berwarna putih atau hitam tidak bercorak dan mesti dibenarkan memakai pakaian pengawas.
melepasi buku lali.  Semua pengawas hendaklah sentiasa memakai pakaian
pengawas yang ditetapkan dengan lengkap pada setiap masa.
Pengawas yang tidak mematuhi arahan berpakaian akan
(e) Tali pinggang:
dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Pengawas Sekolah.
 Dilarang memakai tali pinggang yang terlalu besar melebihi
30mm/ berkepala besar/ lebar/ logam/ mempunyai bucu yang 4.4 Pakaian Ahli Unit Beruniform
tajam.
 Semua murid yang menjadi ahli unit beruniform hendaklah
 Tali pinggang/ kepala tali pinggang tidak boleh mempunyai sentiasa memakai pakaian/uniform lengkap unit masing-masing
sebarang bentuk tulisan/ corak/ lambang/ simbol kumpulan/ ketika aktiviti/gerak kerja luar dijalankan seperti mana yang
pertubuhan/ persatuan tertentu kecuali persatuan/ unit beruniform diarahkan setiap hari Rabu.
sekolah yang berdaftar.
 Murid yang belum mempunyai pakaian seragam unit beruniform
 Hanya tali pinggang berwarna hitam/ biru gelap sahaja di masing-masing akan diberikan tempoh yang sewajarnya untuk
benarkan. melengkapkannya. Murid yang gagal berbuat demikian akan
diambil tindakan.
4.2 Pakaian Murid Perempuan (RUJUK LAMPIRAN)
4.5 Pakaian Ahli Kelab Sukan Dan Permainan/ Pendidikan Jasmani.
(a) Baju:  Seluar: Seluar trek berwarna hitam/biru gelap untuk semua murid.
 Blaus putih lengan pendek dan ‘pinafore’ Biru Tua yang menutupi  Baju: Baju-T berwarna putih dan berkolar/ baju-T Rumah Sukan/
bahagian lutut (tidak ketat, labuh 5cm di bawah paras lutut), baju-T berlogo sekolah/berlengan pendek/ panjang
 Murid perempuan Islam diwajibkan memakai baju-T berlengan
panjang dan bertudung putih.
 Kasut: Kasut getah kanvas berwarna hitam/putih dan berstoking.  Penggunaaan cermin mata/ kanta lekap yang berwarna gelap/
 Murid DILARANG menulis/menconteng baju-T Rumah Sukan. warna-warni/berfesyen adalah dilarang.

(e) Peralatan lain:


4.6 Pakaian/ Kelengkapan Ketika Menghadiri Aktiviti-aktiviti/ Program-Progam  Murid dilarang memakai/ menggunakan mana-mana benda/
Sekolah barang-barang yang boleh diklasifikasikan sebagai perhiasan/
 Murid diwajibkan memakai pakaian rasmi sekolah seperti pakaian apa-apa jua produk yang boleh menggangu pengajaran dan
sekolah/pakaian unit beruniform/ pakaian kelab dan pembelajaran di dalam bilik darjah/ ketenteraman sekolah.
persatuan/pakaian kelas pendidikan jasmani/ lain-lain yang  Murid lelaki Islam hanya dibenarkan memakai songkok berwarna
dibenarkan ketika menghadiri aktiviti-aktiviti/ program-program hitam/ biru gelap sahaja. Bagi murid bukan Islam, pemakaian
anjuran sekolah. Jenis-jenis bentuk/ fesyen pakaian/ kelengkapan simbol keagamaan adalah dibenarkan asalkan ianya tidak terlalu
selain yang dinyatakan adalah TIDAK DIBENARKAN. besar dan/ hendaklah dipakai secara tidak dipamerkan; seperti
rantai leher/tangan/ sebagainya. Gelang kaki adalah dilarang.
4.7 Tali Leher
 Tali leher berlogo sekolah sahaja dibenarkan pakai oleh murid. (f) Murid dilarang membawa / menggunakan telefon bimbit dan peralatan
Bagi pengawas-pengawas sekolah, pemakaian tali leher seperti berbentuk digital ke sekolah. Pihak sekolah akan merampas dan ibu bapa
yang ditetapkan.Tali leher hendaklah dipakai dengan kemas dan sahaja yang boleh menuntut semula.
rapi.
 Pastikan tali leher tidak terlalu pendek/panjang sebaiknya hujung
tali leher mestilah mengenai bahagian kepala tali pinggang. Murid 5. PERATURAN SEKOLAH: KEKEMASAN DAN KEBERSIHAN DIRI
dilarang menulis/menconteng tali leher (melainkan untuk
pengenalan hanya sekadar munulis/menandakan dengan simbol 5.1 Rambut/ misai/ janggut/ jambang
yang kecil).
5.1.1 Rambut murid lelaki tidak dibenarkan panjang. Istilah panjang
4.8 Kelengkapan-kelengkapan lain: adalah seperti berikut:
(a) Beg sekolah:  Belakang rambut dibiarkan tebal/ jatuh melebihi garisan di
 Murid dilarang menggunakan/ memakai beg sekolah bawah cuping telinga/ tersentuh kolar.
yang mempunyai lambang/ logo/simbol/ gambar kumpulan/  Bahagian tepi rambut menutup/ menyentuh kedua-dua cuping
pertubuhan/persatuan tertentu/ menulis/ menconteng pada mana- telinga dan ’sideburn’ panjang melebihi garisan tengah
mana bahagian beg dengan apa jua perkataan/ simbol yang hidung.
dilarang.  Bahagian hadapan rambut terjuntai dan menutup garisan
tengah dahi. Bahagian atas, rambut tidak melebihi 6cm
(b) Lencana Sekolah: panjang dan tidak kurang 1cm pendek.
 Pemakaian lencana sekolah adalah diwajibkan bagi semua murid.
 Lencana hendaklah dilekatkan/jahit pada bahagian atas sebelah 5.1.2 Murid lelaki beragama Sikh/ Punjabi dibenarkan berambut
kiri kocek baju. panjang jika memakai serban, tetapi yang memakai serban,
peraturan kekemasan rambut adalah seperti yang ditetapkan.
(c) Tanda Nama:
 Semua murid diwajibkan mempunyai tanda nama (yang
diperbuat dari kain sahaja yang boleh digunakan) yang dilekatkan/ 5.1.3 Murid tidak dibenarkan menyimpan janggut, misai/ kedua-duanya/
dijahit pada bahagian atas lencana sekolah. bulu-bulu tebal yang tumbuh keseluruhan bahagian muka. Istilah
misai tidak termasuk bulu roma, bulu halus yang mula tumbuh di
muka murid.
(d) Cermin mata:
5.1.4 Murid lelaki dilarang menyimpan ekor di mana-mana bahagian 6. PERATURAN SEKOLAH: PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN
rambut/ bahagian kepala/ membotakkan rambut tanpa
sebab yang wajar/ dilarang memotong/ mewarnakan rambut 6.1 Murid dilarang berbual-bual atau berbuat bising ketika berada di
mengikut fesyen/ berfesyen keterlaluan yang menyamai/ mengikut perpustakaan.
imej/ identiti seseorang/ sesuatu kumpulan/ organisasi.
6.2 Elakkan perbuatan yang boleh mengganggu murid lain yang sedang
5.1.5 Rambut murid perempuan hendaklah sentiasa dijaga rapi dan membaca/ belajar di perpustakaan.
bebas dari masalah kesihatan/ sebagainya. Murid dilarang
mewarnakan rambut/ memotong rambut mengikut fesyen 6.3 Buku-buku dan bahan bacaan perpustakaan lainnya tidak boleh dibawa
rambut lelaki. Murid yang berambut panjang/ melepasi bahu keluar, kecuali yang dipinjam secara sah di kaunter peminjaman.
hendaklah mengikat rambut dengan menggunakan getah/reben
berwarna hitam/ putih/ biru muda sahaja. Tocang/ Plait/ Ponytail 6.4 Murid tidak dibenarkan membawa buku teks dan sebagainya, kecuali
adalah dibenarkan. Fesyen rambut tidak sopan/ keterlaluan/ dengan kebenaran petugas di perpustakaan.
hiasan di kepala/ menutup dahi adalah DILARANG.

5.2 Kuku 7. PERATURAN SEKOLAH: KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


 Murid dilarang berkuku panjang.
 Murid- murid dilarang mewarnakan kuku. 7.1 Murid yang ingin berjumpa Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah
 Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kuku. nmendaftarkan diri dengannya pada waktu tidak belajar untuk urusan
temujanji seterusnya.

5.3 Kebersihan pakaian dan kelengkapan sekolah 7.2 Murid yang ada temujanji dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling
 Murid hendaklah sentiasa memastikan kebersihan baju, seluar/ apa-apa hendaklah mendapatkan kebenaran guru dalam kelas sebelum
jua yang dianggap sebagai kelengkapan sekolah pada setiap masa. meninggalkan kelas.

5.4 Penyakit berjangkit 7.3 Guru Bimbingan dan Kaunseling akan memberi surat akuan murid telah
 Murid yang telah disahkan menghidap penyakit berjangkit tetapi tidak menerima kaunseling untuk perhatian guru kelas..
berbahaya oleh pegawai perubatan kerajaan/ sebagainya hendaklah
mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa dari 8. PERATURAN SEKOLAH : PENGGUNAAN TANDAS
pihak hospital/sekolah/ sebagainya.
 Bagi murid yang telah disahkan menghidap/ membawa penyakit berjangkit 8.1 Murid dibenarkan ke tandas pada waktu-waktu berikut, iaitu sebelum
yang berbahaya oleh pegawai perubatan kerajaan/ sebagainya hendaklah waktu pertama, pada waktu rehat dan selepas tamat belajar. Jika ke
mematuhi arahan dari semasa ke semasa yang di keluarkan oleh pihak tandas semasa waktu pengajaran dan pembelajaran, murid hendaklah
hospital/ sekolah/ sebagainya. menggunakan PAS keluar kelas.

8.2 Tuala wanita (pad) yang telah digunakan hendaklah dibungkus elok-elok
5.5 Murid perempuan dilarang bersolek seperti bergincu/ memakai pemerah pipi
dan dibuangkan ke dalam bekas/ tong khas yang disediakan.
dan mencukur kening.
8.3 Sikap berjimat dalam penggunaan air hendaklah diamalkan. Pastikan paip
air ditutup setelah digunakan.

8.4 Semua murid bertanggungjawab terhadap kebersihan tandas. Elakkan


perbuatan tidak mengepam tandas setelah digunakan, menconteng
tandas dan merosakkan harta sekolah.
menghayati nilai-nilai agama atau nilai-nilai murni dalam
8.5 Sebarang kerosakan di tandas hendaklah dimaklumkan kepada guru kehidupan seharian bagi menjamin kejayaan dan
bertugas dengan segera. kesejahteraan hidup.

9. PERATURAN SEKOLAH: KEDAI BUKU SEKOLAH 11.2 Murid mestilah menepati masa semasa di bilik darjah. Murid perlu
melatih diri untuk menepati masa dengan jujur dan
9.1 Kedai Buku Sekolah hanya dibuka pada waktu persekolahan dan pada mengagihkan masa untuk keperluan diri tanpa melanggar mana-
waktu-waktu tertentu.Sila rujuk pada papan kenyataan Kedai Buku
mana peraturan hidup.
Sekolah.

9.2 Urusan pembelian hendaklah dibuat pada waktu rehat atau selepas waktu 11.3 Apabila guru/ pelawat masuk ke kelas, ketua kelas/ penolongnya
persekolahan sahaja. hendaklah memberi arahan supaya semua murid bangun
untuk memberi ucap selamat/ sebagainya pada guru/ pelawat
9.3 Murid yang hendak berurusan dengan kedai buku sekolah pada waktu dan perkara yang sama juga apabila guru/ pelawat keluar dari
pembelajaran hendaklah mendapat kebenaran daripada guru masing- kelas.
masing.

9.4 Sila beratur dan senyap ketika berurusan dengan kedai buku koperasi. 11.4 Murid mestilah berada di dalam kelas yang ditetapkan pada setiap
masa melainkan setelah diarahkan ke tempat lain oleh guru.
9.5 Urusan pembelian hendaklah dibuat di kaunter yang disediakan. Murid Gunakan kad kebenaran keluar kelas jika ada urusan penting/
dilarang memasuki kedai buku. ke tandas pada waktu belajar.

10. PERATURAN SEKOLAH : SURAU SEKOLAH 11.5 Murid tidak dibenarkan keluar/ masuk kelas sesuka hati tanpa
kebenaran guru/ semasa ketiadaan guru.
10.1 Hanya pelajar Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam
surau. 11.6 Murid mestilah sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian
kepada pengajaran guru. Murid dilarang membuat bising
10.2 Murid dilarang membuat bising, bermain dan membuang
sampah. Jaga kebersihan surau. mengganggu pengajaran guru di dalam kelas. Sekiranya murid
kurang sihat, sila laporkan kepada guru/ guru bertugas
10.3 Telekung dan sejadah hendaklah disidai semula setelah mingguan. Jika murid terpaksa dirujuk/ dibawa ke hospital untuk
digunakan. rawatan, guru bertugas akan menghubungi ibu bapa/ penjaga
murid. Jika penjaga/ ibu bapa tidak dapat dihubungi, guru
10.4 Surau hanya digunakan untuk tujuan solat dan perjumpaan bertugas/ pengganti akan terus menghantar murid yang terlibat
yang berkaitan dengan agama.
ke hospital mengikut prosedur yang ditetapkan.
10.5 Sebelum meninggalkan surau, pastikan suis lampu, kipas dan
pintu ditutup. 11.7 Murid dilarang berkelakuan tidak sopan/ biadab seperti memaki
guru/ mengeluarkan kata kesat dan lucah/ mencarut kepada
11. PERATURAN SEKOLAH: TINGKAHLAKU DI DALAM BILIK DARJAH guru/ meninggikan suara apabila ditegur/ ditanya guru/
meletakkan kaki di atas meja/ apa-apa jua perbuatan/ tingkahlaku
11.1 Murid hendaklah sentiasa menjaga tatatertib dan tingkahlaku yang mencemarkan semasa guru di dalam kelas/ semasa
semasa berada di bilik darjah bagi menjamin keberkesanan ketiadaan guru.
pengajaran dan pembelajaran guru. Semua murid perlu
memastikan semua murid menjalankan tugas dan memberikan
11.8 Murid dilarang mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerjasama untuk kebaikan bersama.
guru di dalam kelas. Murid yang mempermain-mainkan/
mempersendakan guru akan diambil tindakan ke tahap 11.17 Setiap bilik darjah hendaklah memaparkan jadual waktu, jadual
pembuangan sekolah. tugasan harian membersihkan kelas, carta organisasi kelas,
dokumen-dokumen dan maklumat tambahan sekolah serta
11.9 Murid dikehendaki meminta kebenaran sebelum menggunakan/ hiasan yang sesuai.
meminjam hak orang lain dan uruskan benda/ barang-barang
yang digunakan/ dipinjam dengan cara yang sopan. 11.18 Maklumat-maklumat dalam jadual tugasan murid mestilah
mengandungi tugas menyapu lantai, mengelap tingkap,
11.10 Murid dilarang menjatuhkan maruah guru/ murid lain di dalam membersihkan papan hijau, mengeluarkan sampah dari meja dan
kelas kerana kesilapan yang dilakukan. Amalkan nilai-nilai saling menyusun kerusi meja serta menghias kelas.
memahami dan bertolak ansur untuk mengelakkan peselisihan
faham/ permusuhan/ pergaduhan. 11.19 Murid sesi pagi yang bertugas hendaklah membersihkan kelas 5
minit sebelum balik dengan arahan guru kelas/ guru mata
11.11 Murid digalakkan bertanya guru jika tidak jelas tentang perkara pelajaran. Murid sesi petang hendaklah membersihkan kelas
yang di ajar. pada waktu yang sesuai / 5 minit sebelum balik dengan arahan
guru kelas/ guru mata pelajaran.
11.12 Apabila murid ingin menyoal/ menjawab soalan, berikan isyarat
mengangkat tangan kanan dan berdiri ketika menyoal / 11.20 Bilik-bilik darjah hendaklah dibersihkan dan kerusi meja disusun
menjawab soalan apabila diarahkan. dengan kemas dan teratur. Sampah-sampah di dalam kelas
hendaklah di buang di dalam tong sampah semasa
11.13 Murid tidak dibenarkan makan/ minum di dalam kelas/ berada di membersihkan kelas.
dalam kelas sewaktu rehat/ pada hari –hari yang di umumkan
cuti umum/ cuti sekolah kecuali dengan kebenaran guru/ pihak 11.21 Ketua kelas / ketua AJK kebersihan kelas hendaklah melaporkan
pentadbir sekolah. kepada guru kelas mana- mana murid yang tidak
menjalankan tugas yang diarahkan/ memberi kerjasama
11.14 Ketua kelas dikehendaki menulis jumlah kehadiran murid di dalam melakukan tugasan yang diberi.
kelas serta nama-nama murid yang tidak hadir dalam Buku
Pengurusan Kelas. 12. PERATURAN SEKOLAH: PERHIMPUNAN SEKOLAH

12.1 Semasa perhimpunan, murid dikehendaki beratur mengikut aturan


11.15 Ketua kelas/ penolongnya hendaklah mencari guru yang kelas di tempat yang diarahkan oleh Guru besar/GPK.
sepatutnya masuk ke kelas sekiranya guru berkenaan tidak
dapat ditemui, sila berjumpa dengan GPK/ GPK Petang untuk 12.2 Semua murid WAJIB hadir. Murid yang tidak hadir ke
mendapatkan maklumat/ tindakan seterusnya. perhimpunan akan di ambil tindakan kecuali dengan
kebenaran guru.
11.16 Semua murid bertanggungjawab menentukan kebersihan bilik
12.3 Perhimpunan sekolah adalah satu acara rasmi sekolah. Semua
darjah. Ketua AJK Kebersihan dan Kecerian Kelas hendaklah
murid WAJIB menghormati acara ini dengan berdiri tegak/
sebagainya mengikut yang diarahkan secara tertib.
 Semua murid hendaklah berbaris dengan senyap dan tertib di dewan
12.4 Semua murid dikehendaki menyanyikan lagu kebangsaan, lagu apabila loceng tamat waktu rehat dibunyikan. Murid hanya dibenarkan
negeri, lagu sekolah dan melafazkan ikrar murid secara berdiri masuk ke kelas apabila dibenarkan berbuat demikian oleh guru/
tegak ,tenang dan bersemangat. pengawas yang bertugas menjaga kelas.
 Segala peraturan yang dinyatakan di atas adalah berkuatkuasa juga ke
12.5 Semasa guru besar/ guru-guru berucap/ bercakap, murid atas semua/ bilik yang di umumkan sebagai tempat/ bilik menjual /
hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya dan dilarang menyediakan makanan/ sebagainya di kawasan sekolah.
bercakap/ sebagainya yang boleh mengganggu perhimpunan  Murid perlu peka dengan bau dan rasa makanan yang dibeli supaya tidak
tersebut. makan makanan yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.

12.6 Selepas selesai perhimpunan, murid hendaklah berjalan mengikut 14. PERATURAN SEKOLAH: PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS DI SEKOLAH.
barisan ke kelas masing-masing dalam keadaan tertib.
(a) Makmal Sains
12.7 Perhimpunan Rasmi Sekolah diadakan pada setiap hari Isnin/ (b) Bengkel/ Makmal kemahiran hidup
tertakluk kepada arahan guru besar/ Jabatan Pendidikan dari (c) Perpustakaan/ Pusat sumber sekolah
semasa ke semasa. (d) Bilik tayang
(e) Makmal ICT/ Komputer
(f) Bilik Pendidikan Seni
13. PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN SEMASA REHAT DAN (g) Stor sukan
PERATURAN MEMBELI MAKANAN/ MINUMAN : (h) Dewan
(i) Surau
DI KANTIN SEKOLAH (j) Lain-lain
 Murid hanya dibenarkan berada di kantin sekolah pada waktu rehat
14.1 Semua murid adalah tertakluk kepada segala peraturan-peraturan
sahaja/ mana-mana tempat yang menjual/ menyediakan makanan/
penggunaan bilik-bilik/ tempat-tempat khas yang dinyatakan
minuman di kawasan sekolah.
di atas yang ditulis/ ditampal/ dipamerkan/ sebagainya di
 Murid dilarang keluar dari kawasan sekolah untuk membeli makanan/
bilik-bilik/ tempat-tempat khas/ apa-apa jua yang disebut sebagai
sebagainya pada waktu rehat. Membawa makanan yang dibeli di luar
peraturan penggunaan oleh guru/ kakitangan yang
sekolah adalah DILARANG.
bertanggungjawab menjaga bilik-bilik/ tempat-tempat khas
 Murid dilarang membawa keluar/ merosakkan peralatan kantin. tersebut.
 Pinggan mangkuk/ segala peralatan yang telah digunakan hendaklah
diletakkan ke dalam bekas yang di sediakan. 14.2 Murid yang melanggar/ mengingkari segala peraturan seperti yang
 Kertas/ plastik pembungkus makanan/ minuman/ apa-apa jua sampah dinyatakan di anggap telah melanggar dan mengingkari peraturan
hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. sekolah dan boleh diambil tindakan.
 Murid dilarang membawa makanan/ minuman/ sebagainya keluar dari
kawasan kantin/ koperasi untuk dibawa ke tempat lain. 14.3 Murid hendaklah berjalan mengikut barisan masing-masing dalam
 Semua murid hendaklah beratur ketika membeli makanan/ minuman/ keadaan tertib menuju ke bilik- bilk khas.
sebagainya di kantin dan jangan membuat bising/ kekacauan yang boleh
mengganggu.
 Pengawas yang bertugas hendaklah menguatkuasakan semua peraturan
dengan adil, cekap dan bijaksana. Catatkan nama-nama murid yang 15. PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN MENJALANKAN KELAS
ingkar. PENDIDIKAN JASMANI
 Pengawas dibenarkan rehat 5 minit lebih awal agar dapat segera
menjalankan tugas yang ditetapkan pada waktu rehat. 15.1 Pakaian/ kelengkapan (seperti yang dinyatakan dalam 4.5.
Pakaian Ahli Kelab Sukan dan Permainan/ Pendidikan Jasmani).
15.2 Murid hendaklah bergerak di dalam barisan berdua-dua pergi/ 16. PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN MEMBAWA DAN MELETAKKAN
balik ke tempat yang diarahkan oleh guru ketika kelas BASIKAL DI KAWASAN SEKOLAH
Pendidikan Jasmani dilakukan.
16.1 Basikal hendaklah sentiasa berkunci ketika diletakkan di tempat
15.3 Barang-barang berharga/ yang boleh mendatangkan kecederaan yang telah ditetapkan. Pihak sekolah tidak akan
seperti beg duit, jam tangan, kunci/ sebagainya hendaklah bertanggungjawab ke atas segala kerosakan/ kecurian
dibungkus kemas, dilabelkan dengan nama murid dan kenderaan murid di luar/ di dalam kawasan sekolah.
diserahkan kepada guru pendidikan jasmani untuk di masukkan ke
dalam bekas khas dan dikembalikan oleh guru selepas tamat 16.2 Murid tidak dibenarkan menunggang basikal di dalam
kelas pendidikan jasmani. kawasan sekolah pada bila-bila masa. Murid hendaklah
menuntun basikal mereka apabila memasuki kawasan sekolah.
15.4 Murid tidak dibenarkan singgah di mana-mana tempat lain kecuali
untuk menukar pakaian dalam masa 5 minit (bagi murid
17. PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN BERURUSAN DENGAN PIHAK
perempuan). Murid hanya dibenarkan menukar pakaian di bilik-
SEKOLAH
bilik tertentu sahaja seperti tandas lelaki dan tandas
perempuan/ mana-mana yang bersesuaian.
15.5 Murid tidak dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal/ 17.1 Semua pihak yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mestilah
terlebih dahulu mendapatkan pas kebenaran pelawat di pondok
menggunakan alatan-alatan semasa kelas pendidikan jasmani
pengawal dengan mengemukakan butiran diri, tujuan lawatan/
tanpa kebenaran /pengawasan guru pendidikan jasmani/ guru
urusan dan pegawai/ guru/ murid yang ingin ditemuinya.
ganti.

15.6 Murid dikehendaki menggunakan peralatan pendidikan jasmani 17.2 Pihak pengurusan sekolah berhak menahan/ tidak membenarkan
dengan cermat dan berhati-hati dan dipulangkan/ mana-mana individu/ syarikat-syarikat swasta memasuki
kawasan sekolah dengan mengarahkan pengawal keselamatan
dikumpulkan untuk disemak sebelum setelah selesai kelas
yang ditugaskan di pintu pagar sekolah berbuat demikian.
pendidikan jasmani.

15.7 Murid yang menghidap penyakit-penyakit berbahaya yang boleh 17.3 Pihak sekolah berhak mengarahkan mana-mana individu/
mengancam keselamatan nyawa murid tersebut/ masalah syarikat-syarikat swasta yang datang ke kawasan sekolah/
diluar/ di dalam bertujuan mengganggu/ mengugut/
kardiovaskular hendaklah memberitahu guru pendidikan jasmani
mengancam/ mempertikaikan/ sebagainya beredar dari kawasan
secara lisan/ bertulis dengan mengemukakan dokumen- dokumen
sekolah dan jika ingkar, pihak sekolah boleh menghubungi
yang berkaitan/ surat pengesahan ibu bapa/ penjaga yang di
pihak berkuasa (polis) bagi mengawal keadaan.
akui.

15.8 Murid dinasihatkan mengikut arahan/ mendengar/ memahami/ 17.4 Ibu bapa/ penjaga/ individu yang ingin berjumpa murid di sekolah
ini mestilah terlebih dahulu meminta kebenaran daripada
memberi tumpuan/ mematuhi segala arahan / tunjuk cara
Guru besar/ GPK Hem/ GPK Petang di pejabat sebelum berbuat
yang diberikan oleh guru ketika menjalankan aktiviti pendidikan
demikian.
jasmani untuk menjamin keselamatan murid dan mengelakkan
kecederaan.
17.5 Ibu bapa/ penjaga yang ingin membawa pulang anak/ murid
hendaklah terlebih dahulu mengisi dokumen-dokumen perlu
yang di arahkan oleh pihak sekolah. Surat kebenaran hanya
boleh ditandatangani oleh Guru besar/GPK/ PK Petang.

17.6 Ibu bapa/ penjaga/ bekas murid apabila berurusan dengan pihak
sekolah hendaklah berpakaian kemas dan sopan. Sila patuhi
segala larangan-larangan awam di sekolah seperti tidak merokok 18.5 Murid tidak dibenarkan mengambil/ melihat keputusan
di kawasan sekolah.Gunakan budi bahasa yang sopan ketika peperiksaan bagi pihak murid lain.
berurusan di sekolah. Pihak sekolah/ Guru besar/ Guru-guru/
Kakitangan berhak untuk tidak melayan/ mengarahkan individu 18.6 Hanya Ibu bapa/ penjaga murid sahaja yang dibenarkan
tersebut keluar dari kawasan sekolah jika mereka didapati tidak mengambil keputusan peperiksaan anak/ jagaan,mereka
bertingkah laku sopan dan berpakaian tidak sopan ketika hendaklah membawa kad pengenalan/ angka giliran/ slip
berurusan dengan pihak sekolah. peperiksaan.

17.7 Ibu bapa/ penjaga/ mana-mana individu/ syarikat yang berurusan 18.7 Semua pertanyaan mengenai keputusan peperiksaan individu
dengan pihak sekolah hendaklah meletakkan kenderaan melalui telefon tidak akan di layan.
mereka di luar kawasan sekolah/ di dalam dengan kebenaran
pihak pentadbiran sekolah. Semasa meletakkan kenderaan di luar 18.8 Semua keperluan peperiksaan akan di keluarkan pada waktu
kawasan sekolah (terutama di hadapan pintu pagar sekolah) pejabat pada hari pertama dan kedua selepas keputusan
pastikan kenderaan yang diletakkan tidak mengganggu/ peperiksaan diumumkan oleh Jabatan/ Kementerian Pendidikan
menghalang lalu lintas. Malaysia. Selepas itu keputusan peperiksaan akan di
keluarkan pada waktu persekolahan dan bila mana guru yang
17.8 Keselamatan harta benda individu/ syarikat yang berurusan di bertanggungjawab berkelapangan/ tiada aktiviti.
kawasan sekolah adalah bukan tanggungjawab sekolah.

17.9 Jurujual dilarang masuk/berurusan dengan guru kecuali atas


19. PERATURAN SEKOLAH: SYARAT PENGLIBATAN MURID DALAM
kebenaran Guru besar.
AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH.
18. PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN MENGAMBIL KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN 19.1 Badan/ Kelab/ Persatuan/ Unit beruniform / Sukan dan Permainan:

18.1 Murid yang hendak berurusan dengan pihak sekolah hendaklah  Setiap murid dimestikan menjadi ahli mana-mana SATU sahaja
bersopan dan menunjukkan tingkah laku yang elok seperti pasukan pakaian seragam SATU dari Kelab/Persatuan
berpakaian dengan kemas dan sopan. dan SATU dari Sukan dan Permainan yang ada di sekolah.
 Setiap murid diwajibkan memakai pakaian seragam unit
18.2 Murid hendaklah beratur dengan tertib dan dilarang membuat beruniform masing-masing pada setiap hari Rabu mengikut
bising/ mengganggu semasa mengambil keputusan takwim yang ditetapkan.
peperiksaan.  Setiap murid DIWAJIBKAN menjadi ahli dalam SATU Rumah
Sukan yang ada di sekolah yang telah ditentukan oleh Setiausaha
18.3 Murid diminta menjelaskan semua bayaran-bayaran/apa-apa Sukan Sekolah.
jua hutang yang tertunggak. Dengan pihak sekolah semasa  Setiap murid perlu membawa buku PAJSK pada setiap
mengambil keputusan peperiksaan/ sebagainya. Pihak sekolah perjumpaan aktiviti Kokurikulum.
berhak/ menggunakan budi bicara untuk menahan
keputusan peperiksaan / sebagainya mana-mana murid yang 19.2 Gerak kerja Luar Yang Lain.
enggan berbuat demikian.
 Murid yang berbakat dan berpotensi dalam bidang yang tertentu
18.4 Sebarang bayaran/ hutang yang tertunggak hendaklah di akan dipilih mengikut kesesuaian/ kebolehan/ pengalaman murid
serahkan kepada guru yang ditugaskan. Kerani pejabat/ guru- berdasarkan keperluan semasa untuk mewakili sekolah/ daerah/
guru lain tidak akan menerima bayaran/ hutang yang tertunggak negeri.
semasa keputusan peperiksaan diumumkan.  Pemilihan murid mewakili sekolah/ daerah/ negeri dalam aktiviti
tertentu akan dilakukan oleh Guru Penasihat gerak kerja luar yang
terlibat/ Setiausaha Sukan Sekolah/ AJK yang ditubuhkan/ GPK
Kokurikulum/ GPK HEM. 19.7 Guru-guru yang bertanggungjawab membawa/ menyelia/
 Murid yang terpilih untuk menyertai/mewakili aktiviti / gerak kerja mengawasi/ melatih murid yang terlibat dengan aktiviti/ kegiatan/
luar anjuran Sekolah/ Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan gerak kerja/ apa-apa jua/ hendaklah memastikan segala langkah-
Pendidikan/ Kementerian Pendidikan WAJIB mematuhi segala langkah keselamatan telah di ambil dengan sewajarnya.
peraturan/ syarat yang dikehendaki. Murid yang didapati
melanggar peraturan/ syarat yang diwajibkan akan disingkir dari 19.8 Guru-guru/ Guru besar/ Jabatan Pendidikan/ Kementerian
menyertai/ mewakili aktiviti/gerak kerja luar yang Pendidikan/ Kerajaan Malaysia tidak boleh di sabitkan/ di
disertainya dan akan di ambil tindakan lanjutan. dakwa/ di bawa ke mahkamah dalam sebarang kemalangan/
 Murid yang terlibat menjalankan/ menyertai/ mewakili/ sekolah/ kecederaan/ kecacatan yag di alami oleh murid di dalam gerak
daerah/ negeri dalam apa-apa jua aktiviti/kegiatan/ gerak kerja kerja kokurikulum/ apa-apa aktiviti yang di anjurkan oleh pihak
luar dikehendaki mendapatkan SURAT KEBENARAN ibu bapa/ sekolah/ Jabatan Pendidikan/ Kementerian Pendidikan selagi
penjaga secara bertulis dan kemukan kepada guru yang kemalangan/ kecederaan/ kecacatan yang dialami oleh murid
bertanggungjawab untuk disimpan sebagai rujukan. Kegagalan bukan di sebabkan oleh kelalaian/ kecuaian guru-guru/ pihak-
murid berbuat demikian akan menyebabkan murid yang pihak yang terlibat/ bertanggungjawab.
berkenaan boleh diambil tindakan.
 Murid yang ingin menjalankan/ menyertai gerak kerja luar/ kajian 20. PERATURAN SEKOLAH: SUMBANGAN PIBG
luar/ apa jua aktiviti hendaklah menunjukkan Surat Kebenaran/
Arahan dari pihak sekolah kepada ibu bapa/ penjaga/ pihak- pihak
 Jumlah sumbangan yang telah dipersetujui bersama dalam Mesyuarat
yang terlibat agar dapat memberi nasihat/ memastikan
Agung PIBG hendaklah dijelaskan dalam jangka masa yang ditetapkan.
keselamatan murid tersebut
 Segala bayaran hendaklah dijelaskan melalui guru kelas. Resit/ bukti
pembayaran hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.
19.3 Syarat-syarat Memegang Jawatan

 Setiap murid hanya dibenarkan memegang hanya SATU sahaja 21. PERATURAN SEKOLAH: KESELAMATAN PENGGUNAAN ALATAN DAN
jawatan penting/ utama (Pengerusi/ Naib Pengerusi/ Setiausaha/ KEMUDAHAN DI SEKOLAH
Penolong Setiausaha/ Bendahari/ Penolong Bendahari) dan
DUA jawatan sebagai AJK Biasa dalam Kelab/ Persatuan/ Sukan  Murid dilarang menggunakan segala peralatan dan kemudahan sekolah
dan Permainan/ Unit Beruiform di sekolah. tanpa kebenaran guru/ kakitangan sekolah.
 Kes-kes pengecualian yang berlaku hendaklah dirujuk kepada  Peralatan yang telah digunakan hendaklah di pulangkan semula ke
budi bicara antara guru kelas/ guru penasihat/ penyelaras- tempat asalnya dengan keadaan yang sempurna/ dibersihkan seperti
penyelaras unit kokurikulum/ setiausaha kokurikulum/ GPK semasa di ambil.
Kokurikulum/ GPK HEM.  Catatkan rekod penggunaan alatan/ kemudahan dalam buku yang
disediakan/ sebagainya apabila menggunakan peralatan/ kemudahan
19.4 Aktiviti/ kegiatan kokurikulum sekolah dijalankan pada setiap hari sekolah.
Rabu setiap minggu, bermula pada jam 11.50 pagi dan tamat  Penggunaan kemudahan-kemudahan sekolah seperti padang/ dewan/
pada jam 1.50 tengah hari. bilik darjah/ mana-mana tempat di kawasan sekolah adalah untuk murid/
guru-guru/ kakitangan sekolah sahaja. Murid dilarang menjemput orang
19.5 Pakaian semasa menjalankan aktiviti/ kegiatan kokurikulum luar yang bukan murid/ individu yang bukan kakitangan sekolah
sekolah adalah seperti yang di nyatakan di dalam 4.5. dan 4.6. menggunakan segala peralatan dan kemudahan sekolah tanpa
kebenaran.
19.6 Semua rombongan sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapat  Pihak luar yang ingin menggunakan kemudahan dan peralatan sekolah
persetujuan daripada guru besar/ pihak berkenaan serta menepati hendaklah dengan kebenaran.
peraturan lawatan/ rombongan yang di tetapkan oleh PPD dan
JPN.
 Murid hendaklah menggunakan segala peralatan/ kemudahan dengan  Pelan Pergerakan Kebakaran mesti dipamerkan di semua tempat yang
cara yang betul. menjadi tumpuan seperti pejabat, bilik guru, bilik darjah, bilik-bilik khas dan
 Murid dilarang mengalihkan segala peralatan/ kemudahan yag ada di sebagainya. Patuhi arahan pergerakan dan berkumpul di tempat yang
sekolah tanpa kebenaran guru. telah dikhaskan.
 Murid mesti mematuhi arahan pihak yang berkuasa untuk memastikan
kesihatan diri dan persekitaran selamat dari semasa ke semasa seperti
22. PERATURAN SEKOLAH: BUKU TEKS (SPBT)
pemeriksaan gigi, suntikan, penutup muka dan larangan lain.
 Murid perlu mematuhi arahan-arahan terkini yang diumumkan oleh pihak
 Murid yang mendapat pinjaman buku teks hendaklah menghargai sekolah dari semasa ke semasa dan akur dengan langkah-langkah
pemberian tersebut dan mencatat nama dan kelas di bahagian depan atau keselamatan yang diarahkan.
belakang buku teks.
 Buku teks hendaklah dibalut dengan plastik agar ia tidak mudah rosak.
Tindakan akan di ambil jika murid tidak mematuhi arahan tersebut.
 Murid- murid dilarang menconteng/ merosakkan / menghilangkan buku
teks. Murid yang didapati menconteng / merosakkan/ menghilangkan buku
teks yang di beri akan diambil tindakan.
 Murid hendaklah sentiasa membawa buku teks seperti dalam jadual waktu
masa belajar.
 Murid dilarang meninggalkan buku teks dalam kawasan sekolah.
 Murid perlu menggantikan buku yang hilang dengan buku yang baharu
sebelum pemulangan buku teks pada akhir persekolahan.

23. PERATURAN SEKOLAH: PENGGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK

 Murid hendaklah menggunakan segala kemudahan yang di sediakan


seperti tandas/ air/ elektrik dengan cara yang betul dan berjimat.
 Kebersihan tandas hendaklah sentiasa dijaga. Murid dilarang membuang
sampah/ benda/ bahan yang tidak sepatutnya ke dalam lubang tandas.
 Penggunaan air/eletrik hendaklah digunakan dengan cara yang betul dan
berjimat. Gunakan air/ eletrik bila perlu sahaja.Pastikan suis/ paip ditutup
setelah selesai digunakan.

24. PERATURAN SEKOLAH: KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN


KESIHATAN (3K)

 Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan pesekitaran/ kawasan


sekolah.
 Murid dilarang membuang/ mengotori kawasan sekolah. Buang sampah
ke dalam tong sampah.
 Keceriaan kawasan sekolah adalah tanggunngjawab bersama. Murid
dilarang merosakkan/menconteng/ memetik/ mencabut segala tempat-
tempat/ benda keceriaan sekolah seperti taman sains/ pokok bunga/
mural-mural yang terdapat di kawasan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai