Anda di halaman 1dari 9

BAHASA MELAYU

(MENULIS RINGKASAN)

2 Gigih
SMK Dato Sulaiman
Apakah itu ringkasan?

Ringkasan bermaksud kita memendekkan petikan. Kita


hanya menulis isi penting berkaitan tajuk sahaja.
5 langkah mudah menulis ringkasan

Garis isi
Baca arahan Baca petikan
penting

Tulis Kira patah


ringkasan perkataan
1. Baca arahan soalan dan fahami kata
kunci soalan
◦ Contoh arahan soalan:

Baca petikan di di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum kepada murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
emngubah maksud asal petikan.

Kata kunci: kebaikan/faedah/manfaat/kelebihan menyertai aktiviti kokurikulum kepada murid


2. Baca petikan dengan teliti
◦ Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali
◦ Baca petikan dan bulatkan ayat yang mengandungi kata kunci

Contoh soalan:

Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat melatih murid menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam
persatuan seperti pengerusi, setiasuaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila murid-murid
memegang sesuatu jawatan, maka mereka akan belajar untuk menjadi ketua dan menguruskan aktiviti
persatuan. Seterusnya, aktivtii kokurikulum dapat membentuk disiplin murid. Misalnya, murid-murid
dilatih untuk berpakaian kemas, menepati masa, dan mematuhi pertauran.
3. Gariskan isi penting dan labelkan
◦ Gariskan 5-7 isi penting
◦ Pilih 5 isi penting yang terbaik
4. Gabungkan isi penting
◦ Tulis isi penting dalam satu perenggan
◦ Gunakan penanda wacana
◦ Contohnya: seterusnya, selain itu, di samping itu, seperkara lagi, kemudian, akhir sekali,
selanjutnya
5. Kira bilangan patah perkataan
◦ Pastikan ringkasan tidak melebihi 100 patah perkataan
◦ Baca semula ringkasan dan semak ejaan
Rangka ringkasan
Antara _________________________(kata kunci soalan)____________ adalah _______________(isi
1) ________. Seterusnya, ________(isi 2) ________________ . Selanjutnya,______________ (isi 3)
_______________. Selain itu, __________________(isi 4) ___________ . Akhir sekali, __________(isi
5) _____________________________ .

Anda mungkin juga menyukai