Anda di halaman 1dari 3

Sains Tingkan 2: 1/3/2021 

Bab 2 : 2.3 Saling Bersandaran dan interaksi antara Organisma dan antara 
organisma dengan persekitaran. 

1.Habitat​ ​-​ Persekitaran atau tempat tinggal sesuatu organisma.di mana organisma  
hidup dan membiak. 
2. Spesies - ​Sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dan boleh  
saling membiak dan menghasilkan anak​. 
3. Populasi - ​Sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di habitat yang 
sama. 
4. Komuniti - ​Beberapa populasi organisma yang berbeza dan hidup bersama dalam  
satu habitat dan saling berinteraksi antara satu sama lain​. 
5.Ekosistem - ​ialah beberapa komuniti berlainan yang tinggal di habitat yang sama  
dengan benda bukan hidup. 
 

 
 
Contoh –contoh ekosistem 
1.Ekosistem kolam – (katak ,berudu, ikan kecil,ikan besar, tumbuhan air, teratai, siput, pepatung) 
2.Ekosistem hutan – (harimau, gajah, tupai, pokok, ular,tumbuhan  
3.Ekosistem sawah padi –( pokok padi siput, tikus, itik, belalang) 
 
Keseimbangan Ekosistem 
Sesuatau ekosistem dikatakan seimbang jika organisma hidup dan komponen 
komponen hidup dalam persekitaran berada dalam keadaan harmoni dan saling 
bersandaran antara satu sama lain tanpa gangguan lain.
 
 
Penyesuaian benda hidup terhadap alam sekitar 
 
 
 
 
 
 
 
Faktor faktor yang mempengaruhi taburan organisma di sesuatu kawasan 
1. Suhu 
2. Cahaya  
3. Kelembapan 
 
2. Interaksi antara Organisma 
 

 
1.Simbiosis 
 
• Dua atau lebih organisma yang berlainan spesies, hidup bersama-sama dan berinteraksi antara  
satu sama lain. Simbiosis terdiri daripada  
a. Mutualisme - Memberi manfaat kepada kedua-dua jenis organisma. Contohnya 
1. Lebah dan bunga 
2. Buran dan ikan badut 
3. Burung tiung dengan kerbau 
b. Komensalisme - Memberi manfaat kepada satu organisma dan satu lagi organisma 
tidak untung tidak rugi. Contohnya  
1. Jerung dan ikan Remora 
2. Pokok dan paku langsuir 
  
c. Parasitisme - Menguntungkan satu organisma sahaja (parasit) Merugikan organisma yang  
satu lagi. (perumah) 
1. Cacing pita (parasit) dan usus manusia (perumah) 
2. Kutu di kepala haiwan atau manusia(parasit) dan manusia/haiwan  
(perumah) 
2. Mangsa pemangsa 
● Satu organisma yang makan organisma lain. ​Mangsa​ dimakan,pemangsa –memburu
● Contoh 1. Ular dengan katak
2. Ikan besar dengan ikan kecil 
3. Harimau dengan kerbau 
3. Persaingan  
• Organisma dalam satu habitat bersaing untuk mendapatkan keperluan asas yang terhad. 
• Cahaya, ruang, air, makanan dan pasangan 
Contoh: 1. Kuda belang dalam satu populasi akan bersaing untuk mendapatkan makanan,  
pasangan, hidup 
 
 
 
   
Kawalan Biologi 
• Satu kaedah yang digunakan untuk mengawal populasi sesuatu organisma. 
• Kaedah yang menggunakan organisma iaitu, pemangsa semulajadi, parasit atau patogen untuk 
mengurangkan bilangan haiwan perosak di sesuatu kawasan. 
Contoh 
1. Itik dilepaskan ke sawah padi untuk memakan siput gondang(haiwan perosak) yang memakan  
padi. 
2. kumbang kura-kura (lady bird) untuk memakan afid yang merosakkan tanaman 
3. Burung hantu dipelihara untuk mengawal populasi tikus di ladang kelapa sawit 
 
Kebaikan  
• Mesra alam - tidak menggunakan pestisid atau bahan kimia 
• Lebih murah 
• Tidak menjejaskan kesihatan manusia. 
Keburukan  
• Mengambil masa yang lama untuk menunjukkan kesan. 
• Keseimbangan ekosistem mungkin terganggu kerana spesies baharu diperkenalkan ke dalam 
ekosistem tersebut. 
 

Anda mungkin juga menyukai