Anda di halaman 1dari 24

ETIKA KEUSAHAWANAN

NAMA : SITI NURATIQAH BT OTHMAN NO MATRIK : B1220057 KELAS : BBAE NAMA PENSYARAH : PN HJH. E. SUHARTININGSIH N . NOTO SUDARMO SUBJEK : BPK 1013

PENGERTIAN ETIKA
Etika merupakan satu prinsip moral

dalam menentukan sesuatu perbuatan itu betul atau salah.Etika mempengaruhi cara individu itu berfikir dalam membuat keputusan dan bertindak hasil daripada keputusan yang dibuat.

o Etika menyediakan peraturan asas atau

had perlakuan untuk menjalankan sebarang aktiviti dalam bentuk yang boleh diterima. - (Kuratko & Hodgetts,2004)-

O Etika perniagaan adalah perlakuan atau

tingkah laku & moral dalam situasi perniagaan.Ia melibatkan apa yang patut atau tidak, boleh atau tidak, perlu atau tidak yang dipraktikkan dalam pengendalian perniagaan baik dari pembangunan produk mahupun pelaksanaan perkhidmatan - Hisrich & Peters (2002) -

APA ITU KOD ETIKA?


Garis panduan yang dibentuk dalam

menerangkan bentuk perbuatan yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam satu profesyen tertentu.

ISU ISU DALAM ETIKA


Konflik seringkali timbul dalam

melaksanakan perlakuan beretika dalam dunia perniagaan kerana perkara - perkara berikut :
1. Terdapat berbagai pihak yang

berkepentingan baik di dalam atau diluar perniagaan dalam kalangan pekerja, pembiaya, pelanggan, pembekal, kerajaan tempatan, masyarakat sekitar & mereka yang berinteraksi & saling mempengaruhi.

2. Masyarakat kini berdepan dengan

perubahan yang pesat dari segi nilai nilai yang pernah dipegang tetapi berubah selaras dengan perubahan masyarakat yang mengamalkannya. Apa yang dianggap tidak beretika dahulu telah diterima kerana telah diamalkan secara berleluasa pada masa kini.

ETIKA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN


Bagaimana anda melihat masalah

tersebut jika anda berada di pihak yang menerima akibat dari keputusan berkenaan sakit? teraniaya? rugi? Kepada siapa & kepada apa anda memberikan ketaatan anda secara individu atau secara ahli perniagaan dalam membuat keputusan berkenaan pelabur? diri anda sendiri?

Apakah matlamat semasa membuat

keputusan tersebut keuntungan? kebajikan? Bagaimanakah keadaan hasil dari pelaksanaan keputusan tersebut keuntungan kepada pemegang saham? kesukaran kepada pekerja? Alam sekitar tercemar? pesaing terpaksa disingkirkan dengan cara yg tidak baik? Siapakah yang menerima akibat dari keputusan & tindakan anda?

Bolehkah anda berbincang dengan pihak

terbabit sebelum membuat keputusan cari penyelesaian menang-menang untuk tindakan anda selepas keputusan dilaksana? Adakah keputusan tersebut akan mempengaruhi kesihatan pekerja yang menghasilkan produk tersebut? Adakah bahan yang digunakan boleh menimbulkan masalah kepada pelanggan kerugian atau kecederaan? Adakah terdapat pengurangan bahan tertentu yang boleh membahayakan nyawa pengguna atau pekerja yang terlibat dalam proses pengeluaran tersebut?

CONTOH CONTOH & IMPLIKASI PERBUATAN TIDAK BERETIKA


Penggunaan buruh dalam kalangan kanak-kanak Menipu pelanggan

Pencemaran alam

Rasuah

Menikam dari belakang

GARIS PANDUAN DALAM MENENTUKAN PERLAKUAN BERETIKA


Equality Truth Honesty

Integrity

Cooperation

Self regulation

Kod etika ialah kenyataan amalan etika atau garis panduan yang dipegang oleh sesebuah perniagaan. Kod etika elok dibangunkan kerana :
O Ia mendefinasikan apakah perbuatan yang

diterima atau tidak diterima di dalam organisasi berkenaan, O Ia menggalakkan amalan tingkah laku piawaian yang tinggi yamn memudahkan setiap ahli mengukur sama ada tingkah laku mereka beretika atau tidak, O Ia mewujudkan kayu ukur untuk ahli gunakan bagi penilaian diri mereka semasa bertingkah laku baik dalam organisasi mahu pun dengan pihak luar, dan O Ia mewujudkan garis panduan untuk perlakuan dan tanggunjawab professional bagi pekerjaan tertentu dalam apa saja keadaan.

Kod etika seeloknya merangkumi kesemua mereka yang mempunyai kepentingan dengan perniagaan tersebut iaitu kakitangan, pelanggan, pembekal, pemegang saham, atau pembiaya kewangan, masyarakat setempat atau masyarakat keseluruhan. Perkara seperti berikut boleh dilakukan :
O Garis panduan didokumentasikan untuk panduan. O Memasukkan garis panduan ini dalam manual kerja

atau dalam mana mana bahan bertulis yang diberikan kepada pekerja baru, O Meletakkan garis panduan ini di lokasi yang bersesuaian untuk memudah dibaca oleh pekerja, dan O Meletakkan garis panduan ini di dalam deskripsi tugas.

Pilih sebuah NGO untuk bekerjasam a


Tentukan usaha murni yang ingin dibuat

Bentuk satu program & usulkan kepada NGO

Berbincang dengan NGO

Libatkan kakitangan

Penetapan matlamat

ETIKA DAN TANGGUNGJ AWAB SOSIAL

Libatkan pelanggan

ETIKA KEUSAHAWAN BERKONSEPKAN ISLAM

Adil

Amanah Siddiq ETIKA KEUSAHAWANAN BAGI USAHAWAN MUSLIM BERKONSEPKAN KEIMANAN

Tabligh

Fathanah

PETIKAN HADIS DAN SURAH DALAM AL-QURAN

Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. (Surah al-Nahl: 90)

Dan jangan kamu meghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil ) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat dosa) padahal kamu mengetahuinya (salahnya). (Surah al-Baqarah: 188)

Bekerjasamalah kamu atas dasar kebaikan dan taqwa dan janganlah sekali-kali bekerjasama atas dasar dosa dan permusuhan dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya seksa Allah amatlah berat. (Surah al-Maidah: 2)

Rasulullah juga pernah bersabda: Barang siapa yang di waktu petangnya merasakan kelelahan sebab kerja tangannya, maka di waktu petang itulah ia terampun dosanya. (Hadis Tabrani dan Baihaqi)

Ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut dan mengingati Allah s.w.t dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, mereka takutkan akhirat. (Surah an-Nur: 37)

KESIMPULAN
Etika adalah garis panduan yang digunakan dalam menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu BETUL atau SALAH dan WAJAR atau TIDAK WAJAR dilakukan.Pengamalan kod etika yang baik boleh membentuk kelebihan kepada perniagaan tersebut.Hal ini kerana,urus niaga yang dibuat lebih telus dan usawahan yang mengamalkan kod etika ini lebih dipercayai.

Anda mungkin juga menyukai