Anda di halaman 1dari 14

ETIKA PROFESIONALISME

( KAJIAN KES )

NAMA : MUHAMMAD SYAHRIDZUAN BIN AZHAAR


NO IC : 040408-07-0835
PROGRAM : TEKNOLOGI MAKLUMAT
SEMESTER : SEMESTER 1 DIPLOMA
KOD : MPU 2232
NAMA PENSYARAH : TEACHER LEE CHEW YIN
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 3

2. NYATAKAN 5 ISU DISIPLIN PEKERJA 4-6

3. FAKTOR MASALAH DISIPLIN PEKERJA 7-8

4. HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN 9 - 10

5 PENYELESAIAN MASALAH 11 - 12

6.
REFLEKSI 13

7. RUJUKAN 14
PENGENALAN

Definisi disiplin merupakan elemen dasar dalam hubungan pekerjaan dan


keperluanhubungan tersebut hanya akan sempurna setelah pekerja faham dan menerima
kuasa yangada pada majikan atau wakilnya.
Disiplin juga adalah terma dan syarat dalam kontrak perkhidmatan. Selain itu, etika kerja
merujuk kepada tindakan seseorang dalam situasi tertentu. Hal initermasuklah persoalan
tentang apa yang betul dan boleh diterima, dan paling pentingadalah menetang nilai – nilai
yang salah, penipuan dan ketidak jujuran. Hal ini menyebabkan majikan perlu memahami isi
hati pekerja. Jika masalah pekerjamempunyai kaitan dengan hal kerja dan bukan hal peribadi,
carilah jalan yang bolehmenguntungkan kedua – dua belah pihak. Justeru, walau sesibuk mana
pun tugas andasebagai majikan, luangkanlah masa untuk selalu berjumpa pekerja yang
bermasalah danberkomunikasi dengan mereka.
Masalah disiplin yang kerap berlaku di dalam sesebuah syarikat ini telah menjadi
suatuperkara yang kerap didengari. Sebagai contohnya, masalah disiplin pekerja yang datang
lewatke tempat kerja, pekerja yang tidak menepati pakaian etika kerja, mahupun tidak
membuattugasan yang diberi dan tidak menghantarnya pada waktu yang ditetapkan. Selain itu,
kadarketidakhadiran pekerja juga menjadi satu masalah dan akan memberi kesan negatif
terhadapsyarikat tersebut. Oleh kerana syarikat tersebut akan kekurangan kakitangan syarikat
danbanyak kerja yang tertangguh. Oleh itu, adalah perlu syarikat untuk melihat
masalahketidakhadiran dan kakitangan yang bermasalah secara bersekali.
Tanggungjawab untukmenyelesaikan isu disiplin dan kakitangan yang bermasalah
bukannya terletak pada JabatanSumber Manusia sahaja, malahan pihak pengurusan juga turut
terlibat sekali. Perkara iniboleh diselesaikan dengan lebih berkesan dengan penyertaan aktif
daripada pengurusan jabatan kerana mereka lebih kenal rapat malah lebih memahami tentang
keadaan kakitanganyang terlibat.
NYATAKAN 5 ISU DISIPLIN PEKERJA

1. TIDUR DI TEMPAT KERJA


Tidur di tempat kerja adalah salah satu isu disiplin yang tidak mematuhi peraturan di
tempat kerja. Pekerja yang tidur di tempat kerja tidak mematuhi etika kerja dan tidak
menggunakan waktu pejabat untuk membuat kerja. Akibatnya kerja akan menjadi
tertangguh dan menyebabkan pekerja itu bekerja lebih masa dan hasil kerja itu tidak
berkualiti lagi. Ini akan menyebabkan produktiviti syarikat kurang berkualiti justeru
menurunkan prestasi syarikat. Tidur di tempat kerja ini akan menyebabkan seseorang
pekerja itu tidak dapat memahami apa yang diterangkan ketika dalam mesyuarat dan
menjadi ketinggalan dalam tugasan.

2. TIDAK MENGIKUT ETIKA PEMAKAIAN


Pakaian melambangkan peribadi. Pekerja yang tidak mengikut etika pemakaian di tempat
kerja ini adalah pekerja yang berpakai tidak kemas seperti memakai baju kemeja yang tidak
digosok atau memakai seluar jeans ketika bekerja tidak mengikut etika pemakaian yang
betul. Pekerja yang berpakaian tidak kemas ini akan memberi imej yang tidak baik kepada
orang luar terhadap syarikat atau tempat kerja pekerja tersebut. Ini akan merosotkan
prestasi syarikat tersebut. Pendedahan tentang etika pemakaian perlulah diterangkan pada
pekerja yang tidak mengikut etika pemakaian tersebut. Pakaian yang tidak sesuai di tempat
kerja boleh membawa kepada kemalangan seperti tidak memakai kasut keselamatan ketika
membina bangunan bagi buruh. Oleh itu, isu masalah disiplin tidak mengikut etika
pemakaian adalah berkait dengan teori wajiban kerana teori ini mementingkan pemahaman
tentang peraturan yang betul.

3. DATANG LEWAT KE TEMPAT KERJA


Datang lewat ke tempat kerja adalah seorang pekerja yang hadir lewat ke tempat kerja
daripada masa yang ditetapkan. Hampir kesemua organisasi mengalami masalah pekerja
yang datang lewat. Perkara ini selalu terjadi pada waktu pagi di seluruh dunia. Pekerja yang
datang lewat ke tempat kerja akan menyebabkan syarikat menjadi tidak cekap dan boleh
mengalami kerugian. Jika kerugian syarikat perlu ditutup dan pekerja akan hilang pekerjaan
dan punca pendapatan. Pelbagai alasan yang boleh dikemukakan seperti kesesakkan lalu
lintas, tidak mempunyai kenderaan dan tempat tinggal jauh dari tempat kerja. Oleh itu, isu
masalah disiplin datang lewat ke tempat kerja berkait dengan teori wajiban. Hal ini kerana
teori ini mewajibkan sifat tanggungjawab pada setiap individu dalam sesuatu tindakan
tersebut.

4. BERGADUH DENGAN PEKERJA LAIN DAN BERPUAK – PUAK


Bergaduh dengan rakan sekerja atau duduk berkumpulan secara berpuak-puak adalah satu
lagi isu disiplin pekerja yang boleh menjejaskan prestasi syarikat . Pekerja yang bergaduh
dan berpuak-puak akan menyebabkan kerja serta tugasan yang diberi tidak berjalan dengan
lancar. Malah segala urusan pejabat juga akan tergendala akibat kegagalan untuk
mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua pekerja. Kadangkala pergaduhan ini
disebabkan oleh sikap pilih kasih majikan dan sikap dengki dan cemburu melihat kejayaan
orang lain. Masalah pergaduhan ini jika melarat boleh dibawa ke kes polis jika majikan tidak
dapat menyelesaikannya. Pergaduhan tidak akan berlaku jika semua pekerja bersikap baik
dan tidak dengki sesama sendiri. Implikasinya isu permasalahan disiplin bergaduh dengan
pekerja yang lain adalah dikaitkan dengan teori hak asasi.

5. RASUAH DI TEMPAT KERJA


Rasuah sangat sinonim dengan alam pekerjaan. Rasuah merupakan suatu jenayah atau
kesalahan undang – undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau
keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, atau
hadiah kepada pihak-pihak tersebut. Ramai pekerja yang terpengaruh dengan kegiatan
rasuah ini disebabkan keuntungan yang lumayan. Kesalahan mengambil atau memberi
rasuah ini sangat besar salahnya dan berdosa dalam sisi hukum hakam islam. Disebabkan
kegiatan rasuah ini ramai orang teraniaya. Pekerja yang mengambil atau memberi rasuah ini
adalah tidak bersifat amanah dan mementingkan diri sendiri. Oleh itu, isu permasalahan
disiplin rasuah ini dapat dikaitkan dengan teori keperibadian mulia kerana teori ini
menegaskan setiap individu perlulah mempunyai sifat amanah dan jujur.
Gambar
FAKTOR MASALAH DISIPLIN PEKERJA

 TIDUR DI TEMPAT KERJA


Faktor hangat yang menjadi isu disiplin di tempat kerja ialah pekerja tidur di tempat
kerja. Antara punca pekerja tidur di tempat kerja ialah tidak cukup tidur semasa di
rumah. Selain tidak cukup tidur, tubuh badan yang kepenatan juga akan menyebabkan
pekerja tidur di tempat kerja. Mereka mungkin kepenatan kerana mempunyai anak kecil
yang masih menyusu badan. Selain itu, mereka juga melakukan dua atau tiga kerja
dalam satu masa dan tanggungjawab yang berat dan banyak digalas dibahu. Faktor tidur
di tempat kerja yang seterusnya ialah disebabkan tidak mengambil sarapan pagi.
Mungkin mereka tidak bersarapan kerana tidak sempat atau kononya untuk berdiet.
Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sihat juga akan menyebabkan mengantuk
semasa bekerja.Akhir sekali, ialah stress kerana stress bukan sahaja akan menyebabkan
tidak bersemangat untuk bekerja malah ia akan membuatkan sentiasa berasa
mengantuk.

 TIDAK MENGIKUT ETIKA PEMAKAIAN


Faktor lain yang menjadi isu disiplin ialah pekerja tidak mengikut etika pemakaian yang
betul. Punca pekerja tidak mahu mengikut etika pemakaian syarikat kerana, bagi
sesetengah pekerja berkata bahawa pakaian kerja tidak sesuai dengan mereka dan tidak
cantik. Tujuan pekerja memakai baju yang kemas atau sesuai dengan pekerjaannya
kerana tidak mengelirukan orang yang kita berinteraksi. Apabila kita ingin
menyampaikan sesuatu yang agak berat atau formal, pakaian kita setidak-tidaknya
boleh membantu untuk menyampaikan mesej itu. Maknanya, kita perlu berpakaian
kemas, tidak menjolok mata dan keseluruhannya imej yang professional. Sebaliknya, jika
pakaian kita tidak selari dengan mesej yang ingin disampaikan, imej kita akan terkesan.

 PEKERJA TELAH BOSAN


Isu disiplin yang mendorong kepada masalah disiplin pekerja ialah pekerja telah bosan
yang mana purata tempoh maksimum bagi seseorang pekerja berada di sesuatu unit
dengan melakukan kerja yang sama adalah dua tahun. Pekerja muda (gen-Y
terutamanya) cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu selepas tempoh tersebut.
Majikan harus memastikan pekerja tidak bosan dan mencari cabaran baharu di
organisasi lain. Selain itu, isu disiplin ini didorong oleh pekerja yang hilang kepercayaan
terhadap majikan. Tanda – tanda pekerja yang telah hilang kepercayaan terhadap
majikan adalah tidak mengikut peraturan, tidak menepati masa, dan mempersoalkan
arahan majikan. Ini disebabkan oleh maklum balas negatif majikan terhadap pekerja.
 MASALAH KOMUNIKASI
Faktor yang mendorong kepada isu disiplin juga ialah masalah komunikasi antara
majikan dan pekerja hilang fokus terhadap matlamat organisasi dan perubahan –
perubahan yang hendak dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi. Antara punca
masalah komunikasi adalah kerana pekerja tidak digalakkan untuk meluahkan
pandangan atau idea mereka. Sehubungan dengan itu, isu disiplin ini adalah berkaitan
dengan isu yang mana majikan tidak memberi pengiktirafan yang sewajarnya iaitu
majikan sering menegur kesilapan pekerja tetapi jarang memuji pekerja yang
berprestasi tinggi. Bahkan rakan-rakan sekerja juga perlu diberitahu mengapa seorang
pekerja yang baik diberi pengiktirafan. Ini membolehkan pekerja yang baik itu mendapat
penghormatan dari rakan-rakan sekerjanya yang lain. Demikian itu, masalah disiplin
yang berlaku dalam kalangan pekerja ialah kurangnya maklum balas daripada majikan
seringkali gagal berbincang tentang prestasi kerja bersama pekerjanya. Justeru, pekerja
tidak tahu sama ada hasil kerjanya menepati kehendak dan sasaran majikan. Majikan
sewajarnya berjumpa secara berkala dengan pekerja untuk memberi maklum balas
kepada pekerjanya.

 RASUAH
Antara faktor berlakunya gejala rasuah dalam kalangan pekerja ialah sikap materialistik.
Hal ini disebabkan oleh sikap negatif individu yang suka bermewah-mewah di luar
kemampuannya. Mereka menganggap memiliki banyak harta benda yang mewah
seperti kereta, rumah dan barang kemas boleh menyebabkan mereka dikagumi dan
dihormati . Hal ini mendorong mereka untuk mengambil rasuah kerana ia merupakan
jalan yang mudah yang membolehkan mereka memiliki barang-barang mewah. Selain
itu, dengan mengambil rasuah juga, mereka tidak perlu berhutang dengan Along.
Sekiranya mereka seorang penjawat awam yang bertanggungjawab meluluskan lesen
perniagaan, mereka hanya perlu meluluskan permohonan lesen perniagaan pemberi
rasuah tersebut tanpa mengikut prosedur dan memperoleh wang. Jelaslah bahawa
rasuah disebabkan oleh sikap materialistik seseorang itu sendiri.
HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN

 TIDUR DI TEMPAT KERJA


Isu yang berhubung kait dengan tidur di tempat kerja ialah isu keperibadian mulia.
Pekerja tidak dapat membahagi masa dengan betul untuk lepak dengan kawan dan
kerjaya. Jika pekerja melebihkan sosial maka pekerja itu akan lupa tentang kerjayanya.
Itu yang terjadi sehingga lepak hingga lewat malam dan menjejaskan kerjaya seseorang.

 TIDAK MENGIKUT ETIKA PEMAKAIAN


Penampilan yang selekeh hubungkait dengan teori etika keperibadian mulia. Hal ini
kerana konsep teori etika berkaitan dengan sifat-sifat atau kelakuan seseorang itu.
Seseorang yang sentiasa mengamalkan sikap mengemas atau bersifat seorang
pembersih akan cenderung untuk berpakaian bersih, kemas dan berketerampilan.

 DATANG LEWAT KE TEMPAT KERJA


Datang lewat ke tempat kerja merupakan isu yang berkait dengan teori keperibadian
mulia. Ini kerana teori keperibadian mulia berkait dengan tingkah laku seseorang. Dtang
lewat ke tempat kerja merupakan perbuatan sengaja mahupun tidak sengaja dilakukan
ataupun sifat seseorang itu yang suka melengah-lengah dan memandang remeh sesuatu
perkara seperti berfikiran bahawa pengurus tempat kerja tidak akan mengenakan
sebarang tindakan pada pekerja yang datang lewat ke tempat kerja.

 BERGADUH DENGAN PEKERJA LAIN


Isu yang berhubungkait dengan bergaduh dengan pekerja lain ialah isu keperibadian
mulia. Pekerja yang mempunyai tekanan kerja yang melampau tidak mampu mengawal
emosi. Jika ada yang tidak kena pekerja tersebut akan memarahi pekerja yang lain
ataupun perkara itukecil dan mampu diselesaikan dengan cara baik. Selain itu, ada
pekerja yang bergaduh disebabkan rasa tidak berpuas hati. Ini terjadi apabila melakukan
kerja berkumpulan. Apabila pendapat seseorang itu tidak diterima, pekerja itu akan
bergaduh agar pendapat dia diterima. Tindakan ini agak tidak professional.
 RASUAH
Menurut teori keperibadian mulia, etika adalah berkaitan dengan keperibadian sifat
serta ciri dan watak yang mulia. Teori ini telah dikemukakan oleh Aristotle. Virtue
(keperibadian mulia) ialah sekumpulan konsep yang merangkumi keadilan, kemurahan
hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan. Ia juga didefinisikan sebagai
kualiti terbaik atau istimewa dan mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu
kehidupan yang bermoral. Keperibadian mulia dinggap tidak dihasilkan oleh alam
semula jadi. Sebaliknya cara untuk memperoleh keperibadian mulia adalah menerusi
latihan dan pengalaman sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan
menyeronokkan. Keperibadian mulia diperincikan sebagai suatu sifat positif yang perlu
ada dalam diri setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Ini bermakna teori
ini tidak sama sekali menyangkal kemampuan seseorang dalam sesuatu kebolehan dan
kepakaran mereka dengan hanya berpandukan pandangan sebelah mata. Teori ini juga
membuktikan bahawa, seseorang itu tidak boleh dipuji atau dikeji oleh perasaan atau
rasa dari sebelah pihak yang lain.
PENYELESAIAN MASALAH

 BERBINCANG DAN BERSEMUKA DENGAN PEKERJA


Majikan perlulah melakukan perbincangan secara bersemuka dengan invidu yang
terlibat dalam masalah disiplin tersebut dan mencari punca yang menyebabkan
individu tersebut melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, khususnya
datang lewat ke tempat kerja dan melaksanakan tugas sambil lewa tanpa rasa
bertanggungjawab sebagai seorang pekerja di sesebuah organisasi. Apakah
perkara utama atau masalah utama yang membuatkan mereka melakukan
kesalahan tersebut. Mulakan perbualan atau perbincangan secara formal dan
bersendirian tanpa melibatkan individu lain, agar pekerja tahu bahawa ini adalah
perbincangan mengenai isu penting dan dapat menyelami isi hati pekerja secara
lembut tanpa paksaan.

 LAKUKAN PEMANTAUAN TERHADAP PEKERJA


Walau sesibuk manapun tugas sebagai ketua pejabat, luangkan masa untuk selalu
berjumpa pekerja-pekerja tidak kira pekerja yang bermasalah dan tidak masalah
dengan berkomunikasi dan menasihati mereka supaya jurang antara bos dengan
pekerja dapat dikurangkan dan pekerja selesa untuk berkongsi permasalahan
mereka. Hal ini kerana, keadaan ini akan mewujudkan suasana yang sihat dalam
sesebuah organisasi tersebut dan pekerja juga akan berasa seronok untuk
bekerja.

 CIPTAKAN SISTEM GANJARAN KEPADA PEKERJA


Sesebuah organisasi haruslah melaksanakan atau memberi ganjaran kepada
pekerja yang berkhidmat dengan cemerlang mengikut kemampuan organisasi itu
sendiri, seperti memberi bonus, anugerah ataupun pakej percutian kepada
pekerja, cuti atau sebagainya yang relevan mengikut kategori seperti kedatangan
pekerja itu cemerlang, perkhidmatan pekerja cemerlang dan sebagainya.
 SEDIAKAN SUASANA KERJA YANG SANTAI
Majikan perlu elakkan memberi tekanan kepada pekerja untuk melakukan
tugasan yang diberi. Beri ruang dan waktu untuk mereka melaksanakan tugasan
yang diberi sebelum ini dahulu, atau jika tugasan itu penting maka beri
kelonggaran kepada pekerja tersebut untuk menangguhkan dahulu tugasan yang
sebelumnya. Mungkin juga majikan perlu melakukan aktiviti seperti Ice Breking
sebelum memulakan kerja supaya mereka dapat mencari keserasian dalam
kalangan-kalangan mereka. Hal ini akan menyenangkan mereka untuk melakukan
aktiviti-aktivi yang akan melibatkan tugasan dalam kumpulan.

 TINDAKAN TEGAS OLEH KERAJAAN


Pihak kerajaan perlulah membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani
kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah
rasuah tanpa mengira kendudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa
masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di
bawa ke pengadilan yang menimbulkan rasa tidak percaya rakyat akan keikhlasan
kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau mengheret
mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak
mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas
kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih kasih akan
memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang
setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Usaha kerajaan
untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu
kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan ini mestilah menggunakan
media massa secara holistic iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk
memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua
imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan ini mestilah berupaya meninggalkan
kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima
rasuah. Jadi kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana
baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.
REFLEKSI
Dengan adanya kajian ini, didapati ada beberapa pengajaran yang boleh dijadikan
teladan oleh pekerja, dan masyarakat. Antaranya ialah setiap pekerja perlulah memain
peranan masing-masing untuk memajukan lagi prestasi kerja dan nama syarikat. Sikap
yang baik dan mulia diperlukan oleh semua pekerja untuk memudahkan majikan menilai
pekerja di akhir pekerjaan. Disiplin sangat diperlukan untuk mengurangkan masalah
yang dihadapi oleh pekerja. Semua pekerja perlu ada sifat disiplin dalam diri masing-
masing unguk mengelakkan mereka melakukan kesilapan yang akan mengundang padah
pada diri sendiri. Sekiranya kita sebagai pekerja mempunyai masalah disiplin agak sukar
untuk terus maju dalam semua sektor pekerjaan itu. Ini disebabkan oleh nama kita
mungkin sudah buruk dan menyebabkan banyak syarikat dan majikan tidak
menginginkan pekerja yang bermasalah. Pekerja yang bermasalah akan mendatangkan
banyak masalah pada syarikat dan silap haribulan akan memberikan kesan yang negatif
pada nama syarikat itu.
Pekerja pada masa kini perlu lebih peka dan lebih bertanggungjawab pada kesalahan
yang telah dilakukan. Sekiranya telah melakukan kesilapan haruslah berubah untuk diri
sendiri dan masyarakat juga. Pihak bertanggungjawab perlulah memikirkan cara
penyelesaian yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah didiplin pekerja di
Malaysia ini. Untuk melahirkan pekerja yang bagus ia perlulah lebih banyak
pengorbanan. Mereka mestilah memikirkan cara yang berkesan untuk menjamin tiada
lagi masalah yang ditimbulkan oleh pekerja di dalam sektor pekerjaan.
RUJUKAN

 https://ilabur.com/isu-disiplin-pekerja/
 https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=478
 https://harakahdaily.net/index.php/2022/06/02/tindakan-tegas-kakitangan-
bocor-maklumat-kerajaan/
 https://www.scribd.com/document/398385368/teori-etika
 https://www.coursehero.com/file/60100716/KAJIAN-KESdocx/
 https://www.coursehero.com/file/39872282/kajian-kes-etika-
 https://www.academia.edu/37738886/PENGENALAN

Anda mungkin juga menyukai