Anda di halaman 1dari 5

LANGKAH 1 : TEKS NOVEL LEFTENAN ADNAN

1)Membaca dan memahami teks


2)Guru bersoal jawab dengan murid tentang teks yang
dibaca.

Leftenan Adnan diarahkan untuk bertugas di Bukit Candu kerana bukit itu
penting untuk dipertahankan. Sekiranya pertahanan di Bukit Candu dapat
ditembusi maka musuh boleh menguasai Singapura dengan mudah. Sampai
ke Bukit Candu, Leftenan Adnan mengarahkan anggota tenteranya menggali
lebih banyak parit untuk dijadikan kubu serta berjumpa dengan penghulu
Sidek bagi membincangkan masalah mengenai penduduk kampung yang
enggan berpindah.

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata


digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Leftenan Adnan
sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan
kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan
bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam
pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah
tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang
sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan
semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.

Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh


sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu
diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan
Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Akibat
kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang
kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di
bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung
pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal
Yaakob.
LANGKAH 2 : Melengkapkan maklumat tentang sikap
Leftenan Adnan pada peta buih.

PERWATAKAN
LEFTENAN ADNAN

LANGKAH 3 : Membina dan menulis jawapan


pemahaman
berdasarkan teks.
(i)Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

“Kau selalu marah-marah kepada orang putih kerana menjajah


negeri kita. Tetapi hari ini kau puji pula mereka. Aku tak fahamlah
kau ni, Saidi,” kata Pak Karim pula sambal menggaru-garu
kepalanya yang botak.
“Aku marah kerana mereka menjajah negeri kita. Aku suka
kerana ilmu yang ada pada mereka. Kita perlu mempelajari ilmu
daripada mereka”, kata Pak Saidi pula.
“Kerana itu kau hantar Adnan belajar di sekolah Inggeris?’,
tanya Pak Karim lagi.
“Itu sahaja caranya untuk anak aku mendapat ilmu
pengetahuan. Kalau sekolah Melayu,Cuma setakat sekolah rendah
sahaja. Lepas itu anak aku tidak boleh belajar lagi. Tetapi kalau
sekolah Inggeris, setelah tamat sekolah rendah boleh sambung ke
sekolah menengah dan sampai ke sekolah tinggi. Mereka yang
tamat sekolah tinggi boleh menjadi pegawai. Apabila banyak anak
Melayu berpelajaran tinggi dan menjadi pegawai , maka hidup kita
tidak lagi miskin. Itu sahaja caranya untuk maju”.

Nyatakan faedah-faedah yang diperoleh oleh anak-anak


Melayu apabila dihantar belajar di sekolah Inggeris.
(4 markah)
(ii) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan
satu peristiwa yang boleh dijadikan panduan hidup oleh
pembaca.
JAWAPAN :
Novel yang saya kaji ialah novel
_________________, karya ____________________.
Terdapat pelbagai peristiwa yang boleh dijadikan panduan
___________oleh _________.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa __________


yang sanggup menghantar Adnan setiap hari ke sekolah
____________. Pak Saidi sanggup bersusah payah asalkan
Adnan mendapat ilmu __________________. Peristiwa ini
dapat dijadikan teladan hidup oleh pembaca agar pembaca
gigih berhadapan dengan pelbagai ___________ hidup demi
_____________ ilmu pengetahuan.

Peristiwa yang ______________ ialah peristiwa


Leftenan Adnan dan ________________ Melayu berjuang
demi mempertahankan Bukit Candu.Leftenan Adnan cedera
dalam pertempuran namun beliau tetap terus ___________.
Dengan bersenjatakan ___________, dia menentang askar-
askar Jepun.Akhirnya Leftenan Adnan telah __________
bertubi-tubi oleh askar-askar Jepun dengan kejam. Peristiwa ini
dapat dijadikan panduan hidup oleh pembaca agar pembaca
berani _____________ musuh yang mengancam keselamatan
___________ sehingga titisan darah yang terakhir.
PENUTUP:
● Murid diminta menyatakan aktiviti yang dilakukan
bersama pada hari ini.
● Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu Inilah
Barisan Kita.

Anda mungkin juga menyukai