Anda di halaman 1dari 5

Leftenan Adnan Wira Bangsa

oleh Abdul Latip bin Talib

RM 23.00 / RM 26.00 Sabah/Sarawak


Tarikh Terbit: 19 Aug 2008

Penerbitan : PTS Publishing House

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa


(Abdul Latif Talib)

Sinopsis Keseluruhan

Novel Leltenan Adnan Wira Bangsa berlegar-Iegar sekitar watak utama, iaitu Adnan.
Pada peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa
kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata- rata
penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka
bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.
Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan
yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad, dan Amarullah. Adnan
merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin membantu
keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya. Walaupun
usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah
membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia turut membantu keluarganya
mengerjakan sawah bendang. Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang
masa dengan duduk bersembang di kedai-kedai kopi. Pak Saidi sebenarnya
berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan keturunannya kerana khuatir
akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan Inggeris.
Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat patriotik yang
dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah
tanah air. Beliau senantiasa menekankan peri pentingnya orang-orang Melayu
mengubah kehidupan di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan
negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib orang
Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi
pekerjaannya. Pengetahuan Pak Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat
dikagumi oleh penduduk kampungnya. Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang
tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al Hadi. Keberanian pahlawan Melayu seperti
Dol Said, Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi
mspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme yang ada dalam dirinya.

Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan


terbaik kepada anak-anaknya. Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,
bangsa, dan tanah air. Oleh sebab itu, Adnan telah dilengkapli dengan ilmu
keagamaan dan ilmu persilatan. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan
sahajalah negara akan dapat dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka
orang Melayu menjadi pandai. Pelajaran yang diperoleh mereka setakat boleh
membaca dan menulis sahaja. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar
anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang
khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya
menjadi murtad. Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak
Saidi untuk menghantar anakanaknya menimba ilmu di sekolah aliran Inggeris. Bagi
Pak Saidi, masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris yang lebih maju
dalam pelbagai bidang keilmuan. Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan negara
ini daripada tangan penjajah. Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di
sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya
amat disenangi oleh teman-teman dan juga guru-guru sekolah. Adnan menyatakan
cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, beliau diterima menjadi
guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun, bidang perguruan bukanlah
minatnya. Cita- citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan telah terpilih
menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dickson. Kejayaan
Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelusuk
kampung. Konfiik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk
menjadi tentera. Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut
Inggeris. Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau
menjadi pengasas Kampeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah
25 orang. Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu
dalam perbarisan memberikan hormat bagi menyambut upacara pertabalan King
George VI di London. Adnan telah berkahwin dengan Sophia, anak Pak Fakih, Adnan
membawa Sophia dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa
menghantar anak-anak dan isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita
yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang
Singapura.

Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu. Kesungguhan dan kecekalan 25 orang
perintis askar Melayu ini telah berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai
kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi tentera lalu diadakan pengambilan
rekrut baharu. Pada 1 Januari 1935, pasukan percubaan Askar Melayu telah
ditukarkan menjadi Rejimen Asker Melayu dengan kekuatau anggota sebanyak 150
orang. Kemudian dipercepat pengambilan anggata baharu menjadi 232 orang. Mereka
dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun mesingan, seksyen
semboyan, dan unit tambur. Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu
dltubuhkan dengan dianggatai 17 pegawai British, 6 pegawai Melayu, 11 pegawai
waran, 759 pegawai dan lain-lain pangkat. Pada bulan Mac 1941, Rejimen Askar
Melayu ditambah kekuatan menjadi dua batalion. Mereka diberi tanggungjawab
mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun. Pada Sabtu 6 Disember
1941, satu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri oleh pegawai-
pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan menyatakan
bahawa angkatan laut Jepun telah belayar menuju Asia. Risikan mendapati sekurang-
kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur, kapal
penjajah,dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan. Hal ini merupakan isyarat
yang jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan
askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8
Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang
hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di
sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan
tembakan di sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban. Hal ini
menyebabkan banyak askar India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan
diri. Namun, askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan
askar Jepun. Namun, pada hari yang ketiga, askar Melayu yang sedang bertempur
diarahkan berundur. Dengan itu, askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan setelah
tiga hari bertempur.

Mitos keunggulan ketenteraan British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun
dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota Bharu,
Kelantan. Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun
yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya, negeri- negeri
di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun. Kemudian, mereka terus
mara hingga ke Singapura dan dalam masa hari Inggeris terpaksa menyerah kalah
kepada Jepun. Pada mulanya British begitu yakm akan kekuatan tenteranya untuk
menangkis serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentera
Jepun mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di
sepanjang pantai. Bntish juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of
Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua
buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya ditengelamkan oleh kapal terbang
Jepun yang melakukan serangan kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal
perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat
askarnya. Namun, mereka masih pereaya satu-satunya kubu pertahanan yang
dianggap kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak
akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam pertempuran dengan askar Melayu di
Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebal. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7
pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara
pegawai askar Melayu yang terkorban rtu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi.
Beliau bersama- sama dengan 42 orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang
sehingga titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya
menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran hebal. Akhirnya, British terpaksa
menyerah kalah kepada Jepun.

Plot Permulaan – Kehidupan semasa kecil Leftenan Adnan di kampung diceritakan oleh pengarang.
Adnan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris dan kemudian telah memilih untuk menyertai Askar
Melayu di Port Dickson. Adnan kemudian berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak
sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua Perkembangan – Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan
Singapura menjadi sasaran Jepun untuk menakluk. Leftenan Adnan yang ditugaskan di Singapura
menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung. Jepun mula mendarat di Kota Bharu, Kelantan.
Leftenan Adnan serta pasukannya mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu yang merupakan
laluan ke depot penyimpanan peluru dan juga hospital tentera. Berlaku pertempuran yang menyebabkan
pasukan Jepun berundur tetapi merkea datang semula dengan bilangan tentera yang lebih ramai.
Klimaks – Pertempuran di Bukit Candu antara Askar Melayu dan Askar Jepun semakin merunsingkan
apabila Askar Melayu kehabisan peluru. Tentera Jepun mara dan menumpaskan semua Askar Melayu
manakala Leftenan Adnan yang cedera parah telah ditawan. Tentera Jepun menggantung Leftenan
Adnan pada pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh tentera-tentera Jepun dengan bayonet sehingga
hancur mayatnya. Peleraian – Setelah berlaku pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun,
penjajahan mereka tamat apabila menyerah kalah untuk menamatkan Perang Dunia Kedua. Sophia yang
merupakan isteri kepada Leftenan Adnan berkhidmat semula sebagai guru dan berkahwin dengan
seorang Ustaz bernama Ridwan.

Anda mungkin juga menyukai