Anda di halaman 1dari 10

1.

Nama Guru

2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang: Motivasi

4. Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah 5. Muka Surat:104


Kamsah, Mumtazah Tumian
dan Mahfuzah Omar
6. Terbitan
Telaga Biru sdn. bhd
7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam
diri. Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia.
Seekor singa yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti
sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti
singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut
sehingga kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang
musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging
mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti
yang terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah
Islam juga dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu
bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke
hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram
dan harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-
doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang
tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di
sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang
kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan
seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan
seperti beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan
orang lain yang sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah,
segera mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah
bukan tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak,
jangan memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit
di tempat sunyi dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar”. (Al Ankabut : 45)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru
berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah.
Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi
kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini
ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana
marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada
pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh
yang baik kepada mereka.
10 Kesimpulan

Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan,
kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal
kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.

1. Nama Guru

2. Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah 3. Bidang:Pedagogi

4. Pengarang Ainon Mohd & Abdullah 5. Muka Surat:163


Hassan
6. Terbitan
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
7. Sinopsis :
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar
kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam”
dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik
sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat
ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga
menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai
individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.
Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik
darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan
divergen, memuji murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong
kreativiti, jangan menjadi diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik,
mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal.
Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan
kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik
yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami
dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana
kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya
kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar
yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran
EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas.
Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan.
Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas.
Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
“ Saya mahu..
“Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan
kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar
minda seperti:
“ Bagaimana sekiranya..
“Apa yang perlu kita.....
“ Sekiranya.....

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah.
Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para
guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu
pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman
mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara
mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari
kesalahan orang lain walau dalam apa jua situasinya..
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan
perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.
10 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya
dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur,
ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari, dan dipersembahkan dalam
bentuk yang ringkas tetapi padat.

1. Nama Guru

2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling

4. Pengarang Abdullah Sani Yahaya 5. Muka Surat:244

6. Terbitan PTS Publications & Distributors sdn. bhd


7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak
tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan
pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha
berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke
era yang lebih gemilang.
Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan
budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang
membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh
generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar
untuk menguasai minda anak watan kita.
Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah
individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar,
pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik
darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian,
peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin
pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar
menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak
melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan.
.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan
didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal
juga banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu
mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti
ponteng sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak
diurus dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu
sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak
sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai
dalam bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan,
pemupukan nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk
memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif
dan dekat dengan rakan mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan
pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku
dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat
sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru
perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang
kurang bijak seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh
digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan
ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya
supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik.
10 Kesimpulan

Konklusinya, guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras,
bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini.
Pelajar adalah aset berharga yang perlu ditangani dengan bjaksana.

2 Judul BAGAIMANA MENYELESAIKAN KERJA


3 Pengarang Edwin C.Bliss 4. Bidang:
Pengetahuan
Profesional
5 Tarikh Pembentangan 6. Masa :
7 Tempat Pembentangan Bilik Wawasan
8. Sinopsis
Buku ini mengandungi 72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang
pengurus yang berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat
mereka berbanding matlamat orang lain, nbelajar melindungi diri mereka daripada
gangguan yang tidak dijangkakan, mereka belajar melegasi tugas merancang,memberikan
tumpuan kepada perkara-perkara penting dan mengetepikan perkara remeh-temeh.
Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana membuat laporan selepas
tindakan, buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja,
kategori penggunaan masa, komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,system
fail, keseronokan bekerja dan lain-lain lagi.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan


tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna
terutama kepada pentadbir pendidikan

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah mengurus masalah
pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.

2 Judul PENGURUS YANG BAIK


3 Pengarang C.Northcote Parkinson & 4. Bidang:
M.K.Rustomji Pengetahuan
Profesional
5 Tarikh Pembentangan 6. Masa :
7 Tempat Bilik Wawasan
Pembentangan
8. Sinopsis

Buku ini mengandungi 7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang


pengurus yang berkesan ialah pandai berkomunikasi dengan staff. Seorang pengurus
yang hebat mesti pandai menjalin hubungan baik dengan pekerjanya,memahami potensi
seriapm pekerjanya dan ketua mesti mempunyai perwatakan yang baik .
Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana pengurus boleh
mencungkil bakat setiap pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah
kemajuan organisasi. Seterusnya penulis mahukan seorang pengurus mestilah sentiasa
meminta pendapat staff dan menghormati pendapatnya. Seorang pemimpin mesti berani,
tidak menunjukkan kuasa, jangan mudah berpuashati dan berfikir sebelum bertindak.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan


tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna
kerana setiap guru adalah pemimpin, pemimpin dalam kelasnya dan pemimpin dalam
organisasi sekolah.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi pemimpin
yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

2 Judul HUBUNGAN SESAMA MANUSIA


3 Pengarang C.Northcote Parkinson & 4. Bidang:
M.K.Rustomji Pengetahuan
Profesional
5 Tarikh Pembentangan 6. Masa :
7 Tempat Pembentangan Bilik Wawasan
8. Sinopsis

Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan dengan
manusia lain. Sama ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulat iaiatu jika
perkaram yang tidak perlu dihebohkan, maka jangan dihebohkan. Jangan ambil remeh
perkara-perkara kecil, jikma staff sakit, bila dia hadir semula tanya tentang kesihatannya
dan keadaa\n keluarganya kerana perkara yang kecil ini tentu memberi erti yang
mendalam.
Seorang penyelia yang mencurigai pekerjanya sukar mendapatkan pekerja yang
baik. Kepercayaan dibalas dengan kepercayaan dan begitulah juga dengan kecurigaan.
Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia mengingati
semua nama orang yang dipimpinnya.
Spesifikasi kerja mesti jelas supaya setiap orang tahu tugas masing-masing.Jika
pekerja melakukan kesalahan, mula-mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan
lebih bersedia menerima kritikan daripada seseorang yang menghargai kebaikan mereka,
jika tidak mereka terus melenting.
Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu suasana
yang indah dengansaling menghormati antara satu sama lain? Pernahkah anda terfikir
apakah untungnya kita hidup dalam suasana tidak tenteram dan dipenuhi dengan pelbagai
masalah dari hari ke hari? Tetapi sifat pilih kasih sangat menyakitkan hati.
Sebenarnta bayanak ilimu pengurusan dan kemanusiaan dan kaunseling dlam
buku ini dan aia amat berguna kepada para guru dan pengurus sekolah.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan


tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna
kerana setiap guru dan perlu berhubung dengan manusia setiaop masa selagi kita hidup di
alam fana ini.
10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P
Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi pemimpin
yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Judul Pengurusan Keselamatan Kebakaran Di Pejabat-Pejabat


Kerajaan dan Swasta
3. Bidang Pengetahuan dan Profesional

4. Sinopsis:
Pengarang : Bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran
Penerbit : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya
Jumlah muka surat : 36 Halaman
Tahun terbit: 2006 (edisi pindaan)

Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan
anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami
justeru persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains kebakaran,
iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada mengubati” akan hanya
berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca penyalaan, tindak balas kimia dan reaksi
berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula hendaklah bersesuaian dengan
risiko kebakaran seperti persekitaran, kemalangan, atau perbuatan khianat. Pengetahuan tentang
cara api marak dan merebak boleh membantu pengawalan kebakaran, dan langkah bagi
mengelakkan kecederaan atau kehilangan nyawa penghuni bangunan. Segala tatacara
pengungsian bangunan (sehelai sepinggang) hendaklah dipatuhi supaya tiada sesiapa yang
terperangkap. Asap tebal boleh membunuh dalam beberapa saat, manakala api boleh marak dalam
beberapa minit sahaja.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga kebakaran,
iaitu dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api. Bahagian akhir buku
menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan bangunan, dan peruntukan undang-
undang yang berkenaan.
5. Nilai Pengetahuan/Pengajaran :

1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P :

1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa


2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains kebakaran

Anda mungkin juga menyukai