Anda di halaman 1dari 8

BAHAN SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI

(BSPK)

BAHASA MELAYU
KERTAS 2
BAHAGIAN A:
BAHASA MELAYU STANDARD
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021

cikgusazali™
FORMAT

cikgusazali
cikgusazali
SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

• Menukarkan bahan teks klasik atau lama kepada bahasa Melayu


Moden / Standard
• Bahan diambil daripada teks Komsas Tingkatan 4 dan 5
• Calon tidak perlu mengubah bentuk dan maksud asal petikan /
bahan (contoh : cakap ajuk tidak ditukar kepada cakap pindah)

cikgusazali
CONTOH 1: KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti, kemudian tulis semula petikan tersebut
dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah
banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembalilah pada tempatnya pula. Dengan demikian
habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang
kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik memohonkan
ampun, adapun patik sekelian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’


Dalam antologi Jaket Kulit Dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]
SKEMA / CADANGAN JAWAPAN

i. Kertala Sari telah masuk mencuri di rumah saudagar yang lain.


ii. Setelah mendapat banyak harta dia telah kembali semula ke tempatnya.
iii. Semua harta saudagar yang kaya raya habis dicuri oleh Kertala Sari.
iv. Setelah itu saudagar dan orang kaya telah pergi menghadap raja dan menyembah “Ya, tuanku,
patik mohon ampun, patik semua kecurian dan hanya tinggal sehelai sepinggang”.
cikgusazali
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah
menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”

Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam
tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”

Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?” [6 markah]

1. Baginda berasa hairan lalu bertitah pada Temenggung, “Wahai Temenggung, mengapakah
Temenggung tidak mengarahkan pengawal untuk berkawal pada malam tadi?
2. Sembah Temenggung, “Daulat Tuanku Syah Alam, patik telah menyuruh pengawal
berkawal pada malam tadi, tetapi tidak ada sesiapapun bertemu dengan pencuri itu. Patik
berasa hairan dengan pencuri itu.”
3. Baginda bertitah, “Bagaimanakah cara pencuri itu dapat mencuri?”

cikgusazali
CONTOH 2: BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.

Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka
baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”

Maka dimbil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada
Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.”

Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang,
maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah.
Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada)

[6 markah]

cikgusazali
BAHASA KLASIK BAHASA MELAYU STANDARD
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu Seri Amerta telah mempersembahkan semua
semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang kata Tun Perak itu ke bawah Duli Yang Dipertuan.
Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, Baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar
seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak seperti kata-kata Tun Perak itu.”
itu.”

Maka dimbil baginda sirih dari puan baginda, Lalu diambil oleh baginda sirih daripada pun
disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda, dan disuruh memberikannya kepada
baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak Tun Perak. Titah baginda kepada Tun Perak,
tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak “Bahawa Tun Perak tidak patut tinggal di Kelang
diam di negeri.” lagi; tetapi lebih baik Tun Perak tinggal di negeri.”

Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu Kemudian orang Siam pun datang untuk
perang dengan orang Melaka. Ada beberapa berperang dengan orang Melaka. Setelah
lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam beberapa lama berperang, banyak rakyat
yang mati, Melaka tiada alah. Siamyang mati, tetapi Melaka tidak dapat
dikalahkan.
cikgusazali

Anda mungkin juga menyukai