Anda di halaman 1dari 21

5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Tema novel Leftenan Adnan Wira Bangsa mengisahkan keberaniandan keperwiraan seorang anggota
tenteraMelayu dalam mempertahankan tanah airdaripada dijajah oleh kuasa asing. Leftenan Adnan bin
Saidi telah menunjukkan keberanian  dan kecekalan sejak kecil serta mendapat dorongon daripada
bapanya untuk menjadi  askar. Keperwiraan beliau terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh
hingga  penghujung nyawa. 

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan  keberanian dan semangat
keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar  Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6
orang pegawai British yang dipinjamkan ke  Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar
Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang
sehingga  ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah 
keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung  nyawa. 

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-legar sekitar watak utama, iaitu Adnan. Pada peringkat awal
penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung
di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan
mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan
ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang
anak, iaitu Adnan, Ahmad, dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.

Sewaktu masih kecil, Adnan merupakan anak yang rajin membantu keluarganya dan taat akan perintah
orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun
getah untuk membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia mengerjakan sawah bendang.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan keturunannya kerana khuatir
akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan Inggeris. Darah kepahlawanan
itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak
Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau senantiasa menekankan peri pentingnya
orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan
negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib orang-orang Melayu
terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pak Saidi
Iklan oleh
memiliki keazamanan yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya. Pengetahuan Pak Saidi tentang
Hantar
sejarah tanah air dikagumi oleh maklum
penduduk balas Mengapa iklan ini? 
kampungnya.

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 3/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Sejak kecil, Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan didikan terbaik untuk anak-
anaknya. Pak Saidi mahukan anak-anaknya berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air. Pak Saidi
sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan. Pihak penjajah
sememangnya tidak suka orang- orang Melayu menjadi pandai. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu
menghantar anak-anaknya mendapatkan ilmu pengetahuan di sekolah aliran Inggeris. Tindakan Pak Saidi
itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi
pengaruh agama Kristian, dan seterusnya menjadi murtad.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin
dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman- teman dan juga guru-guru sekolah. Adnan
menyatakan cita- citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, dia diterima menjadi guru
pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun begitu, bidang perguruan bukanlah minatnya. Cita-
citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan terpilih menjadi askar dalam temu duga yang
diadakan di Port Dickson. Adnan berkahwin dengan Sophia.

Adnan membawa isteri dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anak
dan isterinya pulang ke kampung apabila mendengar berita Jepun akan menyerang Singapura.

Pada Sabtu 6 Disember 1941, suatu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri pegawai-
pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut
Jepun telah belayar menuju ke Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut
yang diiringi oleh kapal tempur, kapal penjajap, dan kapal pembinasa sedang menuju ke Laut China
Selatan. Hal ini merupakan isyarat yang jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar Jepun dan mereka
terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari pertama askar
Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British
yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan
tembakan di sepanjang pantai menyebabkan banyak askar terkorban. Askar Melayu terus bertahan dan
berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun begitu, pada hari yang ketiga, Askar Melayu yang
sedang bertempur diarahkan supaya berundur. Askar Jepun akhirnya berjaya mendarat di Kelantan
setelah tiga hari bertempur.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar Jepun.
Sebaik-baik sahaja mendapat laporan bahawa tentera Jepun akan mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah
Iklan
menghantar askarnya berkubu di sepanjang oleh
pantai. British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu
Prince of Wales dan RepulseHantar
untuk mempertahankan
maklum balas Tanah Melayu.
Mengapa Malangnya,
iklan ini?  kedua-dua buah kapal
perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 4/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

serangan kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali gus
melemahkan moral dan semangat askarnya.

Pihak Inggeris percaya bahawa kubu pertahanannya di Singapura kebal. Malah Inggeris yakin bahawa
kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam pertempuran di Kelantan
dan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat.
Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 orang pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen
Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin
Saidi. Beliau bersama-sama 42 orang anggotanya telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran yang
hebat. Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 
Pakai Phone boleh Siapkan

Mencari rezeki sama-sama, Jadi kehidupan se

Earn4More

Persoalan Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa


Pengorbanan seorang isteri 

Contoh Peristiwa: Isteri Leftenan Adanan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah  dengan suaminya dan
menjaga anank-anak. 

Kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting

Contoh Peristiwa: Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera  Jepun
menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba  menyerang askar Melayu.
Iklan oleh
Sikap berpandangan jauh 
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 
Contoh Peristiwa: Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Leftenan Adnan  di sekolah
Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok. 

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 5/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Persoalan semangat cinta akan negara 

Contoh Peristiwa: Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal  kerjaya untuk
memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan  tanah air.

Binaan PlotNovel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.

Permulaan

Dalam bahagian permulaan, pembaca diperkenalkan kepada watak utama, iaitu Adnan. Adnan
digambarkan sebagai seorang anak muda yang mempunyai ciri- ciri keistimewaan dalam dirinya. Dia
memiliki sifat keberanian yang jarang-jarang terdapat pada orang yang seusia dengannya.

Perkembangan

Dalam perkembangan cerita, peristiwa tertumpu pada suasana kehidupan penduduk Kampung Sungai
Ramal, Kajang yang hidup dalam serba kemiskinan. Kemiskinan penduduk kampung telah memberi
kesedaran kepada ayah Adnan, iaitu Pak Saidi untuk mengubah nasib bangsanya. Mereka tidak harus
kekal menjadi petani yang miskin. Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberikan didikan yang
sempurna agar mereka lebih berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga,
bangsa, dan negara.

Perumitan

Dalam bahagian perumitan, Pak Saidi diceritakan telah mengambil suatu tindakan yang luar biasa. Pak
Saidi telah menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Penduduk kampung khuatir anak Pak Saidi
akan dikristiankan atau menjadi murtad. Hal ini mengundang rasa kurang senang penduduk Kampung
Sungai Ramal. Mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung jika dia meneruskan cita-cita
tersebut. Namun, Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya.
Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 
Klimaks

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 6/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

Dalam bahagian klimaks, berlaku pertempuran sengit antara tentera British yang dibantu oleh askar
Melayu menentang tentera Jepun. Kejatuhan negeri-negeri di Tanah Melayu ke tangan Jepun
menyebabkan British terpaksa mempertahankan Singapura sebagai kubu terakhir mereka. Leftenan
Adnan merupakan pegawai tentera yang diamanahkan untuk mempertahankan kubu di Pasir Panjang dan
Bukit Candu. Berlaku beberapa siri pertempuran yang hebat antara askar Melayu dengan tentera Jepun.
Pertahanan askar Melayu di Bukit Candu semakin meruncing akibat diasak tanpa henti oleh tentera Jepun.
Leftenan Adnan terus memberikan kata- kata semangat kepada anak-anak buahnya.

Peleraian

Peleraian cerita apabila Jepun berjaya menawan Bukit Candu dalam satu pertempuran. Semua anggota
askar Melayu terkorban kecuali Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob. Leftenan Adnan berjaya ditangkap.
Leftenan Renya Mutuguchi melepaskan perasaan marahnya terhadap Leftenan Adnan. Tentera Jepun
mengikat Leftenan Adnan yang cedera dan menggantungnya pada pokok ceri. Leftenan Renya Mutuguchi
mengambil bayonet lalu menikam perut Leftenan Adnan. Seorang demi seorang tentera Jepun mengambil
giliran menikam tubuh Leftenan Adnan. Jeneral A.E. Pervical akur akan kekalahan tenteranya kepada
pihak Jepun.

Iklan oleh
Teknik Plot LeftenanHantar
Adnan Wirabalas
maklum Bangsa
Mengapa iklan ini? 

Teknik dialog

Perbualan antara Pak Saidi dengan Mak Milah. Pak Saidi melahirkan rasa terkilannya kerana orang-orang
https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 7/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Melayu miskin di tanah air sendiri.

Teknik imbas kembali

Leftenan Adnan teringat kembali suasana meriah menyambut hari raya ketika zaman kanak-kanak.
Bapanya membuat lemang manakala ibunya menyediakan lauk-pauk dan kuih-muih. Lampu pelita
mengelilingi rumahnya. Adnan dan adik-adiknya serta kanak-kanak yang lain bermain mercun dan bunga
api.

Teknik pemerian

Pengarang memerihalkan angkatan tentera British di Singapura sebanyak 85 000 orang dan mampu
menyekat kemaraan tentera Jepun yang cuma berjumlah 30 000 orang.

Teknik saspens

Pembaca tertanya-tanya tentang tindakan selanjutnya dari Leftenan Adnan semasa beliau dan
pasukannya mengepung tempat persembunyian musuh.

Teknik kejutan

Deris terkejut apabila mendapati lelaki di sebalik topeng itu sebenarnya ialah Samad.

LatarNovel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Latar Tempat

(a) Kampung Sungai Ramal, Kajang.

(b) Pagar Ruyung.

(c) Kampung Sungai Merab.

(d) Sekolah Melayu Sungai Ramal.

(e) Port Dickson dan Kem Haig Lines.

(f) Singapura.

(g) Pangkalan tentera Pasir Panjang.

(h) Bukit Candu.

Latar Masa
Iklan oleh
(a) Sekitar awal tahun 40-an.

Hantar (c)
(b) Waktu pagi, petang, dan malam. maklum balas 1941.

6 Disember Mengapa iklan ini? 


(d) Pagi 4 Disember 1941.

(e) Tengah malam 8 Disember 1941. (f) 9 Disember 1941.

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 8/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

(g) 10 Disember 1941.

(h) 14 Disember 1941.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat yang amat cinta akan tanah air.

(b) Masyarakat yang memiliki keberanian yang luar biasa.

(c) Masyarakat yang berpendirian teguh.

(d) Masyarakat tentera yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.

(e) Masyarakat yang menjadi pembelot dan pengkhianat bangsa.

(f) Masyarakat yang memiliki sifat amanah dan bertanggungjawab.

(g) Masyarakat yang bijak mengatur strategi peperangan.

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

Watak dan PerwatakanNovel


Watak utama novel ini ialah Leftenan Adnan. Watak sampingan ialah Pak Saidi, Sophia, Nordin, Samad,
Jeneral A.E. Percival, Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita, dan sebagainya.

Leftenan Adnan Iklan oleh


(a) Leftenan Adnan ialah anak sulungmaklum
Hantar Pak Saidi dan Mak
balas Milah.
iklan ini? 
Mengapa
(b)  Beliau mendapat pendidikan di sekolah Inggeris.

(c)  Beliau pernah menjadi guru sebelum menjadi askar.

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 9/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

(d)  Beliau berkahwin dengan Sophia dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mokhtar, Zainudin, dan
Fatimah.

(e)  Seorang yang mahir dalam ilmu persilatan.

(f)  Seorang yang bijak. Buktinya, Leftenan Adnan bijak mengesan strategi yang dirancang oleh Leftenan
Renya Mutuguchi apabila dia mengarahkan beratus-ratus orang tenteranya menyamar sebagai askar Sikh
untuk mengelirukan askar Melayu.

(g)  Seorang yang berani. Contohnya, Adnan berani menerima cabaran remaja Kampung Sungai Merab
untuk berlawan tinju.

(h)  Seorang yang rajin belajar.

(i)  Seorang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

(j)  Seorang yang penyayang.

(k)  Seorang yang patuh akan kehendak orang tua.

(l)  Seorang ketua yang bertanggungjawab.

(m)  Seorang yang gigih semasa menjalani latihan.

(n)  Seorang yang penyabar.

(o)  Seorang yang memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi.

(p)  Seorang yang berfikiran rasional.

Pak Saidi

(a)  Pak Saidi ialah bapa Adnan, Ahmad, dan Amarullah dan suami kepada Mak Milah.

(b)  Pak Saidi bekerja sebagai pekebun dan pesawah.

(c)  Seorang yang penyayang.

(d)  Seorang yang mementingkan ilmu.

(e)  Seorang yang berpandangan jauh dengan menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris.

(f)  Seorang yang gigih menempuh cabaran.

(g)  Seorang yang berani mempertahankan maruah diri.

(h)  Seorang yang baik hati.

(i)  Seorang yang bersikap tabah.

(j)  Seorang yang berpendirian teguh.

(k)  Seorang yang mempunyai sifat patriotisme yang tinggi.

(l) Seorang yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.

Jeneral A.E. Percival


Iklan oleh
(a) Seorang yang bertanggungjawab.

Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 


(b) Seorang yang bijak semasa mengatur strategi.

(c) Seorang yang kurang cekap ketika mengurus pentadbiran.

(d) Seorang yang bersikap tidak adil semasa pembahagian senjata.

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 10/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

(e) Seorang yang mudah berprasangka buruk terhadap musuh.

(f) Seorang yang mementingkan keselamatan anak-anak buahnya.

(g) Seorang yang berfikiran rasional.

Jeneral Tomoyuki Yamashita

(a) Seorang Pegawai Pemerintah Tentera Jepun.

(b) Seorang yang bijak menyusun strategi.

(c) Seorang yang gigih.

(d) Seorang yang berpendirian tegas.

(e) Seorang yang bersikap patriotik terhadap tanah air sendiri.

(f) Seorang yang pendendam.

(g) Seorang yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

(h) Seorang yang bercita-cita besar.

Gaya BahasaNovel Leftenan Adnan


Simile

Contohnya, macam ayam berak kapur, seumpama ombak besar menghempas pantai.

Metafora

Contohnya, api kemarahan, menyentuh jiwa.

Personifikasi

Contohnya, Fikirannya melayang- layang mengenang kembali peristiwa dua hari yang lalu dan cuaca
sejuk menusuk hingga ke tulang sum sum.

Hiperbola

Contohnya, Bahangnya terasa perit membakar kulit.

Peribahasa

Contohnya, …sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua dan sediakan payung sebelum
hujan…

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

NilaiNovel Leftenan Adnan Wira Bangsa

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 11/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Nilai Kasih sayang

Contoh: Pak Saidi dan Mak Milah amat menyayangi anak-anak mereka, iaitu Adnan, Ahmad, dan
Amarullah.

Nilai Keberanian

Contoh: Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga titisan darah yang terakhir
walaupun tanpa senjata.

Nilai Cinta akan negara

Contoh: Leftenan Adnan sanggup melepaskan jawatannya sebagai guru pelatih untuk memasuki bidang
ketenteraan.

Nilai Rasional

Contoh: Pak Saidi yakin bahawa tindakannya menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris
merupakan langkah yang tepat.

Nilai Kebijaksanaan

Contoh: Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang
memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

Nilai Ketabahan

Iklan oleh
Contoh: Sophia tabah memelihara anak- anaknya setelah suaminya, iaitu Leftenan Adnan gugur di medan
pertempuran. Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 12/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Nilai Ketaatan

Contoh: Leftenan Adnan taat pada suruhan agama apabila dia melakukan solat hajat sebelum
menjalankan tugas sebagai pemimpin pasukan askar Melayu untuk menentang pihak Jepun.

Nilai Tanggungjawab

Contoh: Sebagai ketua, Leftenan Adnan menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi untuk
mempertahankan Bukit Candu daripada ditawan oleh pihak Jepun.

PengajaranNovel Leftenan Adnan Wira Bangsa


Kita hendaklah menyayangi anggota keluarga agar hubungan sentiasa harmoni

Contoh: Pak Saidi yang penyayang menggunakan pendekatan psikologi untuk mendidik anak-anaknya.

Kita hendaklah berani mempertahankan negara

Contoh: Keberanian Leftenan Adnan dan askar Melayu yang lain ketika mempertahankan negara menjadi
buah mulut pihak rakan dan pihak musuh.

Kita perlulah memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi

Contoh: Perjuangan Leftenan Adnan dan askar Melayu membuktikan bahawa mereka memiliki semangat
cinta akan negara yang tinggi.

Kita perlulah memiliki wawasan dan berpandangan jauh

Contoh: Pak Saidi memilih sekolah beraliran Inggeris untuk anak-anaknya.

Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan

Contoh: Leftenan Adnan bertanggungjawab memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya
dalam medan pertempuran walaupun bilangan mereka sedikit dan kehabisan peluru.

Kita perlulah rajin melakukan sesuatu agar dapat memberikan manfaat kepada orang lain

Contoh: Adnan rajin membantu ayahnya, Pak Saidi melakukan kerja-kerja kampung.

Kita tidak sewajarnya menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara

Contoh: Tindakan Samad menjadi ejen perisik untuk tentera Jepun merupakan suatu perbuatan khianat
kepada agama, bangsa, dan negara.
Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 13/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

💰💵 Dapatkan ganjaran wang dengan menjawab soal selidik dalam talian

Soalannovel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Sesebuah novel banyak memaparkan pelbagai peristiwa. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, jelaskan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan.

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Antara peristiwa yang
boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Leftenan Adnan bersungguh-sungguh mempertahankan Bukit
Candu daripada ditawan oleh tentera Jepun. Walaupun kakinya telah tercedera akibat ditembak oleh
tentera Jepun, Leftenan Adnan tidak menyerah kalah sehingga titisan darah yang terakhir. Peristiwa ini
boleh dijadikan teladan kerana daripada peristiwa itu telah menimbulkan semangat patriotik dalam diri
saya untuk terus menjaga kedaulatan dan keamanan negara daripada diceroboh oleh musuh negara.

Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Pak Saidi menghantar Adnan ke
sekolah Inggeris walaupun mendapat tentangan daripada penduduk kampung. Peristiwa ini boleh
dijadikan teladan kerana kita hendaklah menuntut ilmu demi masa depan walaupun terpaksa menghadapi
Iklan oleh
pelbagai cabaran.
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 14/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan satu perwatakan watak utama yang anda fikir sesuai
untuk dicontohi oleh pembaca daripada setiap novel tersebut.

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Watak
utama bagi novel ini ialah Adnan bin Saidi.

Satu perwatakannya yang saya fikir sesuai untuk dicontohi oleh pembaca ialah dia merupakan seorang
yang bersemangat patriotik. Contohnya, Leftenan Adnan sanggup berjuang bermati-matian sehingga
titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan bumi tercinta daripada jatuh ke tangan tentera Jepun.

Selain itu, Leftenan Adnan juga merupakan seorang yang bijaksana. Contohnya , Leftenan Adnan bijak
mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh yang memakai turban ketika
menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. Kesemua tentera itu berjaya dibunuh dan beliau mendapat
pujian daripada Jeneral A.E. Percival.

Seterusnya, dia merupakan seorang yang rajin. Contohnya, Adnan rajin mengulang kaji pelajaran
sehingga mendapat keputusan yang baik. Dia juga rajin menolong bapanya menoreh getah, bersawah dan
menjaga kebun durian.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji jelaskan sebab-sebab novel tersebut dianggap
istimewa dan boleh menarik minat pembaca

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 15/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib, novel tersebut
ternyata mempunyai banyak keisitimewaan dari pelbagai aspek.

Keistimewaan yang pertama adalah daripada pengutaraan tema yang baik oleh pengarang. Tema novel
ini mengisahkan keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air. Leftenan Adnan
bin Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak kecil serta mendapat dorongon daripada
bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan beliau terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh
hingga penghujung nyawa.

Novel ini juga istimewa dan menarik kerana mengandungi banyak nilai dan pengajaran yang boleh
dijadikan iktibar kepada masyarakat. Antara nilai yang terdapat dalam novel ini ialah nilai cinta akan
negara. Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya tersebut untuk
memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air. Pengajarannya ialah, sebagai
anak muda, kita hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan tanah air pada bila-bila masa diperlukan.

Selain itu, novel ini juga menarik perhatian pembaca dan istimewa kerana perwatakan watak utama
dalam novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca terutama generasi
muda yang masih mempunyai kudrat untuk berjuang mempertahankan negara . Watak Leftenan Adnan
adalah simbol keberanian dan ketabahan anak muda dalam perjuangan. Leftenan Adnan berani berjuang
melawan tentera Jepun walaupun tanpa senjata hingga ke titisan darah terakhir.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam
novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib. Nilai tanggungjawab
yang dapat dilihat ialah tanggungjawab terhadap keluarga. Nilai tersebut dipaparkan melalui watak Pak
Saidi yang mengambil berat pelajaran anak-anaknya. Beliau menghantar Adnan belajar di sekolah
Inggeris walaupun mendapat tentangan penduduk Kampung Sungai Ramal . Beliau sedar akan
tanggungjawab seorang ketua keluarga demi memastikan anak-anaknya mempunyai masa depan yang
terjamin dan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, nilai tanggungjawab juga dipaparkan melalui watak Adnan . Beliau menggalas tanggungjawab
memimpin Regimen Askar Melayu Kompeni C di Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan
mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan keselamatan negara . Beliau bersama-sama
Iklan kehabisan
pasukannya berjuang bermati-matian sehingga oleh senjata dan berakhir dengan kematiannya yang
sungguh tragis. Kemarahan tentera
HantarJepun dengannya
maklum balas tidak terkiraiklan
Mengapa sehingga
ini?  dia digantung di bawah pohon
ceri dengan kepalanya di bahagian bawah dan setiap askar Jepun menikamnya dengan bayonet.

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 16/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Seseungguhnya, pengorbanan Leftenan Adnan demi tanggungjawab mempertahankan negara perlu kita
teladani

Perkembangan cerita sesebuah novel bergantung pada peranan yang dimainkan oleh watak utama dan
watak sampingannya. Jelaskan dua peristiwa yang melibatkan watak utama daripada sebuah novel
yang telah anda kaji.

Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib. Peristiwa pertama
yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita ialah peristiwa Adnan berkahwin dengan
Sophia. Perkahwinan ini dirancang dan diatur oleh bapa Adnan, Pak Saidi . Hasil Perkahwinan itu telah
membuahkan kebahagiaan apabila pasangan Adnan dan Sophia dikurniakan dua orang anak, iaitu
Mokhtar dan Zainuddin

Peristiwa kedua yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita ialah Adnan pulang membawa
khabar gembira ketika pulang bercuti, terutamanya buat isteri tercinta. Adnan menyatakan hasrat untuk
mengajak Sophia berpindah kerana Adnan akan berpindah ke Pasir panjang. Di sana, Adnan dibenarkan
untuk membawa keluarga dan rumah juga disediakan. Sophia menyambut pelawaan Adnan dengan
perasaan sangat gembira.

Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak
utamanya.

Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib. Berdasarkan novel
tersebut , watak utamanya iaitu Adnan yang sememangnya berhadapan dengan pelbagai konflik. Konflik
pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Adnan dengan ibunya. Ibunya tidak
membenarkan Adnan menjadi tentera kerana tidak sanggup berpisah dengan Adnan yang perlu menjalani
latihan ketenteraan di Port Dickson Bagaimanapun , akhirnya, ibu Adnan akur dengan kehendak anaknya
dan merelakan serta menghormati keputusan Adnan yang ingin menjadi seorang tentera

Konflik kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Leftenan Adnan dengan pihak
Jepun . Banyak anggota Kompeni C Regimen askar Melayu di bawah pimpinan Leftenan Adnan terkorban
ketika bertempur dengan tentera Jepun di Pasir panjang dan Bukit Chandu. Leftenan Adnan terus
Iklan oleh
memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya walaupun mereka semakin kehabisan
Hantar
peluru. Biarpun,akhirnya Tentera maklum
Jepun balas
berjaya Mengapa
menembusi iklan ini? 
pertahanan kubu askar Melayu dan Leftenan
Adnan turut terkorban , namun semangat beliau tetap utuh saat menghadapi konflik tersebut.

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 17/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua teknik plot yang digunakan oleh
pengarang dalam novel tersebut.

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.

Antara teknik plot yang digunakan ialah teknik pemerian. Contohnya, pengarang menggambarkan watak
utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang. Dia
berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum
melihat telatah anak sulungnya itu

Selain itu, teknik imbas muka juga diselitkan dalam novel ini. Sebagai contohnya, semasa berbual-bual
dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau ingin
menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.

Jelaskan dua persoalan kemasyarakatan berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.

Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib, terdapat persoalan kemasyarakatan dalam novel tersebut.
Iklan oleh
Hantaryang
Antara persoalan kemasyarakatan maklum balas dalam
terkandung Mengapa iklan
novel ini ini? 
ialah semangat juang yang tinggi
dalam kalangan askar Melayu. Sebagai contohnya, ketika tentera Jepun melancarkan serangan di
Jurong, pertahanan British semakin tidak kuat kerana banyak tenteranya keletihan dan ketakutan. Hal ini

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 18/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

berbeza dengan askar Melayu yang masih bersemangat. Mereka tiada pilihan lain kerana Tanah Melayu
merupakan tanah air mereka.

Selain itu, kerjasama untuk mengukuhkan sistem pertahanan negara juga antara persoalan
kemasyarakatan yang ditonjolkan dalam novel ini. Ketika Leftenan Adnan diarahkan oleh pihak Inggeris
untuk bertugas di Bukit Candu, beliau mendapati tiada persiapan rapi yang dibuat di sana. Leftenan Adnan
telah mengadakan mesyuarat tergempar dan meminta mereka bergotong-royong menggali parit dan kubu.
Leftenan Adnan dan orang-orang bawahannya turut menebas semak samun dan membaiki pagar duri.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tema novel tersebut.

Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib,
tema novel ini ialah semangat kepahlawanan askar Melayu dalam mempertahankan tanah air
daripada dijajah oleh orang asing.

Tema ini dapat dibuktikan Leftenan Adnan, atau nama sebenarnya Adnan bin Saidi sanggup berjuang
bermati-matian hingga titisan darah terakhir demi mempertahankan bumi tercinta daripada ditakluki oleh
tentera Jepun.

Selain itu, ketika tentera Jepun melancarkan serangan di Jurong, pertahanan British semakin tidak kuat
kerana banyak tenteranya keletihan dan ketakutan. Hal ini berbeza dengan askar Melayu yang masih
bersemangat. Mereka tiada pilihan lain kerana Tanah Melayu merupakan tanah air mereka.

Di samping itu, askar-askar yang bertugas mengawal kubu Pasir Panjang sentiasa berjaga-jaga
walaupun sudah beberapa hari tidak makan dan minum. Pada waktu pagi, tentera Jepun telah datang
ke kawasan pertahanan mereka. Tentera Jepun mahu Leftenan Adnan menyerah tetapi Leftenan Adnan
berkeras ingin mempertahankan kubu Pasir Panjang. Oleh itu, tentera Jepun telah membedil kubu itu
melalui udara. Askar Melayu dan Leftenan Adnan telah memberikan tentangan hebat kepada tentera
Jepun sehingga mereka gagal menembusi benteng pertahanan askar Melayu. Kekalahan ini
menyebabkan Jeneral Yamashita semakin marah dan malu.

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 19/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

Free Online Games


Gaamess.com

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut.

Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib, terdapat beberapa latar tempat dalam novel ini.

Salah satu latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah warung Pak Samad. Warung ini merupakan
tempat penduduk kampung bertukar-tukar maklumat dan cerita.Warung ini juga menjadi tempat untuk
Nordin bermain dam bersama-sama dengan rakan-rakannya.

Selain itu. Sekolah Inggeris juga merupakan antara latar tempat yang dipaparkan oleh penulis dalam
novel ini. Sekolah ini merupakan tempat Adnan belajar. Ketika dia belajar di sini, Adnan menunjukkansikap
yang baik dan sering mendapat pujian terutamanya daripada Cikgu Anderson.

Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar
masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

Selepas membaca novel Leftnan Adnan Wira Bangsa, terdapat beberapa latar masyarakat yang saya
dapati daripada novel ini.

Antara latar masyarakat ialah masyarakat kampung yang pemurah. Pak Saidi selalu mempelawa
penduduk kampung makan buah-buahan di dusunnya. Dia juga selalu memberikan hasil dusun buah-
Iklan oleh
buahannya kepada jiran-jirannya.
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 
Seterusnya, masyarakat yang mementingkan ilmu juga terdapat dalm novel ini. Pak Saidi menghantar
anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran. Sekolah itu mengajar banyak
https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 20/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

mata pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Pak Saidi sanggup berbasikal pada awal pagi untuk
menghantar Adnan ke sekolah.

Selain itu, terdapat juga masyarakat yang berani mempertahankan tanah air. Kompeni C askar Melayu
berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang
sedikit dan kehabisan peluru. Walaupun Leftenan Adnan telah cedera parah, dia telah melawan tentera
Jepun secara berdepan dengan menggunakan bayonet dan menewaskan banyak tentera Jepun.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak
utamanya.

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib, terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh watak utamanya iaitu Adnan. bin Saidi atau dikenali
sebagai Leftenan Adnan.

Salah satu konflik yang dihadapi oleh watak utama ialah penentangan daripada Budin. Penentangan ini
bermula pada perlawanan bola sepak antara Kampung Sungai Merap dengan Kampung Sungai Ramal.
Budin daripada pasukan Kampung Sungai Merap tidak berpuas hati kerana kekalahan di tangan pasukan
Kampung Sungai Ramal. Mereka mengatur pula perlawanan tinju antara kedua-dua pasukan. Budin akan
bertinju dengan Adnan. Akhirnya, Budin dan Adnan bersepakat untuk tidak meneruskan perlawanan tinju
itu dan mereka menjadi sahabat.

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 
Selain itu, watak utama juga menghadapi konflik pelekehan rakan-rakan Leftenan Adnan terhadap
cita-citanya. Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan telah dituduh sebagai
https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 21/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

pengkhianat bangsa kerana keluarganya pernah menjadi tali barut kepada Inggeris ketika moyangnya
telah menjadi orang buruan Inggeris.Walau bagaimanapun, Adnan sabar dengan lekehan rakan-rakannya
dengan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya itu.

Konflik yang timbul dalam cerita membuatkan cerita semakin berkembang. Berdasarkan novel kajian
anda, nyatakan peranan watak utama dalam menyelesaikan konflik.

Setiap novel mempunyai beberapa unsur yang membuatkan novel tersebut menarik untuk dibaca.
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib, terdapat
unsur konflik yang membuatkan novel tersebut semakin berkembang.

Konflik pertama yang timbul dalam cerita adalah apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk
menjadi tentera. Adnan telah dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana keluarganya pernah menjadi
tali barut kepada Inggeris ketika moyangnya telah menjadi orang buruan Inggeris. Walau bagaimanapun,
Adnan sabar dengan lekehan rakan-rakannya dengan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan
sekampungnya itu.

Selain itu, konflik yang timbul dalam novel Leftenan Adnan adalah ketika pertempuran Batalion Kedua
Askar Melayu dengan pendaratan askar Jepun di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Dalam
pertempuran ini, askar Jepun telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India
British. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan menyebabkan banyak
terkorban dan banyak askar India British melarikan diri. Namun begitu, semangat Leftenan Adnan tidak
berputus asa lalu bertahan dan berjaya menggagalkan askar Jepun tetapi pada hari ketiga askar
Melayu yang bertempur terpaksa berundur. Askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan.

Di samping itu, terdapat satu lagi konflik dalam novel di mana konflik berlaku di antara askar Melayu
dengan tentera Jepun pada masa terakhir Perang Dunia Kedua. Pada masa ini Leftenan Adnan terus
memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya. Walaupun mereka semakin kehabisan
peluru sedangkan askar tentera Jepun semakin bertambah, semangat askar Melayu tidak pernah
berkurang dan terus berjuang mempertahankan diri dan maruah negara.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu watak sampingan lelaki dan
perwatakannya.

Iklan oleh
Berdasarkan novel yang sayaHantar
kaji iaitu novel Leftenan
maklum balas Adnan Wiraiklan
Mengapa Bangsa
ini? karya Abdul Latif bin Talib,
terdapat satu watak sampingan lelaki. Watak sampingan tersebut ialah Pak Saidi.

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 22/29
5/17/22, 2:17 PM Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Komsas tingkatan 4 - Karangan Net

Pak Saidi mempunyai seorang isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki
iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Pak Saidi tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai
pesawah.

Iklan oleh
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

Perwatakan Pak Saidi adalah seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Sebagai
contoh, Pak Saidi tidak mahukan anak-anaknya ketinggalan dalam arus pendidikan semasa. Beliau mahu
masa depan menjadi lebih baik. Oleh itu, Pak Saidi menghantar anak mereka ke sekolah aliran Inggeris
walaupun beberapa orang penduduk kampung membantah perbuatannya.

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan satu persoalan kasih sayang yang terdapat dalam
novel tersebut.

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari, iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib,
terdapat persoalan kasih sayang.

Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, persoalan kasih sayang yang dipamerkan ialah bapa yang
mementingkan pelajaran anak-anaknya. Misalnya, Pak Saidi sanggup menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris kerana sekolah itu mengajarkan banyak mata pelajaran kepada para pelajarnya. Oleh itu, Pak
Samad sanggup berbasikal pada awal pagi untuk menghantar Adnan ke sekolah. Walaupun tindakan Pak
Samad ditentang oleh penduduk kampung, dia tetap menghantar anaknya ke sekolah Inggeris untuk
Iklan oleh
memastikan anaknya mendapat pekerjaan yang lebih baik.
Hantar maklum balas Mengapa iklan ini? 

https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/ 23/29

Anda mungkin juga menyukai