Anda di halaman 1dari 7

LATIHAN BAHASA MELAYU

STANDARD - SPM (KSSM)

PROSA KLASIK KEPIMPINAN


MELALUI TELADAN
BUKU TUNTAS
PRAKTIS 1 (M/S : 41)
Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti, kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Pada keesokannya, seorang penduduk telah melalui di tempat tersebut


dan melihat seorang perompak telah mati lalu dia mengerat telinga
perompak tersebut dan dibawa kepada raja. Sembahnya, “Ya Tuanku, ini
bukti patik membunuh perompak yang sangat licik itu”.
BUKU TUNTAS
PRAKTIS 1 (M/S : 41)

Kemudian datang seorang lagi penduduk dan dia mengerat kepala


perompak itu lalu dibawa menghadap raja dan berkata “ Ini
merupakan bukti patik membunuh perompak pada malam tadi. Oleh
yang demikian, segala kaki tangan Kertala Sari telah dikerat dan
dibawa menghadap raja. Perkara ini menyebabkan raja menjadi
hairan. Baginda bertitah kepada Bendahara, Wahai mamak
Bendahara, kita berasa hairan melihat kelakuan ini. Siapakah
sebenarnya yang telah membunuh perompak tersebut?”.
BUKU TUNTAS
PRAKTIS 1 (M/S : 41)

Sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada pendapat patik, dua bukti lagi akan
membongkar perkara ini,lebih-lebih lagi laksamana belum datang menghadap”.
Beberapa ketika kemudian, Laksamana telah datang dengan membawa alat sulit
dan keris Kertala Sari. Sembah Bendahara, “ Tuanku, ini merupakan bukti yang
sebenarnya. Pada pendapat patik, jika orang lain selain daripada Laksamana, tidak
akan dapat membunuh perompak itu. Jangankan hendak membunuh, untuk
menentang mata Kertala Sari juga tiada yang berani’. Oleh itu, mereka yang datang
awal tadi menundukkan muka menahan malu dan pulang ke rumah masing-masing.
BUKU TUNTAS
PRAKTIS 2 (M/S : 42)

Setelah menjelang malam, Kertala Sari memakai pakaian yang elok dan berwangi-
wangian. Dia telah pergi ke bandar dan detik hatinya”Pada malam ini, aku akan
membakar dan membuat huru-hara kerana aku telah mencuri semua harta orang
Melaka”. Laksamana pula, telah memakai pakaian askar dan dia bertolak pergi.
Pada malam itu, keadaan tidak aman dan hujan rintik-rintik telah turun. Kertala
Sari telah masuk ke dalam bandar.
BUKU TUNTAS
PRAKTIS 2 (M/S : 42)

Dalam masa yang sama, Laksamana berbaring di tengah-tengah pasar itu. Laksamana
mendengar derap kaki Kertala Sari dan dia menjadi takut. Laksamana menyedari bahawa
Kertala sari telah datang. Kerrtala sari berjalan ke tengah-tengah pasar itu dan kakinya
telah tertendang badan Laksamana. Kertala sari telah terpijak kepala Laksamana dan
berkata “Aku terpijak bangkai pula!” Pada waktu itu, Laksamana yang terbaring itu telah
menghunus kerisnya dan melompat lalu menikam dada Kertala sari hingga tembus ke
belakangnya.

Anda mungkin juga menyukai