Anda di halaman 1dari 11

KAJIAN KES(TEORI ETIKA)

NAMA: MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZUHAIRI


KELAS: 1 DVM DKB
NO IC: 041013-06-0127
KURSUS: ETIKA PROFESIONAL
NAMA PENSYARAH: PUAN MASURIYA BINTI SHAMSUDIN

Page | 1
ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK BIL/MUKASURAT

1. ISI KANDUNGAN 2

2. PENGENALAN 3

3. LIMA ISU DISIPLIN KERJA 4-5

4. LIMA FAKTOR DISIPLIN KERJA 6

5. HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN 7

6. PENYELESAIAN MASALAH 8

7. REFLEKSI 9

8. RUJUKAN 10

9. LAMPIRAN 11

PENGENALAN

Page | 2
Kemahiran pekerja yang baik memainkan peranan yang penting dalam sesebuah
organisasi.Namun,perkembangan kemahiran pekerjaan sahaja tidak
mencukupi.Tidak kurang pentingnya penekanan yang seimbang diberikan kepada
penerapan dan pengambilan nilai-nilai positif serta beretika.Pekerja-pekerja yang
tidak memperaktikan nilai-nilai kerja yang cemerlang,memberikan kesan yang yang
merugikan organisasi masing-masing.Justeru itu,setiap pekerja perlu mencapai
perkhidmatan yang cemerlang dengan berazam bagi meningkatkan mutu kerja
mereka secara berkerja dengan penuh tanggungjawab,berusaha mengikis sikap
mementingkan diri,berkhidmat dengan penuh kemesraan,berkerjasama
membanteras kelemahan dan berpegang kepada ajaran islam.

Selain itu,etika juga adalah sebahagian daripada bidang falsafah yang berkaitan
dengan kehidupan yang baik,menjadi orang baik,melakukan perkara yang
betul,dapat bergaul dengan orang lain dan memerlukan perkara yang betul dalam
hidup.Ia juga dikatakan ilmu yang membincangkan berkenaan teori tingkah laku
manusia yang dipandang daripada sudut baik dan buruk yang dapat ditentukan oleh
akal manusia.Etika mempunyai tanggungjawab menganalisis,menilai dan
mengembangkan norma-norma,kriteria-kriteria moral bagi menyelesaikan masalah-
masalah moral.Ia juga adalah teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah-hujah dan
tujuan yang diarahkan kepada makna sesuatu tindakan.Ia juga dikenali sebagai
falsafah moral yang tidak berkaitan dengan fakta ataupun fizikal manusia tetapi
sebagai falsafah nilai yang mengambil kira tindakan ataupun tingkah laku.

Selain itu juga,etika bermaksud suatu ukuran dan piawaian yang digunakan bagi
membezakan kelakuan seseorang sama ada baik ataupun buruk.Perkataan etika
juga berasal daripada perkataan Yunani ethos yang membawa maksud
perangai.Dalam perkataan Latin pula,etika etika dikenali sebagai mores yang
bermaksud moral ataupun perangai.Ia juga didefinisikan sebagai adat atau
kebiasaan.Moral lebih sesuai dengan idea-idea umum bagi diterima pakai dalam
tindakan manusia.Persoalan itu mencakupi perbuatan yang baik dan wajar
berhubung dengan etika.Manakala etika lebih bersifat teori bagi menyelidik,memikir
dan mempertimbangkan perkara yang baik dan buruk.Tegasnya,etika memandang
kelakuan dan perbuatan manusia secara universal.Sedangkan moral pula dibentuk
oleh etika yang lahir dengan kelahiran manusia.

Page | 3
LIMA ISU DISIPLIN PEKERJA
1.GANGGUAN SEKSUAL
Masalah gangguan seksual di
kalangan pekerja bukanlah satu isu
kecil yang boleh dipandang ringan.
Sekiranya ada pekerja yang mengadu
tentang isu gangguan seksual,
sebagai pihak yang berautoriti anda
perlu menyiasat dengan segera.
Gangguan seksual bukan sahaja
membabitkan perbuatan meraba atau
mencabul, malah kata-kata bersifat
lucah juga dianggap sebagai
gangguan seksual. Ramai yang
melakukannya tanpa sedar.

2. SELALU DATANG LEWAT KE TEMPAT


KERJA
Selain tidak datang bekerja, selalu datang
lewat ke pejabat juga adalah satu lagi isu
disiplin pekerja yang biasa berlaku. Ada
sahaja alasan yang akan diberikan sama
ada Kesesakan lalu lintas,Keretapi tidak
berjalan pada masanya,Hujan,Anak tidak
sihat dan Kereta rosak.

3. RASUAH
Penerimaan atau pemberian suapan
sebagai upah atau dorongan untuk
seseorang individu kerana melakukan atau
tidak melakukan sesuatu perbuatan yang
berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan
terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi,
perkhidmatan, jawatan, upah,
diskaun.Sebagai contoh, seorang kontraktor
telah menghadiahkan seutas jam tangan
kepada seorang pegawai kerajaan kerana
telah meluluskan projek kepada syarikat
milik kontraktor berkenaan.

Page | 4
4. CURI TULANG SEMASA BEKERJA
Isu disiplin pekerja yang seterusnya
ialah masalah curi tulang semasa
bekerja. Ada pekerja yang curi-curi
untuk tidur apabila tidak diperhatikan.
Ada yang minum pagi atau keluar
makan tengah hari bukan pada
waktunya atau mengambil masa yang
terlalu lama. Ada juga pekerja yang
mengambil kesempatan untuk keluar
membeli-belah semasa bekerja apabila
boss tiada. Pekerja yang kaki bermain
game pula mungkin menghabiskan
masa di pejabat untuk bermain game
secara online. Kesemua perbuatan
mencuri tulang semasa bekerja ini akan
merugikan syarikat.

5. BERSKANDAL SESAMA RAKAN SEKERJA


Isu skandal bukan sahaja akan
menjejaskan nama baik pekerja
tersebut malah akan menjejaskan
prestasi dan kualiti kerja pekerja
yang terbabit.Sebagai majikan atau
Jabatan Sumber Manusia, adalah
menjadi tanggung jawab anda untuk
membanteras masalah skandal di
pejabat sebelum menjadi semakin
serius. Jangan sampai pejabat anda
menjadi sarang maksiat dan
digunakan untuk membuat dosa.

Page | 5
LIMA FAKTOR DISIPLIN KERJA

1.MASALAH PERIBADI
Selain itu juga, masalah peribadi ini juga berpunca dari sikap pekerja itu
sendiri.Sikap malas untuk bekerja mendorong mereka untuk ponteng. Apabila sikap
negative wujud dalam diri, pekerja cenderung untuk menunjukkan potensi dan
prestasi kerja yang kurang memberangsangkan. Mereka menjadi tidak bermotivasi
dan tidak bersungguh – sungguh dalam melaksanakan tugas mereka. Pekerja
sebegini biasanya terpaksa memilih kerja yang ada untuk menyara hidup
disebabkan oleh kesukaran mendapat kerjayang diidamkan serta bagi mengelakka
daripada menggangur. Malah gaji yang rendah juga boleh menyumbang kepada
masalah ini. Mereka berpendapatan gaji yang diperoleh adalah cukup untuk makan
dan perbelanjaan harian dan tidak mendapat beri kemewahan kepada ahli keluarga.
2.TEKANAN
Pekerja terpaksa memikirkan jalan penyelesaian berkatan hal rumah tangga
walaupun mereka sudah dibebani dengan masalah di tempat kerja. Hal ini bukan
sahaja boleh menggangu emosi malah mereka mungkin mengalami ganggunan
mental.Di samping itu juga, kelewatan ke tempat ke tempat kerja akibat
terperangkap dalam lalu lintas mendorong pekerja untuk tidak hadir ke pejabar. Ini
kerana mereka tetap dikenakan tindakan disiplin walaupun memberi alasan yang
jujur.
3.MEMPUNYAI PENAMPILAN YANG TIDAK TERURUS DAN TIDAK KEMAS.
Di samping itu juga sebagai pekerja yang bagus mahupun dipandang tinggi,tetapi
sekiranya pakaianya tidak mengikut skema pakaian mahupun pakaiannya tidak
terurus. Pekerja di sekelilingnya akan memandang serong atau mereka akan cuba
untuk menjauhikan diri dari pekerja yang seperti itu.
4.TIDAK MEMPUNYAI MASA TIDUR YANG CUKUP
Pekerja yang tidak mempunyai masa tidur yang cukup kerana bekerja lebih masa
dan akibat terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang terdekat.
Oleh itu, pekerja perlu berkerja lebih masa atas alasan untuk menyiapkan tugasan
tersebut.Selain itu juga, apabila mereka balik selepas waktu kerja, keadaan lalu
lintas yang pesatoleh kerana semua orang ingin pulang ke pangkuan keluarga
masing – masing dan mengakibatkan mereka sampai ke rumah lambat.
5.MEMPUNYAI RASA MENGINGINKAN SESUATU BARANGAN YANG BUKAN
HAK MILIK SENDIRI.
Mempunyai perasaan yang ingin memiliki barangan yang bukan hal milik mereka
sendiri kerana mereka tidak mempunyai barangan tersebut. Oleh sebab perasaan
mereka yang menginginkan sesuatu barangan itu, contohnya,mereka mahu mencuri
barangan syarikat untuk kegunaan sendiri.

Page | 6
HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN

TEORI KEPERIBADIAN MULIA


Teori keperibadian mulia ini menitikberatkan perbuatan atau perlakuan manusia dari
segi falsafah moral iaitu mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai. Sebagai
contoh seorang pekerja yang jujur dalam segala perbuatannya ketika bekerja dan
keikhlasan nya dalam membantu para pekerja lain.
TEORI HAK ASASI
Teori ini adalah berkonsepkan hak asasi manusia yang menyatakan bahawa
tanggungjawabitu perlu dilaksanakan kerana setiap orang mempunyai hak yang
masing – masing. Selain itu,hak negatif yang mana seseorang itu bertanggungjawab
untuk tidak mengganggu kehidupan orang lain, hal ini dikatakan beliau hanya
melihat aspek sesuatu keadaan yang menghalang individu mencampuri urusan
orang lain. Sebagai contoh, seorang pekerja yang mempunyai hak asasi untuk
mendapatkan gajinya dari majikan.
TEORI WAJIBAN
Teori wajiban juga merupakan satu teori etika yang berlandaskan prinsip moral dan
kewajipan moral. Selain itu kita sebagai manusia mempunyai suatu kewajipan yang
sepatutnya dilakukan. Di samping itu, manusia beribadah kepada tuhan kerana ia
merupakan kewajipan manusia untuk menyembah tuhannya, kerana perbuatan
tersebut akan mendapat pahala. Sebagai contoh, seorang pekerja yang mempunyai
masa rehatnya dengan menunaikan fardhu solat zohor.

Page | 7
PENYELESAIAN MASALAH

1. LAKUKAN PEMANTAUAN TERHADAP PEKERJA ANDA.


Walau sesibuk manapun tugas anda sebagai ketua pejabat, luangkan masa untuk
selalu berjumpa pekerja-pekerja anda tidak kira pekerja yang bermasalah dan tidak
bermasalahdengan berkomunikasi dengan mereka, supaya jurang antara bos
dengan pekerja dapatdikurangkan dan pekerja selesa untuk berkongsi
permasalahan mereka. Hal ini kerana,keadaan ini akan mewujudkan suasana yang
sihat dalam sesebuah organisasi tersebut.
2. MEMBERIKAN KAUNSELING
Memberi khidmat kaunseling berbentuk pencegahan, perkembangan pemulihan dan
krisis serta intervensi dalam meningkatkan akademik, pembangunan diri, sahsiah
serta kerjaya diri sendiri. Memberi kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan
mempertingkatkan prestasi serta motivasi pekerja untuk bekerja dengan baik.
3. MEMBUAT PENILAIAN PRETASI PEKERJA(PPP)
Tingkat pelaksanaan tugas yang dapat dicapai oleh seseorang, unit atau divisi
dengan menggunakan kemampuan yang ada dan batasan-batasan yang telah
ditetapkan untuk mencapai tujuan organisasi. Proses melalui organisasi-organisasi
mengevaluasi atau menilai prestasi kerja .
4. CERAMAH MOTIVASI
penganjuran program atau ceramah motivasi adalah ia membuka mata dan minda
tentang kepentingan motivasi diri.Jika mempunyai kemahuan dan disertakan dengan
motivasi, pekerja pasti dapat melakukan kerja walau apa jua rintangan yang datang.
5. KURSUS KEPIMPINAN
Meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai perkembangan terkini dan
perubahan persekitaran.Mendapat pendedahan dan peluang berinteraksi untuk
memahami isu-isu semasa.Mengeratkan jaringan kerjasama atau ‘networking’ dalam
kalangan peserta dengan agensi atau pakar berkaitan.

Page | 8
REFLEKSI
Secara kesimpulannya, pekerja yang menunjukkan kelakuan bermasalah tidaklah
begitu ramai dalam sesebuah organisasi. Namun oleh itu, pekerja tersebut
perlulahberubah cara tersebut kerana telah melanggar peraturan yang telah
ditetapkan oleh sesebuah syarikat itu. Selain itu juga kita haruslah bijak dalam
menguruskan masa dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh ketua.
Kita hendaklah tidak membazirkan masa pada perkara yang tidak berfaedah seperti
melepak mahupun makan gaji buta. Disamping itu, kita mestilah menghantar hasil
kerja yang telah kita siap pada waktu yangtelah ditetapkan kerana ini dapat
memudahkan kerja kita. Akhir sekali, kita semestilah berpakaian kemas dan bersih
ketika hendak pergi ke tempat kerja, kerana pakaian itu melambangkan personality
diri kita yang sebenar.
Selain itu, seseorang pekerja hendaklah jujur dalam melaksanakan tugas
seperti memberikan maklumat yang tepat dan jujur dalam setiap tugas yang
dilaksanakan. Hal ini perlu dalam menjalankan tugas kerana ia tidak akan
menimbulkan rasa syak wasangka oleh mana-mana pihak kepada pekerja
sekiranya berlaku ketirisan dalam sesebuah urusan. Jika seseorang pekerja
didapati menipu dalam tugas, tindakan tratatertib akan diambil seperti
diberhentikan kerja atau diturunkan pangkat dan sebagainya. Perkara ini sangat
penting buat pengetahuan pekerja supaya isu yang dinyatakan tidak berlaku
dan dapat ditangani dengan bijak dan berkesan.
Seterusnya, sebagai seorang pengurus mereka perlulah adil dan saksama
dalam menilai pekerja mereka. Hal ini bermaksud setiap pengurus perlu adil dalam
menilai pekerja dari segi pencapaian, ketekunan dan ketelusan mereka dalam
menjalankan tugas serta semangat dan motivasi mereka sewaktu bertugas.
Oleh itu, pengurus perlu berlaku adil dengan memberi ganjaran sewajarnya
seperti menaikkan pangkat, menaikkan gaji, menambah bonus dan
sebagainya. Hal ini kerana, sekiranya pengurus mengamalkan sikap adil dan
saksama dalam menilai pekerja mereka maka pekerja mereka akan berasa
dihargai dan dihormati serta mereka akan lebih rasional dalam menjalankan tugas
dan lebih bersaing bagi menjadi yang terbaik di dalam syarikat.Walaubagaimana
pun, isu disiplin pekerja ini perlu dipantau oleh pihak pengurusan supaya
prestasi dan potensi pekerja tidak terjejas, namun jika hal ini tidak dipantau,
maka kemahiran dan kualiti kerja pekerja semakin menurun serta tidak akan
dapat membantu syarikat lebih maju. Seterusnya, pekerja juga akan bertindak
secara rasional ketika membuat sesuatu keputusan danpekerja juga akan lebih
mahir dalam bidang kuasanya.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika sesebuah syarikat tidak dapat mencapai
matlamat dan objektif yang ditetapkan kerana tiada pemantauan daripada pihak
atasan sehingga menyebabkan isu disiplin pekerja semakin bertambah.
Pengurus harus memainkan peranan dalam memajukan dan meningkatkan
prestasi pekerja dan pekerja juga perlu berkerjasama dalam meningkatkan prestasi
dan kualiti kerja supaya dapat membantu pengurus dalam menguruskan hal-hal
yang berkaitan dengan syarikat.

Page | 9
RUJUKAN

1. https://ilabur.com/isu-disiplin-pekerja/
2. http://pengurusanetika.blogspot.com/2010/08/pengenalan-etika.html
3. https://www.scribd.com/document/398798224/Kajian-Kes-Disiplin-Pekerja
4. https://pdfcoffee.com/kajian-kes-9-pdf-free.html
5. https://www.academia.edu/37738886/PENGENALAN
6. Kertas Penerangan Etika Profesionalisme, 4.0 Etika Kerja, (MPU 2232)

Page | 10
LAMPIRAN

https://www.sprm.gov.my/admin/uploads/isu-semasa/pdf/
2428_kesrasuah_penjawat_awam2601210743.pdf

Gangguan seksual: Tidak lapor bimbang tiada tawaran -UTUSAN MALAYSIA


https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/gangguan-seksual-tidak-lapor-bimbang-tiada-
tawaran/

Page | 11

Anda mungkin juga menyukai