Anda di halaman 1dari 11

Bab 4: Saling Bersandaran antara Organisma

Hidup dengan
Persekitaran

4.1 Saling Bersandaran antara Organisma Hidup

Spesies

1. Spesies ialah satu kumpulan organisma yang sama.

2. Mereka mempunyai rupa bentuk dan struktur yang sama serta dapat
saling membiak.

3. Monyet, tikus, kucing, dan gajah adalah contoh-contoh spesies


organisma.

Habitat

1. Habitat ialah tempat hidup semula jadi bagi tumbuhan dan haiwan.

2. Habitat menyediakan udara, makanan, perlindungan, dan tempat


pembiakan bagi organisma.

Tumbuhan Habitat

Pokok kelapa Tepi pantai

Pokok
Kolam
teratai

Pokok durian Kebun

Pokok kaktus Gurun

Kulat terupai Pokok

Jadual 1 Contoh-contoh tumbuhan dan habitatnya


Haiwan Habitat

Ular Belukar

Anai-anai Kayu

Ikan yu Laut

Buaya Sungai

Gonggak Tanah

Jadual 2 Contoh-contoh haiwan dan habitatnya

Populasi

1. Populasi ialah sekumpulan organisma yang sama spesies yang hidup


bersama-sama dan membiak dalam satu habitat.

2. Sebagai contohnya,

populasi monyet di atas pokok

populasi singa di padang rumput

Komuniti

1. Komuniti terdiri daripada beberapa jenis populasi dan tumbuhan yang


hidup bersama-sama dan saling mempengaruhi serta saling
berinteraksi di dalam satu habitat.

2. Sebagai contoh,

komuniti kolam terdiri daripada populasi ikan, tumbuhan, berudu,


dan serangga yang saling bersandaran antara satu sama lain.
komuniti padang rumput terdiri daripada populasi haiwan herbivor
dan karnivor, pokok, dan rumput yang saling bersandaran antara
satu sama lain.

Ekosistem

1. Ekosistem terdiri daripada beberapa komuniti yang saling bersandaran


dan berinteraksi antara satu sama lain dan dengan persekitaran
fizikalnya (benda bukan hidup seperti air, udara, tanah, cahaya, dan
garam mineral).

2. Sebagai contohnya,

ekosistem kolam

ekosistem hutan hujan tropika

4.2 Interaksi antara Organisma Hidup

Organisma berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai cara dan
bagi pelbagai tujuan. Terdapat banyak interaksi atau hubungan antara
organisma hidup, antaranya adalah mangsa-pemangsa, persaingan
intraspesies, persaingan interspesies, simbiosis, komensalisme,
mutualisme dan juga parasitisme.

1. Mangsa-Pemangsa

Ini adalah hubungan antara organisma yang memakan organisma


lain dan juga organisma yang kena makan. Bagi organisma yang
memakan organisma lain, kita sebut sebagai pemangsa, manakala
organisma yang kena makan kita sebut sebagai mangsa.

Contoh hubungan ini adalah hubungan antara ular dan burung.


Ular sebagai pemangsa dan burung sebagai mangsa.

2. Persaingan

a) Persaingan Intraspesies

Hubungan antara organisma yang sama spesies yang


bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan,
air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku
dalam spesies yang sama.

Sebagai contohnya, hubungan antara orang utan yang bersaing


sesama spesies mereka sendiri dalam mendapatkan makanan.
b) Persaingan Interspesies

Hubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan


keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal,
pasangan) yang berlaku dalam spesies yang berlainan.

Contoh hubungan ini adalah hubungan interaksi antara dubuk dan


juga harimau ketika berebutkan makanan yang sama.

3. Simbiosis

Hubungan antara dua spesies yang berlainan yang hidup


bersama. Ada yang mendapat faedah, dan ada yang mendapat
kerugian.

Simbiosis terbahagi kepada tiga, iaitu:

a) Komensalisme (+/tidak mendapat apa-apa)

Komensalisme ialah interaksi antara dua organisma, dengan satu


organisma mendapat faedah daripada organisma lain tanpa
menjejaskannya.

Sebagai contohnya, ikan remora yang menumpang pada badan


ikan yu. Ikan remora akan memperolehi perlindungan dan
makanan, manakala ikan yu tidak mendapat apa-apa (faedah /
kerugian)

b) Mutualisme (+/+)

Mutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengan kedua-


duanya mendapat faedah.

Sebagai contohnya, hubungan antara kerbau dan burung gembala


kerbau. Burung gembala kerbau dapat makanan dengan makan
kutu yang ada pada badan kerbau. Manakala kerbau pula
mendapat manfaat kerana tiada kutu yang menghisap
darahnya. Kerbau tidak perlu garu sebab gatal.

c) Parasitisme (+/-)
Parasitisme ialah hubungan interaksi antara dua organisma,
dengan satu organisma mendapat faedah, manakala yang satu
lagi mendapat kerugian.

Contohnya adalah cacing pita yang ada dalam badan manusia.


Cacing pita ini akan memperoleh faedah kerana mendapat
makanan percuma daripada manusia, tetapi manusia pula
mendapat kerugian kerana zat makanan habis diserap oleh cacing
tersebut.

Kepentingan interaksi antara organism hidup dengan


persekitaran

Interaksi antara organisma hidup dengan persekitaran adalah penting


untuk mengawal asiz populasi dalam satu ekosistem, mengekalkan
keseimbangan ekosistem dan memastikan kemandirian organisma.

Mengawal saiz populasi sesuatu speseis. Contohnya, jika populasi


sesuatu spesies bertambah dengan mendadak, wujud persaingan
untuk mendapatkan keperluan asas. Dalam persaingan, sebahagian
organisma akan mati dan sebahagian lagi terus hidup. Oleh itu,
interaksi antara organism hidup ialah cara semula jadi untuk
mengawal saiz populasi sesuatu spesies dan mengekalkan
keseimbangan ekosistem.

Mengekalkan kesimbangan kitar oksigen dan karbon (kandungan


oksigen dan karbon dalam atmosfera sentiasa dikekalkan)

Mengekalkan keseimbangan dalam alam sekitar (bilangan dan jenis


benda hidup dalam alam sekitar sentiasa dikekalkan)

Kawalan Biologi

Kawalan biologi ialah satu kaedah yang menggunakan interksi


mangsa-pemangsa untuk membunuh dan mengurangkan bilangan
haiwan perosak.

Contohnya,
Burung hantu digunakan untuk mengawal populasi tikus di lading
kelapa sawit. Kumbang Ladybird memakan afit, perosak tumbuhan.
Ikan guppy dipelihara dalam kolam untuk memakan jentik-jentik

Kebaikan

Tidak mencemarkan alam sekitar


Tidak membunuh organisma yang lain selain perosak.

Kos yang rendah.

Selamat digunakan

Kesannya adalah lebih lama

Keburukan

Kesannya adalah lambat

Haiwan perosak tidak dapat dihapuskan secara keseluruhan.

Sesetengah pemangsa mungkin membahayakan manusia.


Contoh: Ular menggigit pekebun.

4.3 Siratan Makanan

Siratan makanan adalah merupakan gabungan daripada beberapa


rantai makanan. Manakala rantai makanan pula adalah satu aturan yang
terdiri daripada hubungan antara pengeluar, pengguna dan juga pengurai.

1. Pengeluar
Pengeluar ialah tumbuhan hijau yang menghasilkan makanan sendiri
melalui proses fotosintesis

2. Pengguna
Pengguna ialah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain.
Terbahagi kepada 3 jenis iaitu Pengguna Primer, Pengguna Sekunder
dan Pengguna Tertier.

a) Pengguna Primer
Pengguna Primer ialah pengguna yang memakan tumbuhan sahaja

b) Pengguna Sekunder
Pengguna sekunder ialah pengguna yang memakan pengguna
primer

c) Pengguna Tertier
Pengguna tertier ialah pengguna yang memakan pengguna
sekunder

3. Pengurai
Pengurai ialah organisma yang menguraikan bangkai haiwan dan
tumbuhan yang mati kepada bahan-bahan yang ringkas yang boleh
diguna semula oleh tumbuhan hijau.

Piramid Nombor

1. Piramid nombor adalah rajah yang menunjukkan bilangan-bilangan


organisma dalam setiap aras rantai makanan atau komuniti.

2. Contoh piramid nombor:

Anggaran bilangan
Pengguna tertier Ular 2
Pengguna sekunder Katak 8

Pengguna primer Serangga dan 60

binatang kecil

Penggeluar Rumput Banyak

3. Piramid nombor menunjukkan:

a) Penguranagn bilangan organism dari tapak ke puncak piramid.

b) Pertambahan saiz atau jisim dari pengguna primer ke pengguna


tertier di puncak piramid.

c) Perbandingan antara bilangan pengguna dengan pengeluar di


dalam sebuah komuniti.

d) Kehilangan tenaga apabila tenaga dipindahkan dari satu peringkat


ke peringkat yang lain

4.4 Fotosintesis

Fotosintesis ialah proses tumbuhan hijau membuat makanan (glukosa)


daripada air dan karbon dioksida dengan kehadiran cahaya matahari dan
klorofil.

Cahaya matahari
Karbon dioksida + air makanan (glukosa) + oksigen

klorofil

Faktor-Faktor Yang Diperlukan Untuk Fotosintesis

1. Cahaya matahari

2. Klorofil

3. Air

4. Karbon Dioksida

Kepentingan Fotosintesis

1. Fotosintesis membekalkan makanan kepada semua organisma.

2. Fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar


oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.

Kitar Karbon dan Kitar Oksigen

Kitar karbon adalah kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida


dalam udara dengan mengambil karbon dioksida daripada udara dan
mengembalikannya semula ke udara secara berterusan.

Kitar oksigen adalah kitar yang melibatkan pengambilan oksigen


daripada udara dan pengembaliannya semula ke udara secara berterusan.

4.5 Kepentingan Pemeliharaan Dan Pemuliharaan


Organisma Hidup

Kita perlulah bersama-sama memastikan langkah-langkah pemuliharaan


dan pemeliharaan dapat meneruskan kelangsungan hidup bagi semua
haiwan-haiwan ini.

Pemuliharaan
Pemuliharaan bermaksud usaha memulihkan dan memelihara sumber
alam semula jadi dengan bijak dan sistematik supaya dapat dinikmati oleh
generasi akan datang.

Pemeliharaan
Pemeliharaan pula bermaksud usaha mengekalkan keadaan asal sumber-
sumber alam semula jadi daripada musnah.

Langkah-Langkah Pemuliharaan dan Pemeliharaan

1. Penguatkuasaan undang-undang

menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan


Hidupan Liar

mengawal kegiatan pembalakan haram

mencegah perdagangan haram haiwan dan tumbuhan

2. Hutan Simpanan

memastikan tumbuhan dan haiwan di dalamnya tidak terancam

3. Tanam Semula

menggantikan pokok yang telah ditebang

4. Pendidikan

meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan


pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar dan persekitarannya

5. Pembalakan secara berpilih

hanya menebang pokok yang matang

6. Santuari

mewujudkan tempat perlindungan haiwan dan tumbuhan yang


hampir pupus

7. Pusat pembiakan

membiakkan haiwan yang hampir pupus

8. Kitar Semula

menggunakan bahan seperti kertas


Kepentingan Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Organisma Hidup

a) Hutan hujan tropuka merupakan habitat flora dan fauna.

b) Tumbuhan hijau penting dalam kitar karbon dan kitar oksigen.

c) Akar tumbuhan mencengkam tanah untuk mengelakkan hakisan dan


runtuhan tanah.

d) Sesetanagn tumbuhan dan haiwan digunakan dalam perubatan


tradisional.

e) Tumbuhan membekalkan kayu balak dan rotan dalam industri perabot.

f) Haiwan merupakan sumber makanan, bahan kulit dan bulu.

4.6 Peranan Manusia Dalam Mengekalkan


Keseimbangan Alam

Manusia merupakan sebahagian daripada ekosistem kerana kehidupan


manusia bersandaran dengan benda-benda hidup dan benda-benda
bukan hidup.

Kesan Aktiviti Manusia Terhadap Keseimbangan Alam

1. Penebangan hutan

Kepekatan karbon dioksida bertambah mengakibatkan kesan rumah


hijau akibat pemanasan global

Habitat flora dan fauna musnah

Kepupusan haiwan

Hakisan tanah

2. Perindustrian

Pencemaran air dan udara

Asap dari kereta, enjin, dan kilang menyebabkan pencemaran air


dan udara

Pembuangan sisa-sisa toksik ke persekitaran menyebabkan


pencemaran air dan tanah.

3. Pemburuan dan penangkapan ikan secara haram

Kepupusan hidupan akuatik dan ikan


Penurunan dalam pesekitaran biologi

4. Penggunaan bahan kimia

Bahan kimia seperti pestisid berbahaya kepada hidupan yang boleh


membawa kematian.

5. Pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat

Mencemari kawasan darat dan air

Mengganggu kehhidupan haiwan daratan dan akuatik

Langkah-langkah untuk mengawal aktiviti manusia

1. Perundangan
Undang-undang digubal untuk menghentikan aktiviti yang berbahaya
kepada persekitaran.

2. Pendidikan
Pendiddikan memberi pendedahan kepada manusia tentang
tanggungjawab terhadap persekitaran.

3. Kawalan pencemaran
Kawalan ini melarang penggunaan pestisid yang berlebihan. Ini
menggalakkan penggunaan kawalan biologi.

4. Guna semula atau kitar semula


Mengamalkan kitar semula barangan daripada kaca, plastik, kertas
dan logam.

5. Pemuliharaan habitat
Mewujudkan lebih banyak hutan simpan, taman botani dan pusat
perlindungan hidupan liar.

Anda mungkin juga menyukai