Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA
1.0 Pengenalan
2.0 Ciri Etika Akauntan
3.0 Kebaikan Mematuhi Etika Kerja Bagi Akauntan
4.0 Refleksi
5.0 Lampiran
6.0 Rujukan

1
1.0 PENGENALAN

Profesion diterangkan sebagai seorang individu atau golongan yang melakukan


sesuatu pekerjaan dengan menggunakan kepakaran, kecekapan atau kemahiran yang
diperlukan dalam bidang yang menceburinya dan ia melibatkan pembayaran dimana
pekerjaan yang dilakukan secara profesional itu merupakan mata pencarian dan
pekerjaan tetapnya.

Bidang yang saya pelajari adalah perakaunan dalam bidang ini terdapat banyak
profesion antaranya akauntan, penganalisis belanjawan, juruaudit, akauntan gaji dan
akautan cukai. Oleh itu, saya memilih akauntan dalam agensi swasta sebagai profesion
kerana saya telah memperolehi pengetahuan dan kemahiran daripada bidang saya. Hal
ini dikatakan kerana akauntan ini keseluruhannya mempunyai banyak tanggungjawab,
kemahiran teras dan kepakaran yang menyeluruh untuk memastikan agensi swasta
berfungsi dengan cekap dan seefision mungkin. Akauntan menumpukan perhatian
kepada keseluruhan jabatan atau proses dengan melakukan apa sahaja dan semua
yang diperlukan untuk membantu perniagaan berjalan dengan lancar.

Peranan- Peranan Akauntan;

1. Perakaunan
Dalam perakaunan, sekiranya terdapat jurnal yang diposkan atau invois yang
ditempah dalam sistem, ia mesti disemak oleh akauntan dan memastikan
bahawa invois tidak ditempah lebih awal atau dari Pembekal yang tidak
diketahui. Semasa menutup buku untuk bulan tersebut, akruan harus dibuat
untuk invois yang belum dibayar tetapi tidak diterima, dan prabayar harus
dilepaskan.
Sering kali pekerjaan itu melibatkan anggaran sambil membuat peruntukan
untuk perbelanjaan atau item hasil, di sini akauntan harus jelas dalam
mengambil asas anggaran dan harus sedikit konservatif dalam pendekatan.
Juga, pada saat tidak yakin akan item, sama ada untuk memanfaatkan atau

2
membelanjakannya, seseorang harus mengikuti piawaian perakaunan dan nota
panduan lain untuk sampai pada alasan.

2. Pengauditan

Audit adalah satu perkara di mana orang ramai, bank, pelabur dan pihak
berkaitan lain mempercayai bahawa penyata kewangan menunjukkan
pandangan yang benar dan adil. Ia mengatakan bahawa juruaudit adalah
pengawas dan bukan penunjuk perasaan dengan banyak skandal perakaunan
baru-baru ini seperti Tyco, Enron dan WorldCom.

SOX dibentuk, dan juruaudit diminta untuk menyelami buku-buku tersebut.


Sebagai akaun, semasa bekerja sebagai juruaudit, seseorang tidak boleh
melewatkan langkah proses audit. Mereka mesti mengikuti semua langkah,
mengambil contoh yang munasabah, mempersoalkan sebarang kekaburan,
meminta persetujuan pihak pengurusan yang lebih tinggi secara bertulis jika
diperlukan, dan melakukan semua pemeriksaan yang wajar untuk memastikan
buku kelihatan baik. Mereka harus melepaskan laporan audit hanya setelah
berpuas hati dengan kesahan dan ketepatan nombor dalam penyata kewangan.

3. Akauntan Awam Yang Diperakui

Akauntan yang bekerja sebagai CPA melakukan banyak tugas seperti


pengajuan pulangan, penilaian, pelaporan projek, perakaunan forensik, dll.
Laporan ini digunakan oleh orang untuk memohon pinjaman, gadai janji, kad
kredit, kredit tunai, dan keperluan kewangan lain. Semasa mengesahkan
dokumen-dokumen ini, akauntan mesti melihat dokumen asli, laporan beberapa
tahun kebelakangan, faktor-faktor lain yang mempengaruhi, dan hanya dia yang
harus menandatangani laporan tersebut.

memiliki pengetahuan teknikal tahap tertentu tentang bagaimana perakaunan


dilakukan di dunia digital.

3
Akauntan mesti belajar bagaimana menggunakan data ujian di komputer dan
mengikutinya dari awal hingga ke titik di mana seorang akauntan dapat melihat
bagaimana pengaruhnya terhadap Untung Rugi dan Imbangan Duga. Dunia
digital hari ini adalah bentuk yang sentiasa berubah, dan jenayah siber dan
kecurian yang baru muncul menimbulkan satu set cabaran baru bagi akauntan
dan memerlukan mereka bersiap sedia dan bertanggungjawab terhadap cabaran
yang dilemparkan kepada mereka.

2.0 CIRI ETIKA AKAUNTAN

Etika kerja merujuk kepada tindakan seorang dalam situasi tertentu. Hal ini
termasuklah persoalan tentang apa yang betul boleh terima dan paling penting
adalah menentang nilai-nilai yang salah, penipuan dan ketidakjujuran. Etika kerja
adalah suatu kumpulan nilai-nilai berdasarkan kemuliaan akhlak termasuklah
kerajinan bekerja dan ketekunan. Adalah dipercayai bahawa kerja boleh
memberi kebaikan kepada moral seseorang dan boleh meningkat keperibadian
diri. Etika kerja termasuklah boleh dipercayai, mempunyai inisiatif dan
berkemahiran dalam pergaulan. Oleh itu, akauntan perlu mengamalkan ciri-ciri
etika kerja untuk membentuk tenaga kerja yang berkesan dan berdaya saing.

Ciri-Ciri Etika Kerja Yang Perlu Diamalkan Oleh Akauntan;

1. Kehadiran

Akauntan mestilah datang atau balik ke tempat kerja tepat pada masanya
dan bersedia untuk datang ke tempat kerja jika terdapat kecemasan di
tempat kerja. Jika tidak dapat hadir, berikan maklumat kepada pihak
atasan untuk pengurusan yang seterusnya.

2. Mengutamakan Pelanggan

Memberi perkhidmatan yang mesra, cepat, tepat dan berintegriti kepada


semua pelanggan dan stakeholder, meningkatkan kualiti perkhidmatan
4
kepada pelanggan secara berterusan mengikut keperluan dan
meningkatkan kompetensi diri agar perkhidmatan yang diberikan
memenuhi ekspektasi pelanggan.

3. Profesionalisme

Sikap profesional amat penting dalam diri seorang akauntan. Disebabkan


itu, akauntan perlu mempamerkan semagat kerja yang tinggi,
meningkatkan prestasi kerja untuk mencapai kualiti yang berterusan dan
peka terhadap perkembangan, kemajuan dan perubahan dalam teknologi
dan profesion perakaunan.

5
3.0 KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA KERJA BAGI AKAUNTAN

Perniagaan, industri, sektor awan atau kerajaan yang mengambil pekerja yang
beretika kerja akan lebih produktif dan mampu bersaing di peringkat global kesan dari
persediaan kemahiran teknikal yang berkualiti. Seorang pekerja yang mengamalkan
etika kerja akan dapat mencapai matlamat membantu mendapat perkerjaan dengan
kemahiran etika kerja yang positif, menjadi lebih bernilai dan mudah mendapat
pekerjaan. Tambahan pula, membantu majikan memperolehi pekerja yang mempunyai
tabiat kerja yang baik.

Kebaikan Mematuhi Etika Kerja Bagi Akauntan;

1. Proses Kerja Menjadi Lebih Lancar Dan Berterusan


Hal ini dikatakan demikian kerana seorang akauntan yang mengamalkan
etika kerja seperti kerja berpasukan yang menerapkan sikap bekerjasama,
tolong-menolong, bertolak-ansur dan saling memahami serta memupuk
semangat dalam kalangan masyarakat di tempat kerja.
2. Pentadbiran Syarikat Akan Bertahan Lama
Kata-kata ini berasaskan hakikat bahawa dengan mengikuti etika kerja
yang mengutamakan pelanggan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan
kepada pelanggan secara berterusan mengikut keperluan. Bukan itu
sahaja, ia dapat memberikan perkhidmatan yang mesra, cepat, tepat dan
berintegriti kepada semua pelanggan dan rakan kongsi perniagaan yang
lain.
3. Melaksanakan Segala Amanah Dan Tanggungjawab Yang Diterima
Hal ini dikatakan demikian lantaran bertanggungjawab terhadap tindakan
peribadi dan tanggungjawab terhadap perilaku seseorang, tugasa yang

6
diberi, tugas-tugas dan fungsi-fungsi. Oleh itu, ciri etika kerja seperti
integriti dan akauntabiliti haruslah diamalkan oleh seorang akauntan agar
dapat mempamerkan diri dengan lebih baik kepada pihak lain

4.0 REFLEKSI

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak tugas, ciri dan
kebaikkan etika kerja dalam profesion yang dipilih iaitu akauntan. Kita dapati bahawa
etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkah laku para profesional supaya
mereka dapat menggunakan segala penegtahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada
untuk kebaikan semua pihak. Etika kerja professional memainkan peranan yang amat
penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.

Oleh itu, sebagai seorang pembantu tadbir haruslah mementingkan ciri-ciri etika kerja
yang perlu diamalkan di tempat kerjaya dan mengetahui keberkesanan sekiranya ciri-
ciri yang dilakukan itu mendorong kepada kebaikan ataupun masalah. Hal ini kerana
etika kerja profesional mempunyai peranan yang tersendiri untuk mengawal tingkah
laku para profesional dan menentukan asas-asas hubungan di antara para profesional
dengan masyarakat, majikan, pelanggan dan rakan sekerja.

7
5.0 LAMPIRAN

8
9

Anda mungkin juga menyukai