Anda di halaman 1dari 12

ARAHAN: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, dan Bahagian B serta satu soalan

daripada Bahagian C.

BAHAGIAN A
[ 20 MARKAH]
Soalan 1 hingga soalan 4

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Saya hendak __________ekspedisi ke Gunung Jerai yang akan diadakan pada minggu
depan, kata Ayuna kepada Mei Lee.
A. Menghadiri
B. Menyertai
C. Mengawasi
D. Mendatangi

2. Kakak _____________ sehelai tikar mengkuang di ruang tamu rumah nenek setelah
dia selesai menyapu sampah.
A. Menebarkan
B. Menerbangkan
C. Membesarkan
D. Membentangkan

3. Cerita seram yang akan ditayangkan di pawagam itu bukan cerita ___________ semata-
mata tetapi diadaptasikan daripada kisah benar.
A. Rekaan
B. Tiruan
C. Buatan
D. Gubahan

4. Ketika kami bermain layang-layang di tepi sawah, ___________ terdengar suara ibu
memanggil kami pulang.
A. Samar-Samar
B. Balam – Balam
C. Nyaris – Nyaris
D. Sayup – Sayup

Soalan 5 dan Soalan 6.

Ayat – ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu
Mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat yang berkenaan.

1
5. Dalam ceramah tentang teknik menjawab soalan itu, murid – murid telah diberi peluang
A
untuk mengemukakan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah tersebut.
B C
Tiada kesalahan.
D

6. Segala pahit getir yang dialami oleh Puan Hanim untuk membesarkan keempat orang
A B C
anaknyaitu dihadapi dengan tabahnya. Tiada kesalahan
D

Soalan 7 dan soalan 8

Pilih ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan
bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.

7. I Firas menghirup air kopi yang masih panas itu dengan perlahan – lahan.
II Damia gemar bersiar- siar di taman rekreasi itu sambil menghirup udara yang
segar.
III Nyamuk Aedes selalunya menghirup darah mangsanya pada waktu siang.
IV Tabiat menghirup rokok memudaratkan kesihatan dan mencemarkan alam
sekitar.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

8. I Sebelum beredar dari sini, dia sempat membalas senyuman kepada saya.
II Kanang dianugerahi pelbagai pingat sebagai membalas jasa beliau.
III Penduduk kampung sedang bekerjasama membalas sawah sejak pagi tadi.
IV Saya belum sempat membalas e-mel yang dikirimkan oleh sahabat saya dari
Singapura itu.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan IV
D. II, III dan IV

Soalan 9 dan Soalan 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat –ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

2
9. Pelakon wanita yang terkenal itu berlakon watak sebagai seorang guru yang tegas dan
garang
A. Melakonkan watak sebagai
B. Berlakon perwatakan sebagai
C. Melakonkan perwatakan sebagai
D. Berlakon watak sebagai

10. Banyak pihak yang beranggapan bahawa mata pelajaran Sejarah dapat memupuk
semangat cinta akan negara.
A. Semangat cinta dengan negara
B. Semangat cinta untuk negara
C. Semangat cintakan negara
D. Semangat cinta akan negara

Soalan 11

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.

11. Kemudahan awam yang disediakan di tempat rekreasi yang terdapat di negara
kita sering dirosakakn oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

A. Kemudahan awam menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab

di tempat –tempat awam.
B. Kerosakkan kemudahan awam di negara kita terutamanya di tempat rekreasi
dirosakkan oleh orang awam.
C. Di tempat rekreasi di negara kita banyak terdapat kemudahan awam yang masih
dirosakkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
D. Golongan yang tidak bertanggungjwab sering merosakkan kemudahan awam yang
banyak disediakan di tempat rekreasi di negara kita.

Soalan 12 dan Soalan 13

Pilih ayat yang betul.

12. I Budak lelaki yang duduk di perhentian bas itu ialah kawan lama saya.
II Perdana Menteri akan mengumumkan pelantikan beberapa orang menteri
baharu pada petang ini.
III Pak Hamid bekerja dengan gigihnya dari pagi hingga malam untuk menyara
keluarganya.
IV Pada zaman dahulu, manusia cuma berpandukan kepada cahaya bulan untuk
bergerak-gerak pada waktu malam.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

3
13. I Tiap hari, Adam berbasikal sejauh lima kilometer ke sekolah
II Rumah yang sudah usang di hujung kampung itu milik bekas ketua kampung.
III Ikan bakar yang dijual di Restoran Titiwangsa itu sungguh laris kerana rasanya
yang enak.
IV Selepas pulang dari tempat kerja, Pak Salim membantu isterinya menyiram
pokok bunga yang terdapat di halaman rumuah mereka.
A I dan II
B III dan IV
C I. II dan III
D II, III dan IV

Soalan 14 dan soalan 15.Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

14. Puan Hayati mengingatkan anaknya supaya sentiasa mengenang budi Pakcik Malik
yang banyak membantu mereka sekeluarga ketika mereka hidup susah.

Peribahasa yang berikut sesuai bagi menggambarkan situasi di atas, Kecuali

A hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

B orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
C jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya.
D hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati

15. Pak Ali dapat menyiapkan tujuh buah bakul rotan sehari berkat ketekunan dan
kerajinannya kerana sikapnya yang ibarat.
A. ikan di dalam belat.
B. anai – anai makan kayu.
C. si kudung beroleh cincin.
D. kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi.

16. Persahabatan antara Saleh dan Salim sungguh erat sehingga tidak boleh berpisah
langsung. Peribahasa yang sesuai ialah…

A. Bagai isi dengan kuku

B. Bagai aur dengan tebing
C. Bagai cincin dengan permata
D. Bagai pungguk rindukan bulan

4
Soalan 17-20
Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menandakan pilihan jawapan yang tepat.

17. Mengapakah penyajak berasa kagum terhadap perjuang negara?

A. Sentiasa berjuang demi negara tercinta
B. Memberikan rezeki kepada para petani
C. Menghilangkan derita nelayan tua yang tinggal di pondok
D. Menginsafkan manusia tentang kekejaman perang

18. Yang berikut merupakan imej alam yang terdapat dalam sajak ini, kecuali
A. Bunga B. Hujan
C. Tanah D. Laut

19. Pengajaran yang sesuai bagi rangkap kelima sajak ini ialah
A. Kita diseru agar mengisi kekosongan hidup dengan pelbagai aktiviti yang
Bermanfaat.
B. Kita perlu mempunyai sikap suka membantu orang yang susah supaya dapat
meringgankan beban mereka.
C. Kita hendaklah bersimpati kepada golongan susah supaya nasib mereka
Terbela.
D. Kita haruslah menghargai rahmat yang diberikan oleh tuhan

20. Gaya bahasa bagi frasa api amarah pun terpadam ialah
A. Inversi
B. Metafora
C. Hiperbola
D. Personifikasi

5
Bahagian B
(25 Markah)

1. (a) Dalam setiap ayat dibawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kontrektor binaan itu diberi kuasa untuk membina stesen bas yang baharu untuk
keselesaan para penumpang

__________________________________________________________________________

(ii) Aina berkulit hitam dan berambut kerinting

__________________________________________________________________________

(iii) Remaja itu menonton basikal yang rosak itu ke sebuah bengkel

__________________________________________________________________________
(3 markah)

(b) Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis peribahasa yang sesuai dengan
gambar tersebut.

(i)____________________________________________________________________

(ii)____________________________________________________________________

6
2. Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

i) Berdasarkan petikan di atas,mengapakah kedua-duan orang anak yatim piatu itu hidup
melarat? (3 markah)
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

ii) Nyataka dua nilai yang terdapat dalan petikan tersebut. (3 markah)
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

iii) Pada pendapat anda,mengapakah Si Bongsu ingin mengikut tujuh orang wanita itu
pulang ke kayangan? (4 markah)
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

7
Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

1. Pelari Muda karya Ghazali Ngah Aziz

2. Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbin
3. Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
4. Sejambak Bakti karya Rejab F.I
Huraikan tiga perwatakan bagi watak utama yang terdapat dalam novel tersebut serta contoh.
[ 10 markah]

8
BAHAGIAN C
[15 markah]

Bahagian ini mempunyai dua soalan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Pilih
sama ada soalan 1 atau soalan 2.

Soalan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti.Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang
Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21.Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga
100 patah perkataan.Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Pembelajaran abad ke-21 merupakan suatu bentuk transformasi dalam sistem

pendidikan.Kemahiran dan pengajaran abad ke-21 merujuk beberapa kompetensi teras, iaitu
kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir, dan penyelesaian masalah.Pembelajaran abad ke-
21 merupakan pembelajaran berpusatkan murid.Di dalam bilik darjah, murid perlu aktif
menjalankan aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran bukan lagi dipimpin oleh guru
semata-mata tetapi turut melibatkan peranan murid bagi menjayakan sesuatu proses
pembelajaran. Murid juga perlu bijak mencari bahan dan aktif bersoal jawab dengan guru
semasa pembelajaran.

Pembelajaran secara kolaboratif juga penting dalam pembelajaran abad ke-21.Pelaksanaannya

boleh dilakukan antara guru dengan murid, murid dengan murid ataupun murid dengan
teknologi maklumat.Pembelajaran secara kolaboratif dapat mengubah suasana pembelajaran
menjadi lebih aktif dan menyeronokkan. Mereka akan bantu-membantu untuk menyelesaikan
masalah pembelajaran.

Selain itu, pembelajaran abad ke-21 juga mempunyai matlamat supaya murid dapat
mengaplikasikan pelbagai kemahiran semasa pembelajaran dan pengajaran. Mereka akan
menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berbahasa, dan kemahiran reka cipta
dengan baik. Seterusnya, murid juga dapat belajar secara hands on sehingga mampu
menghasilkan sesuatu. Pembelajaran secara teori sahaja tidak digalakkkan dalam pembelajaran
abad ke-21.Murid perlu menghasilkan sesuatu seperti membuat pembentangan kertas kerja,
memberikan pendapat, menghasilkan model projek dan sebagainya.Mereka juga mestilah
mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berani.Hasil tugasan murid dinilai secara
pentaksiran sumatif bukan hanya secara formatif.

Akhir sekali, pembelajaran abad ke-21 juga mementingkan aspek Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dan peta pemikiran i-Think.Kesemua alat pemikiran ini hendaklah digunakan
dalam strategi pembelajaran abad ke-21. Hal ini akan membantu murid secara kreatif dan kritis.
Apabila murid berfikir secara kreatif dan kritis, maka banyak reka cipta dan inovasi dapat
dihasilkan.

9
Kesimpulannya, pembelajaran abad ke-21 sangat penting bagi melahirkan modal insan
terbilang yang mampu bersaing pada peringkat global. Modal insan yang sempurna pasti dapat
menaikkan nama negara di persada antarabangsa.

Soalan 2

Lihat rajah di bawah dengan teliti, kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.

*** Kertas soalan tamat***

10
JAWAPAN BAHAGIAN C
NO.SOALAN :

11
BORANG JAWAPAN BAHAGIAN A

Sila hitamkan ruang jawapan yang disediakan di bawah.

1. 11.
A B c D A B c D

2. 12.
A B c D A B c D
3. 13.
A B c D A B c D
4. 14.
A B c D A B c D
5. 15.
A B c D A B c D
6. 16.
A B c D A B c D
7. 17.
A B c D A B c D
8. 18.
A B c D A B c D
9. 19.
A B c D A B c D
10. 20.
A B c D A B c D

12

Anda mungkin juga menyukai