Anda di halaman 1dari 13

Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal

kepada guru

sewaktu mengajar nanti.

Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda.

Cara Membaca:

Menggaris Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan) Meneliti rajah-rajah Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda. Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll. Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat

memperbaiki kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu.

Ringkasan :

Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda

haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan.


Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya. Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda. Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).

4. RUJUKAN DAN PERLUASAN PEMBACAAN. Faedah-Faedah Rujukan :


Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk. Proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda. Mengetahui topik pelajaran melebihi rakan-rakan. Ada keyakinan diri pada diri pelajar.

Bilakah Masa Yang Sesuai:


Rujukan pada anda bersedia berbuat demikian Jangan tangguh bila ingin membuat rujukan.

Ringkasan:

Merujuk meluaskan dan mendalamkan fahaman anda. Kecerdasan anda akan diasah . Merujuk mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam kelas Janganlah terlalu detail / mendalam dan menjela-jela untuk mengelakkan

kekeliruan dan kebosanan.

5. MEMBACA SEBELUM KE KELAS. Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar akan kepentingannya. Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas:

Berupaya melihat gambaran pelajaran anda dengan lebih jelas. Boleh menentukan perkara-perkara uyang kurang difahami dan bersedia dengan

soalan untuk menyoal guru.


Merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas. Tahu lebih awal topik yang akan dipelajari. Lebih yakin bila menjawab soalan guru. Mudah memetik / membuat nota dari penerangan guru. Menambah daya ingatan anda (proses ulangan) Memudahkan anda memahami sesuatu topik.

Masa dan Cara Membuat Persediaan :

Sebaiknya sehari sebelum guru mengajar. Lihat tajuk besar dahulu dan diikuti dengan tajuk-tajuk kecil agar anda

memahami gambaran keseluruhan isi pelajaran topik berkenaan.


Cuba rujuk rajah, foto, graf dll jika terdapat. Ulangi bacaan anda dan cuba membuat nota sendiri Bandingkan nota anda dengan penerangan guru nanti.

Ringkasan :

Anda mesti membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh guru. Anda mesti membaca kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat

rujukan yang perlu.


Sewaktu membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya. Sediakan soalan-soalan jika perlu. Elakkan anda membaca terlalu jauh dari isi sukatan pelajaran bagi

menghindarkan kekeliruan.

6. MEMBUAT NOTA.

1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan /

kebolehan membuat nota dengan kemas dan padat.


2. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting. 3. Nota yang berjela-jela (panjang), berserabut, tidak teratur akan menyebabkan

anda juga lemah untuk membacanya.

Faedah-Faedah Membuat Nota :


Merupakan ulangkaji dan hafalan. Memaksa anda memetik isi-isi / fakta-fakta penting pelajaran anda.

Nota amat penting dalam proses ulangkaji. Tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan tugas kita

bila membuat ulangkaji nanti.

Nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda

untuk belajar / ulangkaji.

Jenis-Jenis Nota :

Nota yang diberi oleh guru semasa pengajaran. Biasanya sudah cukup dan perlu

dicatat oleh setiap pelajar bila guru mengajar.


Nota-nota umun yang anda buat sendiri dari buku teks atau buku rujukan Nota-nota isi / fakta penting sahaja. Ia berguna untuk rujukan kilat, menghafal,

dan mengulangkaji setiap hari atau 2-3 hari sekali.

Ringkasan :

Membuat Nota adalah penting. Ia membantu fahaman dan meringkaskan jumlah

pelajaran anda kepada isi-isi penting sahaja.


Guna sistem yang mudah, kemas dan pendek tetapi jelas dan menarik. Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota khusus (isi penting sahaja

dari sesuatu pelajaran)

Baca dan ulangkaji nota-nota anda selalu terutama nota khusus.

7. JADUAL WAKTU:

1. Ramai pelajar mempunyai jadual waktu tetapi tidak menepatinya. Seringkali

terabai begitu sahaja.

2. Ada yang mengikutinya tetapi tidak menyeluruh menjadikan jadual waktu tidak

begitu baik / merugikan.

Penyusunan Jadual Waktu Satu Panduan. Jadual waktu yang baik perlulah disusun di antara membaca, membuat nota, membuat kerja rumah, mengulangkaji pelajaran lama dan pelajaran baru, melatih menjawab soalan objektif dan subjektif serta menyediakan pelajaran untuk esoknya. Perkara-perkara utama yang perlu ada (mengikut keutamaan) dalam jadual waktu adalah seperti berikut :

Kerja Rumah- mesti diutamakan dahulu. Membaca dan membuat nota sendiri. Menyediakan pelajaran untuk hari esok. Mengulangkaji pelajaran lepas / baharu. Cuba menjawab soalan objektif Cuba menjawab soalan subjektif / karangan.

Ringkasan :

Sains perlu sebelah malam. Objektif sebelah siang. Bahasa, matematik, soalan objektif sebelah siang . Geografi / P.Moral / PAI sebelah siang termasuk objektif. Kerja rumah sebelah siang. Latihan Objektif memadai 10 minit satu matapelajaran. Pengubahsuaian jadual waktu adalah digalakkan .

8. MENGULANGKAJI. Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaan. Kepentingan Mengulangkaji:

Menguatkan hafalan dan ingatan anda. Menjadikan isi pelajaran lebih jelas. Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami. Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya.

Jenis-Jenis Ulangkaji:

Mengulangkaji pelajaran harian. -Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah. Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih - Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran

terdahulu.

- Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan

secara menyeluh tentang topik tersebut.

- Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting

sahaja

- Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat . - Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu. Mengulangkaji pelajaran sepenggal / setahun. Gunakan nota-nota penting dalam bahagian 2 untuk mengulangkaji beberapa

topik sepanjang penggal atau tahun.

Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang difahami

dan cuba fahami bahagian tersebut.

Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji.


Pelajaran Lemah Sering diabaikan oleh pelajar. Sepatutnya ianya perlu diberi keutamaan semasa membuat ulangkaji kecuali

hampir dengan peperiksaan.


Banyak bertanya untuk memudahkan anda memahaminya. Cuba sedaya upaya untuk memahami dan menguasai pelajaran ini. Mata Pelajaran Yang Memuaskan: Jangan mengambil mudah jika anda memahami sesuatu pelajaran dan mas

yang lebih juga perlu diberi kepada pelajaran ini bagi memastikan keayaan anda.

Sewaktu peperiksaan, lebihkan masa untuk pelajaran seperti ini .

Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya :


Mencoret / mengaris rangkaikata penting dari nota. Mengulangkaji nota dan buku teks. Kerja Rumah/ Latihan. Ulangkaji dengan soalan bentuk objektif Mengulangkaji dengan contoh-contoh jawapan kertas peperiksaan tahun lepas

bersama skima jawapan.


Mengulangkaji melalui ujian-ujian yang diberi oleh guru. Mengulangkaji secara lisan (soal jawab bersama-sama rakan)

Ringkasan:

Mengulangkaji nota-nota anda mesti dilakukan selalu. Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa yang tertentu. Pisahkan antara nota umum dengan nota khusus (terpenting) Nota khusus

perlulah diulangi dalam masa sehari atau dua kerana ianya ringkas dan merupakan kunci kepada topik pelajaran anda.

Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda.

9. MENIMBULKAN MINAT

Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda mempunyai minat terhadapnya. Minat mementukan kejayaan anda. Kepentingan Menimbulkan Minat:

1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran. 2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran. 3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas. 4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat.

Bagaimana Menimbulkan Minat:


Sebab 1 : Banar-benar ingin mengatahuinya contohnya bercinta. Sebab 2 : Anda telah biasa atau mempunyai kaitan dengan benda diajar.

Contoh : membuat umai..

Sebab 3 : Perkara yang diajar itu telah anda ketahui terlabih dahulu.

Contohnya : perusahaan sago.

Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang

hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh guru. Anda perlu membaca mengenai topik tersebut lebih awal.

Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda

lebih faham daripada rakan anda.

Anda mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu tajuk sudah tentu akan

menimbulkan minat dalam diri anda contohnya perusahaan perikanan.

Tajuk yang anda minati perlulah diperdalami tajuk itu dengan segera sementara

minat anda masih ada.

Gunakan kemahiran yang anda perolehi di luar kawasan sekolah, seperti

memasang wayer eletrik.

Menghadapi Tajuk / Pelajaran Yang Tidak Diminati

1. Mata Pelajaran yang tidak kita minati masih boleh diusahakan untuk lulus

dengan cemerlang dengan cara menimbulkan minat semula .

2. Ubah iktikad / azam kita kepada pandangan yang positif contohnya, mengapa

orang lain boleh , aku tak boleh..

3. Hadkan kandungan pelajaran itu kepada isi-isi penting sahaja untuk

menghadapi peperiksaan. Ambil topik-topik yang biasa keluar dalam peperiksaan dan belajar dari sana.

Ringkasan :

Anda perlu menambah minat anda terhadap pelajaran anda. Cara yang paling mudah ialah dengan membiasakan diri dengannya sebelum ia

diajar oleh guru anda.

Membiasakan diri mengenai sesuatu perkara itu boleh dilakukan melalui

membaca ringkas mengenainya, melihat, mendengar dan bertanya mengenainya secara penggunaan hari-hari.

Luaskan bacaan mengenainya selepas menerima ajaran guru.

10. PERBINCANGAN Faedah-Faedah Perbincangan:

1. Perbincangan boleh menyelesaikan atau mengurangkan kekeliruan atau

keraguan anda dalam pelajaran.

2. Perbincangan juga boleh membetulkan kesalahan kita terhadap sesuatu topik

yang kita anggap sudah tepat.

3. Perbincangan juga dapat menghilangkan rasa malu dan memupuk sifat aktif

anda.

4. Perbincangan akan mendorong anda bekerja kuat dan menambah minat

terhadap pelajaran anda. Persediaan awal dan bacaan telah menjadikan satu ulangkaji yang berulang.

11. MEMADATKAN SUKATAN PELAJARAN.


1. Ramai pelajar tidak mengetahui akan sukatan pelajaran. 2. Secara umum sukatan pelajaran ialah isi kandungan yang dipelajari dari awal

tahun hingga akhir tahun.


3. Soalan peperiksaan akan diambil dari sukatan pelajaran ini. 4. Biasanya muka depan buku teks adalah sukatan pelajaran.

Bagaimana Hendak Memadatkan Sukatan Pelajaran ?


Dapatkan sukatan pelajaran bagi peperiksaan ini (T1-3 / T4-5). Dapatkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas (5 tahun atau lebih). Buat analisa daripada soalan yang pernah ditanya keluar. Dari sini kita akan dapat melihat pola soalan. Maksudnya bukan semua perkara

dalam sukatan pelajaran yang banyak itu akan keluar dalam peperiksaan. Hanya sebahagian kecil sahaja.

Kita dapat membuat andaian soalan yang akan keluar semasa pep. Nota-nota yang berkaitan topik yang biasa soalan keluar perlulah kita perincikan

dan fahami betul-betul.


Nota-nota terpenting topik yang jarang keluar, jadikan sebagai simpanan. Dengan itu, tidak semua topik dalam sesuatu mata pelajaran perlu anda kuasai

dengan betul-betul.

Ini bermakna anda telah memadatkan sukatan pelajaran anda. Kita akan merasa

selesa apabila mengatahuinya. Kita hanya akan mengulangkaji topik-topik yang telah dikenalpasti .

Topik-topik simpanan juga perlu diulangkaji tapi jarak masanya adalah

berkainan.

12. MENILAI KEMAJUAN: Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan akan maju mundurnya akdemik kita. Cara Menggunakan Penilaian :

1. Ujian dan Latihan Darjah. a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu

bentuk penilaian terhadap keupayaan kita.

b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap

penguasaan pelajaran / mata pelajaran.

c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga

perlukan penilaian.

d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah

menjadikan keputusan kita merosot.

e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab

soalan) sebelum peperiksaan sebenar tiba.


2. Penilaian Dari Contoh Jawapan. a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas

berpandukan contoh jawapan di dalam buku rujukan.

b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh

jawapan. Dimanakah kelemahan kita.

c) Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa ke semasa

hingga hari peperiksaan.


3. Penilaian Secara Lisan a) Penilaian ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan jarang

diamalkan oleh pelajar.


b) Ia boleh dilakukan di mana sahaja. c) Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau

menghuraikan secara lisan sehingga satu pihak lagi berpuas hati.

Mengatasi Kelemahan.

Setelah anda menilai diri sendir, sudah pasti anda tahu kelemahan dan kekuatan

diri anda dalam pelajaran. Kelemahan anda boleh diatasi dengan cara :

Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam

pelajaran.

Dapatkan jawapan-jawapan / penjelasan yang betul bagi jawapan yang salah. Kerapkali mengulangkaji dan membaca nota-nota anda. Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada contoh

jawapan.

13. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR: Masalah Cara Mengatasi:


Takut & Cemas Ikuti langkah-langkah yang telah diterangi sebelum ini. Terlalu Banyak Kerja1. Memadatkan sukatan pelajaran, buang topik-topik yang

tidak penting dalam sukatan pelajaran.

Hentikan amalan suka menengguh-nangguh atau membuang masa. Guna waktu

dengan baik. Sewaktu anda malas, tidak tenang buatlah soalan objektif dan bila sudah tenang- buatlah aktiviti lain seperti mengulangkaji, membuat nota, latihan karangan dan sebagainya. Tumpuan anda hanya pada pelajaran.

Patuhilah jadual waktu seperti yang telah disarankan dan ubah jadual waktu jika

tidak sesuai.

Guru Tidak MemuaskanTerima sahaja guru sama ada baik atau tidak.Apa yang

penting sekarang anda sendiri mampu untuk bergerak tanpa bantuan cikgu.

Guru hanyalah sebagai tempat rujukan agar anda tidak tersesat. Lain-lain hal

atas usaha pelajar sendiri.

Kegiatan Luas Sekolah Yang Banyak.Pelajaran adalah paling utama . Jangan

biarkan kegiatan luar mengganggu anda. Buang kegiatan luar yang tidak berfaedah.

Tiada RujukanKamus jarang digunakan dalam kehidupan pelajar. Amalkannya

dan selalu merujuk kamus jika tidak faham.


Kerunsingan Ada 2 langkah yang boleh dipraktikan : Bila anda runsing- buat soalan objetkif dan bandingkan denga jawapan

sebenar.

Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci semasa

mengulangkaji / membaca

Membaca sebelum ke kelas. Ini menjadikan anda lebih mahir daripada rakan

kelas anda.

Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan. Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal jawab dengan

mereka.

Mendapat kelulusan peperiksaan yang lebih baik dapat menyakinkan dan

memberanikan diri anda di hadapan rakan anda.

14. MEREHATKAN DIRI Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat :

1) Melihat keindahan alam semula jadi. 2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit) 3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja). 4) Tidur malam (6-8 jam). 5) Aktiviti agama - spt: membaca al-quran, sembahyang dll. 6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari).

Anda mungkin juga menyukai