Anda di halaman 1dari 3

TEMA 8 : DALAM LIPATAN KENANGAN (M/S 102 & 103)

Andaikan anda akan menemu bual Puan Norma binti Manjawali. Dengar soalan
berikut dengan telitinya. Dengar soalan berikut dengan teliti dan kenal pasti soalan
berikut dari segi jenis dan kesesuaian soalan.
1)Bilakah rumah ini dibina?
2)Nenek tinggal di sini sejak bila?
3)Apakah perasaan nenek tinggal di rumah ini?
4)Mengapakah rumah ini digelar “Rumah Degil’?

Andaikan anda akan menemu bual para sukarelawan daripada Persatuan Rumah
Pusaka Chow Kit. Dengar soalan berikut dengan teliti dan kenal pasti soalan
berikut dari segi jenis dan kesesuaian soalan.
1) Mengapakah Persatuan Rumah Pusaka Chow Kit ditubuhkan?
2) Bagaimanakah segala rintangan untuk membina rumah ini semula diatasi?
3) Di manakah bahagian-bahagian rumah yang telah dibuka disimpan?
4) Semasa struktur rumah ini dibuka, apakah cara yang digunakan untuk
memudahkannya dipasang semula?
PENGGOLONGAN KATA TUGAS

KATA TUGAS:
1)KATA PRAKLAUSA : hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas
tertentu
 Kata seru : wah, amboi, aduh, syabas
 Kata perintah : jangan, sila
 Kata tanya : siapa, apa, di mana
 Kata pembenar : ya, benar
 Kata pangkal ayat : syahadan, kalakian, arakian 1)

2) KATA PRAFRASA : sejumlah perkataan yang diletak di hadapan frasa sama


ada, frasa nama, frasa kerja , frasa adjektif atau frasa sendi nama.
 Kata bantu : aspek (telah, sedang, akan) / ragam (hendak, wajar)
 Kata Penguat :
o Penguat depan : agak , lebih ,paling , ter
o Penguat belakang : benar, betul, nian, sekali
o Penguat bebas : amat, sangat sungguh

 Kata Penegas : –kah, -tah, dan –lah / juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya,
memang.
 Kata Nafi : tidak, bukan
 Kata Pemeri : ialah, adalah
 Kata Sendi Nama : di, ke, daripada, kepada, dari, pada
 Kata Bilangan : dua, lima belas, semua, segala, ketiga-tiga, masing-masing,
separuh.
 Kata arah : atas, kiri, belakang, sebelah, hujung, seberang, utara

3)Kata pascakata : bentuk kata yang hadir selepas perkataan yang berfungsi
sebagai penekan dan pembenda.
a) Kata penekan : bentuk kata yang memberi penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya.
Sesungguhnya bahawasanya nampaknya
Contoh ayat : Pada pagi ini nampaknya hujan akan turun.
b) Kata pembenda : bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan
daripada kata nama menjadi kata nama.
cekapnya lajunya datangnya
sakitnya lantangnya mudahnya

Contoh ayat : Cekapnya pekerja itu menjahit.

4) Kata penyambung kata (kata hubung) : bertugas menghubungkan dua binaan


ayat atau lebih atau ayat majmuk.
a. Kata hubung gabungan : dan, lalu, sambal, atau
b. Kata hubung pancangan :
 Kata hubung pancangan relatif : yang
 Kata hubung pancangan komplemen : bahawa, untuk
 Kata hubung pancangan keterangan : kerana, sekiranya,semasa,
walaupun

Anda mungkin juga menyukai