Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

BI PERKARA MUKASURAT
L
1. PENGHARGAAN 1

2. PENGENALAN 2-3
- mengenal pasti profesion yang dipilih
- satu kerjaya dalam bidang kosmetologi
- menjelaskan 5 tugas profesion tersebut
3. MENGENAL PASTI 10 CIRI ETIKA KERJA 4-6

4. MENERANGKAN 5 KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA 7-8


PROFESION YANG DIPILIH

5. KESIMPULAN 9

6. LAMPIRAN 10-13

7. RUJUKAN 14

0
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa


tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


saya, Puan Aisyah Bin Mohmed kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan folio ini. Mereka telah memberikan saya
segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya erjaya
menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan folio ini.Terima kasih.

1
PENGENALAN

Profesion ialah pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran tertentu


manakala Profesional ialah seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa
mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya, serta memberi perkhidmatan yang
berkualiti. Profesionalisme pula ialah seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa
mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya, serta memberi perkhidmatan yang berkualiti

Profesion juga boleh dilihat melalui pendekatan Sosio-ekonomi. Mengikut Friedson


(1986), status profesion ditentukan oleh pemerintah atau masyarakat. Profesionalisasi adalah
satu proses di mana pengeluar sesuatu perkhidmatan membentuk dan mengawal pasaran
perkhidmatan mereka. Mana-mana profesion yang telah diiktiraf hanya perlu memastikan
perkhidmatan mereka berkualiti dan memenuhi keperluan masyarakat dengan demikian
profesion tersebut akan mendapat ganjaran status sosial dan ekonomi yang tinggi.

Profesion yang saya pilih adalah pengetahuan menyediakan perkhidmatan yang unik
dan penting, serta mempunyai matlamat. Selain itu, kepakaran dalam memilih produk yang
bersesuaian dengan kulit pelanggan serta kepakaran mengetahui tona kulit untuk memilih
warna yang bersesuian dengan kulit pelanggan.

Kosmetologi merupakan kursus yang mendedahkan pelajar kepada penjagaan dan


rawatan wajah dan anggota badan, pengayaan rambut, seni make-up, refleksiologi serta
amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salun.

Antara peluang kerjayanya ialah jurusolek, jurudandan, penggaya rambut dan perunding imej.
Graduan juga boleh menjadi pengusaha pusat kecantikan dan rawatan, pengusaha spa,
pengusaha salun / pusat dandanan rambut. Laluan pendidikan untuk pelajar kursus ini ialah
universiti awam dan swasta serta politeknik.

2
Satu kerjaya saya dalam bidang kosmetologi ialah jurusolek. Jurusolek merupakan
seseorang yang berkemahiran untuk menyolek wajah orang lain apabila diminta untuk
melakukan solekan dengan perkhidmatan yang menarik. Jurusolek juga bakat seni yang dimiliki
oleh sesorang dalam mengubah imej dan rupa seseorang yang mendapatkan perkhidmatan.
Kerjaya ini mungkin nampak mudah bagi sesetengah orang, tetapi ramai tidak tahu selain bakat
seni, mereka juga perlu mendalami bidang ini dengan ilmu kerana tugas menyolek perlu
mengikut kesesuaian wajah, personality dan warna serta konsep atau tema sesuatu majlis.

Saya akan menjelaskan 5 tugas profesion tersebut iaitu membantu menterjemah idea-
idea kreatif secara visual bagi sesebuah produksi mengikut karektor dan pentarikhan (zaman).
Selain itu, mengenal pasti make up dan penampilan artis bersesuaian dengan sesebuah
produksi teater dan tarian. Disamping itu, membantu dalam latihan solekan bagi jurusolek baru
atau pihak yang meminta bantuan. Seterusnya, menyelenggara peralatan make up dan
membuat rekod inventorinya. Akhir sekali, meyakini pelanggan bahawa solekan yang disolek
amat bersesuaian dengannya.

Contoh ringkasan tugas seorang jurusolek ialah bertanggungjawab dalam membuat


solekan ke atas artis untuk persembahan dan produksi.

3
CIRI ETIKA KERJA

Pemimpin industri dan perniagaan telah mengenalpasti sifat kerja yang perlu diajar oleh pusat
latihan kepada pelatih dan pelatih perlu mengamalkannya untuk menjadi seorang pekerja yang
berdaya maju dan efektif. Antara 10 ciri sifat asas etika kerja adalah ;

Kehadiran. Sebagai jurukecantikan yang profesional, kita perlu hadir kerja tiba atau
balik pada masanya, perlu memaklumkan majikan terlebih dahulu ketidakhadiran dan membuat
tugasan menepati masa yang ditetapkan oleh majikan.

Sifat. Sebagai jurukecantikan yang profesional, kita perlu menunjukkan sifat jujur, setia,
boleh dipercayai, boleh berdikari, berinsiatif, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam
melakukan perkhidmatan terhadap pelanggan.

Kerja sepasukan merupakan ciri yang paling penting setiap individu jurukecantikan.
Sebagai contoh, mampu bekerja dalam pasukan, bekerjasama, menunjukkan sikap baik pada
pelanggan, cenderung untuk menambah ilmu pada setiap masa, dan beradat / sopan.

Penampilan amat penting sebagai jurukecantikan professional semasa melakukan


perkhidmatan pada pelanggan untuk meyakini pelanggan bahawa kita mempunyai kemahiran
dalam kecantikan.

4
Sikap. Sebagai jurukecantikan yang professional kita hendaklah menunjukkan sikap
positif terhadap pelanggan, melahirkan keyakinan dalam diri semasa berdepan dengan
pelanggan, dan mempunyai tanggapan diri yang realistik.

Produktiviti merupakan perkara penting yang perlu jurukecantikan mengetahui, iaitu


akur dengan amalan keselamatan, menjaga bahan atau peralatan spa, menjaga tempat
rawatan supaya sentiasa kemas dan bersih dan mengikut arahan dan prosedur rawatan yang
dilakukan dengan selamat.

Kemahiran organisasi ialah kemahiran di dalam pengurusan personal, pengurusan


masa seperti melakukan rawatan sauna (30minit), keutamaan kerja fleksibiliti, pengurusan
tekanan dan bersedia untuk berubah.

Jurukecantikan professional hendaklah mahir dalam komunikasi dalam mempamerkan


kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan untuk memudahkan sesuatu perkara.

Sikap kerjasama dalam sesuatu pekerjaan amat penting bagi setiap individu pekerja spa.
Sebagai contoh, mempamerkan kepimpinan, mengendalikan krisis dan aduan dengan
berkesan, berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah, menjaga hubungan di antara penyelia
dengan pekerja bawahannya dan mengikut aliran carta organisasi.

Jurukecantikan professional hendaklah memiliki rasa hormat seperti menghormati


kepada hak orang lain, berurusan dengan baik tanpa mengira perbezaan budaya atau kaum
dan tidak terlibat dengan sebarang bentuk kekerasan.

5
Akhlak merupakan teras pembentukan etika jurusolek professional. Akhlak mulia yang
dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti
individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan tinggi dan kemudiannya
menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya
mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja. Banyak
contoh yang dapat kita lihat dalam pentadbiran negara kita sendiri di mana ahli-ahli politik yang
mengamalkan rasuah dan tidak kurangnya juga yang menerima rasuah untuk meluluskan
sesuatu projek. Malahan suatu gejala Poltik Wang pernah menggemparkan sebuah gergasi
politik di negara kita.

6
KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA PROFESION

Antara kepentingan etika dalam kerja ialah;

• Individu

Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan perasaan.Individu


yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana beliau
memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji. Masyarakat mengiktirafnya sebagai orang
yang berbudi tinggi.

• Keluarga

Etika memainkan peranan yang penting dalam pembentukan keluarga yang beretika
Ikatan yang erat berdasarkan etika kekeluargaan yang sedemikian dapat mewujudkan
keharmonian. Oleh yang demikian,keamanan dan keakraban rumah tangga dapat menjamin
keutuhan keluarga.

• Organisasi

Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi. Ia dapat memelihara


nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan
masing-masing.Ia juga dapat memantapkan kestabilan,seterusnya mempertingkatkan
produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin perkembangan yang
berterusan.

7
• Masyarakat

Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia dapat
memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang berterusan. Masyarakat yang beretika
juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial
seperti pembuangan bayi, rompakan, penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.

8
KESIMPULAN

Kesimpulan yang saya dapati dalam tugasan ini adalah saya dapat mengenal pasti
profesion yang saya pilih. Selain itu, saya dapat mengetahui satu kerjaya dalam bidang
kosmetologi.

Disamping itu, saya juga dapat menjelaskan tugas profesion dan dapat mengenal pasti
ciri etika kerja. Seterusnya, saya dapat menerangkan kebaikan mematuhi etika profesion yang
saya pilih dalam bidang kosmetologi.

Saya juga dapat membezakan definisi profesion dan professional seseorang dalam
bidang yang saya pelajari.

Selain itu, saya dapat menerangkan langkah langkah jurusolek melakukan perkhidmatan
solekan terhadap pelanggan.

9
LAMPIRAN

Jurusolek perlu menyediakan tempat meletakkan alat solek di atas meja yang berlapik supaya
bahan dan alatan bersih dan selamat digunakan untuk pelanggan.

Jurusolek perlu menyusun alat solek diatas troli supaya tempat sentiasa kemas dan teratur
semasa melakukan perkhidmatan.

10
Jurusolek perlu memakaikan ben rambut untuk menghalang daripada terkena rambut dan
memakaikan cape makeup supaya baju pelanggan tidak terkena pada kekotoran.

Jurusolek melakukan perkhidmatan solekan kepada pelanggan dengan berhati-hati untuk


mendapatkan hasil yang menarik.

11
Jurusolek memakaikan gincu kepada pelanggan untuk menaikkan seri wajah pelanggan supaya
tidak nampak pucat.

Selain melakukan perkhidmatan solekan, jurusolek professional juga boleh membuat kelas
latihan atau kelas belajar solekan kepada orang ramai

12
Contoh kelas solekan iklan yang jurusolek professional boleh iklankan di media sosial,
membuat banner dan sebagainya.

13
RUJUKAN

 http://etikakerjamengikutislam.blogspot.com/2016/01/kesimpulan.html
 https://forum-malaikatkomputer.blogspot.com/2011/09/sikap-dan-etika-kerja-
profesional.html
 https://www.bondezaidalifah.com/2018/02/maksud-kursus-kosmetologi.html
 https://www.hmetro.com.my/m/2017/08/252604/prospek-besar-kerjaya-jurusolek
 https://www.scribd.com/doc/103981807/Definisi-Profesion

14

Anda mungkin juga menyukai