Isi tersirat tidak terdapat dalam petikan. (Pelajar perlu berfikir secara kreatif dan kritis – tafsirkan dan analisis isi tersurat)
1. Pelajar digalakkan membina isi-isi tersirat berdasarkan arahan atau kata kunci kedua dalam soalan.
2. Pelajar perlu mematuhi arahan soalan iaitu isi tersirat merupakan isi yang tidak terdapat di dalam
petikan yang diberi.
3. Sekiranya pelajar menulis isi tersirat berdasarkan petikan, tiada markah untuk isi tersebut.
4. Pelajar boleh mengemukakan dua, tiga atau empat isi tersirat tetapi sekurang-kurangnya tiga isi tersirat.
5. Pelajar digalakkan mengolah ayat dengan menggunakan ayat sendiri dengan syarat ayat tersebut
hendaklah gramatis dan lengkap.
6. Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung atau penanda
wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu dan sebagainya.
7. Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam soalan.
Penutup (Kesimpulan)
1. Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup sebagai kesimpulan dalam rumusan.
2. Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup ini dalam bentuk dua bahagian iaitu:
a) Ayat berbentuk cadangan b) Ayat berbenuk harapan
3. Pelajar dikehendaki menulis ayat berbentuk cadangan dengan menyatakan kesan, akibat, atau implikasi
kepada tema petikan.
4. Seterusnya, pelajar hendaklah menyatakan ayat berbentuk harapan dengan menggunakan kata hubung
supaya atau agar sebagai pelengkap kepada ayat penutup tersebut.
Panduan Mengira Perkataan dalam Rumusan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan seperti berikut :
Tarikh
Gelaran
Nama khas
Perkataan berulang (kata ganda)
Penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’
Angka yang ditulis dalam bentuk nombor atau perkataan