Anda di halaman 1dari 33

Tip tip Mencapai

Kecemerlangan
Dalam
Pembelajaran dan
Peperiksaan
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Nota nota dalam buku ini amat disyorkan sebagai


bahan bacaan untuk semua pelajar SMK Padang
Temu khususnya pelajar-pelajar PMR dan SPM
oleh Pn. Latifah Bt Harun, Pengetua SMK Padang
Temu.

Adik Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal,


seorang Nelayan. Tapi score 20 A dalam
SPM 2008.

anak

"Boleh dikatakan semua media massa menyiarkan


gambar kediaman Nik Nur Madihah pelajar
cemerlang SPM 2008 di Kampung Parang Puting,
Pengkalan Chepa, Kelantan. Rumah ini disewa
dengan harga RM 90 sebulan oleh bapanya, Nik
Mohd.Kamal untuk mereka sekeluarga berteduh
dari hujan dan panas. Inilah yang termampu dapat
disediakan oleh seorang bapa yang bekerja sebagai
seorang nelayan "

Isi Kandungan

Mengapa Mengantuk Apabila Belajar ?

Mengapa Anda Lupa ?

Petua Memberi Tumpuan

Membaca Secara Berkesan

Mengurus Masa Belajar

Prinsip Memori

Strategi Cemerlang Peperiksaan

Mengapa Mengantuk Apabila Belajar?


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai
10 minit berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini
merugikan diri pelajar itu sendiri. Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor
menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya.
Tidak cukup tidur. Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika
guru mengajar disekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga
pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada
yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana
membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan
ber-IRC (chit chat) di internet sehingga pagi.
Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat
dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang
sia-sia. Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu
ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang 'study smart'
bukan semata-mata 'study hard'.
Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan
anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari. Pastikan anda
tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.
Makan terlalu banyak. Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat
makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses
ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda
akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.
Badan terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu
letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba
senaraikan semua aktiviti luar anda. Ada ketikanya andabersukan atau beriadah secara
keterlaluan. Bermain bola diwaktu petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling
kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda
keletihan.
Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena
betul. Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda
segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah
mencukupi.
Ada pula sesetengak pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebihlebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada
masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala
kadar. Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum
anda cemerlang sedangkan SPM anda kecundang. Tidak ada gunanya menjadi
olahragawan/olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang.
Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan
penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap
segar dan tidak mengantuk dimalamnya.
4

Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar. Sebelum
saya pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah
yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda.
Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik,
penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.
Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata
yang dia tak minat sejarah? Tidakkk! Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat
dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda
dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.
Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri.
Anda pelu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap
perkara baru yang dipelajari.
Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:

Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca. Dapatkan rangka
kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran yang
menyeluruh terlebih dahulu.
Perhatikan perkara-perkara yang berikut:
o
o
o
o
o

Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang
lain.
Rajah-rajah.
Jadual.
Carta.
Peta.

Baca perenggan bahagian pendahuluannya.

Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya.

Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara
terperinci.

Membaca hanya satu hala. Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan 'input'
semata-mata. Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari
buku ke dalam minda. Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup
menjemu dan membosankan. Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan
buku yang dibaca. Untuk menjadikan proses membaca lebih bersifat dua hala anda
perlu lakukan perkara yang berikut:

Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda
membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda membaca kelak
anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan
dan minat anda.

Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila?
Dimana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa
mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk
anda.
5

Selepas satu perenggan atau satu muka surat....... berhenti sejenak. Tanyakan
diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi.Cuba
lakar-lakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda
ketahui. Cuba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca.
Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri. Dengan cara
ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.

Buat nota ringkas. Jangan sekadar membaca sahaja. Cuba kenal pasti
kata kunci (lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke
dalam bentuk nota ringkas. Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam
satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa seronok. Dengan
membuat nota ringkas anda sebenarnya menggunakan bahagian
kinestatik diri anda. Kalau sekadar membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota
anda cuma gunakan bahagian visual dan auditori semata-mata. Penglibatan bahagian
kinestatik penting kerana ia mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda
pelajari.
Cadangan Soalan
1. Senaraikan 6 faktor yang merupakan punca pelajar berasa mengantuk waktu belajar.
Bagi setiap faktor yang anda nyatakan berikan cara-cara yang sesuai untuk
mengatasi masalah mengantuk apabila belajar.
Jawapan:
Faktor yang menyebabkan
mengantuk waktu belajar
1.

Cara-cara untuk mengatasi

2.

3.

4.

5.

6.

Mengapa Anda Lupa?


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan? Sekiranya anda
dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda
manusia normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini
akan lupa hanya dalam masa 24 jam.
Jangan cari alasan. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar
atau membuat ulangkaji terlalu awal. "Buat apa baca sekarang esok lupa juga". Inilah
kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma
anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan??
Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim
peperiksaan. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk
memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya. Jangan risau kalau masih
banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah
faham.
Fahami apa yang dibaca. Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum
anda melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami
adalah perbuatan yang sia-sia. Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak
masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap
kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat..
Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda
gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan. Sediakan juga nota-nota poket dan
peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari
tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.
Hafal kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka
cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.
Contoh fakta:
Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.
Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda
dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal
keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan kata kunci
kepada fakta. Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu
menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya. Sebab itulah anda perlu
faham sebelum anda hafal!!
Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya anda terpaksa
menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya
serentak. Tidak perlu terburu-buru. Pecah-pecahkan fakta-fakta
tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam
kumpulan ini.
Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan faktafakta ini kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta. Baik,
sekarang mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang
mengandungi 5 fakta? Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda. Sekali lagi jangan
7

terburu-buru. Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan


ketekunan yang tinggi.
Sering membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda
telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal
lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam
masa 24 jam. Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang
terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk
sekali lagi dimusim peperiksaan. Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda
perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara
sistematik. Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:

Imbas
Imbas
Imbas
Imbas

5
5
5
5

minit apa yang dibaca selepas 24 jam.


minit lagi selepas 1 minggu.
minit setiap 2 minggu.
- 10 minit dimusim peperiksaan.
Gunakan teknik-teknik ingatan. Untuk memudahkan lagi proses
mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti
teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan
pelbagai lagi. Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab
pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari
semasa ke semasa.

Elakkan dari tidur petang. Ini lagi satu penyakit. Tidur selepas
waktu Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam amalan tidur petang sebegini
sangat tidak digalakkan. Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini. Kalau anda letih, tidur
sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w. Badan akan terasa
lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.
Ajarkannya kepada orang lain. Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda
ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan.
Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap
satu-satu tajuk. Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan. Galakkan mereka
bertanya kepada anda. Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras
untuk mencari jawapan.
Cadangan Soalan
1. Berikan 7 cara yang disarankan untuk memperkukuhkan ingatan fakta-fakta dalam pembelajaran
anda. Beri ulasan ringkas bagi setiap cara yang anda berikan.
Jawapan :
Faktor yang menyebabkan
Contoh -contoh
mengantuk waktu belajar
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Petua Memberi Tumpuan


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih
keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan
untuk meningkatkan tumpuan anda:

Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum
memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru
maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. Jangan biarkan
ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan
mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan
itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.

Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti. Walau pun anda tidak
memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang
akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda
meningkat.
Cuba duduk di barisan depan dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap,
tutup tingkap ketika guru mengajar.
Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan
hitam/putih.
Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan
wajah anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang
mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas. Ingat!! Ia
menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.
Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan.
Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.
Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada faktafakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.
Catat setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang
terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina
soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?
Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil
nota berkesan. Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru.
Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda
betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik. Antara tandatanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda
TIDAK TAHU.
Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas
terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.
Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam
masa 24 jam. Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta
apabila guru keluar dari kelas

Cadangan soalan
1. Baca nota di atas dan nyatakan 10 cara untuk membantu kita menumpukan
perhatian sepenuhnya waktu membuat ulangkaji. Bagi setiap cara yang dinyatakan,
berikan satu contoh yang anda dapat praktikkan.
Jawapan :
Bil

Cara-cara untuk membantu kita


menumpukan perhatian sepenuhnya
waktu membuat ulangkaji

Contoh yang dapat anda praktikkan


dalam kelas
9

10

Membaca Secara Berkesan


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat.
Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk. Akibatnya mereka
menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan
sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa
malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan
perlu ditanam dalam diri pelajar. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan
dihormati. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.
10

Persediaan Sebelum Membaca.


Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan pelajar mampu
membaca secara berkesan.
1. Pilih masa belajar yang sesuai. Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika
kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih dan perut tidak terlalu
kenyang. Wastu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.
2. Pilih suasana yang sesuai. Iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman,
tenang dan tersusun.
3. Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu
kaki dari mata.
4. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.
Pelbagai Cara Membaca.
Terdapat tiga cara membaca bergantung kepada tujuan satu-satu sessi pembacaan itu
dilakukan.
1. Membaca untuk hiburan. Membaca untuk tujuan berhibur tidak memerlukan daya
tumpuan yang tinggi. Bahan-bahan yang biasa dibaca ialah majalah, komik, novel,
cerpen, akhbar dan sebagainya.
2. Membaca untuk mencari maklumat tertentu. Ada ketikanya anda membaca
semata-mata untuk mencari maklumat yang tertentu sahaja. Anda boleh
membaca seimbas dan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang dicari. Anda
perlu merujuk kepada isi kandungan dan indeks bagi mendapatkan maklumat
dengan lebih cepat. Anda boleh terus membelek muka surat yang berkaitan dan
memlambatkan bacaan anda bagi menyaring maklumat yang ada.
3. Membaca secara kritikal. Membaca cara ini perlu apabila anda membaca untuk
memahami konsep, istilah, logik dan sebagainya. Membaca secara kritikal adalah
kaedah yang betul ketika menelaah mata pelajaran anda. Dengan menggunakan
pendekatan ini, belajar nyata lebih seronok dan tidak membosankan. Minat juga
mula terbit apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca.

Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal.

Melihat seimbas. Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut.


- Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) diantara tajuk-tajuk
tersebut.
- Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas,gambar dan sebagainya.
- Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan dibahagian belakang
sesuatu bab / tajuk utama.
- Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai
kertas.

Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup.


11

Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan. Terjemahkan
setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda.

Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang sedang dibaca.
Perlahankan rentak bacaan anda apabila tiba dibahagian yang sukar. Ulang baca
beberapa kali sekiranya perlu.

Gariskan fakta-fakta penting. Buatkan ringkasan kedalam nota peperiksaan anda.

'Highlight' setiap kata kunci.

Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk
tarikh dan sebagainya.

Yakinkan diri anda yang anda mampu menguasai bahan yang dibaca.

Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota anda. Fikirkan atau
gambarkan semula apa yang telah anda baca. Setelah habis satu tajuk kecil,
ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah anda baca dalam
bentuk peta minda atau peta konsep.

___________________________________________________________________
Cadangan soalan
Aktiviti Kumpulan : Bincang dan bentangkan hasil perbicangan kumpulan
Soalan perbincangan
1. Nyatakan masalah -masalah yang akan dihadapi jika pelajar mempunyai tabiat
belajar yang buruk.
2. Berikan 4 situasi yang perlu ada sebelum kita mula membaca untuk memastikan
usaha membaca kita mendatangkan hasil.
3. Berikan 3 tujuan kita membaca. Bincangkan perbezaan antara ketiga-tiga cara
membaca itu.
4. Berikan 5 langkah untuk memastikan pembacaan kita adalah berkesan.

Mengurus Masa Belajar


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara
aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur
masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran. Sebagai pelajar anda
mestilah:
1. Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari. Malah semakin
hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 - 7 jam sehari. Jangan
pula salah faham, maksud 5 - 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan. Anda
12

mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu
malam. Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.
2. Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh
tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit. Jangan
paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah
rehat seketika. Iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar.
Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui
sebelumnya.
3. Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu.
Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa
yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalansoalan, melakar rajah dan sebagainya.
4. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang
mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam
masa belajar yang telah ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk
membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya,
matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah
dan boleh dicapai.
5. Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tetang bahan-bahan yang
mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa
banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda
bersedia sebelum peperiksaan.
6. Sediakan senarai tugas harian ("TO DO" lists) pada malam sebelumnya.
Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap
keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Seperti
yang dikatakan oleh Stephen Covey "Put first things first".
7. Rekodkan progress anda pada sehelai kertas. Setakat mana telah anda jayakan
perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya
dalam senarai to do anda.
8. Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah
anda senaraikan.
9. Gunakan teknik membaca yang berkesan. Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih
baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.
10.
Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap
proses RECALL. Iaitu proses memanggil semula maklumat.
11.
Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara
kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain.
Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati
jumlahnya 1 - 2 jam dalam sehari. Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan
mengimbas Kad Kecil.

13

12.
Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna
anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun? Kemana perginya lagi
350 hari masa anda?
TAHUKAH ANDA?
Kalau anda ditakdirkan hidup selama 90 tahun,
anda menghabiskan 30 tahun dari usia anda hanya untuk

___________________________________________________________
Cadangan Aktiviti
Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak
ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran
yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya:
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali
merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan
kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"
Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:
1. Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.
2. Susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
3. Elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
4. Agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
5. Buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
6. Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
7. Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.

Aktiviti kumpulan
Bincang dalam kumpulan dan sediakan satu Jadual aktiviti Harian.
14

Contoh Jadual aktiviti

Masa

Senarai Aktiviti

0500-0530 pagi
0530-0630 pagi
0630-12.30 t/hari
12.30-0100 petang
0100-0400 petang
0400-0530 petang
0530-0630 petang
0700-800 malam

sembahyang subuh
bersedia untuk ke sekolah
belajar di sekolah
sembahyang,makan,rehat
menyelesaikan kerja rumah
riadah ringan
mandi,sembahyang, makan
ulangkaji pelajaran yang baru dipelajari

0800-0830 malam

melihat berita tv

0830-1000 malam

ulang kaji

1000-1100 malam

persediaan pelajaran esok

1100-0500 pagi

tidur

15

Prinsip Memori
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Minat. Untuk mengingati sesuatu fakta anda mestilah mempunyai minat untuk
mengetahui tentangnya. Anda mesti mempunyai sebab kenapa mahu mengingatinya.
Fikirkan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan minat anda ketika
belajar atau ketika berada dalam kelas. Sekiranya anda sedar yang anda tidak
berminat pada satu-satu mata pelajaran atau pada seorang guru, lakukanlah usaha
untuk memperbaiki diri anda demi masa depan anda. Langkah-langkah seperti berikut
boleh membantu:

Dapatkan rakan yang hebat dalam pelajaran tersebut.


Kenali guru anda dan cuba fikirkan kebaikan-kebaikannya daripada memikirkan
keburukan-keburukannya

Lakukan lebih banyak latihan untuk menguasai mata pelajaran tersebut. Mulakan
sedikit dahulu, apabila anda menguasai, walaupun sedikit, anda akan mula lihat
bahawa anda punya potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula berputik

Cari jalan untuk mempraktikkan apa yang anda pelajari. Pelajaran bahasa
memerlukan anda sentiasa bercakap menggunakan bahasa tersebut

Berhasrat Untuk Mengingatinya. Hasrat yang sungguh-sungguh untuk mengingati


sesuatu fakta. Berfikir secara positif dan katakan pada diri yang anda pasti boleh
mengingatinya. Amalkan sikap yang anda pasti mempelajari dan menguasainya
sekarang, bukan esok bukan akan datang. Langkah-langkah berikut turut membantu:

Anggapkan bahawa guru akan memberikan kuiz dipenghujung sessi, ganjarannya


ialah RM10 untuk setiap soalan yang dijawab dengan betul.
Rekodkan pada sehelai kertas setiap kali anda meyedari yang fikiran anda
melayang. Serta merta kembali berikan tumpuan. Dengan cara ini anda
melazimkan minda anda untuk berusaha memberikan tumpuan.

Apabila membaca cuba berkata-kata kembali dengan penulisnya (walaupun


penulis sebenarnya tidak ada dihadapan anda).

Ketika guru mengajar bentuk soalan sebanyak mungkin dan soal ketika
berpeluang.

Pengetahuan Asas. Pemahaman anda tentang sesuatu subjek baru bergantung


kepada sejauh mana pengetahuan anda tentang subjek tersebut sebelumnya, dan juga
subjek-subjek yang berkaitan dengannya. Lagi mantap pengetahuan asas anda, lagi
mudah anda menguasai subjek yang baru dipelajari.
Tip: Lagi banyak pengetahuan asas anda tentang sesuatu pelajaran lagi mudah untuk
anda lebih mengetahui tentangnya.
Langkah-langkah yang boleh diambil:

Buat imbasan sebelum mempelajari pelajaran / tajuk baru (Lihat bahagian


membaca kritikal).
16

Baca bahan sebelum bermulanya kelas. Baca walaupun anda tidak begitu
memahaminya. Ini akan menjadi pengetahuan asas untuk anda.

Mulakan dari yang mudah kepada yang susah.


walaupun nampak mudah.

Lakukan usaha pengayaan bahan, baca buku-buku tambahan, cari bahan dalam
internet dan sebagainya.

Jangan abaikan perkara asas

Pemilihan. Anda mesti mampu menilai bahagian mana yang lebih penting dan pilih
bahagian tersebut untuk didalami. Minda tidak mampu untuk menguasai sepenuhnya
subjek baru dalam sesuatu masa. Minda juga mempunyai had untuk mencerap perkara
baru. Oleh itu pilihlah perkara yang paling penting dulu untuk dipelajari, bermula dari
sini anda boleh mengembangkan pengetahuan anda dengan menjadikan perkara yang
telah dipelajari ini sebagai pengetahuan asas anda.
Pengecilan Saiz Maklumat. Anda boleh belajar dan mengingati fakta dengan lebih
baik sekiranya anda mampu mengagihkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa
kumpulan tertentu yang lebih kecil. (Lihat bahagian Teknik Ceraian).
Recitation. Menyebut fakta atau ide dengan suara yang boleh didengari oleh telinga
anda mempercepatkan maklumat dipindah dari memori jangka pendek ke memori
jangka panjang. Penyebutan berhasil kerana beberapa sebab:
Anda tahu anda perlu menyebutnya dengan menggunakan ayat sendiri, maka anda
akan berikan lebih tumpuan. Anda juga meningkatkan hasrat untuk mengingatinya.
Anda mendapat maklumbalas segera sama ada anda mampu mengeluarkan semula
maklumat tersebut. Sekiranya anda telah menguasai sesuatu subjek maka anda juga
pasti boleh menerang dan mengajarkannya semula.
Apabila anda mendengar setiap patah perkataan, anda menggunakan bahagian otak
yang lain untuk memproses maklumat.
Tip :

Gunakan kad kecil.


Setiap kali habis baca satu perenggan, berhenti sejenak, jelaskan semula kepada
diri anda apa yang telah anda pelajari dengan menyebutnya dalam perkataan
anda sendiri.

Dapatkan rakan yang boleh sama-sama menyoal dan menjawab.

Leceh? Memang melecehkan tetapi jauh lebih baik daripada anda membaca tetapi tidak
faham dan tidak ingat.
Gambaran Minda. Ini adalah prinsip memori yang sangat penting. Kaedah ini
memerlukan anda menggambarkan setiap fakta yang anda mahu ingat. Dengan
menggambarcara anda menggunakan otak kanan anda seiring dengan membaca yang
menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar, tukarkan setiap
penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda. Sebenarnya minda anda
telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk meningkatkan ingata
anda perlu melakukan usaha sendiri untuk menggambarkannya. Kita akan mempelajari
17

80% dari apa yang kita lihat daripada apa yang kita dengar. Walau bagaimana rumit
sekali pun cuba dapatkan ide untuk menggambarkan setiap apa yang dipelajari. Tanya
diri anda soalan berikut:

Bolehkah fakta ditukarkan kepada carta atau graf?


Bolehkan anda melakar atau melukis?

Bolehkan anda buatkan cerita dalam minda?

Bolehkan dihasilkan peta minda?

Association. Ingatan akan lebih kuat dan lebih lama sekiranya sesuatu yang mahu
diingati itu unik, ganjil, atau boleh dikaitkan dengan sesuatu yang anda ketahui sebelum
ini.
Consolidation. Minda
anda
memerlukan
masa
untuk
maklumat
baru
tersimpan. Apabila anda membuat nota dan mengimbas semula serta merta setelah
tamatnya kelas bermakna anda telah membolehkan maklumat tersimpan lebih lama.
Memori jangka pendek hanya mampu menyimpan 5 hingga 7 maklumat sahaja dalam
sesuatu masa. Sekiranya maklumat ini tidak dipindahkan ke memori jangka panjang
maka potensi untuk anda lupa adalah tinggi. Anda biasanya didatangkan dengan begitu
banyak maklumat ketika belajar. Oleh itu anda perlu menggunakan kaedah dibawah
bagi mengekalkan maklumat-maklumat tersebut.

Membuat nota.
Bertanya soalan dalam kelas.

Mengimbas semula nota.

Berhenti disetiap perenggan dan tuliskan soalan atau soal diri anda apa yang telah
anda pelajari.

Membuat gambaran minda.

Menyebut kembali apa yang dibaca dalam ayat sendiri.

Membuat kad kecil.

Menguji diri dengan kuiz atau soalan.

Mengagih Latihan. Beberapa siri sessi belajar yang pendek adalah lebih baik dari satu
sessi belajar yang panjang. Pendekatan ini perlu digunakan untuk mata pelajaran yang
anda sukar fahami atau sukar dikuasai. Sebab minat anda tentang mata pelajaran ini
kurang atau tiada langsung sedangkan mata pelajaran tersebut penting.
Mengagih masa latihan memberikan masa untuk maklumat dicerap dan disimpan. Ia
juga membolehkan anda membina pengetahuan asas tentang pelajaran tersebut.
_____________________________________________________________________
Cadangan aktiviti

18

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi
pelupa dengan mengamalkan teknik-teknik ingatan yang tepat. Lebih baik jika kita
mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi
terlalu pelupa.
Aktiviti kumpulan
Bincangkan cara-cara yang dapat mempertingkatkan daya ingatan kita.
Pelajar diberi 15 minit untuk menyiapkan hasil perbincangan kemudian diberi masa 5
minit setiap kumpulan untuk membentangkan di depan kelas

Strategi Cemerlang Peperiksaan


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

PENDAHULUAN
Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan persedian lebih
daripada sekadar membaca semata-mata. Tanpa persediaan yang rapi maka ramai
pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak
perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa
untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan
kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar
perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji sematamata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi
peperiksaan mereka.
Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu.Pelajar perlu merujuk
kepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap soalan.
Artikel di Laman-MAP ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang
persediaan-persedian seperti fizikal, mental, emosi dan ruhani.Harapan saya,ia akan
membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan .......
"AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.
Kepada Anak Didik MAP, iaitu mereka yang pernah bersama saya dalam kursus Motivasi
Alihan Pelajar selama dua hari, saya ucapkan... "Selamat Berjaya dan Buktikan
Sememangnya Anda HEBAT".
PERSEDIAAN FIZIKAL
KESIHATAN
Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari
ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan
19

peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk
peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda
rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini
akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

Tidur yang cukup. Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur
menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang
berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda
dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

Jaga pemakanan. Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari
makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang
dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal),
kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit
dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan
makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan
menggelapkan hati mereka.

Riadah. Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang


bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk
mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan
sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan
sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw,
badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yang anda
minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.

KESELAMATAN
Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti
lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang
kecederaan. Anda pasti tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berada dalam wad
di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak
berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam
musim menjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.
PERSEDIAAN MENTAL
Pelbagai Gambaran Negatif.
Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah
takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun
perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang
menekan diri pelajar ialah:

Menyerah kalah sebelum berjuang. Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang
mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah
tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal
dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian
sebelum ini. Mereka cuba membaca tetapi dengan keyakinan bahawa tidak
mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.

Merasa belum bersedia. Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang
sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka
sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan
20

terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawankawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua
ini bermain difikiran.

Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi. Tidak ada ibu bapa yang tidak
mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali
menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan
sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban
kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya
sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik
mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang
anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh.
Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan
tekanan atas diri anak-anak.

Berfikiran Positif
Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif.
Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang
anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi
anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih
ada untuk berusaha sepenuhnya.
Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan
dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda
meragui kebolehan diri anda.
Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:
"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada
pencapaian langsung".
"Something is better than nothing"
Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.
"If you can't see it, you can't have it".
Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka
gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda
mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam
pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu
yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak
dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan
menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan
dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin
jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya.
Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda
seperti dibawah.

21

1. Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan di atas peha. Badan tidak
bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan
pejamkan mata anda.
2. Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan
melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan
diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan
dan kebimbangan.
3. Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar.
Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin
berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling
bermakna kepada anda. Dimana ia berlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda
dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan
gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji
itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang
ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan
anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika
itu. Hadirkan perasaan itu kembali.
4. Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua
peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam
kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.
5. Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan.
Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan
ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan
dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu.
Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh
keyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk
SPM). Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda
lakukan dalam langkah 4 tadi.
6. Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.
7. Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan
latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut
anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit
kedua-dua peha.
Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih
diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.
PERSEDIAAN EMOSI
Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang
bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

Pertengkaran dengan rakan-rakan;


Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan;
Bersikap terlalu yakin - "overconfident";
Berprasangka buruk terhadap orang lain;
22

Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap
mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan
anda kalau rakan membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa
berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung
dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan
persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk
mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.
Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda.
Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka
ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap
sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila
anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.
Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma
andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku
terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah
dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada
hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi
anda.
PERSEDIAAN ROHANI
Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda
perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik
mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan
fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu
untuk meraih ketenangan ini.
Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:
1. Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah
campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan.
Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.
2. Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul. Jadi
mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.
3. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan
memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca
al-quran. Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 28, yang mafhumnya
"Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".
4. Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka
yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak
diberkati Allah.
5. Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.
___________________________________________________________________
Cadangan aktiviti kumpulan.
Berusahalah sementara ada kesempatan jangan menunggu hingga
kesempitan. Masa berlalu dengan pantas sekali. Tanpa disedari sudah
penghujung tahun dan sudah hampir dengan peperiksaan serta kesuntukan
23

masa untuk membuat persiapanj peperiksaan yang rapi. Oleh itu


bersedialah dari awal-awal lagi.
Bincangan tentang persediaan-persedian awal untuk menghadapi seperti fizikal,
mental, emosi dan ruhani.
Setiap kumpulan kemudian diberi 5 minit untuk perbentangan hasil perbincangan
[ Cikgu boleh tetapkan setiap kumpulan hanya membentangkan satu aspek sahaja
kerana kesuntuhan masa]

MENGATASI PELBAGAI SOALAN DAN KEBIMBANGAN.


Saya tidak tahu dimana patut bermula.
Jangan panik. Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan. Agih-agihkan
tugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah dilaksanakan. Tentukan
keutamaan tugasan, yang utama didahulukan. Rancang masa untuk menyelesaikan
setiap tugasan ini sebaik-baiknya. Jangan sesekali ponteng kelas ketika hampir dengan
peperiksaan. Anda mungkin tertinggal ulangkaji dan tip-tip penting yang dibincangkan
oleh guru atau pensyarah. Gunakan masa-masa rehat yang ada untuk mengimbas
kembali apa yang telah dipelajari. Berikan masa bukan sahaja untuk belajar tetapi juga
untuk merancang strategi pembelajaran anda. Jangan terburu-buru, mulakan belajar
anda dengan topik yang senang dahulu. Mulakan 30 minit 1 jam dahulu. Semakin
lama, terutamanya apabila semakin hampir dengan peperiksaan, tingkatkan waktu
belajar anda.
Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir.
Buat tinjauan. Berikan masa untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik.
Kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep-konsep penting. Pastikan topik yang
anda maih belum faham. Mulakan belajar topik yang penting-penting dahulu. Manamana topik yang kurang penting, dan tidak sempat diulangkaji sepenuhnya, fokus
hanya kepada fakta-fakta utama. Tetapi ingat, tinjauan hanya boleh membantu
sekiranya anda benar-benar sudah tidak punya masa. Kalau anda masih sempat
membacanya, maka bacalah dengan terperinci.
Subjek ini cukup membosankan. Anda rasa jemu dan mengantuk apabila membacanya.
Belajar secara aktif bukannya pasif. Gunakan kaedah membaca yang berkesan.
Dapatkan soalan-soalan berkaitan dengan topik yang dipelajari sebelum memulakan
ulangkaji. Pelbagaikan aktiviti ketika belajar. Selang-selikan diantara aktiviti membaca
dengan menulis nota, melakar peta minda (atau peta konsep), menghafal, menggaris
kata kunci dan menjawab soalan-soalan. Libatkan diri anda sebanyak mungkin dengan
apa yang sedang dibaca. Tukarkan apa yang dibaca kepada gambaran minda. Belajar
bersama rakan yang lebih arif tentang subjek tersebut dan bincangkan.
24

Anda baca dan anda faham, tetapi anda tidak mampu mengingatinya.
Cuba kaitkan apa yang sedang anda pelajari dengan apa yang telah aanda ketahui.
Gunakan beberapa pendekatan untuk mengingat seperti:

Hafal kata kunci, bukannya hafal ayat.

Gunakan Teknik Ceraian.

Gunakan Teknik Mnemonik.

Tuliskan fakta-fakta penting pada kad dan bawanya bersama anda kemana
sahaja. Kerapkan buat imbasan terhadap kad-kad ini.

Anda rasa anda faham apa yang dibaca. Anda rasa anda telah mengingatinya.
Jangan cepat merasa puas hati dengan apa yang anda usahakan. Uji ingatan dan
pengetahuan anda. Jawab soalan-soalan dari buku atau dari peperiksaan tahun-tahun
sebelumnya. Bina soalan-soalan berdasarkan tujuh soalan asas iaitu Apa? Siapa? Bila?
Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana? Misalnya, kalau anda sedang membaca sejarah
Melaka diserang Portugis, tanaya kan soalan-soalan seperti:
Bila Melaka diserang?
Kenapa Melaka diserang?
Siapa yang menyerang?
Bagaimana Melaka diserang?
Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat.
Penyusunan maklumat. Maklumat dan fakta-fakta dapat dikeluarkan dengan lebih baik
sekiranya ia dibaca, dihafal dan disimpan dalam bentuk yang sistematik. Terdapat
pelbagai pendekatan yang boleh anda guna untuk menyusun maklumat atau fakta ini,
antaranya ialah:

Tuliskan rangka setiap bab yang dibaca atau ringkasan tentangnya. Perhatikan
perkaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam tajuk tersebut.
Cuba kumpulkan maklumat kepada beberapa kategori berdasarkan persamaan
yang ada. Cuba bahagikan kepada hieraki (sekiranya ini boleh dilakukan).
Pemetaan maklumat. Cuba lakarkan peta konsep bagi menyusun bahan-bahan
yang ada perkaitan. Misalnya, kalau anda sedang membaca sejarah tentang
perang dunia kedua, anda mungkin boleh buatkan satu carta tentang semua
negara yang terlibat. Kemudian senarai isu penting atau peristiwa penting
disebelah carta tersebut. Anda mungkin kaitkan kembali isu/perkara penting ini
dengan negara-negara tersebut berdasarkan kepentingan dan kesan ke atas
mereka.

Tadi anda masih ingat tetapi kenapa kini anda lupa?


Sering buat imbasan. Kajian menunjukkan bahawa sebagai manusia normal anda akan
lupa 80% apa yang telah dibaca hanya dalam masa 24 jam. Oleh itu anda perlu
merancang satu strategi agar anda mampu mengatasi kelemahan ini.
Pastikan setiap apa yang anda baca telah diringkaskan. Jadikan fakta seringkas
mungkin dengan syarat apabila anda melihat fakta tersebut anda mampu menceritakan
semula apa yang mahu disampaikan olehnya. Ada ketikanya fakta yang panjang
25

sekalipun mampu anda ringkaskan menjadi dua atau tiga patah perkataan. Selepas 24
jam, cuba lihat nota ringkas anda ini. Cuba ceritakan semula apa yang anda fahami.
Sekiranya anda mampu menceritakannya, bermakna anda sudah mampu memanggil
semula maklumat tersebut. Sekiranya tidak, semak semula sekali imbas teks asal.
Berikan masa menjawab soalan-soalan berkaitan dengannya bagi mengukuhkan lagi
ingatan anda. Semak semula apa yang dibaca dari semasa ke semasa. Dengan cara ini
anda tidak perlu bersusah payah membaca teks asal kembali sewaktu hampir dengan
peperiksaan.
Anda suka belajar disaat-saat akhir.
Ramai pelajar yang berpendapat lebih baik belajar disaat-saat akhir, sebab kalau
belajar awal pun nanti lupa juga. Pendapat di atas adalah tidak benar. Anda perlu
belajar seawal mungkin bagi mengenal pasti kelemahan dalam sesuatu bab. Dengan
belajar awal juga anda punya banyak masa untuk bertanya pada guru dan rakanrakan. Salah satu rahsia belajar ialah kekerapan. Lagi kerap sesuatu bahan itu
diulangbaca maka lagi besar potensi untuk anda memahami dan mengingatinya. Oleh
itu, mulakan langkah anda sekarang. Mulakan sedikit dahulu. Mulakan dengan yang
mudah-mudah dahulu dan apabila minat dan semangat mula berputik, barulah lakukan
dengan lebih bersungguh-sungguh.
BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
Ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperolehi keputusan yang setimpal
dengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak belajar dengan
pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan. Mereka tidak merancang jadual
belajar dan masa mereka dengan betul. Artikel ini akan membincangkan apa yang
perlu anda lakukan mulai sekarang hinggalah ke dewan peperiksaan bagi memastikan
anda lakukan yang terbaik.
Bersedia untuk belajar
Peperiksaan semakin hampir. Anda perlu melakukan persediaan bagi memastikan anda
mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lenih tinggi sama ada di kolej ataupun
universiti.
Sekiranya anda memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu
dirisaukan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda baru mahu bersungguh-sungguh
mengulangkaji. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal menduduki SPM. Kepada pelajar
SPM saya nasihatkan agar memberikan tumpuan kepada matapelajaran penting. Iaitu
matapelajaran yang membawa anda ke menara gading. Matapelajaran ini ialah Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan dua matapelajaran elektif (Fizik, Kimia, Biologi,
Prinsip Akaun, Ekonomi, Sains Tambahan, Matematik Tambahan, Kejuruteraan).
Sekiranya anda mendapat markah yang baik dalam kelompok mata pelajaran ini maka
peluang anda untuk ke universiti adalah cerah.
Namun begitu, sekiranya anda mampu, hendaklah anda dapatkan markah yang terbaik
bagi semua mata pelajaran. Sebab persaingan ke universiti kini semakin sengit.
Mereka yang berjaya biasanya memiliki pencapaian yang baik dalam semua mata
pelajaran.
Buatkan jadual belajar untuk peperiksaan
Jangan panik. Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun anda rasakan
banyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda panik. Sekiranya anda
26

panik, anda akan mengundang lebih banyak masalah berbanding penyelesaian. Tidak
ada masalah tanya penyelesaian.
Mula menyemak semua buku-buku yang ada termasuk nota sekolah, buku teks, buku
rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas. Pastikan semuanya
lengkap dan dalam keadaan baik.
Langkah pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai untuk semua
mata pelajaran. Senaraikan bab-bab ini. Senaraikan juga bab-bab yang telah anda
kuasai dengan baik.
Langkah kedua buatkan analisa soalan-soalan sejak 5 tahun yang lepas. Lihat bab-bab
yang sering keluar soalan darinya. Bab-bab ini merupakan bab-bab penting yang tidak
boleh tidak mesti anda kuasai dengan baik.
Buatkan jadual perancangan belajar anda. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang hinggalah
seminggu sebelum peperiksaan. Jangan diganggu minggu terakhir sebelum
peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk anda lakukan semakan terakhir
nanti. Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya dahulu. Lagi awal anda
mengulangkaji bab-bab ini lagi cepat anda mengenalpasti dan seterusnya mengatasi
setiap masalah. Sekiranya anda terpaksa menghabiskan 4 bab seminggu maka
habiskanlah. Anda mungkin terpaksa belajar 5 - 8 jam sehari untuk mengulangkaji
semua matapelajaran. Oleh itu anda perlu berkorban demi masa depan. Anda mungki
belajar 1 jam diwaktu pagi, 2 jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jam
diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 7 jam sehari.
Mengingati Tajuk
Ramai pelajar tidak menyedari hakikat penting ini. Kalau anda mampu mengingati apa
tajuk-tajuk yang terkandung dalam sesuatu matapelajaran maka anda mempunyai
gambaran yang jelas tentang apa yang anda pelajari.
Buatkan Nota
Anda hanya perlu mempelajari sekali sahaja setiap tajuk. Pastikan dengan usaha yang
sekali ini anda mampu memahaminya. Ramai pelajar yang mengulang baca sesuatu
tajuk beberapa kali dan kemudiannya lupa. Cara belajar begini bukan sahaja
menjemukan malah merugikan masa anda, sedangkan peperiksaan semakin hampir.
Setelah anda memahami apa yang dibaca, buatkanlah nota-nota ringkas. Yang terbaik
ialah anda ringkaskannya mengikut apa yang anda fahami. Bandingkan nota anda
dengan teks asal bagi memastikan fahaman anda betul dan tidak ada fakta penting
yang tertinggal.
Ringkaskan setiap fakta menjadi lebih pendek bagi memudahkan anda mengingatinya.
Kenalpasti kata kunci dalam setiap fakta. Buatkan senarai kata kunci dan hafal.
Lakarkan peta minda atau peta konsep berdasarkan tajuk-tajuk dan kata kunci yang
ada. Pastikan apabila anda mengingati kata kunci, maka anda mampu mengingati
keseluruhan fakta yang berkaitan dengannya.
Latih diri anda untuk peperiksaan
Anda perlu melatih diri anda untuk peperiksaan. Tanpa latihan anda tidak mungkin
dapat memberikan hasil yang terbaik. Minda anda juga seperti otot-otot fizikal anda
yang lain. Ia perlu dilatih secara intensif bagi mencapai sesuatu hajat. Mereka yang
mahu cemerlang dalam 'bowling' perlu melakukan latihan berterusan bagi
27

meningkatkan kemahiran ber'bowling'. Begitu juga dengan peperiksaan. Anda perlu


melatih diri anda bagi tujuan cemerlang dalam peperiksaan.
Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:
1.
2.
3.
4.

Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan tepat.


Latih dalam tempoh masa yang tertentu.
Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.
Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang berkesan.

1. Latih mengeluarkan maklumat


Maklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu anda perlu
sentiasa melatih diri anda untuk mengeluarkan maklumat yang telah dipelajari.
Perbanyakkan latihan-latihan seperti:

Menjawab soalan-soalan;
Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;
Melakarkan kembali dalam bentuk peta konsep / minda;
Mengadakan perbincangan dengan rakan;
Menyediakan kad imbasan kecil.
Mengambarcarakan apa yang telah dipelajari.
Sekiranya anda pelajar SPM atau STPM, cuba hasilkan model jawapan soalan esei
berdasarkan soalan-soalan yang ada. Cuba pecahkan fakta-fakta penting dalam
bentuk peta minda/konsep. Ini memudahkan anda mengingati isi-isinya dalam
peperiksaan sebenar kelak.

2. Hadkan masa menjawab


Pastikan anda menjawab dalam had masa yang ditetapkan. Peperiksaan bukan sahaja
memerlukan anda mengetahui banyak fakta, tetapi anda perlu mengeluarkan faktafakta yang berkaitan dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu anda perlu pantas
dan kepantasan hanya boleh dibina melalui latihan yang berterusan.
Oleh itu anda perlu kerap menjalankan latihan ujian. Iaitu menjawab soalan-soalan
dalam had masa seperti dalam peperiksaan.
3. Anggap seperti peperiksaan sebenar
Pastikan anda bebas dari gangguan, tidak melengahkan masa, tumpuan yang tinggi dan
rasakan seolah-olah tekanan peperiksaan yang sebenar. Elakkan dari meniru sepanjang
menjalani latihan ujian. Gunakan strategi menjawab soalan (lihat di bawah). Ingat
masa berjalan, oleh itu jangan sekali-kali biarkan fikiran anda melayang. Sekiranya
soalan itu susah, maka berikanlah jawapan yang terbaik. Anda perlu belajar mengenali
gerak hati anda sebab anda memerlukannya dalam peperiksaan yang sebenar nanti.
4. Strategi menjawab soalan
Untuk mendapatkan markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kecuaian, anda
memerlukan strategi menjawab soalan yang berkesan.
Langkah-langkah berikut dapat membantu:
1.
2.
3.
4.

Baca arahan terlebih dahulu.


Baca arahan terlebih dahulu.
Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.
Jawab soalan mengikut turutan berikut:
28

Jawab soalan BONUS - Iaitu soalan yang anda pasti jawapannya betul. Ia
mungkin soalan yang telah anda ramal, atau yang pernah anda latih sebelumnya.
Jawab soalan yang senang - Iaitu soalan yang mampu anda jawab hanya dengan
satu kali cubaan.
Jawab soalan-soalan yang susah - iaitu soalan yang memerlukan masa yang
panjang atau soalan yang anda memang tidak tahu jawapannya.
Semak - Pastikan semua soalan dijawab; Untuk soalan objektif, pastikan
tandanya betul.
Ulang jawab - Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan senang.
Ingat! soalan inilah yang anda pasti lakukan kecuaian oleh itu semak dengan
tujuan mencari kesilapan tersebut. Bukannya menyemak dengan tujuan
berpuashati dengan jawapan. Langkah terakhir barulah ulang jawab soalansoalan susah. Itu pun sekiranya masa masih mengizinkan.

Mencari sebab (post-mortem)


Anda perlu menkaji kelemahan diri anda setiap kali selesai menjawab soalan-soalan.
Setelah anda selesai membuat latihan ujian. Semak setiap jawapan yang dibuat.
Sekiranya jawapan anda salah maka lakukan 'post-mortem', iaitu proses mencari
sebab. Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan masalah utama yang
perlu anda atasi. Antara sebab-sebab kesalahan berlaku ialah:

Tidak tahu (tidak baca) - Ini bermakna persediaan diri anda kurang. Maka
berikan masa membaca tajuk-tajuk tersebut.
Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Tanyakan pada guru atau rakan.
Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah dipelajari.
Cuai - Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam Strategi Menjawab Soalan
di atas.
Keliru - Tanyakan pada guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda.
Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama
tidak diulangi.

Jangan buang masa


Dalam suasana peperiksaan semakin hampir anda perlu gunakan setiap masa yang
terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya masa yang terluang tidak sesuai untuk anda
membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut untuk anda melatih
mengeluarkan maklumat. Ceritakan apa yang telah anda pelajari kepada diri anda
sendiri. Lakarkan apa yang anda ketahui pada sehelai kertas. Aktiviti sebegini
mengukuhkan lagi ingatan anda dan memudahkan pengaliran keluar maklumat ketika
dalam peperiksaan kelak.
Bagi mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu sessi
mengulangkaji.
Dalam masa menjelang peperiksaan, pelajar hendaklah menentukan ulangkaji
pelajaran telah dibuat dengan baik. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu
diperhatikan:
Persediaan malam sebelum peperiksaan
1.
2.
3.
4.

Baca nota ringkas di kad-kad ulang kaji.


Semak kotak pensil.
Semak masa dan tempat peperiksaan daripada jadual peperiksaan.
Cuba lakukan latihan rileks.
29

5. Sediakan perkara-perkara seperti:


- kad pengenalan
- pakaian seragam sekolah
- kasut sekolah
- lencana sekolah.
6. Berdoa agar tenang dan dapat menjawab soalan dengan baik.
Teknik-teknik ketika di dalam dewan peperiksaan.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Duduk dengan tenang.


Berdoa.
Baca keseluruhan kertas soalan.
Rancangkan jawapan.
Proses. Jawab mengikut kehendak soalan.
Pastikan tulisan anda senang dibaca.
Semak jawapan sekali lagi dalam masa 5-8 minit terakhir.

Cadangan aktiviti kumpulan


TUJUAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan adalah satu bentuk penilaian untuk mengukur kefahaman, ingatan,
penguasaan, kemahiran, kebolehan dan penghayatan calon terhadap sesuatu bahan
pembelajaran yang telah dipelajari.
NOTE THIS :
Despite what most students think, examiners do not like failing
students. Most of them would rather pass you than to fail you. It
is the pupils (candidates) who fail themselves. This is worth
bearing in mind.
1. Bincang dan lengkapkan jadual berikut.
Masalah dalam pembelajaran
1. Saya tidak tahu dimana patut bermula.

Cara mengatasi

2. Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan


peperiksaan semakin hampir.
3. Subjek ini cukup membosankan. Anda
rasa jemu dan mengantuk apabila
membacanya.

30

4. Anda baca dan anda faham, tetapi anda


tidak mampu mengingatinya.
5. Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat.

6. Tadi anda masih ingat tetapi kenapa


kini anda lupa?
7. Anda suka belajar disaat-saat akhir.

8. Anda suka belajar disaat-saat akhir.

Suasana Belajar Yang Berkesan


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Setiap pelajar mempunyai keinginan yang unik dalam memilih tempat dan suasana
yang paling sesuai untuk belajar. Oleh itu, suasana belajar yang berkesan hanya dapat
ditentukan oleh pelajar itu sendiri. Ikhlas pada diri anda. Tentukan sendiri suasana
bagaimana yang paling anda gemari. Misalnya, sekiranya anda seorang pelajar yang
gemarkan suasana yang ramai orang, maka perpustakaan mungkin pilihan terbaik
anda. Sekiranyanya pula, anda rimas dengan keadaan tersebut pilihlah tempat yang
sunyi, yang agak terpencil dan jauh dari orang ramai. Jangan paksa diri anda untuk
bersetuju dengan suasana belajar orang lain. Jangan ke perpustakaan hanya
disebabkan semua rakan-rakan belajar di sana. Anda mungkin ke perpustakaan hanya
untuk mencari bahan tetapi untuk belajar ia tidak semestinya disitu juga.
Suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas, dan bersih membolehkan anda belajar
dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang.
Persekitaran sebegini membolehkan anda memberikan tumpuan dan fokus yang
maksimum terhadap bahan-bahan yang dipelajari. Susun atur perabut dan kepekatan
cahaya juga turut mempengaruhi mood belajar anda. Oleh itu mulalah ubahsuai bilik
anda sekarang. Sekiranya anda tidak mempunyai bilik yang berasingan maka
memadailah sekiranya anda boleh dapatkan satu ruangan atau sudut yang agak
terpencil dan jauh dari gangguan. Pasti ada ruangan dalam rumah anda yang boleh
anda gunakan sebagai tempat belajar anda. Elakkan dari belajar di dapur atau di ruang
tamu. Terlalu banyak gangguan dikedua-dua tempat ini disamping menjadi laluan
utama setiap penghuni rumah.
Untuk belajar, anda hanya memerlukan satu kerusi, satu meja dan satu rak. Tidak
semestinya ia baru dan cantik yang penting anda tahu bagaimana untuk menghias dan
31

menyusunnya. Ubah susun atur kerusi dan meja ini setiap tiga bulan. Mungkin pada
awalnya meja menghadap dinding dan selepas tiga bulan ubah pula ia menghadap
tingkap. Dengan cara ini anda dapat rasakan perubahan persekitaran yang
membuatkan anda rasa seronok untuk belajar. Begitu juga rak buku anda, letakkannya
di tepi, kemudiannya di depan atau di belakang. Lakukan apa sahaja yang penting anda
dapat rasakan keinginan untuk belajar timbul dihati setelah anda mengubah susun atur
perabut ini. Sediakan juga satu ruangan pada dinding, yang mudah anda lihat, untuk
anda pamirkan senarai tindakan anda (to do list), carta reputasi akademik anda, senarai
projek dan jadual perancangan jangka pendek serta jangka panjang anda.
Ada
diantara pakar kemahiran belajar yang berpendapat bahawa muzik boleh meningkatkan
tumpuan dan keseronokan belajar. Ini disebabkan ia berkait rapat dengan fungsi otak
kanan anda.
Sekiranya anda seorang yang gemar mendengar radio ketika belajar,
maka hentikan tabiat buruk ini. Gantikannya dengan memainkan
lagu-lagu latar berbentuk instrumental. Untuk kesan yang terbaik,
muzik ini mestilah dimainkan pada kadar bunyi yang sederhana tinggi
agar tidak mengganggu anda. Muzik yang paling sesuai ialah
instrumental klasik yang dimainkan oleh pemuzik seperti Vivaldi,
Bach, Bernstain dan lain-lain. Muzik ini sangat sesuai kerana
kebanyakannya menggunakan tempo 60 bit seminit. Iaitu sama
seperti kadar degupan jantung purata anda ketika rehat.

Dengan Muzik

Tanpa Muzik

Denyutan dan tekanan darah


menurun.
Gelombang otak perlahan.

Denyutan dan tekanan darah


meningkat.
Gelombang otak pantas.

Otot-otot rileks.

Otot-otot tegang.

Gantungkan gambar-gambar kejayaan anda (jika ada) atau sijil-sijil pencapaian anda di
ruangan bacaan tersebut. Gambar-gambar ini mungkin kejayaan anda dalam sukan
atau peraduan-peraduan tertentu. Ia akan mengingatkan anda bahawa anda boleh
berjaya dan boleh menjadi juara dalam hidup anda. Gambar tersebut membuktikan
yang anda pernah melakukannya sebelum ini dan anda akan melakukannya pula dalam
bidang pelajaran.
Gantungkan juga katajaya-katajaya yang memberikan anda rangsangan yang positif.
Anda mungkin mahu memetik kata-kata yang diperolehi dalam kursus Motivasi Alihan
Pelajar untuk dijadikan azimat penguat semangat.
_____________________________________________________________________
Cadangan aktiviti
Aktiviti kumpulan
Bincangkan cara-cara untuk menghiaskan kelas anda supaya dapat menghasilkan satu
suasana yang kondusif bagi pembelajaran.
32

Setiap kumpulan kemudian dikehendaki menghasilkan satu hasil yang boleh digunakan
untuk hiasan kelas.
Contoh hasil

Skor A+

Success dont come to


youYou GO TO IT

33

Anda mungkin juga menyukai