Anda di halaman 1dari 3

Pantun Peribahasa

Maksud

Maksud Pantun Peribahasa

R1: Seseorang yang baik, jika di mana-mana pun dia berada akan tetap menjadi baik juga R2: Sesuatu pekara yang kita usahakan pasti diperoleh jika memang telah ditakdirkan menjadi milik kita. R3: Seperti air dalam pembentung yang berkumpulan, manusia juga perlu bersatu dalam melakukan sesuatu.

Bentuk
Terdiri daripada tiga rangkap. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama. Satu rangkap ada empat baris. Empat hingga lima patah perkataan sebaris. Jumlah suku kata adalah antara sembilan hingga 13 suku kata sebaris. Berbentuk terikat atau tidak bebas.

Pengajaran
1.Kita perlu berbuat baik walau di mana-mana agar kita dihormati dan tidak dipandang rendah 2.Kita perlu berusaha dalam mengejar apa-apa yang dicita-citakan dengan bersungguh-sungguh 3.Kita perlu bermuafakat dalam hidup bermasyarakat 4.Jangan bertindak terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkerjaan.

Tema dan Persoalan

Tema pantun ini ialah kelebihan memiliki sifat yang mulia.Antara persoalan yang terdapat dalam pantun ini ialah : 1.Kebaikan orang yang baik budi pekertinya Contoh:Kalau asal benih yang baik. Jatuh ke laut menjadi pulau

2.Kesabaran dan keyakinan terhadap apa-apa yang diusahakan. Contoh: Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabut nampaklarh dia 3.Bermuafakat dan bersatu padu dalam melakukan sesuatu Contoh :Bulat air kerana pembentung Bulat manusia kerana muafakat

Gaya Bahasa

1.Perlambangan Contoh:Cita-cita yang dikejar diberi perlambangan gunung manakala kabut ialah perlambangan bagi halangan atau dugaan 2.Repetisi Contoh:Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat 3.Peribahasa Contoh:Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabus nampaklah dia 4.Imej Alam Contoh:laut,angin,gunung dan air

Unsur bunyi
Asonansi(perulangan bunyi vocal)

Jatuh ke laut menjadi pulau Aliterasi(perulangan bunyi konsonan)

Menahan taut sambil mengilau Rima akhir(a,b,a,b)

Hendak layari perahu payar, Angin berpuput di Laut India, Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabut nampaklah dia. Jeda(hentian sekejap pada bahagian2 tertentu)

Buat bangsal/di Pulau Daik, Menahan taut/ sambil mengilau, Kalau asal/benih yang baik, Jatuh ke laut/menjadi pulau.

Nilai 1.Berbudi bahasa-mementingkan budi bahasa walau di mana-mana 2.Kesabaran-sabar dan tabah dalam mengejar cita-cita 3.Bermuafakat-permuafakatan penting dalam melakukan sesuatu perkara 4.Kegigihan-berusaha dan berikhtiar untuk mencapai cita-cita

Anda mungkin juga menyukai