Anda di halaman 1dari 5

Hasil tugasan: Bab 1

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang kedua bernama Ahmad dan bongsu bernama Amarullah. Tiga
beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki
darah pahlawan moyang pernah membantu Dol Said untuk menentang Inggeris di Naning.

Bab 2

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan
Kampung Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabat. Dia bermimpi suasana di
kampung menjadi kelam kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun
sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala
rumah pula banyak yang terbakar. Adnan bermimpi perkara yang aneh sejak kecil.

Bab 3

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya.
Permintaan anaknya tidak pernah dikecewakan. Ibunya Mak Milah berharap anak-anaknya
berjaya dalam akademik dan tidak mahu menjadi seperti nenek moyang mereka yang tidak
berpelajaran.

Hasil tugasan: Bab 6-7

Peristiwa 1: Pak Saidi ingin menghantar Adnan ke Sekolah orang putih

Pak Saidi berjumpa dengan guru besar sekolah itu yang bernama Steward.
Semasa Pak Said berbincang dengan Guru Besar Steward, Pak Saidi agak malu tetap sabar
dengan kata-kata itu kerana dia ingin anaknya belajar bermacam-macam ilmu di sekolah itu.

Peristiwa 2

Orang kampung Sungai Ramal heboh apabila dapat tahu Pak Saidi menghantar
anaknya bersekolah di Sekolah Orang Putih. Orang kampung membantah Pak Saidi mengantar
anaknya ke sekolah Inggeris kerana takut anaknya menukar agama dan dipengaruhi anak
orang putih.

Bab 10

Adnan akan berkhatan. Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar menjadi lebih
bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk memberikan basikal baharu apabila ianya selesai
berkatan. Adnan tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian luka Adnan
sembuh. Pada hari dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.
Bab 11

Cikgu Nazri mulakan perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan


Syarahan dalam Bahasa Inggeris. Hanya Adnan sahaja yang mahu menyertau pertandingan
syarahan dan beberapa orang lain yang lain turut sama terangsang dengan semangat yang
ditunjukkan oleh Adnan. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat dan akan hadir pada
hari pertandingan syarahan. Adnan berjaya menjadi juara syarahan Bahasa Inggeris.

Bab 12

Adnan dan pasukan bola sepak Kampung Sungai Kamal berjaya mengalahkan pasukan
bola sepak Kampung Nierab. Mereka tidak berpuas hati dan mencadangkan perlawanan tinju.
Penyokong menyebar fitnah bahawa Bidin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak
Saman. Adnan menyatakan kepada Pak Saidi bahawa dia tidak melakukan perkara itu.

Bab 13

Adnan terpilih menjadi guru pelatih di Kampung Sungai Kamal selepas tamat belajar.
Tetapi Adnan tidak berminat menjadi guru. Adnan bercita-cita jadi askar.

Bab 14

Berita mengenai penubuhan askar Melayu tersebar. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda dilatih menjadi askar. Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera
British bertujuan mencari anak muda tempatan berkelayakan diserap ke dalam pasukan Askar
Melayu. Adnan berkeras walaupun ibunya tidak membenarkannya menjadi tentera. Pak Saidi
merestui cita-cita Adnan dan ibu Adnan mengalah.

Bab 17

Setelah habis bercuti, Adnan terpaksa pergi lagi untuk menjalankan tanggungjawabnya
sebagai askar. Apabila dia kembali kepada tugasnya, Kapten Anderson menyatakan berita
gembira kepada Adnan iaitu pangkatnya dnaikkan ke Sarjan.

Bab 18

Cuti kali ini Adnan membawa berita gembira kepada isterinya dan anak-anaknya.
Kepulangannya disambut oleh tangisan anak-anaknya kerana mereka jarang bertemu.

Bab 19

Adnan terpaksa menghantar isteri dan anak-anaknya pulang kembali ke kampung


kerana sudah kedengaran ura-ura Jepun mahu menyerang Singapura. Mereka mahu menjajah
Tanah Melayu jadi Adnan bimbang akan tentang keselamatan Sophia dan anak-anaknya tidak
terjamin kalau tetap terus tinggal bersamanya.
Bab 20

1) Leftenan Adnan diminta bertugas mempertahankan Bukit Candu


2) Penduduk kampung di Bukit Candu tidak mahu berpindah walaupun harapan telah
dikeluarkan bahawa Jepun akan datang menyerang mereka.
3) Leftenan Adnan menyerahkan anggota tentera menggali lebih banyak parit untuk
dijadikan kubu pertahanan mereka. Mereka juga diarahkan meletakkan guni-guni pasir
di sekitar kawasan Bukit Candu.
4) Jawatankuasa kampung Bukit Candu berkumpul di rumah penghulu Sidek untuk
membahagikan tugas bagi mengawal kawasan kampung tidak kira siang atau malam
sebagai langkah berjaga-jaga.

Bab 21

1) Satu persidangan tertutup telah diadakan di Manila yang dihadiri pegawai-pegawai


tentera Amerika dan British.
2) Penduduk kampung Bukit Candu telah mempercayai kehadiran pihak Jepun untuk
menyerang tanah Melayu dan Singapura maka mereka bersetuju berpindah ke tempat
yang lebih selamat kecuali Samad dan keluarganya.
3) Samad ditangkap kerana mencuri rumah-rumah orang kampung yang telah
meninggalkan kampung tersebut.

Bab 22

1) Kapten Rix tiba di Bukit Candu untuk bekerjasama dengan Leftenan Adnan.
2) Angkatan Tentera Jepun melayar menuju ke lautan China Selatan menuju ke Tanah
Melayu bagi melancarkan serangan.
3) Intipan Tentera British ke atas Tentera Jepun di laut China Selatan.
4) Kapal tentera Jepun hilang di laluan asal dengan menukar arah laluan ke Teluk Siam.
Apabila mendapat arahan daripada jeneral Tomoyuki Yamashita

Bab 23

1) Rancangan Jeneral Tomoyuki Yamashita memberikan cadangan kepada Maharaja


Jepun supaya menakluki Tanah Melayu kerana kaya dengan pelbagai hasil seperti
getah, biji timah, besi bagi membangunkan kilang-kilang mereka.
2) Jepun pernah menghantar perisik ke Tanah Melayu menyamar sebagai tukang gunting,
menarik beca dan pentagon bagi mengumpul maklumat tentang kekuatan pihak British
membuat peta dan jalan-jalan negara tersebut.
3) Tentera Jepun akan mendarat di Thailand berhampiran dengan Kelantan. Sebelum ini
mereka sengaja menghebahkan bahawa serangan akan bermula di Singapura kerana
ingin mengelirukan pihak musuh.

Bab 24

1) Tentera Jepun telah mendarat di Thailand dan mereka akan masuk ke Tanah Melayu
melalui Songkhla dan Pattani.
2) Leftenan Kolonel Saeki Shizou menghantar wakil bagi menghadap pemerintah Thailand
meminta kebenaran menggunakan pangkalan tentera mereka bagi melancarkan
serangan terhadap tentera British di Tanah Melayu.
3) Selepas pasukan meriam melepaskan tembakan kapal pengangkut Jepun yang baharu
sampai terus berlabuh bagi mendaratkan anggota tenteranya.

Bab 25

Jeneral A.E Percival yang bertanggungjawab untuk Ops matador menghadiri mesyuarat
Majlis Perundangan NegerI Selat. Jeneral A.E Percival mengarahkan divisyen untuk mara ke
Thailand dalam usaha menawan pelabuhan Songkhla. Kemudian Jepun mengatur strategi bagi
menakluk seluruh Kedah dan Pulau Pinang.

Bab 26

Jeneral Yamashita membuat rancangan bagi menyerang angkatan laut British.


Kemudian tentera India-British menyerang tentera Jepun. British dapat menembusi pertahanan
British di Nangka. Berita karamnya kapal Hms Pelanduk sampai kepada Leftenan Adnan.

3 Februari 1942-Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan Jeneral Yamashita.
13 000 orang tentera elitnya melakukan pendaratan di bahagian Utara, Singapura berhampiran
Saiimbun. Jeneral Yamashita mengarah supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak
di Pelabuhan Tentera Laut Singapura Pasukan atileri Jepun pula menyerang Pangkalan Udara
Tengah di Sektar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke istana Bukit
Serene di Johor Bahru. Pertempuran di many udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari
pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurananis dan buffaloes
selamat ke Palembang. Majalah pentadbiran dan kawan menyebabkan penahanan kedudukan
berikat semakin lemah. Rejimen askar melayu bersungguh-sungguh mempertahankan negara.
Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah
askar Melayu. Adnan dan anggotanya tetap tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan
semangat juang yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit pada musuh.

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang
itu Penghulu Dereman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar melayu menyerang
tentera Jepun. Dalam perbincangan,mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang ialah
pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu,
penghulu Deraman berjaya mengesahkan bahawa Samad ialah tali barut Jepun. Malam
keesokannya, mereka dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya
mati ditembak askar melayu.
Bab 32-35

Peristiwa 1:

Jeneral Yamashita ingin membalas dendam kerana Leftenan Adnan telah membunuh
adiknya lalu Jeneral Yamashita telah mengarahkan Jeneral Yamaguchi untuk mencari lokasi
rumah Leftenan Adnan. Penduduk kampung bimbang ditembak tentera Jepun apabila melihat
askar Jepun tiba di kawasan kampung. Penduduk dan Pak Saidi menyembunyikan keberadaan
Sofea dan anak-anaknya.

Peristiwa 2:

Sofia meminta untuk bekerja semula di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal apabila
dibuka semula untuk menyara anak-anaknya setelah kematian suaminya, Leftenan Adnan.
Sofia pernah mengajar di situ sebelum berkahwin.

Peristiwa 3:

Sudah empat tahun Sophia mendirikan rumah tangga. Sofia dan suaminya, ustaz
Ridwan telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan mengidap penyakit leukemia. Sejak
kematian suami pertamanya, keluarganya mengalami kepayahan dan keperitan hidup. Setelah
berkahwin dengan ustaz Ridwan telah mengembalikan semua kebahagiaan yang lenyap
seketika. Setelah empat tahun mengidap penyakit itu, Sophia menghembuskan nafas terakhir di
samping suami dan anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai