Anda di halaman 1dari 5

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-legar sekitar watak

utama iaitu Adnan. Pada peringkat awal penceritaan, novel ini


mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau dilahirkan di
sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk
kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka
bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup
makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah,
iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu
Adnan, Ahmad, dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung
keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin membantu keluarganya dan
merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya. Walaupun
usianya baru mencecah sepulun tahun, setiap pagi Adnan akan pergi
ke kebun getah membantu orang tuanya menorah getah. Selain itu,
dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang. Pak
Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk
bersembang di kedai-kedai kopi.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja


merahsiakan keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak
penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan Inggeris. Darah
kepahalawan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semagat
patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat
mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa
menekankan peri pentingnya orang-orang Melayu mengubah
kehidupan di Negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan
negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan.
Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu
anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan Pak Saidi yang
luas tentyang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk
kampungnya. Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air
ketika itu seperti Syed Syeikh Al-Hadi. Keberanian pahlawan Melayu
seperti Dol Said Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan Datuk Siamang Gagap
sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotism
yang ada dalam dirinya.

Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab untuk memberikan


pendidikan terbaik untuk anak-anaknya. Beliau mahu anak-anaknya
berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air. Oleh sebab itu, Adnan
telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan. Pak Saidi
sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah Negara akan dapat
dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang Melayu
menjadi pandai. Pelajaran yang diperoleh mereka setakat boleh
membaca dan menulis sahaja. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat
mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk
memperoleh ilmu pengetahuan. Tindakan Pak Saidi itu mendapat
tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak
Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi
murtad. Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan
semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di
sekolah aliran Inggeris. Bagi Pak Saidi, masyarakat Melayu perlu
belajar daripada orang Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang
keilmuan. Anak-anak perlulah dilengkapkan dengan limu pengetahuan
kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan Negara
ini daripada tangan penjajah.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah,


Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Sikap ringan
tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan juga guru-guru
sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah
tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di sekolah
Melayu Sungai Ramal. Namun, bidang penguruan bukanlah minatnya.
Cita-citanya hanya satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan telah terpilih
menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port
Dickson. Kejayan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteaan
menjadi buah mulut di pelosok kampung.

Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan


untul menjadi tentera. Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa
kerana menjadi tali barut Inggeris. Adnan tidak menghiraukan
tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau menjadi pengasas
Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25
orang. Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun
Askar Melayu dalam perbarisn member hormat bagi menyambut
upacara pertabalan King George VI di London. Adnan telah berkahwin
dengan Sophia, anak Pak Fakih. Adnan membawa Sophia dan anak-
anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anak
dan isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang
mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang
Singapura. Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.

Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini


telah Berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan
anak-anak muda Melayu menjadi tentera lalu diadakan pengambbilan
rekrut baharu. Pada 1 Januari , pasuakn percubaan Askar Melayu telah
ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota
sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota
baharu menjadi 232 orang. Mereka dibahagikan kepada dua kompeni
dilengkapi dengan mesingan, seksyen semboyan, dan unit tambur.
Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan denga
dianggotai 17 pengawai British, 6 pengawai Melayu, 11 pengawai
waran,759 pengawai, dan lain-lain pangkat. Pada bulan Mac 1941,
Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua battalion.
Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu
daripada serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941, satu persidangan telah
berlangsung di Manila yang dihadiri oleh pengawai-pengawai Tentera
Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan menyatakan
bahawa angkatan laut Jepun telah belayar menuju Asia. Risikan
mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang
diiringi oleh kapal tempur, kapal penjajap, dan kapal pembinasa
menuju Laut China Selatan. Hal ini merupakan isyarat yang jelas
bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Battalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan


menentang pendapatan askar Jepun dan mereka terlibat dalam
pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari
pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh
askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di
sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah
melepaskan tembakan di sepanjang di sepanjang pantai menyebabkan
ramai yang terkorban. Hal ini banyak menyebabkan askar India yang
berkhidmat dengan tentera British melarikan diri. Namun, askar
Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar
Jepun. Namun, pada hari yang ketiga, askar Melayu yang sedang
bertempur diarahkan berundur. Dengan itu, askar Jepun Berjaya
mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.

Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat


dihancurkan oleh Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar
Jepun Berjaya mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Pertahanan tentera
British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun yang cukup licik
dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya, negeri-negeri
di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun. Kemudian,
mereka terus mara hingga ke Singapura dan dalam masa 69 hari
Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya
untuk menangkis serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat
laporan tentang tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah
menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. British juga
menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse
untuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kudua-dua buah
kapal perang kebanggaan British itu Berjaya ditenggelamkan oleh
kapal terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze. Berita
tenggelamnyadua buah kapal perang itu telah mengejutkan British
sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.

Namun, mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan


yang dianggap kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di
Singapura itu tidak akan dapat ditembusi olehaskar Jepun. Dalam
pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura, askar
Melayu telah menunjunkkna keberanian dan semangat keperwiraan
yang hebat. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 pengawai
Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara
pengawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan
Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya
yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.
Pada 15 Februari 1942, askar Jepun Berjaya menakluki Singapura
sete;ah berlaku pertempuran hebat. Akhirnya, British terpaksa
menyerah kalah kepada Jepun.

Anda mungkin juga menyukai