Anda di halaman 1dari 1

10 SEP 2021 - BM Pemahaman

1. Apakah maksud rangkai kata " palitan kecantikan"? 2 m

Sapuan kemolekan.

2. Nyatakan empat kemahiran yang diperlukan utk menjadi seorang jurusolek yang baik? 4 m
- Arif dan mahir untuk mengendalikan alat solek dan produk
- Mengetahui fungsi dan kesesuaian produk terhadap solekan yang akan dilakukan
- Pengetahuan tentang bahan-bahan yang terkandung di dalam produk solekan
- Arif tentang trend solekan
- Mahir dalam penghasilan pelbagai jenis solekan
3. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang jurusolek kesan khas? 4 m
- Latar belakang pendidikan dalam bidang kosmetologi
- Pendidikan dalam penghasilan bahan seperti getah dan darah palsu yang akan
digunakan untuk membuat prostetik
- Perlu bersabar dan bertenang semasa bersolek kerana solekan kesan khas
memerlukan masa yang panjang agar kehasilan optimum terjamin.
4. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi dalam kerjaya jurusolek? 2 m

Prejudis daripada masyarakat bahawa kerjaya jurusolek hanya untuk golongan wanita.
Selain itu, masyarakat memandang rendah kerjaya jurusolek dan berpendapat bahawa
kerjaya tersebut tidak setanding dengan bidang profesional lain seperti doktor dan
peguam.

5. Jelaskan keunikan kerjaya sebagai seorang jurusolek profesional berdasarkan pembacaan


dan pemerhatian anda. 2 m

Jurusolek menyerupai seorang pelukis yang menjadikan muka atau keseluruhan badan
manusia sebagai medium. Selain itu, jurusolek sentiasa mempunyai sentuhan atau
perjumpaan dengan sesetengah selebriti.

Anda mungkin juga menyukai