Anda di halaman 1dari 4

KESEDARAN NASIONAL DALAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL

PENGENALAN
Keharmonian negara merangkumi pelbagai aspek iaitu dari segi politik,
ekonomi dan sosial. Setiap aspek ini perlu diberi perhatian dan dilaksanakan
oleh setiap individu yang akan memberi sumbangan tertentu kepada
masyarakat dan negara. Hal ini bermula dengan mempunyai kesedaran
terhadap kepentingan nasional. Mendalami makna nasional sekaligus dapat
memupuk rasa cinta akan kepelbagaian latar belakang masyarakat serta
menghargai warisan kepelbagaian budaya dan sejarah di Malaysia.

KESEDARAN NASIONAL
Setiap individu perlu mempunyai kesedaran nasional dalam diri iaitu
mengetahui dan mempunyai kefahaman tentang kebangsaan, bangsa sendiri
dan identiti diri sebagai rakyat Malaysia. Apabila individu itu mengenali aspek
yang ada dalam kesedaran nasional sekaligus akan memberi kesedaran betapa
besarnya jasa pejuang dan pahlawan dahulu dalam mengekalkan keharmonian
dan identiti Tanah Melayu supaya tidak dicemari oleh penjajah asing dengan
identiti mereka. Malah, tidak akan mengambil ringan soal perpaduan dan
kerjasama antara rakyat dan akan bangkit mempertahankannya jika ada anasir
mahu mengganggu gugat perpaduan. Dipetik daripada kata-kata Tun Dr.
Mahathir, ‘tanpa kesedaran nasional masyarakat berupaya menjadi kucar-
kacir.’

TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Tanggungjawab sosial ini tidak bermula daripada sekumpulan individu , ia
bermula daripada tanggungjawab setiap inidividu untuk memberi manfaat
kepada seluruh masyarakat. Bahkan,satu kewajiban yang perlu dipikul dalam
masyarakat. Tanggungjawab ini meliputi aspek keharmonian, kesihatan,
kebajikan, keselamatan dan kelestarian alam sekitar. Tamsilnya, bergotong-
royong, menjaga flora dan flauna, membantu golongan yang kurang berupaya
dan bernasib baik serta menyertai program derma darah. Setiap individu pasti
hidup dalam satu komuniti berbanding hidup bersendirian. Hal ini demikian
kerana, kehidupan bermasyarakat memberi faedah antara satu sama lain
malahan memainkan peranan penting dalam menjana satu kehidupan
setempat yang aman dan harmoni. Sementelahan, memberi kemudahan,
kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah.
SINOPSIS CEREKARAMA TV3 (TITI KAYU)

Kisah Cheong Ah Ling atau Alim, adalah seorang pemuda lurus bendul yang
bersahabat baik dengan seorang kanak-kanak, Umar. Alim sangat disenangi
penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan
sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan.

Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang
baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan
dengan sebatang sungai. Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal
menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar. 
Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk
menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga
tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa
ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama.

Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad.
Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka
sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.
PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA CEREKARAMA
TV3(TITI KAYU)

Daripada cerekarama TV3 Titi Kayu, terdapat banyak pengajaran yang


boleh diperolehi berkaitan dengan kesedaran nasional dalam tanggungjawab
sosial.
Antaranya ialah ketika Alim dan Umar berusaha untuk memikirkan
alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang
memisahkan rumah mereka supaya perjalanan mereka untuk bertemu menjadi
lebih mudah dan singkat serta memudahkan Alim untuk menghantar ibunya ke
hospital. Hal ini menunjukkan bahawa kerjasama antara dua pihak yang
berbeza dari segi kaum dan agama hanya untuk menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat yang boleh digunakan oleh semua pihak di dalam sebuah
kampung.
Seterusnya, sifat tidak bertanggungjawab dan lepas tangan yang
ditunjukkan oleh ketua kampung apabila dia tidak menerima dan tidak
mempedulikan hasrat Alim dan Umar yang ingin menghasilkan sebuah titi kayu
yang boleh digunakan bersama antara semua masyarakat di dalam kampung.
Hal ini menunjukkan bahawa kita seharusnya menjadi seorang ketua kampung
yang mampu menyumbang idea dan tenaga untuk merealisasikan perkara yang
diperlukan oleh masyarkat di sebuah kampung jika permintaan masyarakat itu
mampu memberikan kebaikan kepada semua pihak dengan mencari pihak
yang berkepentingan atau bertanggungjawab untuk membantu dalam sesuatu
yang mampu memenuhi keperluan masyarakat.
Disamping itu, Alim yang bersifat jujur dan ringan tulang dalam
membantu ramai pihak menjadikan Alim disukai oleh masyarakat. Hal ini
menunjukkan bahawa sifat suka membantu dan menyumbang bakti kepada
masyarakat mampu untuk melahirkan rasa senang dan suka terhadap diri kita
dalam jiwa masyarakat.
Akhir sekali, usaha berterusan Alim dan Umar untuk mencipta sebuah
titi kayu yang tidak berhenti walaupun tidak mendapat bantuan daripada ketua
kampung dan orang kampung, akhirnya mampu membuka mata ketua
kampung dan orang kampung untuk turut sama membantu dan menyumbang
tenaga untuk meyiapkan sebuah titi kayu yang diharapkan oleh Alim dan Umar.
Ini menunjukkan bahawa jika kita tidak mengenal erti putus asa dalam
menghasilkan sesuatu yang berguna untuk ramai pihak , kita mampu untuk
mendorong masyarakat lain untuk turut sama membantu dalam menjayakan
perkara tersebut.
Kesimpulannya, kesedaran nasional dalam tanggungjawab sosial amatlah
penting supaya kita dapat membantu masyarakat yang memerlukan serta
mampu menyumbang sesuatu yang mampu digunakan oleh semua
masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai