Anda di halaman 1dari 10

NOVEL:

LEFTENAN
ADNAN WIRA
BANGSA
KUPASAN NOVEL:
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
SINOPSIS NOVEL
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar
Melayu menunjukkan keberanian dan semangat
juang yang hebat. Seramai 152 anggota Askar
Melayu termasuk 7 pegawai Melayu & 6 pegawai
British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban. Antara yang terkorban itu termasuklah
Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama-sama 42
orang anggotanya berjuang hingga titisan darah
terakhir. Novel ini menceritakan kisah keberanian
dan keperwiraan Askar Melayu yang sanggup
berjuang hingga ke hujung nyawa demi
mempertahankan tanah air.
SINOPSIS BAB 1
Pak Saidi amat gembira kerana dikurniakan 3
orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad &
Amarullah. Mereka membesar di Kampung Sungai
Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga
berketurunan pahlawan. Moyangnya pernah
membantu Dol Said menentang Inggeris di
Naning. Pak Saidi tidak menghebahkan hal itu
kerana sentimen ‘sesiapa yang menentang
Inggeris dianggap penderhaka’. British tidak suka
akan penderhaka.
SINOPSIS BAB 2
Adnan bermimpi mengenai Hang Tuah dan kawan-
kawannya. Dia sangat menggemari kepahlawanan
Hang Tuah. Sebelum tidur, emaknya akan bercerita
tentang kisah pahlawan-pahlawan dahulu. Setiap
pagi, Pak Saidi akan membawa Adnan ke tempat
kerjanya supaya Adnan sedar tentang kesusahan
mencari rezeki. Pak Saidi memiliki sehektar kebun
getah & sebidang tanah sawah. Penduduk
kampung semuanya bergantung hidup kepada
aktiviti pertanian. Namun, ada segelintir penduduk
kampung gemar bersembang di warung.
SINOPSIS BAB 3
Pak Saidi baru pulang dari menorah getah dan
disambut oleh anak-anaknya. Hatinya gembira melihat
gelagat anak-anaknya. Sambil berehat, Pak Saidi
melihat anak-anaknya berlatih silat. Adnan mengajak
adik-adiknya berlawan dengannya. Namun, Adnan tidak
mudah dikalahkan kerana sikapnya yang tidak mudah
mengalah. Setiap kali bersilat, pasti Adnan menang. Pak
Saidi nampak semangat pahlawan dalam diri anak
sulungnya itu. Walaupun tidak berpelajaran, Pak Saidi
ada wawasan serta azam yang tinggi untuk masa depan
anak-anaknya.
SINOPSIS BAB 4
Pak Saidi bersama Adnan pergi ke dusun durian untuk
membersihkan kebun itu. Selasai membersihkan
kebun, mereka berehat di pondok. Sambil berehat,
Adnan bertanya ayahnya sebab dusun itu terletak di
kawasan kubur. Ayahnya menceritakan asal usul dusun
tersebut, malah turut menceritakan asal usul keluarga
mereka yang berasal daripada keturunan
Minangkabau. Pak Saidi turut menceritakan tentang
penentangan orang Melayu terhadap penjajah.
SINOPSIS BAB 5
Pak Saidi baru pulang dari kebun getah lalu ditegur
isterinya, Mak Milah. Mak Milah mempelawa suaminya
makan tengah hari. Pak Saidi mengajak anak-anaknya
makan bersama. Ketika makan, Pak Saidi tidak lupa untuk
memberikan nasihat kepada anak-anaknya. Adnan
meminta izin untuk bersekolah pada tahun hadapan. Mak
Milah bertikam lidah dengan Pak Saidi untuk menghantar
Adnan sama ada ke sekolah melayu, sekolah inggeris atau
pun sekolah pondok. Mak Milah akhirnya akur dengan
keputusan Pak Saidi.

Anda mungkin juga menyukai