Anda di halaman 1dari 2

RUMUSAN

PANDUAN RUMUSAN BAHASA MELAYU SPM

Proses mencari dan mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan.


Proses mengasingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti.
Panjang rumusan mestilah mematuhi arahan ( tidak melebihi 120pp)
Jumlah isi minimum ( tersurat dan tersirat ialah 8 dan boleh ditulis lebih
asalkan tidak melebihi jumlah patah kata)
Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus.
Rumusan sebaik-baiknya ditulis dalam 4 peranggan iaitu perenggan
pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan.

PENDAHULUAN
Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan bahagian isi tersurat.
a.
Pastikan
kata
kunci
yang
terdapat
dalam
arahan
isi
tersurat.
b. Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti dengannya.
Faktor / sebab / punca/ elemen
Akibat / kesan / impak / implikasi / natijah
Keistimewaan / kelebihan / faedah/manfaat / kebaikan / kepentingan
Kelemahan / keburukan / kekurangan / kekangan / halangan / batasan / masalah
Peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas.

Langkah-langkah
/
cara-cara
/
kaedah
/usaha-usaha
/
tindakantindakan/pendekatan /
strategi/modus operandi
CONTOH SOALAN : Baca petikan dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang faktorfaktor (KATA KUNCI ISI TERSURAT) penderaan pembantu rumah dan kesan (KATA
KUNCI ISI TERSIRAT) penderaan terhadap mereka.
1. Menulis frasa pendahuluan
CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/menyatakan
Sinonim : Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab penderaan pembantu
rumah di negara kita pada masa ini.

ISI TERSURAT
Isi tersurat ialah isi penting yang terdapat dalam petikan/ teks dan dapat dikesan
berdasarkan arahan soalan.
Jika arahan soalan adalah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
Garis dan nomborkan setiap isi tersurat.Setiap petikan biasanya mengandungi lebih
daripada 6 isi tersurat.
Isi tersurat lazimnya terdapat dalam setiap perenggan petikan.
Abaikan setiap contoh, misalan, seperti dll. Berikan perhatian kepada isi utama atau
isi penting sahaja.
Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon
mesti menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat
asal.
Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.
Untuk mengesan isi tersurat, pelajar DAPAT mengenal pasti perkatan-perkataan
yang berikut, jika digunakan dalam petikan: (Rujuk jadual yang berikut)
Perkataan yang sering kali digunakan dalam ayat-ayat isi tersurat

`1. Punca = Disebabkan / kerana / daripada / oleh sebab/ menyumbang /


2. Kesan = Dapat / telah / mampu / berupaya /akan / boleh mendatangkan /
menjadikan / menyebabkan / membolehkan / meninggalkan / mempengaruhi dan
sebagainya.
3. Langkah = Hendaklah / perlu / mesti / harus / wajar / boleh / sepatutnya / wajib
Catatan : Selain mengenal pasti arahan dalam soalan dan kata kunci dalam ayat-ayat
petikan , pelajar boleh juga menentukan isi tersurat berdasarkan ayat-ayat yang
menggunakan Penanda Wacana sebagaimana jadual yang berikut:
Mengenal pasti Penanda Wacana Dalam Petikan
1. Walaupun / Namun begitu. Pertentangan maklumat
2. Selain itu, Lebih daripada itu,Di samping, dan, serta, Kesinambungan maklumat /
idea /tambahan
3. Natijahnya, akibatnya, Kesan
4. Juga, malahan Kesinambungan
5. Hal ini demikian kerana , Oleh sebab itu, Sebab

ISI TERSIRAT
Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas
kedua dalam arahan soalan
Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka
pelajar hendaklah menulis kesan yang munasabah.
Contoh :
Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan.
Jumlah isi tesirat adalah 2 atau 3 isi, tetapi markah maksimum hanya 4 markah.

KESIMPULAN
Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul /
merumus petikan .
Unsur pertama ialah menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan
ditandakan dengan kata... mestilah/ haruslah / hendaklah.
Unsur kedua ialah menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini
ditandakan dengan kata ... agar / supaya
Contoh :
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu
rumah dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi ( kesan merupakan isi
tersirat )

Anda mungkin juga menyukai