Anda di halaman 1dari 3

Rumusan SPM

Cara mudah dan cemerlang menulis rumusan a. b. c. d. Analisis soalan Fahami petikan Tulis rumusan Semak rumusan

4 Faedah-faedah keperluan, , kepentingan, kesan-kesan positif, kebaikan, manfaat, kelebihan, kemaslahatan, afdal 5 Kesan-kesan akibat, keburukan, impak, implikasi, natijah 6 Ciri-ciri sifat-sifat, kriteria, 7 Cadangan Usul, pendapat, pandangan, 8 Peranan fungsi, tanggungjawab, tugas, kewajipan 9 Faedah Contoh pengenalan rumusan

ANALISIS SOALAN
Kenal pasti kehendak soalan. Kenal pasti fokus pertama (isi tersurat)dan fokus kedua (isi tersirat) soalan. Contoh: Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang punca-punca berlakunya keracunan makanan dan cara menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus pertama (isi tersurat) : punca-punca berlakunya keracunan makanan Fokus kedua (isi tersirat) : cara menanganinya 1. Petikan membincangkan langkah-langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. ( 2 markah ) 2. Petikan membincangkan langkah-langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kesan-kesannya. ( 2 markah ) 3. Petikan membincangkan usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan-raya ( 0 markah) Di bawah disenaraikan frasa yang boleh digunakan untuk memulakan pengenalan rumusan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Petikan teks memperkatakan...... Petikan teks menyentuh... Petikan teks berkaitan... Petikan teks membincangkan... Petikan teks mengenai... Petikan teks menerangkan.. Petikan teks menghuraikan.. Petikan teks menjelaskan Petikan teks tentang. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kesan-kesannya.

MENULIS RUMUSAN
Menulis Pendahuluan ( 2 markah)
Untuk mendapatkan markah penuh, pastikan anda menukar kata kunci pertama dengan kata sama maksud untuk mendapat markah penuh bahagian pengenalan. 1 Sebab-sebab punca-punca, faktor-faktor, potensi 2 Langkah-langkah usaha-usaha, cara-cara, tindakan-tindakan, cadangan-cadangan, teknik, modus operandi 3 Masalah kekangan, penghalang, karenah, batasan,

Cuba sendiri: 1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang kebaikan industri pelancongan kepada masyarakat desa dan peranan kerajaan untuk memajukan industri ini. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. 2. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang tanggungjawab rakyat untuk mengisi kemerdekaan dan kesan jika masyarakat tidak menghargai kemerdekaan negara.. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menulis Isi Tersurat (12 markah/6 isi)


1. HANYA isi FOKUS UTAMA dalam arahan soalan dan garisi isiisi tersebut. 2. Senaraikan sekurang-kurangnya empat isi tersurat. 3. Tulis isi tersurat dengan tepat dan padat! 4. Gunakan kata hubung atau penanda wacana yang sesuai untuk menggabungkan isi tersurat dalam satu ayat. 5. Gunakan ayat pancangan atau ayat majmuk campuran untuk menggabungkan beberapa isi tersurat.

Menulis Isi Tersirat (4 markah / 2 isi)


3. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha memperkasakan bidang kokurikulum dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. 4. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang kesan-kesan pemanasan global dan peranan Malaysia untuk mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. 5. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang saranan-saranan untuk memajukan ekopelancongan dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. 6. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan punca PIBG gagal memajukan sekolah . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

1. Isi tersirat diperoleh melalui tafsiran dan analisis dengan berdasarkan ini tersurat dan FOKUS KEDUA soalan. 2. Pastikan isi tersirat tidak ada dalam petikan teks kerana isi
yang tersenarai dalam teks bukan isi tersirat tetapi isi tersurat. 3. Sebarang isi yang tidak ada perkaitan dengan isi tersurat atau tidak mempunyai perkaitan dengan kata kunci sampingan tidak dianggap sebagai isi tersirat.

Menulis Kesimpulan ( 2 markah / 1 isi) 1. Gunakan dua elemen iaitu CADANGAN ( siapa yang terlibat) + HARAPAN dan ( kesan daripada cadangan ) gabungkan menggunakan kata hubung (agar/supaya). 2. Tulis kesimpulan pada perenggan terakhir dalam satu ayat. Contoh kesimpulan: Oleh yang demikian, pengusaha dan pengendali makanan mestilah memastikan makanan yang disediakan tidak tercemar agar kejadian keracunan makanan dapat dielakkan.

Lampiran Penanda wacana


1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping 2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya 3. Penyataan semula: iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan 4. Contoh: contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai 5. Rumusan: rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata 6. Tempat: berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan 7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya 8. Sebab dan kesan: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu 9. Bandingan: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan 10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan 11.Pengesahan: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

Anda mungkin juga menyukai