Anda di halaman 1dari 8

1) Huraikan dua peristiwa yang dapat memberikan inspirasi

kepada anda dalam novel.

Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira


Bangsa karya Abdul latip Talib. Banyak peristiwa yang
memberikan menonjolkan sikap keberanian dalam novel.
Peristiwa Leftenan Adnan dan rejimen askar Melayu
mempertahankan Bukit Candu tanpa menyerah kalah hingga
titisan darah terakhir menonjolkan keberanian askar yang
sanggup menggadaikan nyawa. Adnan dan rejimen askar
Melayu yang sudah kehabisan peluru tetap berani bertempur
dekat dengan askar Jepun dengan bayonet. Semua askar
bertarung berani hingga semuanya terkorban kecuali Koperal
Yaakob.
Selain itu, peristiwa Pak Saidi yang membunuh beberapa
orang askaar Jepun dengan keris menonjolkan keberanian
seorang pahlawan tua. Setelah kematian Adnan, Leftenan
Renya Mutuguchi pergi menangkap Pak Saidi di Sungaai
Ramal, Kajang. Apabila diminta masuk ke trak Jepun, Pak
Saidi berani membunuh beberapa orang askar Jepun dengan
keris sebelum beliau ditembak mati.
2) Huraikan dua peristiwa yang dapat memberikan
inspirasi kepada anda dalam novel.

Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan


Wira Bangsa karya Abdul latip Talib. Novel sering
memberikan inspirasi kepada kita melalui cerita yang
dipaparkan.

Peristiwa Adnan memenangi pertandingan pitado bahasa


Inggeris memberikan inspirasi kepada pelajar bahawa usaha
dapat membawa kejayaan. Sebagai seorang budak kampung
yang belum fasih berbahasa Inggeris, Adnan gigih berusaha
berlatih sehingga berjaya menjadi juara dalam pertandingan
pidato bahasa Inggeris. Peristiwa ini memberikan inspirasi
kepada para pelajar yang kurang berkeyakinan.

Peristiwa Leftenan Adnan menjadi Askar Melayu orang


Inggeris walaupun dicemuh sebagai pembelot bangsa boleh
menjadi inspirasi kepada kita. Setelah tamat pelajaran di
sekolah, Adnan menyertai Askar Melayu yang baru ditubuhkan
itu dengan harapan berbakti kepada nusa dan bangsa.
Walaupun dihina sebagai tali barut, Adnan teguh pada prinsip
berani kerana benar. Peristiwa ini boleh menjadi inspirasi
kepada orang muda yang untuk mengejar impian mereka.
3) Huraikan peristiwa yang boleh menjadi
teladan/pengajaran kepada pembaca.

Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira


Bangsa karya Abdul latip Talib. Karya novel sering
memaparkan peristiwa yang memberikan teladan kepada para
pembaca.
Peristiwa Pak Saidi tegas menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris boleh menjadi teladan kepada kita agar tegas pada
yang betul tanpa mempedulikan tentangan orang lain. Pak
Saidi mementingkan pendidikan dan tegas menghantar
anaknya ke sekolah Inggeris kerana beraharap Adnan dapat
mempelajari lebih ilmu tanpa mempedulikan kritikan orang
kampung yang bimbang bahawa Adnan akan dipengaruhi oleh
nilai Kristian.
Peristiwa Leftenan Adnan dan rejimen askar Melayu yang
mempertahankan tanah air boleh menjadi teladan kepada diri
kita sebagai rakyat dan warganegara yang patriotik. Adnan dan
rejimen askar Melayu mempertahankan Bukit Candu daripada
diserang oleh askar Jepun walaupun sudah kehabisan peluru,
Adnan tidak menyerah kalah dan terus memberikan kata-kata
semangat dan bertarung dekat dengan bayonet dan semua askar
Melayu kecuali Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob.
Akhirnya Leftenan Adnan mati dibunuh tanpa menyerah kalah.
Adnan direjang kejam dan digantung mayatnya di pokok ceri.
4) Bagaimanakah Klimaks cerita ini menarik minat pembaca?

Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira


Bangsa karya Abdul latip Talib. Klimaks cerita memang
sentiasa menarik minat pembaca dan menjadi fokus seluruh
novel.

Klimaks cerita ini menarik kerana jalan cerita sudah sampai


ke plot yang sangat mendebarkan. Pertempuran sengit berlaku
antara tentera Jepun dengan rejimen askar Melayu dengan di
Pasir Panjang dan Bukit Candu setelah hampir semua negeri di
Tanah Melayu telah jatuh ke tangan tentera Jepun. Pembaca
tertarik untuk mengetahui kalah dan menang.

Klimaks cerita ini menarik minat pembaca kerana jalan


cerita yang menggambarkan kesengitan pertempuran antara
Jepun dengan Askar Melayu. Kerana kehabisan peluru, semua
askar kecuali Adnan dan Koperal Yaakob mati terkorban di
Pasir Panjang dan Bukit Candu. Perasaan marah dan sedih
dalam cerita menarik minat pembaca untuk terus membaca
peleraian cerita.
5) Mengapakah pengakhiran novel memberikan impak
kepada pembaca.

Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira


Bangsa karya Abdul latip Talib. Pengakhiran cerita memang
sentiasa meninggalkan impak yang mendalam kepada
pembaca.

Peleraian novel ini meninggalka impak yang mendalam


kerana Leftenan Adnan akhirnya dibunuh zalim oleh askar
Jepun. Beliau di rejang zalim dengan pedang samurai
sehingga mayatnya berkecai dan digantung pada pokok ceri.
Kematian seorang pahlawan negara ini pasti meninggalkan
impak mendalam kepada para pembaca dan mengingatkan
kita agar sentiasa menghargai jasa wira negara.

Pada bahagian peleraian setelah kematian Adnan, Leftenan


Renya Mutuguchi pergi menangkap Pak Saidi di Sungaai
Ramal, Kajang. Apabila diminta masuk ke trak Jepun, Pak
Saidi berani membunuh beberapa orang askar Jepun dengan
keris sebelum beliau ditembak mati. Tindakan Pak Saidi yang
mempertahankan maruah diri tanpa menunduk kepda musuh
yang mencerobohi tanah air dan membunuh anak sendiri ini
meninggalkan impak yang cukup mendalam dalam hati
pembaca.
6) Jelaskan peristiwa yang menyentuh hati pembaca.

Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira


Bangsa karya Abdul latip Talib. Banyak babak dalam cerita
ini menyentuh hati pembaca.

Peristiwa Leftenan Adnan dibunuh zalim oleh askar Jepun


menyentuh hati pembaca kerana rasa sedih dan marah
mengenangkan nasib wira negara kita yang mati didera. Beliau
direjang zalim dengan pedang samurai sehingga mayatnya
berkecai dan digantung pada pokok ceri.

Peritiwa Pak Saidi berani membunuh beberapa orang askar


Jepun dengan keris sebelum beliau ditembak mati turut
menyentuh hati pembaca kerana pembaca diperlihatkan
seorang pahlawan tua yang mempertahankan maruahnya yang
terakhir daripada penghinaan musuh negara yang mencerohi
tanah air dan membunuh anak sendiri. Peritiwa ini amat
menyentuh hati pembaca apabila membayangkan hati sedih
seorang ayah tua.
7) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh watak utama novel
dan bagaimanakah watak utama menyelesaikan cabaran
hidupnya.

Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira


Bangsa karya Abdul latip Talib. Banyak cabaran yang
dihadapi oleh watak utama iaitu Leftenan Adnan tetapi beliau
cuba sedaya paya untuk mengataisnya.

Adnan menghadapi cabaran apabila beliau mula


memasuki sekolah Inggeris kerana dihina dan dicemuh oleh
orang kampung. Orang kampung beranggapan bahawa Adnan
akan kehilangan jati diri sebagai orang Melayu dan sebagai
muslim kerana pengaruh orang Barat dan agama Kristian.
Tanpa mempedulikan hinaan, Adnan rajin belajar dn pada masa
yang sama Adnan tidak meninggalkan amalan hidup Melayu
dan sentiasa menunaikan ibadat agama sehingga akhirnya,
orang kampung menerima baik Adnan yang telah membuka
mata mereka

Adnan menghadapi cabaran hidup yang paling besar


apabila orang Jepun menyerang tanah Melayu . Sebagai Askar
Melayu, Adnan dihantar ke barisan hadapan untuk menentang
Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang. Yang lebih mencabar
ialah sikap tentera asing yang tidak berusaha bersungguh-
sungguh mempertahankan Tanah Melayu. Leftenan Adnan
Bersama rejimen askar Melayu tetap mengatur strategi dan
menentang sehabis tenaga tanpa menyerah kalah. Tentera
Jepun terpaksa mengundur seketika kerana kekerasan Adnan
dan askar Melayu menentang kemaraan mereka.
8) Jelaskan kritikan masyarakat/kepincangan masyarakat
dalam novel.
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa karya Abdul latip Talib. Penulis cuba mengkritik
kepincangan yang wujud dalam masyarakat.

Penulis mengkritik masyarakat Melayu Kampung yang


berpandangan sempit dan tidak mementingkan pendidikan.
Apabila Pak Saidi mengambil keputusan untuk menghantar
Adnan dan anak-anaknya yang lain ke sekolah Inggeris, orang
kampung memberikan kritikan yang cukup kencang kerana
percya seseorang akan hilang jati diri dan hilang ibadat jika
belajar di sekolah inggeris.

Selain itu, masyarakat yang sudi membelot dan


mengkhianati bangsa sendiri juga dikritik. Samad seorang
penduduk kampung di Pasir Panjang sanggup menjadi tali barut
dengan memberikan maklumat riskan kepada tantara Jepun di
Singapura.

Penulis juga mengkritik penduduk kampung yang suka


berborak kosong dan malas bekerja. Penduduk kampung di
Sungai Ramal digambarkan suka duduk bersembng panjang
dan bergosip di warung kopi kampung.

Anda mungkin juga menyukai