Anda di halaman 1dari 1

HASSANAL RAFIQ IRDHAN BIN HASSANAL ZAIRI – 1 AMAL

RINGKASAN
Kerjaya sebagai jururawat ialah kerjaya yang mulia. Mereka membantu doktor untuk mengurus
pesakit di hospital. Kehadiran mereka dapat mengurus pesakit terutamanya pesakit yang agresif.
Pesakit seperti ini sukar untuk dikawal serta memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk
mengendalikan mereka.
Selain itu, sesetengah pesakit lelaki lebih selesa sekiranya mereka diurus oleh jururawat
lelaki terutamanya pesakit yang mengalami masalah kaum lelaki. Mereka berasa malu jika
diuruskan oleh jururawat wanita.
Seterusnya, peranan mereka amat penting dalam suasana kerja yang berisiko. Ketahanan
mereka dalam mengawal emosi menyebabkan kehadiran mereka di unit kecemasan dan trauma
amat diperlukan sama ada oleh doktor mahupun pesakit.
Akhir sekali, kehadiran jururawat lelaki menyebabkan beban dalam kalangan jururawat
wanita juga dapat dikurangkan terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengendalian
peralatan perubatan yang bersaiz besar dan berat.

Anda mungkin juga menyukai