Anda di halaman 1dari 12

KERTAS 1

FORMAT BAHAGIAN A

FORMAT KARANGAN BERPANDU

KEPERLUAN SOALAN

1. Karangan berpandukan bahan rangsangan mula diperkenalkan pada tahun 2004


dalam Kertas 1, Bahagian A.

2. Hanya satu soalan dikemukakan dalam bahagian ini dan anda wajib menjawabnya.

3. Sebanyak 30 markah diperuntukkan dan anda dicadangkan untuk menjawab dalam masa 45
minit.

4. Panjang karangan hendaklah antara 200 - 250 patah perkataan.

5. 7 jenis bahan rangsangan yang boleh dikemukakan untuk aspek karangan berpandu iaitu:

 gambar (foto/ilustrasi)

 gambar rajah
 ilustrasi kartun

 pelan

 iklan

 petikan

 catatan
TEKNIK MENJAWAB

Penulisan Karangan

 Bagi karangan Bahagian A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250
patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250
patah kata tidak akan dibaca. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.

 Teknik penulisan karangan berpandu yang saya cadangkan ialah pendahuluan 30 patah
perkataan,setiap isi 60 patah perkataan, (3 isi berjumlah 180 patah
perkataan) dan kesimpulan 30 patah perkataan.

 Jumlah besar ialah 240 patah kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat
penting. Pemerenggan sangat penting.

 Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang
diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau
cemerlang.

 Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi


peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat
memetik kata-kata pemimpin atau kaitan dengan surat khabar atau televisyen lebih baik
kerana anda peka dengan isu-isu semasa.

 Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.

Pembahagian masa

· Masa yang dicadangakan bagi Bahagian A ini ialah 45 minit.

· Pembahagian masa yang sangat efektif penting agar anda tidak terlebih masa yang
diperuntukkan. Oleh itu, saya mencadangkan agar pembahagian masa adalah seperti berikut:

Strategi Masa yang dicadangkan

Melihat bahan ransangan/memahami tema 5 minit


dan tugasan soalan

Merangka isi 5 minit

Menulis karangan 30 minit

Menyemak 5 minit
PENILAIAN

Ciri-ciri Karangan Yang Baik

 Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas.

 Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema dan sebaik-baiknya isi tersirat.

 Perenggan mesti kemas dan sesuai.

 Satu perenggan, satu isi dengan huraian isi serta contoh.

 Perenggan dan isi mesti berkaitan dengan yang sebelumnya.

 Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami.

 Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan.

 Gunakan peribahasa, cogan kata atau ungkapan yang menarik.

 Gunakan penanda wacana yang sesuai.

 Isi diolah dengan baik untuk menunjukkan kematangan.

 Mesti mengelakkan penggunaan bahasa pasar.

 Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.

Aspek-aspek Yang Dinilai

· Karangan menepati tema bahan rangsangan.

· Mempunyai isi-isi penting yang cukup, relevan dan tersusun.

· Ejaan dan tanda baca betul.

· Bahasa yang gramatis dan bervariasi.

· Kosa kata luas dan tepat.

· Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.

· Tulisan yang jelas.

· Pemerengganan.

· Kesantunan bahasa.
Kelemahan Calon

· Pengenalan tidak menarik.

· Isi tidak menepati tema.

· Isi tidak dihuraikan.

· Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.

· Perenggan tidak seimbang.

· Banyak kesalahan ejaan.

· Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.

· Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.

· Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.

· Isi yang diulang-ulang.

· Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja.

· Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada


FORMAT BAHAGIAN B

KARANGAN UMUM

Keperluan soalan

1. Lima soalan dikemukakan dan anda perlu menjawab satu soalan sahaja.

2. Sebanyak 100 markah diperuntukkan untuk karangan Bahagian B.

3. Anda perlu menjawab soalan ini dalam masa yang dicadangkan iaitu satu jam setengah / 90
minit.

4. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.

5. Terdapat dua bentuk soalan yang disoal iaitu karangan berformat dan karangan tidak
berformat.

6. Antara jenis karangan berformat ialah :

 surat rasmi surat tidak rasmi

 laporan minit mesyuarat

 berita rencana

 dialog/wawancara/forum ucapan/syarahan/ceramah/taklimat

 ulasan buku/resensi

7. Antara karangan tidak berformat pula ialah :

 gambaran/keperihalan

 cereka/imaginasi

 fakta

 pendapat/perbincangan

 perbahasan

 peribahasa/cogan kata

 kesusasteraan

8. Terdapat lima dimensi yang diambil kira dalam penyediaan soalan bagi Bahagian B iaitu :

 diri sendiri

 keluarga

 masyarakat/negara

 antarabangsa

 kesusasteraan
TEKNIK MENJAWAB

Penulisan karangan

· Bagi karangan Bahagian B, anda perlu menulis karangan anda melebihi 350 patah perkataan

· Bagi memastikan karangan anda pada tahap cemerlang, pastikan karangan anda
mempunyai tujuh perenggan atau melebihi tiga muka surat.

Saya mencadangkan anda menulis perenggan pendahuluan dalam anggaran 70 patah perkataan, isi
dalam anggaran 80 patah perkataan (80 X 5 isi = 400) dan penutup dalam anggaran 70 patah
perkataan.

· Jadi, jumlah keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak
arahan soalan.

Formula penulisan karangan

PENDAHULUAN ( anggaran 70 patah perkataan )

Pendahuluan = PU/DEFINISI + AH + AC + AA

Penyataan Umum (PU) / Definisi

· Terdiri daripada satu ayat sahaja.

· Ditulis berdasarkan tajuk.

Ayat Huraian (AH)

· Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.

· AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.

· AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat / negara


(bergantung kepada dimensi soalan).

· AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W 1H 1I /


MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

Ayat Contoh (AC)

· Anda boleh memberikan satu atau melebihi satu contoh.

· Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan
kehendak soalan.
Ayat Arah (AA)

· Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum.

· Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan.

· Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti
anda.

Peringatan :

· Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci dan fokus arahan.

· Jangan sesekali memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan.

· Tidak perlu menyatakan isi utama dalam ayat arah.

ISI ( anggaran 80 patah perkataan X 5 ISI = 400 patah perkataan )

Isi = AT + AH + AC + AP

Ayat Topik (AT)

· Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.

· Ditulis pada permulaan ayat.

· Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.

Ayat Huraian (AH)

· Terdiri daripada satu hingga lima ayat.

· Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa,


Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

· Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara


menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Ayat Contoh (AC)

· Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.

· Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan
kehendak soalan.

· Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.


Ayat Penegas (AP)

· Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.

· AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan


maksud yang sama dengan AT.

Peringatan :

· Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

· Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.

· Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai mengulang isi).

PENUTUP ( anggaran 70 patah perkataan )

Penutup = AK + AC + AH

Ayat Kesimpulan (AK)

· Terdiri daripada satu hingga dua ayat .

· Merumuskan keseluruhan karangan.

· Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).

Ayat Cadangan (AC)

· Terdiri daripada satu hingga dua ayat.

· Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.

· Tidak memerlukan huraian panjang.

Ayat Harapan (AH)

· Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha
menangani isu yang dibincangkan.

· Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.

· Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.


Peringatan :

· Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.

· Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.

· Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.

Kelebihan menggunakan formula dalam aktiviti mengarang

1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.

2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.

3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.

4. Perenggan yang seimbang dan sekata.

5. Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.

Contoh penulisan menggunakan formula

FOKUS ARAHAN : LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

PENDAHULUAN = PU + AH + AC + AA

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk


melambangkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia (PU).
Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti
bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama
Malaysia (AH). Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu'
yang disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan gagasan
1Malaysia (AC). Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu diimplementasikan demi
memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat? (AA)

(67 patah perkataan)


ISI = AT + AH + AC + AP

Langkah pragmatik yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi di
semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda (AT). Mutakhir ini,
jabatan-jabatan kerajaan lebih cenderung memilih bahasa Inggeris yang dianggap
berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat
mereka (AH) tamsilnya dalam mesyuarat yang diadakan (AC). Sifat nafsi yang
menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana
mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran
mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga seterusnya memartabatkan bahasa
Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.

(82 patah perkataan)

PENUTUP = AK + AC + AH

Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meledakkan darjat


bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status
utamanya sebagai bahasa kebangsaan (AK). Janganlah kita menjadi manusia yang
khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya
menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah
Melayu ada menyebut, “yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa” (AC). Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang
nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas' (AH).

(73 patah perkataan)

Pembahagian masa

· Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 90 minit.

· Peruntukkan masa yang saya cadangkan adalah seperti berikut:

Strategi Masa yang dicadangkan

Membaca dan memahami arahan soalan 5 minit

Menyediakan rangka karangan 10 minit

Mengarang 55 minit

Menyemak 10 minit

Menyemak dan menyusun jawapan 10 minit

Jumlah masa 90 minit


PENILAIAN

Ciri-ciri Karangan Cemerlang

Sesebuah karangan yang cemerlang harus memenuhi kriteria-kriteria yang berikut :

· Sekurangnya-kurangnya menuis dua ungkapan menarik seperti peribahasa, hadis, cogan kata,
kata-kata orang ternama, pantun dan seumpamanya.

· Sekurang-kurangnya terdapat dua variasi ayat seperti ayat tanya, ayat majuk, ayat aktif, ayat
pasif dan seumpamanya.

· Sekurang-kurangnya terdapat dua kosa kata berdarjat tinggi seperti macapada ini, anjakan
paradigma, menggembleng sinergi dan sebagainya.

· Karangan mesti ditulis berselang sebaris antara perenggan.

· Lima perenggan isi mesti terdiri daripada isi pokok, huraian, contoh dan penegas.

· Setiap ayat yang ditulis mesti mempunyai subjek dan predikat yang lengkap.Tulisan kemas,
bersih dan selesa dipandang.

Aspek yang Dinilai

· Pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.

· Pelbagai ayat majmuk yang gramatis.

· Laras bahasa sesuai.

· Kosa kata luas dan tepat.

· Idea relevan, huraian jelas dan matang, contoh yang sesuai.

· Pengolahan menarik dan berkesan, pemerengganan sesuai danseimbang.

· Wacana lengkap, ada kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

· Unsur bahasa bervariasi.

· Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan menarik seperti
peribahasa dan sebagainya.

Kelemahan Calon

· Gagal mengarang mengikut jumlah kata yang dikehendaki.

· Mampu menulis tujuh perenggan tetapi setiap perenggan tidak seimbang.

· Calon menggunakan peribahasa yang tidak sesuai.

· Kosa kata yang digunakan terhad / umum.

· Memulakan ayat dengan salah – menggunakan itu / ini

· Idea tidak menunjukkan kematangan calon.

· Menghuraikan dua isi dalam perenggan yang sama atau satu isi dalam dua perenggan.

· Calon terlupa menulis ayat penegas/kesimpulan dalam setiap perenggan.

Anda mungkin juga menyukai