Anda di halaman 1dari 25

LEFTENAN ADNAN

Nota Sem 2 – 2016


Latar Tempat

 Latar tempat ialah semua jenis


keterangan tentang keadaan, suasana,
peristiwa, ciri-ciri dan sejarah di sesuatu
tempat dalam cerita

 Meliputi ruang, lokasi, negeri dan daerah


1. Rumah Pak Saidi
 Buktinya, ketua kampung datang ke rumah Pak
Saidi untuk memberitahu bahawa tentera Jepun
datang mencari Pak Saidi. Pak Saidi tidak gentar
dengan kedatangan tentera Jepun. Apabila
tentera Jepun tiba, Pak Saidi dipaksa mengikut
tentera Jepun. Semasa berjalan menuju ke trak,
Pak Saidi tiba-tiba mengeluarkan keris pusaka
dari dalam bajunya dan menikam tentera jepun.
Seramai lima orang tentera Jepun terbunuh dan
15 orang tercedera semasa pergelutan tersebut
berlaku.
2. Bukit Candu
 Buktinya, Leftenan Adnan dan askar Melayu
diarahkan untuk mempertahankan Bukit Candu.
Semasa peperangan yang sengit berlaku antara
tentera Jepun dan askar Melayu, ramai askar
Melayu yang terkorban. Hal ini demikian kerana
askar Melayu kekurangan peluru. Leftenan Adnan,
Sarjan Arshad dan askar Melayu yang lain
berlawan dengan menggunakan bayonet untuk
mempertahankan Bukit candu daripada jatuh ke
tangan tentera Jepun.
3. Kedai Basikal Ah Chong
 Buktinya, tayar basikal Pak Saidi telah dikerat

dengan pisau oleh lembaga yang menceroboh ke


kawasan rumahnya. Pak Saidi membawa basikalnya
ke kedai Ah Chong untuk dibaiki. Setelah Ah Chong
meneliti basikal tersebut, dia menyarankan Pak Saidi
supaya menukar basikal baharu sahaja. Namun Pak
Saidi berasa berat hati kerana dia tidak mampu
untuk membeli basikal baharu. Ah Chong
memberikan cadangan agar Pak Saidi membeli
basikal baharu dari kedainya dan membayar secara
ansuran pada setiap bulan mengikut kemampuan Pak
Saidi. Setelah berfikir, akhirnya Pak Saidi bersetuju
untuk membeli basikal baharu.
4. Warung Pak Samad
Latar Masyarakat

 Keadaan masyarakat dalam cerita tersebut.


 Gambaran tentang keadaan itu termasuklah
agama, kepercayaan, pekerjaan, bangsa,
budaya, pemikiran dan status masyarakat.
1. Masyarakat yang berani
 Buktinya, Adnan berani mengejar lembaga
yang menceroboh masuk ke kawasan rumah
mereka pada waktu malam walaupun telah
ditegah oleh ayahnya. Adnan juga sempat
membaling kayu belati ke arah salah seorang
daripada lembaga tersebut dan yakin
balingannya mengenai sasaran. Walaupun
Pak Saidi berasa marah akan tindakan anak
sulungnya itu, tetapi dalam diam dia kagum
akan keberanian anaknya itu.
2. Masyarakat yang penyayang
 Buktinya, Adnan sangat menyayangi
keluarganya. Adnan telah mengambil keputusan
untuk menghantar isteri dan anak-anaknya
pulang ke Kampung Sungai Ramal. Hal ini
demikian kerana Adnan bimbang akan
keselamatan keluarganya jika Jepun mula
menyerang Singapura. Keputusan nekad ini
diambil oleh Adnan demi kepentingan isteri dan
kedua-dua orang anaknya walaupun hatinya
berat untuk berpisah dengan mereka.
3. Masyarakat yang prihatin
 Buktinya, Ah Chong merupakan pemilik kedai basikal

di Pekan Sungai Ramal. Semasa basikal Pak Saidi


rosak kerana tayar telah dikerat dengan pisau oleh
lembaga yang menceroboh ke kawasan rumahnya, Ah
Chong memberi cadangan supaya Pak Saidi membeli
basikal baharu. Dia yang begitu prihatin dengan
keadaan kewangan Pak Saidi telah memberikan
cadangan agar Pak Saidi membeli basikal baharu
dari kedainya dan membayar secara ansuran pada
setiap bulan mengikut kemampuan Pak Saidi. Setelah
berfikir, akhirnya Pak Saidi bersetuju untuk membeli
basikal baharu.
4. Masyarakat yang taat
 Buktinya, sewaktu Adnan pulang ke kampung, dia

mendapat tahu bahawa dirinya telah ditunangkan


dengan anak Pak Pakih iaitu Sofia dan
perkahwinannya akan diadakan seminggu lagi.
Pada awalnya Adnan terkejut dan tidak bersetuju
dengan tindakan yang dilakukan oleh orang
tuanya tetapi dia tidak dapat membantah. Dia
terpaksa menurut kemahuan ayah dan ibunya yang
telah banyak berkorban untuk dirinya dan
menganggap sudah tiba masanya dia membalas
jasa ibu bapanya dengan mengikut kemahuan
kedua-dua orang tuanya itu.
5. Masyarakat yang sabar
 Buktinya, sewaktu Pak Saidi pergi ke Sekolah

Inggeris untuk menguruskan kemasukan Adnan Ke


sekolah tersebut, beliau dibawa oleh Cikgu Nazri
untuk berjumpa dengan Guru Besar Steward. Semasa
di dalam bilik Guru Besar Steward, Pak Saidi telah
dihina oleh guru besar tersebut kerana Pak Saidi
tidak pandai bertutur dalam bahasa inggeris. Selain
itu, guru besar juga menghina pekerjaan Pak Saidi
sebagai penoreh getah dan menganggap Pak Saidi
berasal daripada keluarga yang miskin. Pak Saidi
terpaksa menahan sabar tohmahan daripada guru
besar itu demi masa depan anaknya, Adnan.
Latar Masa
 Latar masa ialah tempoh, waktu, zaman dan
tahun berlaku sesuatu peristiwa.
 Contohnya, waktu petang, lima tahun dahulu,

pukul 4.00 petang, zaman darurat dan


sebagainya.
1. Pada Waktu Malam
 Buktinya, pada suatu malam, Pak saidi terjaga
apabila dia mendengar bunyi bising di bawah
rumahnya. Pak Saidi dan Adnan mencari arah
bunyi bising dan mereka mendapati ada dua
lembaga yang menceroboh ke kawasan rumah
mereka dan sedang membuat sesuatu. Akibat
terkejut disergah oleh Pak Saidi, kedua-dua
lembaga tersebut melarikan diri. Adnan
kemudiannya mengejar kedua-dua lembaga
tersebut lalu dia membaling kayu ke arah salah
seorang daripada dua lembaga itu.
2. Pada Waktu Malam
 Buktinya, pada malam itu, Pak Saidi berbual-bual
dengan isterinya, Mak Milah tentang kisah
perjuangan Pahlawan Melayu menentang
penjajah iaitu Datuk Siamang Gagap, Datuk
Bahaman, Mat Kilau, Dol Said, Rentap dan Si
Bongkok Tanjung Puteri. Pak Saidi juga
memberitahu dia ingin anak-anaknya berjuang
seperti itu untuk mempertahankan negara. Pak
Saidi dan Mak Milah berazam untuk mendidik
anak-anak mereka dengan ilmu silat, ilmu
kepahlawanan dan ilmu pengetahuan.
3. Pada Waktu Petang
 Buktinya, pada petang itu, rumah Pak Saidi

dikunjungi oleh Tuk Ketua Kampung, Lebai Pian, Pak


Karim dan Isa untuk bertanyakan tujuan Pak Saidi
menghantar anaknya ke Sekolah Inggeris. Pak Saidi
kemudian menerangkan tujuannya menyekolahkan
Adnan di sekolah Inggeris kepada mereka. Pak
Saidi juga memberitahu terdapat Guru Melayu
yang mengajar di sekolah itu yang akan membantu
memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-
tukar pandangan, akhirnya mereka bersetuju
dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak
disenangi Lebai Pian.
4. 14 Disember 1941
 Buktinya, pada petang 14 disember 1941
pasukan Jepun dapat menguasai Alor Setar
dan Gurun. Hal ini disebabkan tentera Jepun
mengetahui rahsia pergerakan tentera British
kerana Kapten Patrick Heenan, iaitu seorang
pegawai tentera India telah memberikan
maklumat rahsia pergerakan tentera British
kepada pihak Jepun. Akhirnya, tentera British
terpaksa berundur ke Singapura. Ahmad, adik
Leftenan Adnan yang berada dalam kapal
perang British HMS Pelanduk turut terkorban.
5. Pukul 4.00 petang
 Buktinya, Jepun melancarkan serangan udara
terhadap barisan pertahanan askar Melayu di
Bukit Candu namun tidak mengenai sasaran.
Dari puncak Bukit Candu, Leftenan Adnan
mengarahkan anggotanya menembak tentera
Jepun yang sedang mendaki bukit
menyebabkan ramai tentera Jepun yang
terbunuh. Namun, Jepun menyerang balas
dengan melancarkan serangan udara yang
lebih hebat sehingga menyebabkan ramai
askar tercedera dan terbunuh.
TEKNIK
PLOT
Teknik dialog
 Teknik dialog (perbualan antara dua watak atau lebih)
 Contohnya, perbualan antara Adnan dan Sophia.
Buktinya, selepas makan malam bersama keluarga.
Adnan memberitahu isterinya bahawa dia hendak
menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke
kampung di Sungai Ramal. Hal ini demikian kerana,
pihak Jepun akan datang menyerang Singapura pada
bila-bila masa sahaja. Setelah mendengar berita
tersebut, Sophia terdiam dan berasa sedih kerana
terpaksa berpisah sekali lagi dengan Adnan. Adnan
menegaskan bahawa sebenarnya dia tidak sanggup
berpisah dengan keluarganya namun dia terpaksa
demi keselamatan mereka.
Teknik imbas kembali
 Teknik imbas kembali (teknik yang menceritakan sesuatu
peristiwa yang lampau)

 Buktinya, semasa Adnan pulang ke kampung untuk


menyambut Hari Raya bersama keluarganya. Leftenan
Adnan teringat kenangan silamnya ketika menyambut hari
raya bersama ibu bapa dan adik-adiknya. Sebelum hari
raya, bapanya membuat lemang manakala ibunya
menyediakan lauk-pauk dan kuih-muih. Keliling rumah
mereka diterangi lampu pelita. Pada malam raya, Adnan
dan adik-adiknya bersama kanak-kanak yang lain bermain
mercun dan bunga api sambil berlari riang.
Teknik pemerian
 Memberikan gambaran yang lebih jelas kepada
pembaca. Teknik ini banyak membantu pembaca
mengetahui jalan cerita.
 Buktinya, sudah empat tahun Sophia berkahwin dengan
Ustaz Ridwan, mereka hidup aman dan bahagia. Hidup
Sophia bahagia semula. Mokhtar dan Zainudin
membesar dengan mendapat kasih sayang secukupnya
daripada keluarga. Namun kegembiraan tersebut
hanya sementara kerana Sophia disahkan menghidap
penyakit leukemia. Fizikal badannya menjadi kurus dan
rambutnya gugur. Setelah empat tahun menderita
penyakit tersebut, Sophia menghembuskan nafas
terakhirnya di samping suami dan anak-anaknya.
Teknik imbas muka.

 Teknik yang memberikan gambaran peristiwa yang


bakal berlaku agar pembaca dapat mengagak
kesudahan cerita.
 Buktinya, pada hari Adnan ingin dikhatankan, tok
mudim memberitahu Adnan bahawa sakit berkhatan
cuma seperti digigit kerengga sahaja. Setelah
mendengar kata-kata tok mudim, Adnan
membayangkan rasa apabila digigit kerengga. Dia
selalu digigit kerengga ketika memanjat pokok buah-
buahan. Adnan membayangkan sekiranya digigit
kerengga pada bahagian yang paling sulit, sakitnya
tentulah sepuluh kali ganda lagi. Hal ini sebagai tanda
awal kesakitan yang bakal dialami Adnan.
Teknik Kejutan
 Teknik ini merupakan paparan peristiwa yang berlaku di
luar jangkaan pembaca.
 Buktinya, ketua kampung datang ke rumah Pak Saidi
untuk memberitahu bahawa tentera Jepun datang
mencari Pak Saidi. Pak Saidi tidak gentar dengan
kedatangan tentera Jepun. Apabila tentera Jepun tiba,
Pak Saidi dipaksa mengikut tentera Jepun. Semasa
berjalan menuju ke trak, Pak Saidi tiba-tiba
mengeluarkan keris pusaka dari dalam bajunya dan
menikam tentera Jepun. Seramai lima orang tentera
Jepun terbunuh dan 15 orang tercedera semasa
pergelutan tersebut berlaku.
Teknik Suspen (tegangan)
 Peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dan perasaan
ingin tahu kepada pembaca
 Buktinya, Haji Borhan dan beberapa orang penduduk
kampung telah memanjat semula Bukit Candu untuk
mengebumikan mayat askar melayu. Tetapi mereka berasa
hairan kerana mayat yang dikumpulkan telah hilang.
Mereka kemudiannya menghampiri sebuah banglo lama
yang terletak di puncak bukit itu dan kemudiannya terkejut
apabila melihat berpuluh-puluh mayat askar melayu
bergelimpangan di situ. Ketika mengalihkan mayat-mayat
itu,seorang penduduk kampung terkejut apabila melihat
sekujur tubuh bergerak-gerak dicelah mayat yang bertindih
itu. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya pembaca
tentang tubuh siapakah yang bergerak itu?

Anda mungkin juga menyukai