Anda di halaman 1dari 8

SOALAN PECUTAN AKADEMIK UPSR SET 1

Soalan 1 – 19 4. Aiman menggunakan __________ joran


semasa memancing di tasik itu.
Isi tempat kosong dengan jawapan
yang paling sesuai. A. sebilah
B. selaras
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. C. sebatang
D. sepuntung

5.“___________, guru-guru di sekolah ini


berdoa agar ___________ berjaya dalam
UPSR nanti,” kata guru besar kepada murid-
murid tahun enam.

A. Kita … anda
B. Saya … kamu
1.Pemain bola sepak itu ___________ C. Kami … kalian
keluar padang kerana mengalami D. Beliau … mereka
kecederaan dalam pertandingan itu.
A. dipapah 6.Bapa mengadakan majlis kenduri
B. diusung kesyukuran ___________ menyambut
C. dikandar kepulangan abang yang tamat pengajiannya
D. dijunjung di luar negara.

2. Novel “Kasih Ibu” yang ___________ A. bagi


oleh penulis terkenal itu B. pada
mendapat sambutan hangat di C. sejak
pasaran. D. supaya

A. dibuat 7.Nizam menjadi ______________apabila


B. dicetak terpaksa menggantikan Sazuan secara tiba-tiba
C. digubah sebagai pengacara majlis.
D. dikarang
A. bidan terjun
3. Puan Halimah berasa cemas kerana B. batu loncatan
anak perempuannya masih belum C. ayam tambatan
pulang ____________ hari sudah senja. D. tulang belakang

A. jikalau
B. malahan 8. Beberapa orang ___________ tahun akhir di
C. sehingga universiti itu terlibat dalam program khidmat
D. sedangkan masyarakat yang diadakan di Kampung Berkat.

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah. A. seniman


B. sasterawan
C. mahasiswi
D. olahragawati
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah. 13.Pilih ayat-ayat yang menggunakan
perkataan bergaris dengan betul.

I. Kerja yang sukar itu menjadi senang


jika dilakukan secara bergotong-
royong.
II. Amir berasa senang hati berkawan
dengan Adib kerana dia seorang yang
baik.
III. Kehidupan Mak Bidah sekeluarga
menjadi senang semenjak anaknya
9.Pak Samad meletakkan dua_________ rotan mendapat pekerjaan yang baik.
di sudut rumahnya. IV. Kita mesti senang kepada kawan baik
kita.
A. laras
B. berkas A. I dan II
C. batang B. II dan IV
D. lingkar C. I, II dan III
D. I, III dan IV
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah
14. Pilih ayat-ayat yang menggunakan
perkataan bergaris dengan betul.

I. Pada musim hujan, paras air sungai


akan meningkat.
II. Tukang kebun itu paras pokok bunga
agar kelihatan cantik.
III. Jangan menilai seseorang berdasarkan
rupa paras sahaja.
IV. Pada musim sejuk yang melampau,
suhu berada di bawah paras beku.
10.Pak Cik Yusof sedang __________papan
untuk dijadikan lantai rumah. A. I, II dan III
B. I, II dan IV
A. memahat C. I, III dan IV
B. mengukir D. II, III dan IV
C. mengetam
D. menggerudi
15 Pilih ayat-ayat yang betul.
11.Hujah yang disampaikan oleh pihak
pencadang dalam perbahasan itu sangat I. Kamal makan lima cucuk sate.
bernas. II. Pemandangan di situ nian cantik.
III. Penglihatan datuk saya masih jelas.
Perkataan seerti bagi bernas ialah IV. Tidak saya yang menconteng dinding itu.
A. tetap
B. berisi A. I dan III
C. penuh B. II dan IV
D. berguna C. I, II dan III
D. I, III dan IV
12.Syahirah berasa gelisah kerana
bapanya belum tiba.

Perkataan berlawan bagi gelisah ialah


A. yakin
B. sedih
C. berani
D. tenang
Soalan 16 -20 16. Apakah tema Citrawarna Malaysia 2019?

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan- A. Masyarakat Majmuk Malaysia


soalan yang berikutnya. B. Alam Flora dan Fauna Malaysia
C. Memelihara Flora dan Fauna Malaysia
Pada cuti persekolahan yang lalu, saya telah D. Keindahan Alam Semula jadi Malaysia
berpeluang menghadiri dan menyaksikan majlis
pelancaran Citrawarna Malaysia 2019 yang 17. Bagaimanakah keadaan Dataran Putrajaya
diadakan dengan penuh meriah dan berwarna- sewaktu majlis berlangsung?
warni di Dataran Putrajaya. Pelancaran pesta
tersebut telah disempurnakan oleh Sultan A. riuh-rendah
Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. B. gelap-gelita
C. kucar-kacir
Orang ramai mula membanjiri Dataran D. gilang-gemilang
Putrajaya seawal pukul 6.30 petang untuk
menyaksikan pelancaran Citrawarna 2019. 18. Mengapakah pelancaran Citrawarna 2019
Saya dan keluarga juga tidak ketinggalan yang dilancarkan itu dikatakan istimewa?
bersama-sama ribuan masyarakat yang
berbilang kaum untuk menyaksikannya. A. Disertai oleh semua kaum.
Seramai lebih kurang 50,000 orang termasuk B. Diadakan di Dataran Putrajaya.
pelancong asing dan tetamu antarabangsa telah C. Dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia
hadir memeriahkan acara yang bertemakan Sultan Kedah.
“Alam Flora dan Fauna Malaysia” itu. D. Disiarkan secara langsung ke beberapa
buah negara luar.
Majlis pelancaran bermula pukul 9.00
malam itu dimulakan dengan pertunjukan lampu 19. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan
berwarna-warni yang diselang seli dengan di atas.
alunan muzik yang menggambarkan keindahan
alam semula jadi dan kepelbagaian budaya di A. Persembahan kebudayaan disertai oleh
negara ini. Suasana Dataran Putrajaya terang- semua kaum kecuali peribumi Sabah
benderang bermandikan cahaya lampu yang dan Sarawak.
berwarna-warni. Ia kemudiannya diserikan B. Pertunjukan laser merupakan acara
dengan persembahan kebudayaan masyarakat kemuncak sambutan majlis Citrawarna
tempatan, teater dan pertunjukan laser Malaysia 2019.
menggunakan teknologi terkini serta aksi lawak C. Seramai 50,000 orang pelancong dan
oleh badut. tetamu asing telah menyaksikan
pelancaran Citrawarna Malaysia 2019.
Seramai 1,600 orang peserta terdiri D. Acara Citrawarna Malaysia 2019
daripada belia dan beliawanis mengambil berjaya mewujudkan perpaduan
bahagian dalam persembahan kebudayaan masyarakat yang berbilang kaum di
yang melibatkan pelbagai kaum termasuk negara ini.
Melayu, Cina, India, Orang Asli, Punjabi,
Portugis dan Siam serta peribumi Sabah dan 20. Kata julung-julung kali dalam petikan
Sarawak. bermaksud

Kemuncak acara pada malam itu ialah A. kerap kali


pertunjukan bunga api pelbagai corak dan B. kali terakhir
warna selama lima minit. Orang ramai yang C. kali pertama
menyaksikan majlis itu amat terhibur dengan D. beberapa kali
persembahan kebudayaan yang ditunjukkan
oleh para peserta. Upacara sebegini dapat
menyatupadukan masyarakat majmuk di negara KERTAS SOALAN TAMAT
ini.

Pelancaran Citrawarna 2019 pada kali


ini agak istimewa kerana telah disiarkan secara
langsung di negara Australia, China, Hong
Kong, Indonesia, Jepun, Macau , New Zealand,
Filipina, Singapura dan Taiwan.

Majlis pelancaran itu berakhir pada


pukul 11.30 malam. Pengalaman ini amat
bermakna bagi diri saya dan
keluarga kerana julung-julung kali menyaksikan
majlis Citrawarna Malaysia 2019 yang diadakan
di negara ini.
BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21

(a) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Semasa berada di Jeti Kuala Kedah, kita dapat melihat beberapa __________ pulau kecil
yang cantik dan mempersonakan.
buah ( ) gugus ( / ) tompok ( )

(ii) Pak Cik Hamiddun menggunakan se __________ jala untuk menangkap udang galah di
sungai itu.
rawan (/ ) keping ( ) lembar ( )

[2 markah]

(b) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada telah ditunjukkan
sebagai contoh.

(i) Cikgu Nasarudin ________ murid-murid agar tidak menasihati


memakai barang kemas pada waktu sekolah.

(ii) Ayah selalu ________ supaya berhati-hati semasa


menghadiahkan
menunggang basikal ke sekolah.

(iii) Abang ________ adik sebuah basikal baharu atas


kejayaannya dalam UPSR baru-baru ini. menasihatkan

(iv) Encik Alias ________ sepasang kasut sukan kepada menghadiahi


anak buahnya yang kurang berkemampuan.

[2 markah]

(c) Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

(i) Pelari maraton itu sempat (menuang, meneguk, menyuap) air mineral yang disediakan
untuk menghilangkan dahaga.

(ii) Pak Din (menakik, mengerat, menggaris) batang pokok kelapa itu bagi memudahkan dia
memanjat pokok tersebut.
[2 markah]
Soalan 22

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

dari masih ketika setelah semakin


sejak bukan dalam dengan terhadap

Ceongsam begitu sinonim dengan kostum wanita kaum Cina sejak turun-temurun lagi. Baju ini juga
merupakan antara pakaian yang diperagakan ketika sambutan Tahun Baharu Cina. Cara-cara pemakaian
ceongsam yang asli masih lagi popular walaupun peredaran fesyen semakin berkembang. Ceongsam
dengan gaya elegannya juga telah menjadi satu fesyen seiring dengan perkembangan semasa, ceongsam
turut mengalami evolusi.

[5 markah]

Soalan 23

Baca iklan yang disiarkan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat yang lengkap.

INSTITUT PENGAJIAN WAWASAN


TINGKAT 3, BANGGUNAN ALAM MEGA, 41050 SHAH ALAM, SELANGOR

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi beberapa
kekosongan jawatan sebagai tenaga pengajar sambilan di institut kami dalam bidang-bidang berikut:

Pengajian Sains dan Komputer Syarat Kelulusan:


Pengajian Matematik
Sijil Perguruan Malaysia
Pengajian Sastera

Gaji dan elaun akan dibayar berdasarkan kelayakan dan pengalaman kerja sedia ada para
pemohon. Kepada mereka yang berminat, sila hantarkan resume atau butir-butir peribadi yang lengkap
kepada:
Pengetua Institut Pengajian Wawasan,
Tingkat 3, Bangunan Alam Mega,
41050 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Atau hubungi kami di talian: 03-42911126

Tarikh tutup permohonan pada: 30 September 2019


* Hanya calon-calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temu duga.
(a) Nyatakan dua bidang utama yang boleh mengisi kekosongan jawatan yang telah diiklankan.

Dua bidang utama yang boleh mengisi kekosongan jawatan yang telah diiklankan ialah bidang
Pengajian Sains dan Komputer dan Pengajian Matematik.
[2 markah]

(b) Jawatan yang ditawarkan oleh Institut Pengajian Wawasan adalah sebagai

Tenaga pengajar sambilan.


[1 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah sesi temuduga dijalankan kepada pemohon oleh Institut
Pengajian Wawasan?

Pada pendapat saya, sesi temuduga dijalankan kepada pemohon oleh Institut Pengajian
Wawasan adalah untuk mengenalpasti pemohon yang akan dipilih itu sememangnya mempunyai
kelayakan daripada pelbagai aspek seperti keyakinan diri.
[3 markah]

Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Menurut Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, kraf tangan Melayu boleh dibahagikan kepada
lima bidang iaitu aneka kraf, hasil rimba, hasil tanah, logam dan tekstil. Seni kraf tangan bukan sahaja
hasil seni yang dicipta untuk digunakan tetapi digubah dengan memasukkan unsur seni untuk memberi
bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraf tangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan
dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal sehinggalah sesuatu hasil
kraf tangan itu tercipta. Proses penciptaan kraf tangan itu memerlukan daya estetika demi untuk
memberikan reka bentuk yang indah dan menarik.

Antara kraf tangan yang sangat memerlukan penelitian adalah seperti seni tembikar. Seni
tembikar merupakan sejenis hasil kraf tangan orang Melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar
dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air,
pinggan mangkuk dan pasu bunga. Kebanyakan barang yang dihasilkan adalah untuk menyimpan
makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembikar secara tradisional masih
lagi dilakukan malahan diusahakan secara komersial oleh masyarakat Melayu khususnya di daerah
Sayong, Perak. Seni tembikar labu sayong ini juga telah mengalami perubahan dan mengikut peredaran
zaman dengan pelbagai corak serta berwarna-warni.

(a) Nyatakan empat jenis bidang seni kraf tangan yang menjadi kebanggaan orang Melayu?

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

[2 markah]
(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah.

Proses penciptaan kraf tangan itu memerlukan daya estetika untuk


memberikan reka bentuk yang menarik.

Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraf tangan orang Melayu yang
menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap.
[2 markah]

(c) Adakah perusahaan tembikar labu sayong boleh diusahakan secara komersial? Mengapa?

Ya, perusahaan tembikar labu sayong boleh diusahakan secara komersial kerana perusahaan
labu sayong ini telah mengalami perubahan dan mengikut peredaran zaman dengan pelbagai
corak serta berwarna-warni yang menarik minat pembeli.

[3 markah]

Soalan 25

Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat yang
lengkap.

PROGRAM PENDUDUK SIHAT – PEJABAT KESIHATAN HILIR PERAK

Tujuan Kempen:
Untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan
penduduk Kampung Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

Aktiviti / Program Penduduk Sihat:

(b) Pemeriksaan Kesihatan Percuma


Tarikh: 22 - 23 April 2019
Penyertaan: Dewasa
(c) Larian Muhibah - 1000 Langkah
Tarikh: 22 April 2019
Penyertaan: Dewasa dan Kanak-kanak
(d) Memasak Makanan Sihat
Tarikh: 23 April 2019
Penyertaan: Dewasa dan Kanak-kanak

Sila datang beramai-ramai pada tarikh dan hari yang ditetapkan.


Untuk maklumat lanjut hubungi:
Encik Muhammad Syahmi bin Md. Ramli
(05-6227793 / 019-5753181)
Cik Nur Azimah binti Ahmad Radzuan
(05-6231007 / 013-4883636)
(a) Program Penduduk Sihat yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Hilir Perak akan diadakan di
Kampung Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. [1 markah]

(b) Apakah tujuan Program Penduduk Sihat ini diadakan?

Tujuan Program Penduduk Sihat ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan penduduk.
[2 markah]
(c) Pada pendapat kamu, apakah tarikan utama Program Penduduk Sihat? Mengapa?
Pada pendapat saya, tarikan utama Program Penduduk Sihat ialah pemeriksaan kesihatan
percuma kerana penduduk kampung dapat memeriksa tahap kesihatan mereka tanpa
mengenakan bayaran.
[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai