Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS

Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British
yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk
Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui
kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari
kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan diPort Diskson.
Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi
melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang
ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya
beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan
telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun
yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI
diLondon.
Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan.
Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa
mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun.Pertempuran di
Bukit Canduyang terletak diPasir Panjang,Singapuraitu menyaksikan gugurnya
seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.

BINAAN PLOT
Pe r mu l a a n
Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan
Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan
bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan
mendapat pendidkan awal di sekolah Inggeris di
pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem
tentera di Port Dickson untuk melayakkannya
menjadi askar Melayu. Dia berkahwin dengan
Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum
Perang Dunia Kedua.

Klimaks
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar
Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu terus
berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir
habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera
Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar
Melayu terkorban dan Leftenan Adanan turut tercedera.
Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu
diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada
dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera
Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.

Pe rke m b an ga n
Perkembangan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota
Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan
kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir
Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun
berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan
Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot
penyimpanan peluru dan hospital tentera. Di Pasir Panjang pasukan
Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun
sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan
semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai
menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga
kehabisan peluru.

Pe l e r a i a n
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan
pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia
membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan
sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat
semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.
Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan
berpindah ke Melaka.

Anda mungkin juga menyukai