Anda di halaman 1dari 14

SULIT 02/1

NO. KAD PENGENALAN

PENILAIAN PRESTASI MURID 2


TINGKATAN 2/2022
UJIAN BERTULIS
OGOS 2022 1 JAM 30 MINIT

ARAHAN:
02/1

1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu.


2. Sila isikan nombor kad pengenalan, nama dan kelas anda pada
ruang yang disediakan.
3. Kertas soalan ini terdiri daripada Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C.
4. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu
Bahasa Melayu

soalan daripada Bahagian C pada ruang yang disediakan.


5. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Untuk kegunaan pemeriksa

Nama pemeriksa:
Bahagian Soalan Markah penuh Markah diperoleh
A 1-20 20
1 3
2 2
B
3 10
4 10
1 15
C
2 15
JUMLAH 60

Nama: .................................................................................................

Kelas: .................................................................................................

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

------------------------------- --------------------------------- ---------------------------------


Nur Hafiza binti Ahmad Fauzi Halifah binti Samiron Arkiah binti Sandi
Guru Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu GKMP Bahasa
SMK Dengkil SMK Dengkil SMK Dengkil

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 12 HALAMAN BERCETAK TERMASUK MUKA HADAPAN


BAHAGIAN A
[20 markah]
[Masa yang dicadangkan: 30 minit]

Soalan 1-4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan 6. I Encik Anthony terhampar di
memilih jawapan yang paling sesuai. hospital beberapa hari kerana
sakit tenat.
1. Selepas pulang dari pejabat, Encik Halim II Pendatang asing itu telah
ke bilik anak-anaknya untuk berbual- ditemukan terhampar di tepi
bual dengan __________. pantai.
III Majalah yang dibaca oleh kakak
A dia C nya dibiarkan terhampar di atas katil.
B kalian D mereka IV Permaidani yang dibeli oleh ibu
terhampar di ruang tamu.
2. Ambulans itu membawa semua mangsa
kemalangan ke __________. A I dan II C I, II dan III
B III dan IV D II, III dan IV
A balai raya C hospital
B balai bomba D sekolah Soalan 7-8
Bahagian yang bergaris dalam ayat
3. Perlawanan bola sepak itu akan tamat berikut mungkin mengandungi
pada __________ masa sahaja. kesalahan penggunaan bahasa atau
mungkin juga tidak.
A apa-apa C bila-bila Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat
B apa D bila itu mengandungi kesalahan dan
tandakan D jika tiada kesalahan.
4. Sudah tiga kali sekolah saya _________
pertandingan bahas itu. 7. Kerajaan mengusaha tanah-tanah
terbiar di daerah ini dengan tanaman
A memperoleh C menakluki pertanian.
B menggondol D memenangi
A mengusahakan tanah-tanah
Soalan 5-6 dibiarkan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan B mengusahakan tanah-tanah
berhuruf condong dengan betul. terbiar
C pengusaha tanah-tanah terbiar
5. I Sajak yang tersiar dalam buletin D mengusaha tanah-tanah terbiar
itu merupakan karya asli Salina.
II Encik Zali pernah mengajar di 8. Komputer dan bahan bacaan di pusat
sekolah orang asli di Perak. sumber Sekolah Menengah Seri Aman
III Rantai tangan itu diperbuat itu perlu diperbanyakkan untuk
daripada emas asli. kemudahan murid-murid.
IV Semua hujah yang dikemukakan
pembahas itu asli belaka. A diperbanyak untuk kemudahan
B diperbanyak untuk dimudahkan
A I dan II C I, II dan III C kebanyakan untuk kemudahan
B III dan IV D II, III dan IV D diperbanyakkan untuk
kemudahan

2
Soalan 9-10
Pilih ayat-ayat yang betul.

9. I Sejak menggunakan baja organik, 12. Peribahasa belakang parang diasah


tanam-tanaman Pak Busu segar- lagikan tajam bermaksud
bugar belaka.
II Semua kanak-kanak di bilik ini A jika belajar dengan bersungguh-
akan membuat persembahan sungguh, kita akan menjadi
sebentar sahaja lagi. pandai
III Kami ketawa berdekah-dekah B membuat pekerjaan yang lebih
apabila mendengar cerita atuk daripada keupayaan
yang lucu itu C pengetahuan yang tidak
IV Mereka berbincang dan sempurna hingga tidak
bertukar-tukar pendapat tentang mendatangkan faedah
kebaikan sukan kepada remaja. D jika ada kemahuan, semua
perkara dapat dikerjakan
A I dan II C I, II dan III
B III dan IV D II, III dan IV 13. Ayah selalu berpesan kepada saya
supaya menyimpan sebahagian
10. I Semua murid yang sedang daripada pendapatan saya sebagai
belajar di sekolah yang baru persediaan jika berlaku kecemasan.
dibuka itu.
II Lembu-lembu Pak Mail Peribahasa yang sesuai untuk
bertempiaran di padang sambil
menggambarkan situasi di atas ialah
meragut rumput.
III Penemuan kereta mangsa itu A Sediakan payung sebelum hujan
sangat penting kepada pihak B Ingat sebelum kena, jimat
polis. sebelum habis
IV Kerja-kerja membaik pulih balai C Belum duduk sudah berlunjur
raya itu akan bermula esok. D Awal dibuat akhir diingat
A I dan II C I, II dan III 14. Peribahasa yang berikut membawa
B III dan IV D II, III dan IV maksud usaha yang dibuat hendaklah
dibuat dengan bersungguh-sungguh,
Soalan 11-14 kecuali
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
A genggam bara api biar sampai jadi
11. Perselisihan pendapat dalam kalangan arang
pihak pengurusan dan pentadbiran B alang-alang berdakwat, biarlah
menyebabkan kakitangan bawahan hitam
menjadi mangsa keadaan tersebut. C bukit sama didaki, lurah sama
dituruni
Keadaan ini dikatakan seperti D alang-alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan
A kucing kehilangan ibu
B gajah sama gajah berjuang,
pelanduk mati tersepit
C hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicicah
D ketam mengajar anaknya
berjalan betul

3
Soalan 15-17 berdasarkan petikan puisi tradisional di bawah ini.

15. Berdasarkan rangkap ketiga, siapakah yang akan dipandang hina?


A Orang yang hidup dalam kemiskinan
B Orang yang tidak berbudi bahasa
C Orang yang mementingkan kekayaan
D Orang yang tidak mengenang jasa

Bijak bertemu dengan jauhari

16. Unsur gaya bahasa bagi baris pantun berikut ialah

A Anafora
B Simile
C Metafora
D Personifikasi

17. Antara yang berikut ialah persoalan yang terdapat dalam pantun, kecuali
A Budi bahasa akan dilupakan sekiranya seseorang itu mementingkan kekayaan
B Darjat sesuatu bangsa dipandang tinggi kerana bahasanya
C Kesusahan hidup bukan suatu halangan untuk membalas budi
D Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina

4
Soalan 18-20 berdasarkan cerpen di bawah ini.

18. Mengapakah manusia diserang oleh Qadqad?

A Manusia memusnahkan kediaman Qadqad di dalam hutan


B Manusia bertindak membakar hutan di Bukit Ungu
C Membalas dendam kerana keluarga haiwan itu dibunuh oleh manusia
D Menusia menangkap dan mengurung keluarga Qadqad

19. Antara yang berikut ialah gambaran perwatakan Qadqad berdasarkan petikan, kecuali

A Warnanya hijau dan kuning


B Mampu meloncat tinggi
C Bergerak selaju angin
D Berbentuk bulat bertanduk

20. Pada pendapat anda, mengapakah Binjah dan Sidek tidak berani untuk melawan Qadqad?

A Haiwan Qadqad sangat ganas dan kuat


B Semua pekerja mereka sudah melarikan diri
C Semua senjata mereka sudah dimusnahkan oleh haiwan Qadqad
D Talia dan keluarganya tidak mahu membantu mereka

5
BAHAGIAN B
[25 markah]
[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

1. Dalam petikan dialog di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin dialog
itu semula.

Wah, cantik sungguh tikar mengkuang berwarna merah jambu biru ini! Nampaknya
Farah :
banyak tempahan tikar mengkuang pada bulan ini.

Ya, Farah. Kawan mak cik hendak semua tempahan ini disiapkan dengan kadar
Mak Leha :
segera.

Farah : Mak cik, nanti Farah tolong menyiat dan mewarnakan daun mengkuang itu.

Baik, Farah. Kamu juga boleh cuba mengayam tikar itu. Sayang sekali kalau seni
Mak Leha :
menganyam ini hilang ditelan zaman.

Farah : Beruntung sungguh Farah kerana dapat belajar dengan mak cik.

Baguslah, Farah. Jenerasi muda mestilah memelihara seni warisan bangsa. Apabila
Mak Leha :
ada kelapangan, mak cik akan mengajar kamu membuat kraftangan yang lain pula.

(i)

(ii)

(iiI)

[3 markah]

2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Penggunaan bahasa rojak berlaku bila kita mengetahui lebih daripada sejenis bahasa

(ii) Puan Jamilah sangat rindukan anaknya yang sedang belajar di Jepun itu.

[2 markah]

6
3. Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Petikan 1

“Cik ini … Nana?”


Anak bongsu Mak Piah itu persis raut ibunya. Saya tidak perlu banyak bertanya kerana dia
menjawab lebih daripada yang disoal. Daripada kekesalan abangnya yang merelakan kongkongan isteri
sampailah kepada kepiluan hatinya tidak diizinkan suami membantu ibu membersihkan rumah selepas
banjir. Khabarnya, wanita tua itu tergelincir jatuh dan kepalanya cedera. Setelah tubuhnya kaku, barulah
jenazah ditemui tetangga.
“Dua hari sebelum itu, dia bercerita kepada jiran-jiran. Katanya, saya kirimkan makanan semasa
banjir melanda. Seronok sangat dia dengan kiriman saya.”
Nana sebak dalam tanda soal. Matanya menyimpan takungan. Tidak seperti mata Arwah Mak
Piah yang banjir dengan kebahagiaan.
“Tapi saya tak pernah kirim apa-apa kepada mak. Tak pernah telefon, sebab mak memang tak
berapa dengar. Kalau tak tengok muka, tak perhati gerak bibir, dia tak faham.”
Saya membiarkan Nana meluahkan emosi. Matanya bertakung ladungan air.
“Mulianya hati mak. Sanggup berbohong kepada masyarakat. Mak julang nama saya, anak yang
tak bertanggungjawab ini. Saya tak pernah hantar makanan, apatah lagi buah, barang dapur … tak
pernah pun. Saya tak bagi apa-apa. Sungguh.”

Dipetik daripada cerpen ‘Banjir di Mata Emak’,


Antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia

Petikan 2

JIMAH :Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa musibah,
menggembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah luntur. Bantu ringankan
beban derita yang aku tanggung. Tapi meleset sekali jangkaan aku. Kamu Cuma fikirkan
kerja, fikir duit, fikir kerugian, fikir suami, fikir isteri. Berapa duit kamu habis berbelanja?
Ratus ribu? Huh, tiada belas kasihan langsung! Kamu ingat duit ringgit yang kamu beri
tiap-tiap bulan itu sudah cukup untuk gembirakan kami? Duit ringgit bukan ukuran untuk
membalas budi orang tua. Kami tidak perlu duit ringgit kamu. (Berhenti seketika,
menahan sebak di dada) Kamu tidak malu pada Sani itu? Dia itu anak pungut. Anak
pungut. Bukan anak aku, tetapi dia lebih dekat dengan aku, dengan bapa kamu, daripada
kamu semua ini. Wan bukan anak aku. Dia menantu aku, tetapi dia hambakan dirinya
untuk aku. Dia dan Sani tahu membalas kasih sayang dan budi yang selama ini aku dan
bapa kamu beri.
SANI : Emak, cukuplah tu, emak. Emak penat.
SANI cuba mengendurkan ketegangan emaknya.
JIMAH : Emak dan bapa sekolahkan kamu sampai berjaya. Kami berharap, dengan ilmu yang
kamu ada, kamu akan menjadi insan yang baik. Macam adik kamu, Sani. Dia budak baik.
Tidak suka susahkan orang. (Memandang ke arah SANI dan WAN. SANI tunduk sahaja)
Emak bapa tidak pandang duit ringgit anak-anak. Duit daki dunia. Tidak ke mana
perginya. Orang tua hanya mahukan perhatian, mahu kasih sayang daripada
pengorbanan berpuluh-puluh tahun membesarkan anak-anak. Jadikan kamu manusia
berguna (Sekali lagi cuba menahan sebak di dadanya) Bapak amu hilang di laut. Kamu
semua sibuk dengan masalah kamu. Pernah kamu terfikir macam mana seksanya kami
sekolahkan kamu?

Dipetik daripada drama ‘Tiang Cengal Dinding Sayung’ karya Suriani Mohd. Yusof,
Dewan Bahasa dan Pustaka

7
(i) Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, mengapakah Nana dan JIMAH berasa sedih?

[3 markah]

(ii) Nyatakan dua persoalan yang sama yang terdapat dalam kedua-dua petikan tersebut.

[3 markah]

(iii) Malaysia dijangka mencapai status negara tua apabila 15.3 peratus daripada jumlah
penduduk bakal berusia 60 tahun dan ke atas menjelang 2030.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil bagi memastikan warga
emas dapat menjalani hidup berkualiti pada hari terakhir usia mereka?

[4 markah]

8
4. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.
(i) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani
(ii) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi
(iii) Jejak MONPIUS, karya Zulaiha Paikon
(iv) Meniti Impian, karya Osman Ayob

Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam novel tersebut.

[10 markah]

9
BAHAGIAN C
[15 markah]
[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1. Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

10
2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan amalan membaca. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Amalan membaca dalam kalangan remaja pada peringkat persekolahan masih berada pada
tahap sederhana dengan purata antara lapan hingga 12 buah buku setahun. Keadaan ini agak
membimbangkan, apatah lagi remaja merupakan generasi muda yang bakal mengemudi negara.
Keghairahan dalam merealisasikan kehendak dunia digital pada masa kini memberikan kesan kepada
kaedah mendapatkan maklumat. Generasi muda lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat tanpa
batasan melalui Internet berbanding dengan kaedah mendapatkan maklumat secara tradisional yang
memakan masa dan agak terbatas. Akibatnya, generasi muda mula menolak kepentingan buku sebagai
sumber ilmu pengetahuan.
Aktiviti membaca buku sebenarnya mempunyai banyak kelebihan dan antara kelebihan
membaca buku ialah dapat menjaga otak untuk terus kekal aktif. Sama seperti anggota lain dalam tubuh
manusia, otak juga memerlukan senaman supaya kekal kuat dan sihat. Oleh itu, senaman otak yang
paling berkesan ialah membaca. Menurut kajian, dengan membaca kita dapat mengurangkan masalah
yang sedang kita hadapi, misalnya masalah peribadi, masalah di tempat kerja atau sebagainya. Selain
itu, kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan kerana semua perkara yang dibaca akan
tersimpan di dalam otak. Dengan adanya maklumat baharu, kita boleh menggunakan maklumat
tersebut dalam pekerjaan, pembelajaran, perbualan, atau ketika menjawab soalan.
Membaca juga dapat menambahkan penbendaharaan kata. Semakin banyak kita membaca,
semakin banyak perkataan yang kita peroleh. Seiring dengan perkembangan perbendaharaan kata,
kemahiran menulis kita juga akan bertambah baik. Membaca juga dapat menguatkan daya ingatan
kerana ketika membaca novel misalnya, kita perlu mengingati pelbagai watak, latar belakang serta plot
cerita. Hal ini akan melatih daya ingatan untuk lebih kuat mengingati perkara yang dibaca. Pada masa
yang sama, membaca boleh meningkatkan kemahiran berfikir analitik yang lebih kukuh. Sekiranya
berpeluang membincangkan buku yang dibaca dengan rakan, kita akan dapat menyatakan pendapat
kita dengan lebih jelas dan mendalam.

Dipetik dan diubah suai daripada ’Budaya Membaca Remaja’ oleh Sham. A Kadir,
Dewan Siswa, BIL. 04 2020

11
Kertas peperiksaan tamat

12
6

Anda mungkin juga menyukai