Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN KARAOKE AWESOME TALENT

2018

1.0 PENDAHULUAN

Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan minda amat sesuai sebagai satu pilihan dalam

aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama pada masa kini memandangkan gejala

sosial berleluasa khususnya dalam kalangan generasi muda. Selain itu juga, pertandingan
ini dapat mencungkil bakat-bakat yang luar biasa dalam kalangan orang dewasa. Muzik
dapat memberikan penekanan ke arah pembentukan kualiti dan jati diri serta sahsiah murid
merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual serta nilai sosialisasi, estetika dan
etika.

Dalam pada itu, muzik juga berperanan sebagai pendorong dalam menggerakkan minda

untuk berfikir secara lebih aktif ke arah perkembangan kendiri serta penglibatan dalam

aktiviti muzikal yang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Selain itu, minat dan

bakat peserta dapat dicungkil serta diketengahkan melalui muzik sekali gus dapat membina

dan menerapkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran hidup pada masa akan datang.

2.0 LATAR BELAKANG

Nyanyian adalah salah satu elemen muzik yang telah diperkenalkan di seluruh Negara dan

pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kini nyanyian telah dikemaskini

menjadi sebahagian kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pendidik dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran agar suasana pengajaran menjadi lebih menarik.

3.0 MATLAMAT

3.1 Membentuk disiplin peserta dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke

arah pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

3.2 Menampilkan bakat dan minat peserta dalam seni nyanyian.


4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik.

4.2 Memperkembangkan bakat individu.

4.3 Pencarian penyanyi berbilang kaum yang mampu menyanyikan lagu berbahasa Melayu.
dengan baik direalisasikan dan dizahirkan dengan mengadakan pertandingan ini.

4.4 Disamping itu, pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru yang
terpendam dikalangan peserta rakyat Malaysia.

4.5 Mewujudkan persaingan yang sihat dalam bidang hiburan dan mengeratkan perpaduan
dikalangan peserta.

5.0 JENIS PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan Karaoke Bintang Kecil ( Umur 7 – 12 tahun)

5.2 Pertandingan Karaoke Kategori terbuka (13 -45 tahun)

5.3 Pertandingan Karaoke Kategori Otai (45 tahun ke atas)

6.0 PENYERTAAN

6.1 Pertandingan ini terbuka kepada kepada semua warga di seluruh Bintulu.

6.3 Setiap peserta perlu menyanyi sebuah lagu pilihan masing-masing sahaja (Berentak
Balada)

7.0 JENIS LAGU

7.1 Lagu Tema Balada.

8.0 PERSEMBAHAN

8.1 Setiap peserta akan mempersembahkan sebuah lagu sahaja.

8.2 Lagu mestilah disampaikan dengan iringan muzik dan CD secara ‘Minus One’.

8.3 Pilihan lagu mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat/kaum.


8.4 Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pilihan lagu dan tidak mencolok mata.

8.5 Ketua Hakim akan menentukan sama ada peserta dibenarkan membuat persembahan

ulangan jika berlaku kerosakan teknikal pada CD atau pemain CD.

8.6 CD hendaklah diserahkan kepada urusetia semasa pendaftaran.

8.7 Peserta tidak dibenarkan menggunakan khidmat penari atau bantuan prop.

9.0 MASA

9.1 Setiap persembahan nyanyian tidak boleh melebihi 5 minit.

10.0 PEMARKAHAN

10.1 Pic (ketepatan suara) – 30 markah.

10.2 Ton (mutu suara) – 30 markah.

10.3 Dinamik (ansur kuat / perlahan) – 10 markah.

10.4 Tempo (ketepatan mengikut rentak) – 10 markah.

10.5 Attack / Release (mula dan akhir rangkai lagu) – 10 markah.

10.6 Sebutan (suara dan senikata jelas) – 5 markah.

10.7 Keterampilan (keyakinan, kostum dan penguasaan pentas) – 5 markah.

11.0 PEMENANG

11.1 Akan ditentukan oleh Juri dan keputusan di tangan Ketua Juri.

11.2 Keputusan adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai